Showing posts with label politik sabah. Show all posts
Showing posts with label politik sabah. Show all posts

Friday, February 09, 2024

JAWATAN POLITIK MEMPERMUDAH URUSAN

HAKIKATNYA jawatan politik adalah jawatan memendekan urusan birokrasi.

Jika jawatan politik sama seperti jawatan awam yang bergantung skim perkhidmatan atau peraturan perkhidmatan, maka serahkan semua urusan pada penjawat awam.

Apa yang dilarang berkaitan jawatan politik, apabila tindakan/keputusan ada unsur pilih kasih, ada unsur kepentingan peribadi, sebaliknya jika kepentingan awam atau umum, maka ianya diperlukan, kerana dengan cara demikian, masalah dapat diselesaikan dalam masa segera.

Mereka yang berjawatan politik mempunyai tanggungjawab umum termasuklah pada rakan dan penyokong tidak berjawatan, kerana tanpa dokongan mereka itu, seseorang pemimpin yang berjawatan tidak akan mendapat jawatan itu.

Sesuatu jawatan terhad jumlahnya, kerana itu untuk suatu jawatan penting atau utama hanya seorang yang dilantik.

Mereka yang diberi peluang, perlu ingat, jawatan itu bukan jawatan sendirian berhad, apatah lagi menganggap jawatan yang diduduki atas merit/kapasiti peribadi.

Pemimpin politik terutama mereka yang berstatus wakil rakyat kena ingat, tanpa dokongan pemimpin lain atau pendokong tidak akan kemana, atas sebab itu, mereka yang menjadi punca wakil rakyat itu menjadi wakil rakyat kena mengiktiraf punca itu sebagai keluarga politik.

Demikian juga untuk tujuan pembentukan kerajaan, diperlukan sekumpulan wakil rakyat yang mana jumlah mereka lebih ramai berbanding kumpulan lain atau dalam istilah kerusi mempunyai jumlah majoriti mudah, untuk membolehkan membentuk kerajaan.

Apa ertinya keadaan ini? setiap wakil rakyat memerlukan sokongan satu sama lain secara kolektif, atau dengan kata lain, wakil rakyat kuat di kawasan sendiri, akan tetapi kawan di kawasan lain lemah dan gagal menterjemahkan sebagai kerusi, maka tiada makna menang 100 peratus undi di kawasan sendiri, akan tetapi tidak menjadi kerajaan.

Atas sebab itu, mana-mana wakil rakyat diberi tanggungjawab jawatan politik mempunyai tanggungjawab moral terhadap wakil rakyat separti yang hanya “backbencer” termasuk bertanggungjawab dengan pendokong/penyokong di kawasan-kawasan yang diwakili “backbencer” tersebut.

Hakikat yang perlu dihadam, mereka yang dilantik ke jawatan politik mewakili pemimpin separti dan penyokong untuk mempermudah membantu/membela mereka yang tidak berpeluang termasuk rakyat secara umum tanpa melihat fahaman politik.

Apa yang menyebabkan pemimpin politik berjawatan membawa sama parti yang mereka wakili ditolak rakyat, kerana berpunca daripada pemimpin dan penyokong yang mereka lupa, atas sebab itu, apabila tiba pilihan raya, mereka yang dilupakan itu menghukum parti.

Penulis yakin, semua pemimpin sedar akan keadaan ini, kerana di Sabah bukan sekali parti yang menerajui kerajaan berganti.

Kadangkala tidak dapat diterima kekalahan sesebuah parti kerajaan apabila menghadapi pilihan lengkap dengan trek rekod, berbanding parti lawan yang hanya berbekalkan air liur, malah punca kekalahan itu adalah pemimpin berjawatan atau berkedudukan gagal mempertahankan kerusi.

PRU14 menyaksikan bukan sedikit pemimpin berkedudukan kalah, dan yang menyedihkan kalah pada calon yang tidak bernama.

Jangan berulang, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri kalah dalam pilihan raya.

Atas asas apa penulis membangkitkan isu berkaitan pemimpin politik yang berjawatan? kerana melihat perbuatan itu berlaku pada segelintir pemimpin yang berubah dengan drastik sekali berbanding sebelum mendapat kedudukan.

Perbuatan mereka itu boleh mengundang padah, kerana kesan seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Sebelum terlambat, mengingat PRN17 berbaki satu setengah tahun lagi, mereka yang terkait itu kena berubah, kembali pada garis di mana bermula, kerana pada titik itu lah punca jawatan diperolehi. Fikir-Fikirkan.

Saturday, August 15, 2020

GERAN TANAH ADAT SABAH-HAJIJI DESAK SHAFIE JANGAN MEMBOHONGI RAKYAT

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Shafie bercakap bohong dan tindakannya amat jelas dan nyata bertujuan untuk memancing undi dan sokongan rakyat.

Beliau mendakwa, geran-geran tanah yang diserahkan oleh Shafie itu merupakan geran yang telah siap lebih awal menerusi Program Pengukuran Hak Tanah Adat Negeri Sabah  (PANTAS) yang diilhamkan oleh kerajaan lalu.

Katanya, PANTAS merupakan usaha murni dan inisiatif Kerajaan lalu untuk membantu  mempercepatkan pengeluaran geran-geran tanah adat kepada rakyat dengan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, setelah mengalami kelewatan pengukuran sejak sekian lama. 

Menurutnya, pendekatan itu untuk memastikan pengeluaran geran berstatus anak negeri (NT) untuk tanah NCR yang sudah lama diduduki dapat dipercepatkan bagi mengatasi kelewatan dalam proses permohonan biasa sebelum ini.

"Program PANTAS adalah inisiatif kerajaan negeri semasa diterajui oleh kerajaan lalu dengan kerjasama kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu NCR yang membelenggu rakyat Pribumi Sabah sejak sekian lama.

"Justeru, geran-geran tanah adat yang sudah disiapkan menerusi Program PANTAS dan belum sempat diserahkan semasa Kerajaan lalu, yang kini telah diserahkan oleh Shafie, tetapi dia mendakwa ianya adalah inisiatif  Kerajaan Warisan?

"Ini merupakan satu pembohongan. Shafie perlu berhenti daripada menggunakan geran tanah adat untuk meraikan sokongan rakyat berikutan populariti dan sokongan rakyat terhadap Warisan semakin merosot ’, katanya.

