Wednesday, September 26, 2018

TAN SRI MUSA AMAN KETUA MENTERI SAH SABAH

Kalau bukan tindakan khianat, Tan Sri Musa Aman pada masa ini adalah Ketua Menteri Sabah yang  ada kuasa, namun kerana khianat beliau adalah Ketua Menteri yang sah tanpa kuasa.

Oleh kerana kemelut Ketua Menteri Sabah, maka berbagai usaha menghalang Musa untuk mendapatkan kedudukan beliau, antaranya cubaan sabotaj angkat sumpah beliau sebagai ADUN Sungai Sibuga, Petisyen pilihanraya bagi DUN yang beliau menangi pada PRU-14, malah menuduh beliau dengan berbagai tuduhan termasuklah, kononnya beliau menjadi kaya semasa menduduki jawatan Ketua Menteri.

Dakwaan-dakwaan terhadap Musa sejak berlakunya kemelut jawatan Ketua Menteri, termasuk lah laporan ugutan TYT Sabah, laporan pihak-pihak tertentu kepada SPRM berkaitan harta yang beliau miliki.

Penulis suka menarik perhatian khususnya bagi pelayar internet atau media sosial yang terpengaruh atau percaya bahawa Musa tidak pernah kaya dan kekayaan beliau kononnya diperolehi semasa beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.

Maksud dan tujuan mereka itu adalah untuk mengaburi mata rakyat dan mahu memalitkan imej buruk kepada Musa menerusi dakwaan-dakwaan, bahawa harta-harta atau kekayaan Ketua Menteri terlama Sabah itu, kononnya hasil salah guna kuasa semasa menjadi Ketua Kerajaan Sabah.

Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac, 2003 menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1994. 

Musa menceburkan diri dalam politik melalui Parti USNO di era Kerajaan Parti Bersatu Sabah. 

Musa bertanding buat pertama kali sebagai calon pada tahun 1990 di bawah tikit Usno di Dun Sugut, Kinabatangan, namun nasib belum menyebelahi beliau, dan kalah tipis kepada calon PBS. 

Pada pilihanraya parlimen tahun yang sama, PBS keluar daripada Bn untuk menyertai Barisan Alternatif bersama parti S-46 dan DAP. 

Ekoran berpaling tadahnya PBS, maka Umno menyebarkan sayapnya ke Sabah untuk menggantikan peranaan parti Usno secara rasminya pada Februari 1991. 

MENGAPA MUSA MEMILIH USNO? 

Panggilan menceburkan diri dalam dunia politik dibuat sendiri oleh Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun. 

Musa sebelum mendapat pelawaan daripada Allahyarham Tun Mustapha adalah seorang peniaga yang berjaya. 

Beliau menjadi peniaga bermula pada tahun 1973. Perniagaan beliau termasuklah membuka ladang-ladang kelapa sawit usahasama dengan Lembaga Tabung Haji Malayisa (LTH), pembangunan hartanah selain menjalankan kerja-kerja kontrek. Hasil daripada perniagaan beliau, beliau menubuhkan Bank sendiri- City Finance Bhd. 

Sebenarnya, Musa dapat mengumpulkan banyak keuntungan kewangan menerusi peladangan dan pembangunan hartanah, selain mendapat keuntungan yang cukup besar, apabila saham beliau menerusi City Finance Bhd dijual kepada EON Bank Bhd, dan akhirnya saham-saham itu dibeli oleh Hong Leong Bank Bhd.

Oleh kerana, mahu bergiat aktif dalam dunia politik sepenuh masa, maka beliau melepaskan perniagaan dalam pembangunan hartanah selain melepaskan jawatan Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah yang beliau terajui selama 10 tahun, sehinggalah dewan itu menjadi dewan perniagaan bumiputera terkaya di Malaysia.

Ekoran pelepasan aset-aset beliau, malah ada pemimpin Sabah yang juga seorang peguam pernah memberi tahu penulis, bahawa Musa mempunyai simpanan wang yang cukup besar hasil daripada pelupusan aset-aset. 

