Tuesday, June 03, 2025

MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.

Tuan Yang Terutama Negeri Sabah adalah Ketua Negeri dan Simbol Rasmi Kerajaan Negeri.

Walaupun tidak mempunyai kuasa eksekutif seperti Ketua Menteri, kedudukan TYT setaraf dengan Raja di negeri beraja dan mesti dihormati mengikut undang-undang.

Sebarang perbuatan termasuk melukis imej buruk, hujah jelek daripada wakil-wakil rakyat daripada luar Sabah antaranya daripada Pemangku Presiden Parti Muda Amira Aisyah Abdul Aziz merupakan perbuatan menghina TYT.

Menyebar kenyataan jelik atau menyindir secara terbuka dianggap kesalahan jenayah.

Ia boleh disiasat di bawah beberapa undang-undang negara.

Antara undang-undang yang terpakai ialah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang melarang penggunaan media sosial untuk menyebar bahan jelik atau menghina.

Kesalahan ini boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM50,000.

Selain itu, Seksyen 504 Kanun Keseksaan melibatkan penghinaan yang boleh mencetus ketegangan atau pecah keamanan.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.

Seksyen 505 pula menyentuh kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran awam dan boleh dihukum penjara hingga dua tahun.

Akta Hasutan 1948 juga boleh digunakan jika kenyataan dianggap menghina institusi TYT dan boleh mencetus kebencian terhadap pemerintah.

Kesalahan di bawah akta ini boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5000.

Kesimpulannya TYT Sabah bukan individu biasa.

Menghina TYT adalah jenayah serius yang boleh dihukum penjara.

Hormati institusi negeri untuk menjaga keharmonian dan undang-undang negara.

Saturday, May 31, 2025

BERI PELUANG PADA GRS-PH PLUS TERUSKAN KERAJAAN SABAH

DALAM tempoh pemerintahan, kerajaan GRS-PH Plus telah membuktikan kemampuan, kebolehan memajukan dan membangun negeri.

Dalam segi kestabilan politik negeri pula, kerjasama parti-parti tersebut dilihat sebagai model terbaik bagi Sabah dalam konteks nasional.

Jangan usik model yang baik dan teruji dengan menggantikan dengan model yang belum teruji.

Dalam kerajaan atau pemerintahan, apabila wujudnya keserasian maka kaedah itu lah yang perlu dipertahankan, kerana sentiasa menghasil keadaan menang-menang, yang akhirnya rakyat lah menerima nikmatnya.

Kerajaan atau pemerintahan yang dipimpin para pemimpin yang serasi, akrab, memang dicemburui oleh para pemimpin yang berfikiran toksik, terutama para pemimpin kaki cucuk, pemimpin mengaku terpandai, kerana merasa tercabar, dengan tidak mengaku kelemahan, seperti kata peribahasa tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang jongket.

Bagi rakyat Sabah secara umum tiada masalah memberi peluang pada GRS-PH Plus teruskan kerajaan, yang bermasalah adalah para pemimpin antara parti-parti.

Sepatutnya para pemimpin mengikut kecenderungan rakyat, bukannya mengubah kecenderungan tersebut mengikut acuan pemimpin.

Mengubah kecenderungan rakyat boleh mengundang padah, termasuk menolak parti. Tiada pemimpin atau parti boleh mengubah kecenderungan atau sentimen rakyat. Asas ini, perlu diambilkira oleh para pemimpin, terutama berhadapan dengan PRN-17 Sabah.

Mungkin para pemimpin telah menyedari reaksi spontan rakyat Sabah apabila BN-PH mengumumkan kerjasama, dan kemudiannya GRS memberi respon, jika kerjasama tersebut muktamad, maka bersedia bergerak solo.

Tindakan GRS membuat kenyataan bersedia bergerak solo, kerana menenuhi sentimen rakyat, agar GRS dikekalkan sebagai parti tunggak kerajaan negeri.

Sentimen di peringkat akar umbi, mempertahankan kerajaan GRS-PH Plus, kerana memenuhi kehendak mereka, iaitu parti tempatan tonggak kerajaan negeri dan pada masa berkerjasama dengan parti nasional sesuai dengan konteks federalisme, untuk memelihara hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Rakyat di peringkat akar umbi memberi reaksi keras berkaitan kerjasama BN-PH, kerana tindakan tersebut ingin mengembalikan keadah yang telah ditolak rakyat sebelum ini, atas sebab itu rakyat memberi reaksi segera “Sabah for Sabahan” dikumandangkan.

Pandangan penulis, kekalkan kerajaan GRS-PH Plus sesuai dengan sentimen rakyat.

Friday, May 30, 2025

ASAS RUNDINGAN KERJASAMA: GRS-PH DAN PH-BN:

DI atas meja, asas rundingan yang dipegang GRS adalah tidak mengusik status quo, iaitu kerusi yang disandang masing-masing parti dikekalkan.

Status quo sangat jelas, intimnya kerjasama antara parti-parti tempatan dan nasional atau dengan pengertian luas hubungan antara negeri dan Persekutuan.

Sebelum DUN Sabah dibubar, kedudukan parti-parti adalah GRS 38/73; Parti Warisan 16/73; BN 10/73; PH 7/73 dan KDM 2/73.

Oleh kerana Parti Warisan dan KDM diluar liputan kerjasama, maka di atas meja, kedudukan kerusi-kerusi adalah GRS 38/73; TANPA PEMILIK 18/73; BN 10/73 dan PH 7/73.

Jika semua pihak mengikut saranan PMX, maka jika kerjasama GRS-PH dan PH-BN dapat direalisasikan, maka agihan kerusi di 38/73; 10/73 dan 7/73 atau 55/73 kekal, dan  pembahagian kerusi hanya di 18/73.