Hajiji Haji Noor mendesak Shafie Apdal jangan membohongi rakyat Sabah berkaitan Geran Tanah Adat Sabah.

Menurut Hajiji, rakyat Sabah tidak buta, kerana mereka tahu PANTAS yang dilaksanakan sejak tahun 2011 berupakan inisiatif kerajaan terdahulu.

"Shafie yang kini sibuk menyerahkan geran-geran tanah tersebut setelah membubarkan DUN, jelas beliau begitu terdesak melakukan semua itu kerana semakin terhakisnya keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Warisan yang dipimpinnya.

"Jika tidak terdesak dan mahu memancing sokongan dan undi rakyat, kenapa perlu tergesa-gesa dan rancak membuat penyerahan geran-geran tanah tersebut menerusi siri jelajah khas ke daerah-daerah seluruh Sabah?

"Kenapa tidak giat membuat majlis penyerahan geran itu sebelum DUN dibubarkan? Kenapa baru sekarang rancak dan sibuk  membuat penyerahan? ", soal Hajiji.

Mantan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Datuk Safar Untong pada awal tahun 2018 dipetik sebagai berkata (PANTAS) yang dilaksanakan sejak 2011 berjaya menyelesaikan kerja pengukuran tanah hak adat anak negeri (NCR) seluas 36,137 hektar sehingga akhir tahun 2017.

Ia membabitkan 21,378 lot tanah di 92 kampung di 16 daerah seluruh negeri, dengan kebanyakannya di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Sipitang dan Semporna.

Daerah lain ialah Beluran, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Papar, Kudat, Sandakan, Keningau, Lahad Datu dan Tawau dengan kerja pengukuran dilaksanakan 80 pasukan juru ukur yang dilantik JTU.

Safar Untong berkata, program itu dibiayai menerusi peruntukan khas untuk tanah NCR daripada kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM20 juta setahun, termasuk untuk pengukuran tanah bagi pengeluaran hak milik secara berkelompok atau Geran Komunal.

Friday, August 14, 2020

KOTA BELUD PERLU KEPIMPINAN SALLEH

ADALAH merugikan penduduk Kota Belud, jika Datuk Salleh diketepikan dalam kanca politik daerah tersebut.

Membangun sesebuah daerah perlu iltizam politik, kerana hanya parti politik sahaja yang boleh membentuk kerajaan. Parti politik yang membentuk kerajaan perlu mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh dan pengalaman, jika tidak, misi dan perjuangan tidak akan dapat direalisasi, kerana kerajaan yang disertai, berakhir setiap sepenggal.

Apabila rakyat tersalah pilih, dan wakil rakyat yang dipilih tiada jalinan dengan jabatan-jabatan kerajaan atau kementerian, kerana kurang pengalaman, tiada kepimpinan, maka apabila status wakil rakyat berakhir, seperti pembubaran DUN, maka yang untung hanya wakil rakyat itu kerana mendapat elaun sebagai wakil rakyat sepanjang hayat, tetapi rakyat yang mengundi tidak mendapat apa yang diimpikan. Jika dahulu, kais makan pagi, kais makan petang, kekal berhadapan dengan bencana banjir, kekal sedemikian.

Satu kesilapan besar bagi pengundi Kota Belud apabila menolak Salleh pada PRU-14, sedangkan beliau sudah mempunyai peluang membangun dan memajukan Kota Belud, kerana sudah berada di persada politik nasional, dan hanya masa menentukan, semua pembelaan kepada rakyat Kota Belud akan terealisasi.

Kekuatan seseorang pemimpin atau wakil rakyat, adalah net working dengan kepimpinan pusat, jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian, kerana semua sektor ini mewakili kerajaan menyalurkan dana atau peruntukan untuk membangun dan memajukan sesebuah kawasan. Net working atau jalinan itu, ada pada Datuk Salleh. Sungguh sayang, peluang itu disia-siakan oleh pengundi Kota Belud.

Pada PRN Sabah akan datang, kepada pengundi Kota Belud, jangan sia-siakan lagi peluang itu, jika Salleh bertanding. Beri lah sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau, tanpa mengira LOGO yang beliau gunakan, kerana Salleh mempunyai keupayaan membela rakyat Kota Belud, menerusi jalinan dan net working yang ada pada beliau.

SHAFIE MUSNAHKAN EKONOMI SABAH- PERLU LAGI KAH DISOKONG?

PENGUNDI yang rasional sudah tentu tidak dapat menyokong pemimpin dan kerajaan yang memusnahkan ekonomi. 

Ekonomi yang musnah, bukan sahaja meningkat jumlah pengangguran, malah jumlah rakyat miskin turut meningkat.

Ekonomi yang musnah, menyebabkan rantai perniagaan terhenti. Dengan terhentinya rantai perniagaan yang berakibat buruk pada KDNK. Apabila KDNK menjunam, ianya menggambarkan kemelestan teruk pada perekonomian.

Tahun 2018 dan 2019 kadar KDNK Sabah masing-masing 1.5% dan 0.5% berbanding pada tahun 2017-8.2%. 

Sejak Shafie mentadbir Sabah, ekonomi Sabah terus menjunam, kerana tiadanya hala tuju yang jelas, kerana kerajaan negeri asyik mengumumkan projek-projek atau pelaburan yang bersifat scam, tiada kebenaran mengenainya.

Projek yang jelas, adalah projek yang hanya menghabiskan wang simpanan kewangan negeri warisan daripada kerajaan lalu, misalnya projek penyelenggaran jalan RM1.5bilion dan projek empangan Papar bernilai RM3bilion, tetapi projek-projek itu tidak berimpak kepada pendapatan rakyat secara umumnya.

Pengundi yang rasional, sudah tentu tidak akan memberi sokongan lagi kepada parti atau pemimpin yang memusnahkan perekonomian, kerana jika masih disokong, rakyat Sabah seperti menggali kubur sendiri.

Shafie, hanya berpengalaman makan, tetapi tidak tahu mencari bagai mana makanan itu disediakan, sebab itu lah, hanya 27 bulan, kemusnahan kepada perekonomian Sabah berlaku.

Thursday, August 13, 2020

SHAFIE MUSNAHKAN EKONOMI SABAH

DUA tahun, adalah masa yang cukup perit bagi Sabah dan rakyatnya, kerana dalam tempoh tersebut, ekonomi yang dibangun dan dikembangkan selama bertahun-tahun dimusnahkan.

