Thursday, June 13, 2024

PEMANSUHAN SUBSIDI BAHAN API PERLU DISOKONG

BERDEKAD-DEKAD bahan api disubsidi sehinggakan kerajaan menanggung berbilion ringgit akan tetapi sasaran untuk mengekang peningkatan kos sara hidup tidak juga tercapai malahan melahirkan kartel penyeludup-cara untuk kaya segera, syarikat/perniagaan tidak sepatutnya mendapat subsidi menikmatinya secara haram.

Belum seminggu pelaksanaan rasionalisasi diesel, syarikat-syarikat yang mencuri diesel bersubsdi mendedah diri apabila tidak segaja mengumumkan untuk menaikan harga keluaran/perkhidmatan masing-masing, sedangkan mereka tidak pernah dibenarkan menikmati diesel bersubsidi.

Rupanya golongan yang tidak sepatutnya menikmati bahan api bersubsidi berdekad-dekad mendapat keuntungan berganda, sementara pengguna yang menerima akibatnya. Tidak salah dikatakan perbuatan golongan ini punca jurang taraf hidup antara rakyat melebar, kerana yang jujur menjadi mangsa, manakala penipu bersukaria.

Benarlah sesuatu yang betul itu perlu iltizam yang tinggi, mempunyai keberanian tinggi untuk melaksanakannya. Tidak gentar dengan gertakan, ancaman, tidak seperti mana keadaan yang lalu-lalu takut melaksanakan sesuatu yang betul kerana takut kehilangan kuasa.

Apa yang paling penting apabila sesuatu yang betul perlu dilaksanakan penjelasan, penerangan mengenainya perlu lengkap dan jelas serta menyeluruh, tidak sepertimana semasa pelaksanaan GST, tindakan hanya melepaskan batuk di tangga, sehinggakan rakyat terpengaruh dengan dakyah putar belit berkaitan kebaikan sistem percukaian itu.

Jika KERAJAAN MADANI mampu menjelaskan, menerangkan, justifikasi berkaitan rasionalisasi bahan api, maka rakyat akan menerima dengan lapang dada berkaitan kebaikannya pada ekonomi negara jangka panjang, dan seterusnya rakyat terbebas daripada mental subsidi.

Pendekatan sistem ekonomi negara kena diubah 360 darjah, kerana tidak boleh lagi bersandar dengan cara sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.

1 comment:

sooo said...

DATUK YIP KUM FOOK (lawyer) made the Buddhist Sangha a disgrace to the whole world because he showed his stupidity, thought he was very clever and could remove the Buddhist monks from the Buddhist temple in Taman Desa Jaya, Kepong.

Now Buddhists are very angry, and Boycott DATUK YIP KUM FOOK and his team, local Buddhists do not go to the Temple, now the Temple has become a place for Myanmar weddings and make the party fun to live

Before, we worked hard for Temple to develop in Taman Desa Jaya, Kepong but our dream was not successful because this ghost (Datuk Yip), this ghost eats everything as people's wives, people's money, people's property, and so on.

If anyone sees this message, please share with everyone because this Yip Kum Foot is not human level, he is a ghost to suck human blood.

From Mr. Choy, Taman Ehsan, Kepong

Blog Archive