JIKA Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri tidak memberi respon keras terhadap pemuktamadan kerjasama BN-PH, tidak akan keluar kenyataan PMX “Rundingan GRS-PH” diketuai Ketua Menteri, sementara GRS-BN terpulang pada GRS.
Kemudian gilanya surat khabar bawa laporan tajuk: PH, Umno-BN, GRS bergabung pada PRN Sabah-Anwar.
Tajuk tersebut membawa maksud, pemimpin dua belah pihak tidak konsisten.
Apabila Pengerusi GRS menyatakan akan bergerak solo, ekoran kerjasama BN-PH, maka “be it”. Semua orang tahu sebelum pemuktamadan kerjasama BN-PH yang diumumkan pada 9 Mei 2025, pengerusi GRS kerap kali berkata, GRS mempunyai kecenderungan mempertahankan status quo kerajaan hari ini, iaitu kerajaan GRS-PH Plus, akan tetapi tanpa perundingan PH membuat keputusan bekerjasama dengan BN.
Ekoran pemuktamadan tersebut PH Sabah mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan keputusan parti mereka, termasuk kenyataan PH Sabah yang ditandatangi semua ketua parti di Sabah, maka membawa maksud, mereka tidak mahu mempertahankan status quo.
Oleh kerana BN-PH pusat, dan BN-PH Sabah bersetuju bekerjasama, maka Pengerusi GRS mengeluarkan kenyataan sebagai reaksi, bahawa GRS sedia bergerak solo.
Apabila kenyataan Pengerusi GRS disiarkan, akar umbi memberi sambutan positif, kerana keputusan demikan lah yang ditunggu-tunggu.
Penulis berpandangan, niat asal BN-PH mengenepikan GRS. Apabila GRS merasa diketepikan, maka melutut untuk mohon dilibatkan dalam kerjasama.
Senario yang berlaku sejak 9 September, akan dilihat, mana pemimpin yang benar-benar konsisten dengan keputusan.
Tidak timbul lagi alasan kerana kestabilan Kerjaan Persekutuan dan Negeri, maka perlu kerjasama antara GRS-BN-PH, kerana kerajaan hari ini, tanpa BN, kecuali beberapa ADUN Umno yang tidak setuju dengan tindakan pemimpin mereka, telah mengwujudkan kestabilan politik dan kerajaan.
Di Sarawak tanpa BN dan PH, di Johor dan Melaka tanpa PH, stabil juga negeri-negeri tersebut. Mengapa Sabah dikatakan hanya stabil jika GRS-BN-PH bekerjasama?. Mengapa tidak libatkan Warisan? Kerana Warisan juga sebahagian kerajaan Persekutuan. Jika dikira, Warisan lebih banyak kerusi yang disandang berbanding Umno-BN.
Pandangan penulis Pengerusi GRS serta pemimpin parti kena ikut sentimen rakyat Sabah. Rakyat adalah pengadil semasa pilihan raya. Tidak mengikut kehendak rakyat, kena terima riskonya. Fikir-Fikirkan
1 comment:
Kesaksian saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Lord Felix membantu saya memulihkan kehidupan saya yang hampir musnah sepenuhnya. Saya dibebaskan selepas kira-kira 2 tahun enam bulan, setelah dikhianati oleh ramai ahli Illuminati yang lain. Selama bertahun-tahun, saya berputus asa dan mengalami kejatuhan kewangan yang teruk. Namun, pada suatu hari, semasa melayari internet, saya terjumpa satu hantaran daripada seorang ahli kanan Illuminati, Lord Felix, yang menyatakan bahawa sesiapa yang menjadi ahli Illuminati boleh mencapai kemasyhuran, kekayaan, dan kejayaan dalam hidup. Saya menghubunginya dan menjelaskan segala-galanya; beliau mencadangkan proses pendaftaran, dan saya membuat pembayaran untuk keahlian tersebut bagi memulakan langkah saya. Akhirnya, saya diterima masuk ke dalam Pertubuhan Dunia Illuminati (World Order of the Illuminati). Selepas itu, mereka memberikan saya segala panduan dan memaklumkan bahawa ahli baharu akan menerima ganjaran tunai sebanyak $2,000,000 selepas upacara penerimaan. Dengan bantuan Lord Felix, saya telah diterima sepenuhnya sebagai ahli Illuminati. Nasihat saya, jika anda pernah tertipu oleh penipu sebelum ini, cubalah hubungi Lord Felix. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mencapai apa yang anda impikan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau melalui WhatsApp di talian +2348168034022.
Post a Comment