Thursday, September 27, 2018

KEMELUT KETUA MENTERI SABAH- KEJADIAN YANG RAMAI TIDAK TAHU

Pada pagi 10 Mei, 2018 di Sri Gaya-Kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, seorang wakil rakyat UPKO telah membisikkan suatu maklumat penting kepada pegawai khas Tan Sri Musa untuk memberi perhatian kepada gelagat Datuk Madius Tangau, kerana dipercayai sedang berhubung dengan pihak Datuk Shafie Apdal.

Berasaskan maklumat tersebut, pegawai itu memberi perhatian khusus kepada MP Tuaran itu, namun kesilapan besar pegawai itu, beliau tidak memaklumkan maklumat itu kepada Tan Sri Musa atau ADUN-ADUN Bn lain.

Madius semasa di Sri Gaya, apabila mendapat panggilan, bergegas keluar, namun apabila dihampiri pegawai itu beliau cepat-cepat menamatkan perbualan.

Rupanya, kehadiran Madius di Sri Gaya, hanya mencari tahu keadaan para ADUN Bn dan STAR yang berkumpul, kerana pada asalnya, Istana telah memberi maklum, bahawa angkat sumpah jawatan Ketua Menteri akan diadakan pada 9.00 pagi, namun acara angkat sumpah itu ditunda oleh pihak Istana ke pukul 2 petang, kerana TYT mahu menemuduga Datuk Dr Jeffery G Kitingan terlebih dahulu.

Semasa Jeffery berada di Istana, Madius keluar daripada Sri Gaya, selepas itu timbul khabar bahawa beliau terus menuju ke rumah Kediaman Shafie di Jalan Bundusan, Penampang. Ekoran kepada kejadian itu, maka TYT meminta pula untuk menemubual para ADUN UPKO, dan acara angkat sumpah ditunda ke pukul 8 malam.

Daripada pagi seawal pukul 7 pagi sehinggalah ke pukul 8 malam, 10 Mei, tiada ura-ura bahawa ada ADUN Bn yang berpaling tadah, sebab itulah semasa di Istana, semua 31 ADUN, 29 Bn dan 2 STAR jumlahnya kekal 31 sehinggalah acara angkat sumpah Ketua Menteri pada pukul 11.15 malam.

Walaupun 31 ADUN Bn dan STAR telah berada di Istana seawal pukul 7.30 malam , akan tetapi TYT tidak turun/keluar sehingga pukul 10 malam, sedangkan acara angkat sumpah adalah pukul 8 malam, dan masa itu ditetapkan oleh pihak Istana.

Sementara menunggu TYT, memang dikesan, 3 ADUN, iaitu ADUN Balung, Paginatan dan Kedamaian menghilangkan diri daripada rombongan di dalam Istana beberapa ketika, dengan alasan mereka ke tandas.

Apa hubungan kehilangan 3 ADUN itu pada masa tertentu semasa berada di Istana, dengan kelewatan acara angkat sumpah? Misteri ini yang perlu dirungkai, apa kah ada hubungan dengan tindakan mereka berpaling tadah pada 11 Mei, yang juga turut disertai oleh ADUN Tanjung Batu, Sebatik dan Kemabong?

Cerita selanjutnya bakal didapati menerusi BUKU bertajuk KATAK, yang bakal terbit tidak lama lagi.

No comments:

Blog Archive