Akan tetapi, secara praktikal, bentuk agihan tersebut sukar dilaksana, jika masing-masing parti mengekalkan jumlah kerusi yang ditandingi.

Untuk sementara, berdasarkan laporan masing-masing parti telah mengumumkan jumlah kerusi yang ditandingi, iaitu GRS 50/73; BN 40/73; PKR 13/73; UPKO 10/73; DAP 10/73 dan Amanah 4/73.

Apa yang penulis nampak, “at the end of day” perkara utama yang diputuskan oleh masing-masing parti, adalah mempertahankan status quo. Apabila keputusan sedemikian berlaku, maka penulis melihat GRS tidak akan berganjak dengan kerusi-kerusi yang disandang, iaitu 38/73, ertinya baki 35/73 selepas ditolak kerusi PH 7/73, kerusi-kerusi yang dirundingkan adalah 28/73.

Jika GRS berhasrat juga bertanding 50/73, maka 16/28 ditandingi rakan kerjasama. Jika berpandukan pada niat asal, dalam konteks mempertahankan status quo parti-parti yang menerajui kerajaan negeri, 23 kerusi ditandingi PH. Dengan 23 kerusi, maka tambahan kerusi PH meningkat 228.57%, berbanding GRS 31.58%.

Melihat kehendak masing-masing untuk mendapat “portion” besar, benar lah, kemungkinan berlaku pertandingan terbuka, ertinya memberikan PELUANG kepada 1.7 juta pengundi Sabah untuk membuat pilihan.

Penulis cenderung, supaya rakyat Sabah memberi pilihan, berbanding dicaturkan oleh pemimpin. Kerusi adalah milik rakyat, bukannya parti.

Setiap parti perlu akur dengan kata kiasan, jika batu tenggelam, jika sabut timbul, kerana apapun diputuskan parti tidak semestinya selari dengan keputusan rakyat.

PRN-17 Sabah pada pandangan penulis, adalah referendum sentimen parti tempatan dan nasional, apa tah lagi, sejak akhir-akhirnya adanya kecenderungan “menakluk” Sabah, kerana pemimpin nasional akan berkampung di Sabah semasa PRN-17, untuk mempengaruhi rakyat untuk terus berpecah.

Tuesday, May 13, 2025

PRN-17 SABAH: PELUANG RUMAH KITA, KITA JAGA

I
NGAT peluang hanya sekali.

Kepada rakyat Sabah yang cintakan negeri, maruah “Sabah for Sabahan” jadikan PRN-17 sebagai permulaan.

GRS parti yang menyahut hasrat, aspirasi dan harapan rakyat Sabah yang telah gagal direalisasikan oleh mana-mana parti sebelum ini, bersedia memikul tanggungjawab untuk merealisasikannya.

Dalam tempoh 5 tahun menjadi tunjang kerajaan negeri, kerajaan yang diterajui parti berada di landasan tepat dan betul, yang dipandu arah oleh Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Dalam masa kurang 5 tahun, 11 tuntutan hak-hak Sabah dalam MA63 dapat direalisasiakn.

Bayangkan tuntutan hak-hak Sabah dalam perjanjian semasa pembentukan Persekutuan Malaysia, 50 tahun diabaikan, malah pemimpin negeri yang menyuarakannya dikatakan anti Malaysia, dan ditahan bertahun-tahun tanpa dibicara.

Antara hak yang masih belum direalisasi adalah 40% hasil bersih kutipan hasil Persekutuan daripada Sabah, malah tuntutan tersebut, dibantah sekeras-kerasnya oleh Ketua Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin.

Geran khas berjumlah RM26.7juta berdekad-dekad lamanya kekal dengan amaun yang sama. Kini jumlah RM600juta, hasil kebolehan kerajaan GRS-PH Plus yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berunding dengan Kerajaan Persekutuan.

Komtimen merealisasikan hasrat, aspirasi dan harapan rakyat Sabah terhadap kerajaan yang ditunjangi GRS, terbukti apabila dimeterainya kerjasama komersial antara negeri dengan Petronas.

Kerjasama tersebut diwujudkan menerusi syarikat kerjaan negeri, SMj Energy, dan kini walaupun baru 2 tahun telah menjadi syarikat multi-bilion dengan aset RM5.1bilion. Agar harapan rakyat dapat ditunai, maka SMJ Energy membayar RM50juta dividen setahun, 2 tahun berturut-turut menyumbang kepada kewangan negeri.

Menerusi sumber kewangan kukuh, maka kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan insentif untuk faedah rakyat, antaranya sentuhan kasih (SYUKUR) berjumlah RM300 sebulan selama setahun bagi setiap KIR keluarga miskin dengan sasaran 100,000 penerima.

Merealisasikan hasrat, aspirasi dan harapan, dapat dilaksanakan kerana pusat kuasa terletak di Menara Kinabalu.

Para pemimpin yang diberi tanggungjawab dan amanah yang diletakkan di Menara Kinabalu, adalah mereka yang benar-benar tahu akan keperluan rakyat. Sesuai dengan keperluan rakyat, maka diterjemahkan kepada pelbagai, antaranya meningkatkan peruntukan untuk tujuan pendidikan, yang mana semasa era Umno/BN hanya berjumlah RM20juta setahun, kini berjumlah RM127juta.

Kepada rakyat Sabah, jadikan PRN-17 sebagai garis permulaan, RUMAH KITA, KITA JAGA. Jangan sesekali terpengaruh, dengan pemimpin luar yang cuba mencatur bagaimana memerintah Sabah, sebaliknya kena yakin dengan diri sendiri, menerusi parti tempatan, iaitu GRS.

