BEGITU sensitifnya peniaga berkaitan kenaikan harga bahan api, perniagaan yang memangpun tidak termasuk mendapat subsidi, bertindak menaikan harga. Tindakan itu membongkar sendiri perbuatan sekian lama menikmati diesel bersubsidi secara haram.
Tindakan kerajaan mengapungkan harga diesel, mengsahkan bahawa peningkatan penggunaan mendadak bahan api itu 5 tahun terakhir selain penyeludupan juga industri atau perniagaan yang tidak layak menggunakan diesel bersubsidi.
Keputusan pengapungan harga bahan api para peniaga produk atau barangan berkategori monopoli seperti bahan bagunan, alat ganti kenderaan mengambil peluang menaikan harga, dengan memberi alasan kos pengangkutan meningkat, sedangkan sebelum pengapungan mereka sepatutnya membeli pada harga RM3.35/liter bukannya RM2.15. Tindakan menaikan harga golongan ini termasuk dalam pencatutan/mengambil untung berlebihan.
Jika barangan keperluan harian rakyat seperti makanan, tambang bas awam turut naik, sebenarnya kumpulan ini juga termasuk mengamalkan pencatutan, kerana kategori perniagaan ini tidak terkesan dengan harga pengapungan bahan api.
Nampaknya kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas ini semakin mencabar kerana terpaksa mengesan para peniaga yang melakukan pencatutan harga.
Di Sabah belumpun dilaksanakan pengapungan harga bahan api, pagi tadi penulis terpaksa membayar nescafe 3 in 1 bungkusan 25 stik pada harga RM18.50, sedangkan minggu lalu berharga RM14.30, dua bulan lalu RM11.49. contoh kecil seperti ini menunjukkan betapa sensitifnya perubahan harga bahan api pada peniaga, sedangkan kesan pengangkutan, sangat minimum sekali.
Penulis masih ingat kesan kenaikan harga bahan api pada tahun 2006 pada harga barang keperluan harian rakyat begitu hebat sekali dan sejak itu kenaikan harga barang secara umum tidak dapat dibendung.
Tindakan menaikan harga oleh para peniaga, bukan kerana kesan kenaikan harga bahan api akan tetapi mental subsidi yang begitu melekat, sedangkan dalam rantaian perniagaan mereka, kos bahan api bukanlah kos peubah yang signifikan.
Atas sebab itu tindakan pengapungan harga bahan api adalah tindakan tepat untuk membersihkan fikiran rakyat daripada mental subsidi. Mental subsidi memberi kesan yang amat buruk pada sistem perekonomian, antaranya penyeludupan, pencatutan, pasaran gelap dan seumpamannya.
Apabila subsidi dimansuhkan para peniaga akan bertindak jujur tentang kos sebenar terutama kos peubah dan kos tetap bagi setiap keluaran.
Berdekad-dekad, kesan mental subsidi, sebarang tindakan mengurangkan bantuan kerajaan itu, para peniaga bertindak seolah-olah kos peubah keluaran mereka sebahagian besarnya ditentukan oleh barangan bersubsidi sepertimana tindak balas pada pengapungan harga bahan api.
No comments:
Post a Comment