Tan Sri Musa Aman menggunakan masa 15 tahun untuk memperbaiki perekonomian Sabah yang tenat. Dalam tempoh masa 15 tahun, Musa berjaya mengumpul kewangan negeri sehingga RM3.74bilion (rekod Disember 2017), berbaki RM3.4bilion (Jun, 2018-jawapan lisan Datuk Shafie Apdal di DUN Sabah).

Juga, dalam tempoh 10 tahun terakhir pemerintahan Musa, pertumbuhan KDNK Sabah melebihi pertumbuhan negara, malah tahun 2017, tertinggi dalam negara, iaitu 8.2%.

Sebaik sahaja kerajaan Warisan mengambil alih pada Mei, 2018 pertumbuhan KDNK Sabah menjunam ke paras 1.5%, terburuk dalam tempoh 10 tahun, tahun 2019 menurun lagi ke paras 0.5%, terburuk dalam tempoh 11 tahun. Dua tahun berturut-turut, pertumbuhan KDNK Sabah tercorot daripada semua negeri dalam negara.

Ekoran menjunamnya perekonomian Sabah, maka Musa bersama 32 ADUN bertindak mengambil alih kerajaan negeri daripada Warisan Plus Sabah untuk mengelak kemusnahan yang lebih teruk lagi, namun usaha tersebut terhalang, kerana TYT Sabah membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020 atas permintaan Shafie.

Kini, kesahian pembubaran DUN Sabah sedang dalam mahkamah dan bakal diputuskan pada 17 Ogos, 2020.

Monday, August 10, 2020

PRN SABAH-SIAPA CALON KETUA MENTERI PERIKATAN NASIONAL SABAH?

Membuak-buak semangat para pemimpin parti-parti Perikatan Nasional Sabah (PNS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-15, namun setakat ini belum menamakan, siapa yang mengetuai perikatan tersebut, dan seterusnya bakal Ketua Menteri.

Dalam semua PRN diadakan, sebelum penamaan calon, rakyat telah mengetahui, pemimpin yang mengetuai pakatan atau gabungan parti-parti yang juga merupakan calon Ketua Menteri.

Datuk Bung Moktar baru-baru ini apabila ditanya, siapa bakal Ketua Menteri, sekiranya PNS menang PRN negeri, beliau secara bergurau menjawab bahawa ramai yang boleh menjadi Ketua Menteri, namun beliau hanya menyebutkan nama-nama pemimpin Umno Sabah, tidak mengambil kira rakan-rakan daripada parti lain yang juga pendokong PNS.

Di Sabah sekarang ini, parti-parti dalam PNS yang dianggap tunjang adalah Umno dan Bersatu, selain PBS.

Umno menghandalkan rekod parti yang telah bertapak di Sabah sejak tahun 1990, demikian juga PBS merupakan parti tertua di antara parti-parti. Manakala Bersatu, hanya bertapak pada April, 2019 dan diterajui oleh mantan-mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno.

Sehingga sekarang, Bersatu dianggap sebagai parti para pemimpin dan wakil rakyat, bukan parti akar umbi, walaupun pada Ogos, 2020 mempunyai keahlian seramai 105,385. 

Jika ada pihak yang menganggap bahawa Bersatu belum bertapak jika dilihat pada jumlah keahlian, tidak menggambarkan sokongan, kerana terbukti pada PRU-14, parti Warisan yang ditubuhkan  sebelum PRU-14, mampu menang 21 kerusi DUN.

Penulis memperkirakan, sebelum penamaan calon, pengagihan kerusi antara parti-parti dalam PNS dapat dimuktamadkan, juga akan dapat menamakan pemimpin yang mengetuai dan calon Ketua Menteri.

Sebagai pengamat politik negeri, jika dianalisa pengalaman dan keupayaan, jika diminta menamakan, pemimpin mana yang perlu mengetuai PNS Sabah, penulis memilih Datuk Hajiji Haji Noor, kerana pengalaman beliau dalam kabinet negeri Sabah, selain mengetuai sebuah kementerian yang sangat dekat dengan rakyat.

Pemilihan Hajiji, untuk memastikan pemerintahan Datuk Shafie Apdal tidak berulang, kerana, ketiadaan pengalaman mengurus negeri.

Untuk menang PRN Sabah, pemilihan Hajiji merupakan keputusan tepat, bagi berhadapan Warisan Plus yang diketuai Shafie.

Sunday, August 09, 2020

PRN-15 SABAH: APA KAH SENTIMEN TAHUN 1985 & 1986 BERULANG?

MUNGKIN Datuk Shafie Apdal mengambil iktibar tindakan Parti PBS tahun 1986, apabila Kerajaan Negeri mengadakan PRN negeri setahun selepas menubuhkan kerajaan negeri. 

PBS sebagai Kerajaan negeri, terpaksa membubarkan DUN, kerana takut tumbang menerusi lompat parti, kerana parti itu hanya mempunyai 26 kerusi daripada 48, hanya mempunyai kelebihan 4 kerusi berbanding parti lawan. 

Pada masa itu, kerana sentimen KDM dan Cina terhadap Kerajaan Persekutuan begitu tebal, maka pada PRN tersebut PBS menang 34 kerusi, menambah 8 kerusi berbanding PRN 1985. PBS bertahan sehingga tahun 1994, walaupun membangkang Persekutuan bermula tahun 1990. 

Pada PRN tahun 1994, PBS tidak kalah kerana masih menang 25 kerusi daripada 48, tetapi tumbang beberapa bulan kemudian kerana kehilangan majoriti mudah. Kemenangan PBS pada setiap PRN kerana faktor sentimen yang melekat pada KDM selain faktor Tan Sri Pairin Kitingan. Tumbangnya Kerajaan BN pada Mei, 2018, kerana mengikut senario yang sama seperti mana dialami PBS. 

Pada 29 Julai, 2020, Kerajaan Warisan sepatutnya tumbang, kerana kehilangan majoriti mudah, walaupun kurang seminggu sebelum itu, Presiden Warisan sepulang daripada Persidangan Parlimen, memberi tahu wartawan, bahawa Kerajaan Warisan Plus sangat kukuh, kerana mempunyai kuasa 2/3 di di DUN Sabah, kerana disokong 45 ADUN daripada 65. 