Monday, May 12, 2025

PRN-17 SABAH: POLA PENGUNDIAN BERBEZA

PADA PRN-16 Sabah, Parti Warisan bekerjasama dengan PH dan UPKO (masa itu UPKO belum menyertai PH), GRS dengan BN-Kumpulan Hajiji-STAR-SAPP-PBS.

Keputusan pilihan raya tersebut, GRS 38/73, Warisan 29/73 (termasuk 6 DAP), PKR 2/73, UPKO 1/73,dan Bebas 3/73.

Pada PRN-17, oleh kerana kerjasama antara parti sudah berbeza, maka pola pengundian juga berbeza, pun demikian, belum ada kepastian berkaitan kerjasama antara parti, walaupun BN-PH telah memuktamadkan kerjasama antara dua parti tersebut.

Parti Warisan sudah mengumumkan akan bergerak solo, demikian juga GRS bersedia bergerak solo, ekoran PH yang merupakan rakan dalam Kerjaan GRS-PH Plus, memilih BN.

Memang ada perkembangan baharu, ekoran reaksi rakyat terhadap kerjasama BN-PH, PMX mahukan GRS menyertai kerjasama BN-PH.

Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri dalam satu kenyataan akhbar pada petang Jumaat, 9 Mei 2025, GRS bersedia bergerak solo, jika kerjasama BN-PH telah muktamad.

Walaupun ada perkembangan baharu diumumkan PMX, iaitu, rundingan GRS-PH akan diketuai Ketua Menteri, manakala dengan BN terpulang pada Ketua Menteri, akan tetapi latar belakang kepimpinan Hajiji, hanya sekali menikam, ertinya apabila keputusan dibuat, maka demikian lah keputusan tersebut, dalam kaitan kerjasama, kecuali PH Sabah memutuskan mempertahan status quo kerajaan Sabah hari ini.

Daripada mula lagi apabila kerserasian antara GRS-PH Plus terbina sejak 10 Januari 2023 sehingga kini, Ketua Menteri selaku Pengerusi GRS berhasrat mempertahankan status quo, malah beberapa hari sebelum BN-PH mengumumkan pemuktamadan kerjasama, Hajiji dalam satu reaksi pada soalan wartawan memberi jawapan, bahawa GRS akan bertanding antara 50 kerusi, dan bakinya akan dirunding dengan PH Plus. Daripada baki 23 kerusi, DAP sudah mengumumkan akan bertanding 6 kerusi, ertinya 17 kerusi tersedia untuk PKR, UPKO dan PLUS.

PH tidak boleh hanya menyelamatkan diri sendiri dengan bekerjasama dengan GRS dan BN serentak, atas sebab kaedah demikian, tidak menjamin antara GRS-BN tidak bertembung. PH kena memilih, GRS atau BN.

PH Sabah kena beri tahu parti mereka, bahawa PRN Sabah hanya memilih kerajaan negeri, bukannya kerajaan Persekutuan.

Isu kestabilan politik yang ditimbulkan PMX, bahawa kestabilan politik di peringkat Persekutuan dan negeri, perlu kerjasama GRS-BN-PH, sepatutnya tidak diapungkan, kerana hubungan GRS-PH Plus telah membuktikan kestabilan politik, demikian juga di Sarawak, GPS tiada kerjasama dengan BN dan PH di peringkat negeri, di Johor dan Melaka, tiada kerjasama antara dua parti tersebut, keadaan politik di tiga negeri tersebut aman-aman sahaja. Mengapa di Sabah ditekankan? Dan jika memang maksud kestabilan secara menyeluruh, mengapa Warisan tidak diikut sertakan?

Penulis berpandangan, seperti mana tulisan terdahulu, jika pun ada pertemuan rasmi antara GRS-PH Sabah, ianya pertemuan perpisahan, dan bersalam-salaman sebelum bertembung pada pilihan raya.

Tindakan PH membuat keputusan bekerjasama dengan BN, tanpa perundingan dengan GRS menunjukkan niat sebenar parti tersebut.

Pengerusi GRS dan pemimpin parti, perlu bersyukur, kerana telah mengetahui niat sebenar lebih awal, maka dapat menyusun strategi jitu berhadapan PRN-17, dan strategi tersebut, adalah dengan BERGERAK SOLO.

BERGASAK dalam pilihan raya lebih mengembirakan, berbanding ada niat menikam, kerana ianya amat pedih sekali, seperti kata peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi, apa tah lagi jika ada musang berbulu ayam, ada gunting dalam lipatan. Bergasak terang-terangan lebih banyak memberi kepuasan, apapun hasilnya.

Berbalik kepada pola pengundian, amat bergantung pada ahli-ahli parti masing-masing dan pengundi kali pertama serta undi-18, ertinya pola pengundian pada PRN-17 Sabah, sama sekali berlainan dengan pilihan raya-pilihan raya lalu.

Mana-mana parti yang keluar sebagai pemenang, adalah parti yang dapat menterjemahkan sentimen rakyat. Berasaskan rekasi rakyat, apabila Ketua Menteri membuat kenyataan bahawa GRS bersedia bergerak SOLO, disambut dengan tepukan gemuruh, dengan KUMANDANG, Rumah Kita, Kita Jaga.

PRN-17 SABAH: KERJASAMA BN-PH SECARA BERTULIS-BUKAN OLOK-OLOK

BERMAIN politik pun ada sempadannya. Rakyat sedang memerhati, pemimpin yang konsisten.

Kerjasama BN-PH dinyatakan secara bertulis, bukan olok-olok. Dalam kenyataan bertulis itu, kedua-dua pengerusi membuat keputusan, dan keputusan itu dikeluarkan oleh pemimpin yang diberi wewenang menandatanginya.

