Friday, April 26, 2024

PRK DUN KUALA KUBU BAHARU-APA KESIMPULAN YANG BOLEH DIGARAP?

APA yang pasti apapun keputusan PRK ini tidak mengubah kedudukan kerajaan Negeri Selangor.

DUN Negeri Selangor yang mempunyai 56 kerusi, pada PRN2023, PH dan BN menang 34 kerusi, manakala PN 22.

Apa kah pertimbangan pengundi DUN itu yang terdiri 46 peratus pengundi melayu, 30 peratus pengundi cina dan 18 peratus pengundi india serta hampir 6 peratus kaum asli atau lain-lain pada PRK ini.

DUN Kuala Kubu Baharu dirampas DAP daripada MCA/BN sejak tahun 2013 dan pada PRN2023, sekali lagi parti itu mempertahankannya akan tetapi dengan jumlah majoriti yang menurun.

Kemenangan calon DAP kerana sokongan kaum cina dan dia, dan semestinya juga menerusi PRK ini, sokongan dua kaum itu kekal menjadi sandaran.

Kemenangan calon DAP dapat dipastikan jika peratusan keluar mengundi di kalangan pengundi cina dan india tinggi, jika sebaliknya dan peratus pengundi kaum melayu jauh lebih tinggi, kemungkinan calon parti penyandang kecundang.

Pada hakikatnya tiada yang perlu ditunjukan oleh pengundi DUN tersebut, kerana jika mereka mengundi calon Kerajaan, maka lebih memberi keuntungan pada mereka, sebaliknya jika mereka menyokong calon lain, tidak membawa apa-apa pulangan kepada mereka, kecuali jika mereka membawa sentimen sebagai isyarat kepada kerajaan, bahawa sesuatu tidak kena dengan pemerintahan dan kepimpinan.

Bagi calon lain terutama Perikatan Nasional (PN) yang cuba merampas kerusi itu, untuk melengkapkan bahawa semua kerusi untuk Parlimen P94 Hulu Selangor dikuasai PN, kerana dua DUN iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali dirampas parti itu pada PRN2023.

Selain itu, kemenangan pada PRK itu sangat mustahak bagi PN sebagai kesinambungan gelombang “hijau” dan tentunya menjadi pembakar semangat dan keyakinan mereka berhadapan PRU atau PRN akan datang.

Bagi PN, kemenangan pada PRK itu membawa makna bahawa Barisan Nasional khususnya Umno sepenuhnya ditolak pengundi kaum melayu, dan akan menyedarkan PH, bahawa kerjasama dengan parti itu tidak membawa sebarang kelebihan, malah menjadi liabiliti.

No comments:

Blog Archive