Mungkin Shafie berfikiran, bahawa sentimen terhadap kerajaan negeri yang membangkang Persekutuan, akan sama dengan sentimen tahun 1985 & 1986. Shafie lupa, bahawa semasa PBS menang kerajaan persekutuan tidak berubah, manakala Warisan Plus menubuhkan kerajaan semasa kerajaan Persekutuan berubah. Kemudiannya, kerajaan Warisan tumbang kerana mengikut arah kerajaan Persekutuan. 

Pada PRN ini, akan dibuktikan bahawa sentimen tahun 1985 &1986, bukan lagi sandaran pengundi, sebaliknya berkiblat kepada politik pembangunan, pun demikian, di kawasan-kawasan seperti Pantai Timur dan beberapa kawasan di Pantai Barat, masih berpaksi kepada sentimen. 

Warisan Plus akan bersandar pada pengundi warganegara “baharu” kerana mereka ini lah yang banyak mendapat manfaat selama 27 bulan pemerintahan Shafie. Di kawasan-kawasan ini, parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan “uphill”. 

Dalam senario politik Sabah, parti-parti yang mahu mengalahkan Warisan Plus sebenarnya yang berkeadaan “uphill” dan “underdog” kerana berhadapan dengan berbagai isu termasuk pengagihan kerusi, siapa calon Ketua Menteri, juga ancaman perpecahan undi daripada parti-parti PCS, USNO, LDP dan parti-parti lain yang ingin menyertai pesta demokrasi. 

Dalam teorinya, mungkin dalam PRN kali ini, Warisan Plus akan banyak kehilangan sokongan, kerana dibuktikan menerusi PRK Kimanis, apabila calon parti itu kalah, termasuk di DUN Bongawan. Teori ini akan berlaku di kawasan-kawasan pantai Barat Utara, Pantai Barat, Pedalaman, Kinabatangan dan Beluran, tetapi tidak di Semporna, Lahad Datu, Kalabakan, Tawau, Sepanggar dan Batu Sapi malah Sepanggar. 

Di Pantai Timur, daripada 27 DUN, 20 DUN adalah kawasan cerah bagi Warisan Plus, demikian juga kawasan-kawasan cina samada di Sandakan, Tawau atau Kota Kinabalu. 

Pendek kata, Warisan Plus akan ada “kawasan” selamat antara 28-30 berbanding parti-parti dalam PN, antara 20-30 dengan syarat pengagihan kerusi dapat dicapai tanpa protes. 

Nampaknya, pada PRN kali ini, kawasan bumiputera islam akan terbahagi-bahagi, antara parti-parti, antara Warisan, UMNO, Bersatu, malah PCS dan USNO. Manakala kawasan cina akan kekal bersama DAP atau PKR. 

Kawasan KDM akan menjadi perhatian utama. Parti-parti yang mewakili kaum itu bakal menjadi “kingmaker”, samada PBS atau STAR. 

Warisan Plus, tidak akan mendapat banyak kerusi di kawasan KDM, kecuali mungkin DUN Moyog. UPKO tidak akan dapat menyumbang kerusi, termasuk kehilangan kerusi DUN Kedamaian.

Nampaknya, pada PRN kali ini, parti mana yang menguasai kawasan KDM bakal membentuk Kerajaan negeri akan datang.

Saturday, August 08, 2020

EKONOMI SABAH DI BAWAH SHAFIE MENJUNAM TERUK

27 BULAN Datuk Shafie Apdal mentadbir Sabah, satu halatujupun tiada, atas sebab itu ekonomi negeri menjunam dengan teruk

Tahun 2018 pertumbuhan ekonomi Sabah pada paras terendah dalam tempoh 10 tahun, dan kadar itu tercorot daripada semua negeri di Malaysia.

Tahun 2017 pertumbuhan ekonomi Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% seluruh negara.

Pada tahun 2016 Sabah mencatat pertumbuhan 4.7% berbanding 4.2% untuk Malaysia.

Secara umumnya semasa era Tan Sri Musa Aman, ekonomi Sabah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan mengambil alih.

Jika melihat rekod pertumbuhan, bermula tahun 2018, sebaik sahaja Datuk Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri, Sabah ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Mengapa ekonomi Sabah menjunam? sebabnya kegagalan Shafie mengurus ekonomi negeri, kerana keutamaan kerajaan beliau bukan untuk merancakan ekonomi, sebaliknya melaksanakan projek-projek yang cepat memberi imbuhan kepada beliau dan kroni beliau seperti penyelenggaran jalan bernilai RM 1.5bilion dan pembinaan empangan papar berkos RM3bilion.

Projek yang mempunyai spillover terhadap perekonomian rakyat seperti Pan Borneo dihentikan, pembinaan sambungan paip gas untuk sabah dihentikan, sebaliknya memilih projek-projek yang cepat mendatangkan wang kepada syarikat-syarikat kroni, menerusi projek-projek kecil-kecilan secara one-off, malah pakej bantuan covid-19 pun tidak terlepas diberikan kepada syarikat-syarikat kroni.

Sunday, August 02, 2020

PRN SABAH: HANYA PARTI YANG MESRA KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG BOLEH KEKAL

RAKYAT Sabah jangan lupa sejarah, setiap kerajaan negeri yang tidak mesra kerajaan Persekutuan, pasti tumbang, samada menerusi peti undi atau tindakan wakil rakyat meninggalkan parti.

Tiada jaminan, parti yang membangkang Persekutuan, betapapun banyaknya majoriti kerusi, pasti akan tumbang jua.

Pengalaman politik Sabah, memperpanjang catitan sejarah, apabila sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti 2/3 tumbang hanya dalam tempoh 3 bulan, kerana tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Andian beberapa pengamat politik, bahawa menerusi majoriti besar bagi parti-parti yang menang dalam PRn-15 Sabah akan mengarah kepada kestabilan politik negeri, tidak semestinya benar, jika parti yang menang itu tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, parti yang sehaluan dengan Persekutuan, walaupun hanya mempunyai majoriti mudah, akan kekal, seperti mana berlaku pada tahun 1994, walaupun BN Sabah pada asalnya hanya berkelebihan 2 kerusi akan tetapi kekal sehingga 10 Mei, 2018. Sebabnya, kerana kerajaan negeri sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan. Demikian juga, apabila kerajaan negeri tidak sehaluan dengan Persekutuan tumbang bukan sekali dalam sepenggal akan tetapi 2 kali.