Apa kah kerana keputusan tersebut, kedua-dua parti mendapati makan tuan? ekoran sambutan atau reaksi rakyat Sabah ke atas kenyataan akhbar Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, bahawa GRS bersedia bergerak solo.

Bagi rakyat Sabah, mereka tahu, penubuhan GRS adalah sebagai reaksi terhadap aspirasi dan harapan rakyat terhadap parti tempatan untuk memastikan puncak kuasa negeri berada di Menara Kinabalu.

Sebahagian rakyat Sabah telah membuat keputusan pada PRU-14 menyokong Parti Warisan, malangnya parti tersebut gagal menterjemahkan aspirasi dan harapan rakyat.

Dalam tempoh 5 tahun sejak September 2020, aspirasi dan harapan rakyat berjaya diterjemahkan oleh kerajaan yang diterajui parti tempatan, iaitu GRS. Kerana kejayaan tersebut, maka hasrat rakyat agar GRS terus menerjaui kerajaan negeri secara solo, pun demikian mereka menghormati pandangan Pengerusi dan Ketua Menteri, oleh kerana sokongan PH Sabah pada kerajaan, maka penghormatan diberi, agar status quo diteruskan.

Sebagai maklum balas pada sentimen rakyat, Pengerusi parti yang juga Ketua Menteri, GRS akan bertanding 2/3 kerusi atau lebih. Menerusi kenyataan tersebut, maka rakyat tahu, bahawa puncak kuasa kekal di Menara Kinabalu.

Penulis tidak pasti apa keputusan Pengerusi GRS dan pemimpin lain, berkaitan kenyataan PMX bahawa kerjasama antara GRS-BN-PH perlu untuk kestabilan negara dan negeri, kerana semasa PMX selaku Pengerusi PH dan Pengerusi BN membuat keputusan muktamad BN-PH bekerjasama pada PRN-17 Sabah, tidak menyebutpun rundingan dengan GRS, melainkan hanya merujuk lain-lain parti. Makna kepada kenyataan bertulis tersebut, GRS tidak dipandang sebagai parti tulang belakang kerajaan negeri.

Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri, daripada awal-awal lagi berpendirian, sebarang bentuk kerjasama perlu dimulakan oleh GRS, kerana PRN-17, hanya untuk memilih kerajaan negeri. 

Keputusan awal BN-PH menunjukkan, bahawa dua parti tersebut, tiada niat bekerjsama dengan GRS, atas sebab itu penyokong Umno mencabar Ketua Menteri membubarkan dengan segera DUN, agar pilihan raya dapat diadakan.

Penulis berpandangan, jika PH Sabah mengubah keputusan dengan tidak mematuhi keputusan parti mereka, dan bersetuju mempertahan status quo, maka GRS kembali ke "drawing board" asal, iaitu meneruskan status quo kerajaan hari ini, iaitu GRS-PH Plus. Plus tersebut merujukan pada wakil rakyat Umno yang bersama dengan kerajaan hari ini.

Sesuatu yang mustahil, GRS bekerjasama dengan BN sebagai parti, kerana terkait dengan agihan kerusi. Manakala dengan PH agak "straight forward", kerana tidak bertindih dari segi kerusi yang ditandingi, kecuali mungkin satu-dua, akan berlaku pertandingan persahabatan.

Sunday, May 11, 2025

PRN-17 SABAH: KERJASAMA-NIAT ASAL BN-PH KETEPIKAN GRS

JIKA Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri tidak memberi respon keras terhadap pemuktamadan kerjasama BN-PH, tidak akan keluar kenyataan PMX “Rundingan GRS-PH” diketuai Ketua Menteri, sementara GRS-BN terpulang pada GRS.

Kemudian gilanya surat khabar bawa laporan tajuk: PH, Umno-BN, GRS bergabung pada PRN Sabah-Anwar.

Tajuk tersebut membawa maksud, pemimpin dua belah pihak tidak konsisten.

Apabila Pengerusi GRS menyatakan akan bergerak solo, ekoran kerjasama BN-PH, maka “be it”. Semua orang tahu sebelum pemuktamadan kerjasama BN-PH yang diumumkan pada 9 Mei 2025, pengerusi GRS kerap kali berkata, GRS mempunyai kecenderungan mempertahankan status quo kerajaan hari ini, iaitu kerajaan GRS-PH Plus, akan tetapi tanpa perundingan PH membuat keputusan bekerjasama dengan BN.

Ekoran pemuktamadan tersebut PH Sabah mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan keputusan parti mereka, termasuk kenyataan PH Sabah yang ditandatangi semua ketua parti di Sabah, maka membawa maksud, mereka tidak mahu mempertahankan status quo.

Oleh kerana BN-PH pusat, dan BN-PH Sabah bersetuju bekerjasama, maka Pengerusi GRS mengeluarkan kenyataan sebagai reaksi, bahawa GRS sedia bergerak solo.

Apabila kenyataan Pengerusi GRS disiarkan, akar umbi memberi sambutan positif, kerana keputusan demikan lah yang ditunggu-tunggu.

Penulis berpandangan, niat asal BN-PH mengenepikan GRS. Apabila GRS merasa diketepikan, maka melutut untuk mohon dilibatkan dalam kerjasama.

Senario yang berlaku sejak 9 September, akan dilihat, mana pemimpin yang benar-benar konsisten dengan keputusan.

Tidak timbul lagi alasan kerana kestabilan Kerjaan Persekutuan dan Negeri, maka perlu kerjasama antara GRS-BN-PH, kerana kerajaan hari ini, tanpa BN, kecuali beberapa ADUN Umno yang tidak setuju dengan tindakan pemimpin mereka, telah mengwujudkan kestabilan politik dan kerajaan.

