ADALAH merugikan penduduk Kota Belud, jika Datuk Salleh diketepikan dalam kanca politik daerah tersebut.
Membangun sesebuah daerah perlu iltizam politik, kerana hanya parti politik sahaja yang boleh membentuk kerajaan. Parti politik yang membentuk kerajaan perlu mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh dan pengalaman, jika tidak, misi dan perjuangan tidak akan dapat direalisasi, kerana kerajaan yang disertai, berakhir setiap sepenggal.
Apabila rakyat tersalah pilih, dan wakil rakyat yang dipilih tiada jalinan dengan jabatan-jabatan kerajaan atau kementerian, kerana kurang pengalaman, tiada kepimpinan, maka apabila status wakil rakyat berakhir, seperti pembubaran DUN, maka yang untung hanya wakil rakyat itu kerana mendapat elaun sebagai wakil rakyat sepanjang hayat, tetapi rakyat yang mengundi tidak mendapat apa yang diimpikan. Jika dahulu, kais makan pagi, kais makan petang, kekal berhadapan dengan bencana banjir, kekal sedemikian.
Satu kesilapan besar bagi pengundi Kota Belud apabila menolak Salleh pada PRU-14, sedangkan beliau sudah mempunyai peluang membangun dan memajukan Kota Belud, kerana sudah berada di persada politik nasional, dan hanya masa menentukan, semua pembelaan kepada rakyat Kota Belud akan terealisasi.
Kekuatan seseorang pemimpin atau wakil rakyat, adalah net working dengan kepimpinan pusat, jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian, kerana semua sektor ini mewakili kerajaan menyalurkan dana atau peruntukan untuk membangun dan memajukan sesebuah kawasan. Net working atau jalinan itu, ada pada Datuk Salleh. Sungguh sayang, peluang itu disia-siakan oleh pengundi Kota Belud.
Pada PRN Sabah akan datang, kepada pengundi Kota Belud, jangan sia-siakan lagi peluang itu, jika Salleh bertanding. Beri lah sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau, tanpa mengira LOGO yang beliau gunakan, kerana Salleh mempunyai keupayaan membela rakyat Kota Belud, menerusi jalinan dan net working yang ada pada beliau.
No comments:
Post a Comment