Pendek kata, menerusi PRN Sabah, rakyat Sabah perlu memilih parti yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan, untuk mengelak perubahan kerajaan ditengah penggal, juga untuk menjamin kestabilan politik, dan sudah tentunya memperlancar pembelaan kepada rakyat, memajukan dan membangun negeri berjalan tanpa gangguan.

Rakyat Sabah perlu mengambil pelajaran semasa diperintah Kerajaan Warisan yang diterajui Shafie, yang mana sebuah kerajaan yang tidak berhala tuju, selain itu, Shafie mengurus negeri seperti mengurus sebuah syarikat sendirian berhad.

BUBAR DUN SABAH - KEANGKUHAN SHAFIE BERAKHIR

Datuk Shafie Apdal begitu angkuh kerana disokong oleh 45 ADUN daripada 65 ADUN Sabah. 

Atas sebab jumlah sokongan 2/3, maka Shafie  bertegas akan memerintah Sabah seperti mana Kelantan sejak tahun 1990 yang membangkang Kerajaan Persekutuan.

Kerana sokongan sedemikian juga, maka kedudukan Shafie kukuh dan kerajaan yang beliau pimpin tidak akan goyah. Malah ada penganalisis politik  Sabah, tegas menyatakan, kerajaan Shafie tidak akan tergoyangkan sehingga tamat penggal.

Apabila beberapa kerajaan negeri di Semenanjung tumbang seperti domino rentetan tumbangnya kerajaan PH pada 24 Februari, 2020, ramai pengamat politik yakin kerajaan Sabah juga bakal tumbang, namun pemimpin Warisan dan sekutunya, menafikan keadaan itu bakal berlaku, kerana majoriti kerajaan bukan majoriti mudah, tetapi majoriti 2/3.

Bukan mudah menumbangkan kerajaan yang kukuh, seperti kerajaan Warisan dan sekutunya, tetapi, usaha melepaskan rakyat Sabah daripada cengkaman Kerajaan yang bertindak seperti syarikat sendirian berhad, tidak henti-henti dilakukan, dan penggerak utamanya adalah Tan Sri Musa Aman.

Mereka yang bercita-cita menjadi calon pilihan raya, dan bakal wakil rakyat kini dipercepat peluang mereka, malah masa itu sangat singkat hanya kurang 60 hari, berbanding menunggu 3 tahun. Mereka ini, mungkin memejamkan mata mereka, mengapa kah, peluang mereka dipercepat, tanpa sedar, peluang itu tercipta hanya kerana tindakan dan gerak atur yang dimainkan oleh seorang pemimpin yang bernama Musa. 

Kini mereka itu, kerana keasyikan bakal menjadi wakil rakyat, terlepas pandang, malah tidak mampu berpijak di bumi nyata, dan keluar lah keangkuhan mereka, tanpa memberi kredit kepada usaha yang dilakukan Tan Sri Musa.

Cepatnya mereka berubah, seperti juga tindakan Shafie semasa memerintah, yang hanya asyik potong pita hasil kerja Tan Sri Musa.

Kini mereka itu, menanam propaganda di kalangan penyokong mereka untuk disebar luaskan, bahawa Musa perlu berehat daripada dunia politik, dan tidak perlu lagi menyertai PRN ke-15 Sabah, kerana kononnya, mereka boleh berjaya menang pilihan raya tanpa pengelibatan Musa. Mereka itu tidak sedar, bahawa pemimpin yang amat digeruni Shafie ada lah Musa, selain daripada itu, Shafie hanya memandang dengan mata sebelah.

Sejarah politik Sabah terpahat lagi, pada 29 Julai, 2020, walaupun Musa dinafikan kembali sebagai Ketua Menteri, tetapi berjaya menumbangkan kerajaan Warisan pimpinan Shafie.

Saturday, August 01, 2020

PRN SABAH: SIAPA LAWAN SHAFIE?

BELUMPUN PRN Sabah bermula, suara-suara parti yang melawan Shafie sudah sumbang, hanya kerana pembahagian kerusi. 

Ketua Bersatu Sabah, menyuarakan keinginan bertanding 45 kerusi, tetapi bersedia berbincang dengan parti-parti yang sealiran melawan Shafie untuk mengumpul kekuatan. 

Kerana kenyataan Datuk Hajiji tersebut, Ketua Penerangan Umno Malayisa, memberi jawapan sinis “jangan mimpi”. Sepatutnya jawapan seperti itu tidak timbul, kerana mengeruhkan lagi keadaan. 

UMNO telahpun menarik diri daripada menyertai Perikatan Nasional, ertinya manarik diri daripada bekerjasama dengan parti-parti yang menyokong PN, kecuali PAS dan komponen BN. 

PN walaupun belum didaftarkan disokong GPS-Sarawak, PBS, STAR dan Bersatu, selain Muafakat Nasional (MN) dan BN.

Berhadapan dengan PRN Sabah- apa kah UMNO menggunakan flatform BN? Jika demikian, maka tidak melibatkan PBS, STAR dan Bersatu. 

BERSATU dan UMNO mempunyai masalah tersendiri, kerana kawasan-kawasan yang bertindih. Di Sabah semua mantan ADUN Bersatu juga merupakan mantan-mantan ADUN UMNO, kerana selepas PRU-14, mereka keluar beramai-ramai untuk menyertai Bersatu. 

Jika UMNO dan BERSATU tidak mencapai kesepakatan dan bertembung satu sama lain, maka anggaplah para pemimpin kedua-dua parti itu menggali lubang sendiri untuk menguburkan parti mereka.

KERAJAAN SABAH-DISEBALIK TINDAKAN TYT SABAH?

DENGAN jelas tindakan TYT Sabah terhadap perlantikan Ketua Menteri antara Tan Sri Musa Aman dan Datuk Shafie Apdal, lebih bersifat pribadi, bukannya berasaskan Perlembagaan negeri.

Musa dipermainkan, bukan sekali tetapi dua kali. 