Di Sarawak tanpa BN dan PH, di Johor dan Melaka tanpa PH, stabil juga negeri-negeri tersebut. Mengapa Sabah dikatakan hanya stabil jika GRS-BN-PH bekerjasama?. Mengapa tidak libatkan Warisan? Kerana Warisan juga sebahagian kerajaan Persekutuan. Jika dikira, Warisan lebih banyak kerusi yang disandang berbanding Umno-BN.

Pandangan penulis Pengerusi GRS serta pemimpin parti kena ikut sentimen rakyat Sabah. Rakyat adalah pengadil semasa pilihan raya. Tidak mengikut kehendak rakyat, kena terima riskonya. Fikir-Fikirkan

BERCAKAP PEMIMPIN TERKAIT RASUAH-PENYOKONG UMNO PATUT MALU

BERCAKAP berkaitan rasuah, penyokong Umno patut malu, kerana rekod pemimpin yang terkait rasuah adalah pemimpin parti itu.

Pemimpin GRS tiada siapapun dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah kerana terkait rasuah, yang ada hanya dakwaan daripada orang gila yang menerbitkan berbagai rakaman video menuduh beberapa pemimpin parti cuba dibeli dengan balasan lesen monopoli carigali mineral di Sabah, sedangkan yang cuba dibeli tersebut tiada kaitan dengan pengeluaran lesen.

Buktinya tiada lesen dikeluarkan pada syarikat yang dikawal orang gila tersebut, ertinya, dakwaan orang gila tersebut, adalah bukti memang dia gila. Orang normal, tidak akan dapat menerima dakwaan orang gila, kecuali yang menerima itu juga orang gila.

Penyokong Umno perlu menerima hakikat, parti Umno adalah parti menuju matahari terbenam. Rakyat termasuk rakyat Sabah telah menolak parti itu pada PRU-14, kemudian pada PRN-16, walaupun dibantu parti lain, akan tetapi tetap gagal merampas semula kerusi yang dirampas parti lain.

Pada PRU-15, rakyat negara ini menunjukkan pintu keluar pada parti tersebut, walaupun kini sebahagian kerajaan Persekutuan, ekoran tiada parti yang mendapat majoriti mudah pada pilihan raya tersebut. Kerajaan Persekutuan hari ini, bukan keputusan rakyat, akan tetapi keputusan pemimpin parti, hanya bertujuan untuk menjadi kerajaan, kerana negara mesti ada kerajaan.

Pada PRN2023 enam negeri Semenanjung, walaupun Umno sebahagian kerajaan, dan bekerjasama dengan parti tulang belakang kerajaan, parti tersebut hanya menang 19/108 kerusi. Ertinya, 82.4% rakyat telah menolak parti tersebut.

Di Sabah, menjelang PRN-17, parti itu berjaya menculik PH yang sebahagian kerajaan Sabah untuk bekerjasama, dengan harapan menjadi kuda tunggangan.

Pada PRN-16 Sabah, Umno bertanding 33/73 kerusi dengan harapan menjadi parti dominan sambil menunggang pada parti-parti Kumpulan Hajiji-PBS-STAR, akan tetapi hanya menang 14 kerusi, gagal mengembalikan kegemilangan. Kegagalan demi kegagalan, tidak diambil sebagai fakta, melainkan terus mencuba, tidak menyedari politik itu berkaitan emosi manusia. Emosi rakyat Sabah, telah menolak parti itu, dan kini, emosi rakyat Sabah kepada parti tempatan. Emosi rakyat yang diterjemahkan kepada aspirasi dan harapan, disambut baik para pemimpin lalu menubuhkan GRS dengan Konsep Rumah Kita, Kita Jaga, menerusi prinsip SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Membangkitkan emosi rakyat Sabah dengan bercakap berkaitan rasuah hanya merujuk pada dakwaan orang gila, menunjukkan parti tersebut ketiadaan modal politik, melainkan cuba bergaut di dahan rapuh.

Rakyat Sabah menyokong GRS, bukan menari pada bayang-bayang atau dalam gelap seperti sindiran Bendahari Umno Sabah, tetapi menari dalam suasana terang dengan lampu kelap kelip yang menerujakan.

TIADA SEBAB KERAJAAN NEGERI PERLU DITUKAR

FAKTA yang tidak boleh disanggah oleh sesiapapun, kesan pertukaran kerajaan di Sabah seperti salin baju di masa lalu, telah membantutkan kemajuan dan pembangunan negeri. Kesan terbantutnya kemajuan dan pembangunan, maka rakyat yang menerima padahnya.

Kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hanya mengambi alih kerajaan pada September 2020.

Berasaskan pencapaian dan prestasi kerajaan, tidak nampak sebarang sebab mengapa Ketua Menteri dan kerajaan perlu diganti.
Apa kah pemimpin nasional dalam BN dan PH serta Warisan tergior dengan rezab kewangan negeri yang ditingkatkan kepada RM8.6bilion, kerana semasa mengambil alih kerajaan amaun hanya RM2.95bilion.

Apa kah juga mereka minat dengan kutipan hasil negeri yang meningkat ke paras RM7bilion, dan akan berterusan maka kewangan negeri terus kukuh.

Juga, apa kah mereka minat, bahawa kemudahan asas seperti bekalan air akan selesai pada tahun 2030, apabila Empangan HidroElektrik Ulu Padas siap, kerana empangan tersebut membekalkan 6,000 juta liter air sehari dan menjana 185MW tenaga elektrik.

Melihat daripada segi tadbir urus, cara kepimpinan kerajaan yang “down to earth” “walk the talk”, mengutamakan membela rakyat, seperti penyediaan rumah percuma kepada rakyat miskin yang tidak berumah, menyalurkan bantuan tunai kepada 100,000 keluarga miskin yang terkesan kerana kenaikan kos sara hidup, meningkatkan peruntukan untuk tujuan pembangunan modal insan seperti biasiswa, seperti bantuan-bantuan lain, tiada sebab, kerajaan perlu ditukar.

