Wednesday, September 26, 2018

BOLEH KAH UMNO BANGKIT?

Kebangkitan sesebuah parti bukan semata-mata terletak pada asas parti yang digariskan ke atas kertas, namun ianya sangat bergantung kepada kepimpinan parti itu.

Kepimpinan yang dimaksudkan adalah kepimpinan yang melibatkan semua peringkat daripada akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan.
Dahulu, kepimpinan Umno di semua peringkat bagaikan aur dengan tebing, sebab itu mendapat keprcayaan rakyat hampir 61 tahun memerintah negara. Apabila kepimpinan di semua peringkat bertukar seperti enau dalam belukar, maka parti yang berumur 72 tahun kehilangan kuasa pada PRU-14.

Betul, masa ini, Umno merupakan parti terbesar dari segi jumlah kerusi di Dewan Rakyat, namun jumlah yang dimiliki hanya sekadar mendapat nama parti pembangkang terbesar.

PAU tahun 2018, bertukar cara, sebagai impak daripada PRU-14. Di fahamkan PAU kali ini akan cuba kembali kepada era dahulu, bahawa perhimpunan dipenuhi dengan berbagai perbincangan, perbahasan, bukan lagi sebagai 'Pesta".

Kembali kepada cara lama adalah tindakan untuk membangkitkan parti semula. Tindakan parti itu memang cukup apdal, namun satu pertanyaan, apa kah para pemimpin sudah bersedia? Penulis mengutarakan soalan ini, kerana didapati para pemimpin sukar mngubah pendekatan, kerana sifat-sifat mementingkan diri, arogant, takabur, tinggi diri masih melekat pada sebahagian besar pemimpin yang sedang menerajui parti.

Berasaskan kepada senario ini, ada sesetengah rakyat secara skeptikal merasa pesimis, apabila dikatakan parti akan bangkit semula pada PRU-15.

Sebenarnya parti-parti dalam Pakatan Harapan dan parti-parti yang menyokong pakatan itu tidak sekuat seperti mana di gambarkan, namun, persepsi rakyat terhadap Umno menjadikan parti-parti itu nampak kuat.

Persepsi rakyat itu diperkuat lagi dengan keadaan yang berlaku kepada para pemimpin Umno, di mana saban hari memenuhi ruang media masa, baik media masa atas talian atau yang bercetak yang terpalit dengan salah guna kuasa rasuah. 

Bagi penulis, apa kah para pemimpin ini benar-benar rasuah atau kah sebaliknya, menyebabkan usaha parti untuk bangkit dimatikan oleh presepsi negatif dan imej buruk. Apa yang malang lagi, pendekatan para pemimpin tidak banyak berubah, mereka masih terkenang nostalgia.

Perlu diterima hakikat, sifat-sifat lama masih melekat di semua peringkat baik kepimpinan induk, wanita, pemuda mahupun puteri. Mereka ini, seolah-olah masih terpisa dengan rakyat, seolah-olah masih ada tembok pemisah yang sukar dirobohkan.

Penulis sejak tamatnya PRU-14, kerap sangat berkongsi tulisan-tulisan dengan para pemimpin parti di semua 4 peringkat, namun sungguh menyedihkan daripada 10, hanya 2 yang memberi maklum balas, 8 lagi hanya betindak buat-buat tak tahu. Bayangkan lah apa kah pemimpin seumpama ini mampu bertindak turun padang?  sedangkan maklum balas dihujung jari pun mereka segan melakukannya.

Berasaskan kepada pengalaman penulis itu, bagai mana kah para pemimpin berinteraktif? sedangkan senario sekarang memerlukan hubungan dua hala antara pemimpin dan rakyat biasa atau akar umbi.

Politik sekarang, bukan lagi seperti paku dan tukul, politik sekarang seperti bolt dan screw. Fikir-Fikrkan Lah.

No comments:

Blog Archive