Para ADUN yang menyokong Datuk Shafie Apdal terpaksa membuat dakwaan mengarut, termasuk ditawarkan wang antara RM32-RM50juta untuk melompat parti.
Dalam politik, tindakan pujuk memujuk adalah perkara biasa. Parti-parti Sabah yang menyokong Kerajaan Persekutuan, pada masa ini, memang melakukan pujuk memujuk, terhadap beberapa ADUN Warisan-UPKO-PH, sebabnya, hanya satu- untuk menubuhkan Kerajaan Negeri sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.
Pertimbangan utama, para pemimpin parti Perikatan Sabah, adalah merugikan negeri dan rakyat Sabah jika diperintah sekali lagi oleh kerajaan negeri yang membangkang persekutuan.
Pengalaman sebahagian wakil rakyat yang pernah menjadi pembangkang kepada Persekutuan tahun 1990-1994, bukan sahaja infrastruktur negeri menjadi daif, malah kadar kemiskinan meningkat dengan ketara sekali, manakala kadar pembangunan merudum dengan teruknya.
Rakyat Sabah tidak boleh menunggu 3 tahun untuk mengubah kerajaan, kerana masa 3 tahun, boleh membawa kemusnahan daripada segi ekonomi, pembangunan, malah akan meningkatkan jumlah rakyat miskin.
Rakyat sedar, kerajaan pimpinan Datuk Shafie, begitu rakus sekali menghabiskan wang negeri warisan daripada Kerajaan BN, untuk projek-projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat secara umumnya, melainkan hanya untuk segelintir syarikat dan kontraktor.
Rekod Shafie semasa menteri KKLW, menggambarkan bagaimana pendekatan beliau membelanjakan wang rakyat.
No comments:
Post a Comment