Berkaitan sokongan dengan Kerajaan Persekutuan, pemimpin negeri tidak berbelah bahagi, malah terus menyumbang kepada kestabilan politik negara.

Kepada rakyat Sabah, jangan sesekali mematikan angsa bertelur emas, walaupun pemimpin lain cuba memusnahkannya.

Rakyat Sabah berpengalaman, apabila Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri, konon berbekalkan segunung pengalaman, buktinya, ekonomi negeri hampir musnah. Yakinlah pemimpin yang mengangkat bakul lalu mengangatnya, tidak sama dengan pemimpin yang seperti diam ubi berisi.

Lagi pun, kerajaan yang dipimpin Hajiji, tidak membuat sebarang kesilapan pada rakyat, walaupun ada individu gila yang cuba membunuh karakter beberapa pimpinan kerajaan, meskipun para pemimpin yang hendak dimusnahkan tersebut tidak menyebabkan kerugian satu sen pun pada harta Sabah atau rakyat.

PERBANDINGAN ERA GRS DAN WARISAN: IBARAT LANGIT DAN BUMI

MUNGKIN tidak ramai rakyat atau pemimpin melihat tindikan, inisiatif dan insentif kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor secara nyata atau tersirat, adalah kerajaan memperkukuh asas kewangan yang mampan dan lestrasi secara dalaman supaya kerajaan dapat mengagihkan kekayaan kepada rakyat.

Datuk Shafie Apdal, pemimpin pembangkang dan penyokong mereka mengapungkan saiz ekonomi, iaitu KDNK tahun 2019 berjumlah RM85bilion, kemudiannya memberitahu rakyat, kemampuan kerajaan Parti Warisan hebat, atas sebab, untuk sementara saiz tersebut adalah rekod tertinggi yang pernah dicapai.

Tetapi Shafie menyembunyikan saiz ekonomi tidak menunjang kehidupan harian rakyat, atau dengan kata lain, rakyat tidak mendapat manfaat.

Sebaliknya, Kerajaan GRS memperkenalkan pelbagai tindakan, inisiatif, insentif yang memberi manfaat kepada rakyat, misalnya, penyediaan rumah untuk rakyat secara percuma (Rumah SMJ); bantuan pendidikan yang menyeluruh, termasuk bayaran pengakutan secara one-ff; bantuan kewangan RM300 sebulan selama setahun untuk 100,000 rakyat yang terkesan kos kenaikan sara hidup; bantuan kewangan secara onf-off untuk penjaja tepi jalan sebanyak RM5,000.

Tentu rakyat, tertanya-tanya, bagaimana kerajaan yang dipimpin Hajiji dapat melaksanakan? sedangkan Shafie tidak!!!, antara sebabnya, kerajaan pimpinan Hajiji mengutamakan kualiti, atau asas kewangan yang kukuh. Agihan kekayaan tidak akan dapat dilaksanakan tanpa asas kewangan yang kukuh.

Menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) kutipan hasil negeri kali pertama melepasi angka RM5bilion pada tahun 2021, iaitu RM5.5bilion; tahun berikutnya melepasi angka RM6bilion, iaitu RM6.96bilion, dan kekal kukuh pada paras tersebut, dan tahun 2024 mencecah RM7bilion.

Asas kewangan yang kukuh, kerajaan berbelanja hampir 50% daripada bajet tahunan untuk inisiatif dan insentif agihan kewangan kepada rakyat, dan pada masa sama dapat meningatkan rezab kewangan. Rezab kewangan yang diwarisi hanya RM2.95bilion, kini mencecah RM8.6bilion.

Kepada seluruh rakyat negeri, yakin lah menerusi kukuhnya kewangan, dan rezab yang besar, matlamat kerajaan Hajiji adalah mengaihkan kekayaan secara seksama kepada rakyat. Agihan kekayaan tersebut diterjemahkan kepada pelbagai bentuk, untuk merealisasikan kemakmuran dan kesejahteraan yang lestari.

Era Shafie, selain kerajaan 26 bulan yang tiada hala tuju, adalah kerajaan yang gagal memperkenalkan asas kewangan yang jelas. Pengalaman Shafie hanya tahu berbelanja, tetapi tidak tahu mencari wang.

Kerana pengalaman Shafie hanya tahu berbelanja, rezab kewangan yang diwariskan Tan Sri Musa Aman (kini Tun dan TYT Sabah) sebesar RM3.8bilion, hanya berbaki RM2.95bilion semasa Hajiji mengambil alih jawatan Ketua Menteri.

Data menunjukkan kesan Shafie hanya tahu berbelanja, tidak tahu mencari wang, pertumbuhan ekonomi negeri daripada 8.1% tahun 2017, turun ke 1.5% tahun 2018, turun 0.5% tahun 2019 (sedangkan KDNK tertinggi); menjunam pada negatif 9.5% tahun 2020.

Kepada rakyat, tolong cerna sebaik-baiknya, apa ertinya KDNK tahun 2019 yang diaggung-aggungkan Shafie, sama dengan analogi, Shafie makan lobster, rakyat makan ikan masin.

Saturday, May 10, 2025

PRN-17 SABAH: GRS BERSEDIA BERGERAK SOLO

KERANA keputusan BN-PH untuk berkerjasama, maka status quo kerajaan negeri tidak diteruskan, dan kerjasama berakhir dengan sendiri selepas DUN dibubar.

Jika pun pada masa ini, PH dan ADUN Umno menarik sokongan sebelum DUN dibubar, kerajaan tidak hilang sokongan majoriti.