PERANAN MUSA SEMASA UMNO MELEBARKAN SAYAP KE SABAH 

Musa dilantik sebagai Bendahari parti itu di Sabah, malah menerusi Buku mantan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohammad Rahmat pernah menyebut beberapa kali bahawa sumbangan besar Musa terhadap Umno Sabah cukup besar, malah beliau pernah menyumbang sebanyak RM500 ribu ringgit untuk merenovasi Pejabat Umno Sabah semasa masih beribu Pejabat di Bangunan USIA, Sembulan, Kota Kinabalu. 

Musa juga dilantik oleh Allahyaram Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Mustpaha sendiri sebagai Ketua Gerakan Pilihanraya Pilihanraya Kecil Usukan, Kota Belud pada September, 1991 yang telah melahirkan ANAK SULUNG UMNO SABAH, kerana dimenangi oleh Tun Mustapha sebagai calon sulung Umno di Sabah. 

BERTANDING KALI KE DUA 

Pada pilihanraya Negeri Sabah tahun 1994, Musa bertanding di DUN Sungai Sibuga, Sandakan, dan pada kali ke-2 ini beliau menang. 

Walaupun menang, dalam pembentukan kabinet negeri, selepas Bn yang diterajui Umno membentuk Kerajaan Negeri, kerana PBS yang menang PRN tahun itu kehilangan majoriti di DUN Sabah, namun beliau tidak menyertai kabinet negeri, melainkan dilantik Sebagai Pengarah Yayasan Sabah. 

Semasa beliau menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah, timbul rancangan pihak-pihak tertentu menjual ladang-ladang dan hartanah yayasan itu kepada Syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur, namun dihalang oleh beliau. Umum mengetahui, tindakan menghalang penjualan Yayasan Sabah, telah menjadi punca pergeseran antara Musa dengan pemimpin tertentu itu sehingga ke hari ini. 

BERTANDING KALI KE TIGA 

Pada PRN tahun 1999, Musa bertanding kali ke-3 di Dun yang sama, dan beliau menang. Selepas menang, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah semasa Datuk Osu Sukam Ketua Menteri dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah di bawah Tan Sri Chong Kah Kiat dan selanjutnya mengambil alih jawatan Ketua Menteri. 

Semasa Musa dilantik Ketua Menteri, beliau membuat kenyataan di Dewan Undangan Negeri Sabah, bahawa simpanan kewangan Negeri hanya RM184juta. Berasaskan kepada status kewangan kewangan negeri itu, beliau menyeru semua pihak termasuk pihak swasta dan kerajaan mengembelingkan tenaga untuk meningkatkan perolehan negeri, supaya kewangan Sabah menjadi sihat semula. 

Dalam rangka meningkatkan pendapatan Sabah, Musa memperkenalkan Halatuju Kemajuan dan Pembangunan Sabah (Halatuju) sehingga tahun 2025. Pada tahun 2025, Sabah akan lepas landas (take-off) sebagai Negeri Maju. 

Sebagai impak kepada HALATUJU, maka pendapatan Sabah terus meningkat, sehinggakan Sabah berjaya membentangkan Bajet yang cukup besar beberapa kali melebihi RM4bilion, mala bajet itu sentiasa dalam keadaan surplus. 

Kerana pengurusan kewangan yang transparen dan menurut piawan antarabangsa, maka Sabah sentiasa mendapat sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara, selain itu, pengurusan Kewangan Sabah mendapat penarafan AAA daripada penarafan Antarabangsa, Standard & Poor. 

BENAR KAH MUSA RAKUS? 

Dalam tempoh Musa sebagai Ketua Menteri, kewangan Sabah terus meningkat daripada RM184juta (tahun 2003) kepada RM3.7bilion (tahun 2017), malah di DUN Sabah Datuk Shafie Apdal mengakui pada Jun,2018, simpanan kewangan Sabah berjumlah RM3.4bilion. 