Kali ke-2 Musa dipermainkan adalah pada 29 Julai, 2020, apabila ADUN Sungai Sibuga tersebut mempunyai sokongan 33 ADUN daripada 65 ADUN Sabah, dan dengan kedudukan itu, Musa layak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Akan tercatit dalam SEJARAH Sabah, Musa adalah pemimpin yang menjadi mangsa TYT, bukan atas nama perlembagaan, melainkan tindakan berpihak TYT kepada pemimpin lain.

MENGAPA Tun Juhar Mahiruddin yang juga TYT Sabah tidak bersikap adil terhadap Tan Sri Musa Aman? Hanya sejarah dapat merungkainya kemudian hari.

Keputusan TYT membubarkan DUN Sabah, kononnya untuk menyelesaikan politik Sabah, adalah tidak tepat, kerana tiada jaminan peristiwa 12 Mei, 2018 dan 29 Julai, 2020 tidak berulang, jika keputusan PRN-15 Sabah berpihak kepada parti yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

TUN Juhar telah bertindak melantik Shafie pada 12 Mei, 2018 kerana mendakwa mempunyai sokongan majoriti DUN Sabah, tetapi TYT itu tidak bertindak sama terhadap Musa, apabila ADUN Sungai Sibuga itu juga mempunyai majoriti mudah daripada 65 ADUN Sabah pada 29 Julai, 2020, sebaliknya beliau memberi kebenaran atas permohonan Shafie membubarkan DUN.

Jelas sungguh, Tun Juhar adalah "sebahagian" daripada kumpulan Shafie, kerana tindakan beliau yang tidak adil, malah tidak memberi pertimbangan yang bebas sebagai TYT Sabah, termasuk menghalang Musa memasuki Istana.

Musa disokong 13 ADUN penyokong Shafie, kerana mereka tidak dapat bertahan lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan Shafie selama 27 bulan yang gagal memerintah negeri. Kelemahan Shafie sebagai pemimpin sangat ketara, khususnya semasa PKP Covid-19. Wabak Covid-19, diambil peluang oleh Shafie menggunakan wang kerajaan negeri untuk projek-projek yang langsung tidak memberi manafaat kepada rakyat yang terjejas kerana PKP.

Ketidak adilan terhadap Musa dan para wakil rakyat yang menyokong beliau, bukan sahaja mendapat simpati daripada rakyat, akan tetapi, akan tetapi peluang rakyat melenyapkan parti Warisan dan sekutunya pada PRN-15 Sabah.

Friday, July 31, 2020

PRN SABAH- KEPUTUSAN TIDAK BIJAK


KALAU lah menyelesaikan politik Sabah, kononnya menerusi pilihan raya, dalam keadaan negara berhadapan pandemik Covid-19 dan kemelesatan ekonomi impak kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diistiharkan pada 18 Mac, 2020, dan kini berada pada fasa PKPP (pemulihan), sebenarnya satu keputusan tidak tepat.

Sebelum pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai, 2020, ekoran Kerajaan Warisan yang mempunyai 45 kerusi daripada 65, kehilangan majoriti, apabila 13 ADUN kerajaan menyokong parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN). 

Jumlah kerusi 45 adalah kedudukan yang amat selesa, kerana pada kedudukan itu, Kerajaan mempunyai kuasa 2/3 di DUN Sabah, pun demikian boleh tumbang.

Melihat bagai mana kerajaan yang mempunyai kuasa 2/3 pun boleh kehilangan sokongan majoriti, tiada jaminan, jika PRN ke-15 Sabah  bahawa kejadian 29 Julai, 2020 tidak akan berulang.

Tidak tepat, bahawa membubarkan DUN Sabah untuk menyelesaikan kemelut politik Sabah, kerana ianya akan terus bergolak, selagi, parti yang menang nanti tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Pengalaman Sabah, tahun 1994, parti yang menang tumbang kerana bukan sealiran dengan Kerajaan Persekutuan. Kemudian itu tahun 2018, kerajaan Sabah tumbang, juga dengan alasan yang sama. Demikian juga kerajaan Warisan sepatutnya tumbang pada 29 Julai, 2020, kerana sebab yang sama.

Pada PRN Sabah ke-15, adalah jelas, isyarat kepada rakyat, jika ada yang masih memilih parti Warisan dan sekutunya, kerajaan itu tidak akan kekal, kecuali menang 73-0. 

Semasa membubarkan DUN Sabah, mungkin Shafie berpendapat, bahawa parti beliau dan sekutunya boleh menang 73-0, kerana hanya menerusi kemenangan sedemikian, maka beliau boleh mengekalkan kedudukan. Jika keputusan hampir sama atau hanya mempunyai majoriti mudah, keadaan malam 12 Mei, 2018 akan berulang semula.

Shafie tidak mengambil iktibar pada PRK Kimanis, bahawa DUN Bongawanpun yang ditawan pada PRU-14 kalah.

Berasaskan senario politik sekarang, serta pengalaman rakyat Sabah selama 27 bulan di bawah pemerintahan Shafie, mungkin kawasan Semporna dan beberapa kawasan di pantai timur boleh dimenangi parti itu, kerana faktor kesukuan, namun di kawasan-kawasan lain, di perkirakan kawasan-kawasan yang dimenangi parti semasa PRU-14 akan ditawan semula oleh parti-parti yang menyokong Kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya, keputusan Shafie yang dibantu TYT Sabah membubarkan DUN Sabah bagi membuka jalan PRN-15 Sabah adalah mempertaruhkan nyawa rakyat Sabah daripada ancaman VIRUS Covid-19.

AKHIRNYA RAKYAT SABAH TERLEPAS CENGKAMAN KERAJAAN WARISAN


Cuba bayangkan jika kerajaan Warisan pimpinan Shafie berterusan selama 3 tahun lagi, kemusnahan terhadap perekonomian dan hutan Sabah akan bertambah teruk.

Walaupun, Shafie masih memimpin kerajaan sementara selama 60 hari, dan beliau boleh menggunakan wang simpanan negeri dengan meluluskan berbagai projek, akan tetapi, masih ada masa membatalkannya, selepas PRN negeri.

Shafie semalam semasa mengumumkan pembubaran DUN Sabah memberi isyarat, bahawa beliau masih Ketua Menteri sehingga PRN yang diadakan dalam tempoh 60 hari, ertinya selama 60 hari, beliau boleh membelanjakan wang kerajaan negeri.