Jika pun ada perbincangan antara GRS dan PH Sabah ianya lebih bersifat pertemuan perpisahan, sebelum bertembung pada PRN-17.

GRS yang pada asalnya berhasrat meneruskan kerjasama dengan PH Sabah, kerana keserasian telah dibina antara para pemimpin ke dua belah pihak.

Kerjasama antara GRS-PH bersifat “straight forward” kerana kerusi yang ditandingi masing-masing tidak bertindih, sebaliknya jika membabitkan BN banyak melibatkan kerusi bertindih.

Pada hakikatnya pemuktamadan kerjasama antara BN dan PH, memudahkan GRS menentukan hala tuju.

GRS ditubuhkan kerana menyambut aspirasi dan harapan rakyat yang mahukan parti lokal mewakili mereka seperti mana GPS Sarawak.

Berpandukan pada sentimen rakyat terhadap parti lokal, GRS menterjemahkannya kepada Konsep Rumah Kita, Kita Jaga menerusi prinsip SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Walaupun GRS daripada awal boleh memilih bergerak solo, akan tetapi menghormati parti yang dipimpin Perdana Menteri yang mempertahankan kerajaan apabila parti yang sama-sama membentuk kerajaan menarik sokongan.

Rasa terima kasih tersebut, perlu diterjemahkan kepada kerjasama. Apabila kerjasama berlaku, maka GRS terpaksa menjelaskan/menerangkan keputusan tersebut pada akar umbi.

Reaksi rakyat dan termasuk pemimpin ada yang kecewa, bukan menentang, dan perlu akur dengan keadaan atau kedudukan sebenar.

Mungkin atas doa rakyat, kerjasama GRS-PH tidak menjadi, kerana PH memilih haluan sendiri.

Pada petang jumaat, bersamaan 9 Mei 2025, apabila rakyat maklum bahawa GRS bersedia bergerak solo ekoran PH menjalin kerjasama dengan parti lain, akar umbi “macam terbakar” menyokong kenyataan Pengerusi GRS.

Selepas kenyataan Pengerusi GRS bahawa parti bersedia bergerak solo, sambutan amat positif daripada rakyat.

Apa kah sambutan positif tersebut diterjamahkan kepada undi, hanya boleh diketahui apabila SPR mengiranya.

Parti politik menilai daripada segi sikap dan mood pengundi terhadap parti. Berasaskan pada sikap dan mood, maka diunjurkan kemungkinan undi yang diperolehi.

Kajian jentera parti mendapati sekurang-kurangnya 33/73 kawasan putih, mankala 26/73 berkedudukan kelabu. Daripada kawasan kelabu tersebut, 14 kerusi boleh dimenangi dengan undi terbanyak, iaitu First Past The Post.

Perkiraan berasaskan sikap dan mood, sekurang-kurangnya 47/73 dimenangi, kurang 2 kerusi untuk kuasa 2/3. Memandangkan DUN Sabah ada 6 ADUN diantik, maka kerajaan yang diterajui mempunyai kuasa 2/3.

Friday, May 09, 2025

PRN-17 SABAH: SENTIMEN RAKYAT- GRS PERLU BERGERAK SOLO

KEPUTUSAN BN-PH memuktamadkan kerjasama berhadapan PRN-17 Sabah bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal bagi rakyat Sabah, kerana keputusan dua parti nasional tersebut memaksa Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah menyatakan pendirian GRS.

Tercermin sangat menerusi pengumuman kerjasama dua parti tersebut, langsung tidak menghormati GRS sebagai tulang belakang Kerajaan Sabah, sebaliknya merujuk sebagai parti lain-lain.

Merujuk sebagai parti lain-lain secara tidak langsung, GRS dianggap sebagai parti melukut di tepi gantang di mata dua parti tersebut.

Parti tempatan Sabah pernah dianggap sebagai parti melukut di tepi gantang semasa BN cukup kerusi di Semenanjung satu ketika lalu, kerana tanpa sokongan parti daripada Sabah, BN tetap dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Pada petang jumaat, sebaik rakyat Sabah mengetahui kenyataan Pengerusi GRS sebagai reaksi kepada kerjasama antara BN-PH, sambutan rakyat cukup luarbiasa, kerana detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba.

Pendirian GRS sebelum ini meneruskan status quo kerajaan Sabah hari ini, kerana rasa hormat, atas sokongan parti PH mengekalkan kerajaan yang dipilih rakyat pada PRN-16, ekoran tindakan wakil rakyat Umno kumpulan Datuk Bung Moktar Radin yang menarik sokongan pada 6 Januari 2023.

Pada PRN-16, GRS diberi mandat oleh rakyat Sabah menerajui Kerajaan Negeri. Semasa PRN tersebut GRS adalah platform yang digunakan BN-Kumpulan Hajiji-STAR-SAPP dan PBS.

Selepas PRN-16, kerajaan yang ditubuhkan dinamakan sebagai Kerajaan GRS Sabah. Apabila GRS didaftarkan sebagai parti, Kerajaan Negeri dikenali sebagai Kerajaan GRS-BN, dan seterusnya dinamakan sebagai Kerajaan GRS-PH Plus sehingga ke hari ini.

Walaupun GRS berpendirian bergerak solo, akan tetap juga berbincang dengan parti-parti yang sama-sama menerajui kerajaan Sabah hari ini, untuk meminta pandangan mereka, kerana pendekatan politik GRS adalah politik berhemah, menghormati sahabat.

Persahabatan antara pemimpin PH Plus dengan pemimpin GRS telah dibina, sehinggakan wujudnya keserasian yang saling menunjang untuk memajukan dan membangun negeri.

