DUA tahun, adalah masa yang cukup perit bagi Sabah dan rakyatnya, kerana dalam tempoh tersebut, ekonomi yang dibangun dan dikembangkan selama bertahun-tahun dimusnahkan.
Tan Sri Musa Aman menggunakan masa 15 tahun untuk memperbaiki perekonomian Sabah yang tenat. Dalam tempoh masa 15 tahun, Musa berjaya mengumpul kewangan negeri sehingga RM3.74bilion (rekod Disember 2017), berbaki RM3.4bilion (Jun, 2018-jawapan lisan Datuk Shafie Apdal di DUN Sabah).
Juga, dalam tempoh 10 tahun terakhir pemerintahan Musa, pertumbuhan KDNK Sabah melebihi pertumbuhan negara, malah tahun 2017, tertinggi dalam negara, iaitu 8.2%.
Sebaik sahaja kerajaan Warisan mengambil alih pada Mei, 2018 pertumbuhan KDNK Sabah menjunam ke paras 1.5%, terburuk dalam tempoh 10 tahun, tahun 2019 menurun lagi ke paras 0.5%, terburuk dalam tempoh 11 tahun. Dua tahun berturut-turut, pertumbuhan KDNK Sabah tercorot daripada semua negeri dalam negara.
Ekoran menjunamnya perekonomian Sabah, maka Musa bersama 32 ADUN bertindak mengambil alih kerajaan negeri daripada Warisan Plus Sabah untuk mengelak kemusnahan yang lebih teruk lagi, namun usaha tersebut terhalang, kerana TYT Sabah membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020 atas permintaan Shafie.
Kini, kesahian pembubaran DUN Sabah sedang dalam mahkamah dan bakal diputuskan pada 17 Ogos, 2020.
No comments:
Post a Comment