Dalam pilihan raya nanti, beliau akan mengumumkan berbagai projek di semua daerah atau kawasan, walaupun pengumuman itu nanti hanya janji politik, seperti mana beliau lakukan semasa PRU-14, apabila menjanjikan berbagai janji bulan bintang kepada pengundi, namun selepas 27 bulan, janji-janji itu tidak pernah ditunaikan.

Selama 27 bulan memerintah negeri, ekonomi Sabah menjunam dengan teruk, kadar pengangguran meningkat  tidak terkawal.

Apa yang cukup mendukacitakan, semasa PKP Covid-19, wang kerajaan yang dikatakan Pakej Bantuan Covid-19, tidak sampai kepada rakyat, tetapi hanya sampai pada kontraktor pilihan Shafie.

Hakikatnya, tumbangnya kerajaan Warisan, walaupun menggantikannya dengan kerajaan Perikatan Plus pimpian Tan Sri Musa Aman tidak menjadi kenyataan, kerana berjaya dipintas oleh Shafie dengan kerjasama TYT Sabah, rakyat Sabah merasa lega, kerana peluang memberi mandat kepada para pemimpin yang mempunyai visi memajukan dan membangun Sabah terbuka luas.

Pada umumnya perasaan rakyat Sabah merasa gembira kerana pertukaran kerajaan menerusi pilihan raya adalah sebaik-baiknya, pada masa yang sama cukup sedih, kerana terpaksa berhadapan dengan pilihan raya, semasa wabak COVID-19 masih belum reda, malah proses pilihan raya ini boleh mengancam nyawa rakyat.

Pilihan raya tidak dapat dielak, kerana setiap tamat penggal perlu ada pilihan raya, tetapi pemilihan masa pilihan raya cukup tidak sesuai dan tidak tepat, kerana wabak virus Covid-19 masih mengancam negara.

Pada PRN kali ini, lebih 1 juta pengundi berhadapan covid-19, tidak termasuk keluarga mereka. 

Shafie dan TYT Sabah, tidak langsung memikirkan bagaimana  ancaman COVID-19 terhadap rakyat Sabah semasa memutuskan membubarkan DUN Sabah, hanya semata-mata mempertahankan kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri.

PENDERITAN RAKYAT SABAH BERAKHIR DALAM TEMPOH 60 HARI!!!


Kerana Musa disokong majoriti mudah ADUN Sabah, maka beliau memohon bertemu TYT Sabah-Tun Juhar Mahiruddin untuk menzahirkan hasat para ADUN tersebut. Namun TYT enggan berjumpa, malah laluan ke Istana dikawal bermula 7 malam pada hari yang sama.  Laluan ke Istana hanya membenarkan Datuk Shafie Apdal dan kebenaran berjumpa TYT pada malam 29 dan pagi 30 Julai.

TYT menggunakan kuasa beliau dalam Perlembagaan Negeri apabila diminta oleh Ketua Menteri.

Dalam memberi kebenaran membubarkan DUN, TYT 100% menggunakan apa yang tertulis dalam perlembagaan, tidak mempertimbangkan keadaan semasa, sebab dan mengapa Shafie meminta DUN dibubarkan. Keadaan ini berbeza sekali, pada 12 Mei, 2018, apabila TYT yang sama menggunakan " keadaan" apabila melantik Shafie sebagai Ketua Menteri, sedangkan Musa telah mengangat sumpah pada malam 10 Mei, 2018 jawatan yang sama.

Hasrat rakyat Sabah untuk keluar daripada penderitaan yang diterjemahkan oleh 33 ADUN Sabah akibat pemerintahan Shafie, nampaknya tidak digunapakai oleh TYT, sebaliknya beliau sehaluan dengan Shafie untuk mengadakan pilihan raya, dalam keadaan rakyat masih dicengkam Wabak Covid-19 dan kelembaban ekonomi.

KEMBALI kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang diberi mandat, kena lah konsisten, namun dalam kes Sabah-TYT bertindak "double standard".

Kerana DUN Sabah telah dibubarkan, maka pilihan raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari. Ertinya penderitaan rakyat akan berakhir selepas tempoh itu.

Shafie semasa mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Julai, dengan angkuh berkata, bahawa beliau masih Ketua Menteri selama 60 hari, ertinya, beliau memberi isyarat, rakyat akan tersiksa selama tempoh masa itu.

Tuesday, July 28, 2020

SHAFIE CUBA BERSANDIWARA DI FACEBOOK

DATUK Shafie Apdal cuba bersandiwara di facebook,  konon "rakyat menangis mahu bantuan, kamu sibuk beli wakil rakyat" sedangkan kenyataan itu bercanggah sama sekali terhadap hujah beliau pada persidangan DUN Sabah April lalu, bahawa rakyat jangan bergantung kepada bantuan kerajaan, khususnya semasa PKP-Covid-19.

Sebahagian besar rakyat Sabah tidak menerima manfaat daripada RM670juta wang kerajaan yang diumumkan sebagai Pakej Bantuan Covid-19, melainkan hanya penyokong warisan dan kontraktor kroni kerajaan Warisan.

Hakikatnya rakyat Sabah menerusi wakil-wakil rakyat parti-parti penyokong Kerajaan Perikatan Nasional, mahukan kerajaan Warisan segera tumbang, bagi memulihkan ekonomi negeri selain menghalang kerosakan besar kepada kewangan negeri, jika Shafie masih menerajui kerajaan negeri.

Malah dikalangan wakil-wakil rakyat yang menyokong Shafie terdapat ketidak puashatian mereka, sebab itu lah mereka mendekati para pemimpin parti-parti pro PN Sabah, berganding bahu menubuhkan kerajaan baharu, atas tujuan menyelematkan negeri Sabah daripada kemusnahan, kerana kerajaan Sabah sekarang ini, seolah-olah dimiliki puak Shafie sahaja, termasuk kaki tangan kerajaan mahupun syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

PEMBEBASAN MUSA TIADA ISU POLITIK

DAKWAAN pemimpin Warisan Sabah kononnya pembebasan Tan Sri Musa Aman daripada tuduhan rasuah ada unsur campur tangan politik, atas sebab semasa Musa dibebaskan dan dilepaskan, Pakatan Harapan bukan lagi kerajaan.

