PEMBOHONGAN paling ketara Datuk Shafie Apdal, adalah berkaitan geran tanah adat Sabah, kononnya semasa 27 bulan kerajaan Warisan pengukuran/penyukatan tanah-tanah tersebut dilaksanakan, dan seterusnya dikeluarkan geran, sedangkan geran-geran yang beliau sedang bahagi-bahagikan itu adalah sebahagian daripada 36,137 hektar atau lebih 90,000 ekar yang selesai disukat atau diukur pada Disember, 2017.
Penyelesaian geran tanah adat dipercepat bermula tahun 2011, apabila Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) diberi peruntukan RM20juta setahun daripada Persekutuan, hanya untuk menyukat/mengukur tanah-tanah adat Sabah. Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan itu atas permintaan kerajaan negeri pada masa itu, untuk menyelesaikan permohonan tanah sedemikian yang berlarutan puluhan tahun, malah ada yang mencecah setengah abad.
Penulis sangat pelik, dan mungkin juga rakyat Sabah yang lain merasa pelik, mempercepat penyukatan/pengukuran tanah-tanah adat Sabah hanya menerusi PANTAS yang dimulakan oleh kerajaan era Tan Sri Musa sebagai Ketua Menteri, dan selepas itu, tiada lagi kaedah yang diumumkan lebih cepat daripada PANTAS, melainkan cara yang digunakan oleh kerajaan Shafie, adalah mencetak geran palsu, tanpa melalui penyukatan atau pengukuran.
Pembohongan Shafie seterusnya, adalah berkaitan menjunamnya KDNK Sabah daripada yang terbaik tahun 2017 di seluruh negara, kepada yang terburuk di seluruh negara dua tahun berturut-turut, iaitu tahun 2018 dan 2019, kononnya pertumbuhan negeri-negeri lain juga menjunam, sedangkan data perangkawan menunjukkan sebaliknya, kerana KDNK 7 negeri mengalamai pertumbuhan (tahun 2018 dan 2019) yang lebih baik berbanding sebelumnya (tahun 2017). Mengapa KDNK Sabah menjunam? sebabnya Shafie hanya tahu menggunakan duit, tetapi tidak tahu menambah hasil daripada wang yang digunakan itu, kerana wang itu digunakan bukan untuk aktiviti ekonomi, sebaliknya perbelanjaan yang hangus begitu sahaja, tanpa memberi pulangan kepada kitaran ekonomi.
Pembohongan seterusnya Shafie, adalah semasa PKP Covid-19, semasa beliau mengumumkan Pakej Bantuan Covid-19 pada April, 2020, dengan berdegar, beliau berkata "Tidak perlu keluar rumah-bantuan akan sampai depan pintu; bantuan one-off telah masuk akaun" sehinggalah kini, hanya kawasan-kawasan seperti pulau-pulau sahaja yang mungkin mendapat bantuan, sedangkan sebahagian besar rakyat tertipu.
No comments:
Post a Comment