Jika Musa rakus? Bagaimana kewangan Sabah boleh meningkat pada kadar lebih RM251juta setahun untuk tempoh 14 tahun. 

BENAR KAH MEMBENARKAN PEMBALAKAN BERLELUASA? 

Sebagai rekod, pada tahun 2002, keluasan hutan kekal Sabah adalah 838ribu hektar, namun pada tahun 2017, keluasan hutan kekal Sabah adalah 1.87juta hektar, meningkat lebih 1juta hektar selama 15 tahun. Kenapa keluasan hutan meningkat? Sebabnya menerusi Halatuju Kemajuan & Pembangunan Sabah, Musa mensasarkan pada tahun 2025, land mass Sabah sekurang-kurangnya diselimuti 30% hutan kekal. Mengapa Musa mengutamakan hutan kekal? Tujuannya, agar generasi akan datang dapat mewarisi khazanah negeri.

Malah pada tahun 2007, Musa telah membatalkan 3 konsesi besar pembalakan yang melibatkan lebih 700 ribu ekar, iaitu konsesi MALUWA, SEGAMA dan KELOMPANG untuk dijadikan sebagai kawasan Simpanan Hutan Kekal yang dilindungi (tidak boleh dibalak). Jika benar, Musa membenarkan pembalakan berleluasa, mengapa beliau membatalkan konsesi balak yang melibatkan kawasan yang cukup luas itu? 

SIAPA MUSA SEBENARNYA? 

Melihat kepada catitan pendek penulis, jika rakyat Sabah membaca sedikit atau mencari tahu profile Ketua Menteri terlama Sabah itu akan menyedari, bahawa beliau sebelum berkecimpung dalam dunia politik adalah sesorang yang telah berjaya dalam dunia yang diceburi sejak tahun 70-an lagi. 

Mengapa ramai rakyat kurang tahu bahawa Musa adalah seseorang yang telah “berada” kerana sifat beliau yang sentiasa merendah diri, tidak takabur, tidak suka menunjuk-nunjuk, kerana amalan beliau ikut Rasmi Padi Semakin Berisi semakin menunduk, selain itu juga beliau menyematkan pada diri beliau Ular Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya. 

Atas sebab sifat semulajadi Musa, maka mereka yang tidak mengetahui latar belakang beliau, terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan politik, kononnya Musa TIDAK KAYA, dan mendakwa kekayaan beliau berpunca daripada kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri. 

Kerana berbagai dakwaan itu, maka ada yang tergamak membuat LAPORAN kepada SPRM kononnya beliau terlibat memberikan lesen-lesen kayu balak kepada kroni-kroni beliau untuk maksud mendapat balasan kewangan. 

Musa sebenarnya dimusuhi oleh syarikat-syarikat atau tauke-tauke balak, termasuk daripada seseorang yang dilantik ke jawatan jabatan kerajaan, kerana lesen-lesen kayu balak orang itu dibekukan sebagai kaedah kerajaan Sabah mempercepat peningkatan keluasan hutan kekal Sabah. 

Rakyat Sabah jika mahu berlaku adil kepada Musa, maka perlu tahu bagai mana latar belakang Sabah daripada awal kemerdekaan sehingga tahun 2017. 

Semasa Sabah bergantung kepada pembalakan sebagai sumber utama pendapatan, tidak pernah membendangkan bajet melebihi RM3bilion setahun, namun dikala balak bukan sumber utama, bajet negeri beberapa kali mencatit rekod, malah bagi tahun 2018, bajet negeri sebanyak RM4.104 bilion dengan lebihan RM49juta. 

Sebagai mantan ahli perniagaan yang berjaya, Musa tahu bagaimana mendapatkan sumber kewangan untuk negeri. Sebab itu, sebelum tahun 2003, sektor pelancongan bukan lah sektor utama negeri untuk meningkatkan pendapatan, namun Musa melihat bahawa sektor pelancongan merupakan The Raising Sun Industry. 