Namun, Dato Seri Najib Razak didapati bersalah pada hari ini, sedangkan beliau merupakan pemimpin utama Barisan Nasional dan Umno.

Jika benar lah ada campur tangan politik dalam keputusan pembebasan dan pelepasan Musa, mengapa tidak berlaku pada Dato Seri Najib?

Oleh kerana keputusan mahkamah TIADA unsur politik, melainkan berasaskan fakta yang sebenarnya, maka keputusan perlu dibuat, jika tidak bersalah maka diputuskan TIDAK bersalah, begitu juga yang sebaliknya.

Menerusi keputusan mahkamah tinggi berkaitan Dato Seri Najib Razak, jelas mahkamah bebas daripada campur tangan politik. Dengan demikian, pembebasan dan pelepasan Tan Sri Musa Aman daripada pertuduhan, jelas pertuduhan terhadap beliau bukan berasaskan fakta, akan tetapi bertujuan politik.

Musa cuba dimalukan, dipalitkan imej buruk, untuk membunuh karakter beliau sebagai pemimpin ulung Sabah.

Musa adalah Bapa Pembangunan Moden Sabah. Beliau telah membawa kemajuan dan pembangunan negeri yang sukar dicari pengganti.

Monday, July 27, 2020

KEPADA SHAFIE-JANGAN LAH GELABAH-PUJUK MEMUJUK DALAM POLITIK PERKARA BIASA

Para ADUN yang menyokong Datuk Shafie Apdal terpaksa membuat dakwaan mengarut, termasuk ditawarkan wang antara RM32-RM50juta untuk melompat parti.

Dalam politik, tindakan pujuk memujuk adalah perkara biasa. Parti-parti  Sabah yang menyokong Kerajaan Persekutuan, pada masa ini, memang melakukan pujuk memujuk, terhadap beberapa ADUN Warisan-UPKO-PH, sebabnya, hanya satu- untuk menubuhkan Kerajaan Negeri sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.

Pertimbangan utama, para pemimpin parti Perikatan Sabah, adalah merugikan negeri dan rakyat Sabah jika diperintah sekali lagi oleh kerajaan negeri yang membangkang persekutuan.

Pengalaman sebahagian wakil rakyat yang pernah menjadi pembangkang kepada Persekutuan tahun 1990-1994, bukan sahaja infrastruktur negeri menjadi daif, malah kadar kemiskinan meningkat dengan ketara sekali, manakala kadar pembangunan merudum dengan teruknya.

Rakyat Sabah tidak boleh menunggu 3 tahun untuk mengubah kerajaan, kerana masa 3 tahun, boleh membawa kemusnahan daripada segi ekonomi, pembangunan, malah akan meningkatkan jumlah rakyat miskin.

Rakyat sedar, kerajaan pimpinan Datuk Shafie, begitu rakus sekali menghabiskan wang negeri warisan daripada Kerajaan BN, untuk projek-projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat secara umumnya, melainkan hanya untuk segelintir syarikat dan kontraktor.

Rekod Shafie semasa menteri KKLW, menggambarkan bagaimana pendekatan beliau membelanjakan wang rakyat.

Sunday, July 26, 2020

KERAJAAN SHAFIE DIHUJUNG TANDUK

NAMPAKNYA, Kerajaan Sabah dalam keadaan tidak menentu, kerana isu pertukaran kerajaan negeri, bukan sahaja dibincangkan dikalangan pemimpin akan tetapi sudah sampai ke peringkat akar umbi.

Shafie terpaksa membuat berbagai penafian, malah mendesak siasatan, kononnya para ADUN penyokong kerajaan Warisan-UPKO-PH sedang diganggu pihak pembangkang untuk berpaling tadah.

Kumpulan Shafie terpaksa menggunakan berbagai kaedah termasuk memantau rumah-rumah kediaman pemimpin pembangkang negeri, untuk mengetahui siapa yang keluar masuk. Perhatian utama mereka adalah para ADUN mereka yang bakal berpaling tadah.

Memang untuk sementara, kerajaan Shafie belum tumbang, tetapi dalam keadaan dihujung tanduk.

Hakikatnya, persetujuan antara 13 ADUN yang sedang menyokong Shafie untuk berpaling tadah mengampiri pemuktamadan, hanya  menunggu masa dan ketikanya sahaja mereka mengumumkan pendirian mereka.

Kehadiran Presiden UMNO ke Sabah, memperkuat lagi, bakal tumbangnya kerajaan Warisan.

Saturday, July 25, 2020

PERTUKARAN KERAJAAN SABAH-SEJAUH MANA SHAFIE BERTAHAN?

RAKYAT Sabah jangan sama sekali terjebak mempercayai, bahawa ADUN-ADUN Warisan-DAP  yang mendedahkan kononnya ditawarkan wang ringgit untuk berpaling tadah, sebenarnya hanya gimik politik, untuk mengambil perhatian, bahawa mereka adalah sasaran pemimpin Perikatan Nasional Sabah untuk mendapat sokongan.

ADUN penyokong Datuk Shafie yang tampil ke hadapan termasuk membuat laporan polis, yang mengatakan mereka didekati "agen" pemimpin PN Sabah pada hakikatnya TIDAK termasuk dalam senarai panjang yang menyuarakan sokongan terhadap Kerajaan PN.

ADUN Gum-Gum, Elopura, Moyog, Kapayan dan Sindumin adalah antara ADUN yang "glamour" perhatian, kerana menyedari pengundi  yang mengundi mereka pada PRU-14 semakin mual dan marah kerana tindak tanduk mereka, tidak serupa bikin, bunyi saja nyaring, tetapi seperti tin kosong.

Ternampak sangat, bagai mana menipunya mereka itu, apabila mendakwa ditawarkan antara RM32-RM50juta untuk berpaling tadah, seolah-olah mereka itu sangat bernilai, sedangkan gaji menteri dan pembantu menteripun, mereka tidak sanggup mengeluarkan sesenpun untuk membantu mereka yang memerlukan.

Jangan lah berlagak seperti burung unta, menyorok kepala kecil ke dalam pasir, tetapi badan besar terlondeh!!!.

Melihat tindak tanduk para ADUN yang masih menyokong Shafie, nampaknya, mereka menyedari, bahawa kerajaan mereka semakin mendekati keruntuhan, hanya masa yang menentukan. 

Blog Archive