Terpulang kepada mereka, apa kah akan akur dengan keputusan pemimpin mereka di peringkat pusat, atau pendekatan lain, akan diketahui selepas adanya perbincangan rasmi. Akan tetapi, membaca kenyataan rasmi mereka yang dikeluarkan pada Jumaat, mereka tiada pilihan melainkan akur dengan keputusan pucuk pimpinan mereka.

Bagi GRS, apabila rakyat Sabah memberi mandat sekali lagi, akan memperkukuh Blok Borneo bersama GPS Sarawak. Blok Borneo bukannya menentang mana-mana parti yang menerajui Kerajaan Persekutuan, akan tetapi memperkuat Kerajaan Persekutuan.

Hasrat GRS hanya untuk mengurus negeri sendiri, sesuai dengan konsep Rumah Kita, Kita Jaga, menerusi prinsip SabahFirst, SabahForward, SabahProsfer dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah, tidak lebih tidak kurang.

PRN-17 SABAH: APA DI SEBALIK KERJASAMA BN-PH

MUNGKIN BN-PH membuat keputusan bekerjasama, kerana menurut dua parti tersebut boleh menakluki 1.7 juta pengundi Sabah.

Keputusan dua parti tersebut bekerjasama seperti mana dilaporkan pada 9 Mei 2025, walaupun membuka pintu pada parti lain turut serta, akan tetapi tidak merujuk pada GRS sebagai tulang belakang Kerajaan Sabah.

Keputusan kerjasama antara dua parti nasional tersebut, secara tidak langsung menunjukkan pada rakyat Sabah, bahawa sebagai parti utama menerajui Kerajaan Persekutuan, maka rakyat Sabah perlu sokong dan akur.

Kerjasama tersebut, juga membawa makna tersirat, bahawa parti-parti lain hanya sebagai parti melukut di tepi gantang.

Kerjasama dua parti tersebut memberi isyarat tidak memandang GRS sebagai peneraju kerajaan negeri, yang membawa erti, dua parti tersebut berhasrat menjadi peneraju kerajaan negeri.

Berpandukan perkembangan terbaharu ini, GRS tiada pilihan lain, melainkan terus kekal dengan pendirian, jika ada kerjasama, maka GRS bertanding lebih 2/3 kerusi, jika tidak, mungkin ada pendekatan lain, termasuk bergerak solo atau bekerjasama dengan parti tempatan lain.

Pun demikian ruang perbincangan masih terbuka dan pemuktamadan akan dibuat selepas DUN dibubar.

Pandangan penulis dalam senario sekarang, jika kerjasama BH-PH tanpa GRS dan Warisan, kedudukan kerusi-kerusi berlegar-legar untuk GRS 33/73, BH-PH 9/73; Warisan 5/73 dan Kelabu 26/73.

GRS jika tidak diajak bekerjasama dengan parti-parti lain, hanya memerlukan 4 kerusi di kerusi kelabu untuk mendapat 37/73 kerusi, majoriti mudah yang diperlukan membentuk kerajaan.

Jika hasrat BN-PH dapat memaksa 1.7 juta pengundi Sabah bersetuju dan menyokong cara permainan dua parti tersebut, ada lah satu kesilapan besar, atas sebab, kecenderungan pengundi Sabah lebih kepada parti tempatan, dan parti tempatan tersebut adalah GRS.

Penulis berpandangan, hasrat GRS mempertahankan status quo kerana rasa hormat pada parti-parti yang mempertahankan kerajaan negeri yang diberi mandat pada PRN-16 Sabah. Jika memang, hasrat GRS tersebut tidak dihormati, maka GRS akan menentukan hala tuju sendiri berdepan dengan PRN-17. Setidak-tidaknya, itu lah yang asas daripada sudut pandang penulis.

PRN-17 SABAH: GRS PERLU KEKALKAN PENDIRIAN

GRS bertanding lebih 2/3 daripada 73 kerusi perlu dikekalkan, meskipun berlaku kerjasama dengan BN dan PH.

Terpulang kepada dua parti tersebut mengagihkan kerusi antara mereka yang tidak ditandingi GRS.

GRS perlu pertahankan aspirasi dan harapan rakyat Sabah yang disandarkan pada parti tersebut, agar puncak kuasa kekal di Menara Kinabalu.

Dalam politik itu penuh dengan kemungkinan. Ertinya tidak mustahil kerjasama antara parti-parti tempatan. Kerjasama akan berlaku, apabila semua pihak membuang ego masing-masing, demi negeri yang disayangi.

Pengerusi GRS dan para timbalan, bukan baharu dalam politik. Mereka faham akan kehendak rakyat Sabah. Pemimpin politik, tidak akan bertindak bercanggah dengan aspirasi dan harapan rakyat, melainkan akur.

Model kerjasama di Peringkat Persekutuan tidak semestinya sesuai di peringkat negeri. Memaksa model tersebut diikuti, tidak semestinya rakyat akur. Para pemimpin kena faham, kuasa semasa pilihan raya di tangan rakyat.

Para pemimpin politik mudah sahaja menelan kahak sendiri, tidak bagi rakyat. Rakyat apabila membuat keputusan, tidak akan dapat dibaca oleh mana-mana pemimpin politik.

Sejarah merekodkan bagaimana pemimpin politik gagal membaca keputusan rakyat, di Sabah pertama kali berlaku pada PRN 1976, kemudian tahun 1985, kemudian tahun 2018.

Pemimpin politik yang memaksa kemahuan, seperti mana berlaku pada PRU-15 dan PRN2023 enam negeri di Semenanjung yang dibuat Umno/BN, ternyata, gagal total membaca kemahuan rakyat.

Menunaikan Aspirasi dan harapan rakyat Sabah adalah asas penubuhan GRS. Lari daripada asas tersebut, akan mengundang padah. Fikir-Fikirkan

Blog Archive