Di samping itu, Yayasan Sabah sebelum ini, hanya bersandarkan pendapatan daripada konsensi balak, memperbagai sumber pendapatan termasuk bergiat dalam sektor peladangan, perikanan, pelancongan dan sektor-sektor hiliran lain, malah berkecimpung dalam dunia perkhidmatan menerusi pembinaan SICC ( Sabah International Convention Centre) di Teluk Likas. 

Musa telah menanamkan pada diri beliau, di dunia perniagaan beliau berjaya, mengapa pula sebagai CEO Negeri beliau tidak boleh berjaya!!!!. Tujuan beliau, semata-mata untuk melepaskan Sabah dan rakyat daripada kaca kemiskinan dan terbelakang. Sebab itu, menerusi panduan beliau HALATUJU, maka Sabah terkeluar daripada negeri termiskin dalam negara, malah kadar kemiskinan telah menurun dibawah  4% pada tahun 2017, berbanding 19.8% pada tahun 2009.

9 comments:

Anonymous said...

Sudah²lah bermimpi di siang hari tu bos..

Musa Aman tamak! Guna nama org lain, tp hakikatnya dia punya. Napa kwsn hutan simpan di Balung Cocos yg mau dijadikan kwsn perlombongan emas tu di bawah South SeaGold Sdn Bhd milik Datuk Loh, tetapi napa rombongan survey pada awal² perundingan dilakukan oleh anak Musa Aman Yameni Hafiz.

Kalau kau menafikan hal tersebut bermaksud kau tipu, kau tpu seluruh rakyay Sabah dgn membawa cerita yg kononnya Musa Aman itu jujur. Sdh2lah perasan....

Anonymous said...

Apa apa pun cerita bagus Musa Aman.. Saya orang sabah..wajib tolak UMNO.titik!!

Unknown said...

Gambar ni screenshot ka?

Anonymous said...

Satu salah faham yg sgt jelas dan bersifat dengki seperti mana pemimpin yg mau menjual yayasan sabah.. Kehadiran hafiz adalah sebagai kakitangan pemerhati kepada rundingan tersebut dan hanya untuk memberikan laporan kepada Tansri Musa mengenai perkara itu.. Malah tiada manafaat atau imbalan yg di perolehi kecuali bagi meningkatkan asset dan kewangan negeri sabah yang akhirnya menjadi sumber pembangunan sabah tempat kau bernafas ini itu pun kalau kau org sabah lah.. Menjawap kepada kejujuran sememangnya tansri musa amat jujur kerana mampu menaikan rizab negeri sabah drp 180 juta kepada 4 billion ..sekiranya benar beliau rakus maka jangan kan 4 bilion awal2 lagi 180Juta milik sabah pada awal pemerintahanya akan lesap... Sebelum apa2 periksa dulu fakta jangan membuat fitnah yg tiada fakta ..perbuatan anda ini akan menyebabkan sabah dlam kehancuran oleh perakus shafiee apdal.. Saya cabar kaalu shafiee mampu meningkatkan rizab negeri sabah sebelum belanjawan.. Walau pun hanya 1 ringgit. .

Anonymous said...

Macam2 la penulis ni...ntah2 musa aman sendiri yg tulis ni artikel...puiiii

Anonymous said...

buduh la ko anonymous, cybertrooper noob..isi bah isi..ko yg jual sabah skrg ni..palui..mmg tertanam sdh kepala kamurang ni benci TSMA..

Unknown said...

🤐🤐🤐🤐

Unknown said...

Knp la susah sangat berfikir...Sabah dalam ancaman keselamatan dalam sekarang..Lebih teruk dari apa yang kita nampak.

Anonymous said...

tahniah la... Sabah Ubah...Sabah baru... makin ramai pilak jadi rakyat Sabah...

Blog Archive