Friday, July 31, 2020

PENDERITAN RAKYAT SABAH BERAKHIR DALAM TEMPOH 60 HARI!!!


Kerana Musa disokong majoriti mudah ADUN Sabah, maka beliau memohon bertemu TYT Sabah-Tun Juhar Mahiruddin untuk menzahirkan hasat para ADUN tersebut. Namun TYT enggan berjumpa, malah laluan ke Istana dikawal bermula 7 malam pada hari yang sama.  Laluan ke Istana hanya membenarkan Datuk Shafie Apdal dan kebenaran berjumpa TYT pada malam 29 dan pagi 30 Julai.

TYT menggunakan kuasa beliau dalam Perlembagaan Negeri apabila diminta oleh Ketua Menteri.

Dalam memberi kebenaran membubarkan DUN, TYT 100% menggunakan apa yang tertulis dalam perlembagaan, tidak mempertimbangkan keadaan semasa, sebab dan mengapa Shafie meminta DUN dibubarkan. Keadaan ini berbeza sekali, pada 12 Mei, 2018, apabila TYT yang sama menggunakan " keadaan" apabila melantik Shafie sebagai Ketua Menteri, sedangkan Musa telah mengangat sumpah pada malam 10 Mei, 2018 jawatan yang sama.

Hasrat rakyat Sabah untuk keluar daripada penderitaan yang diterjemahkan oleh 33 ADUN Sabah akibat pemerintahan Shafie, nampaknya tidak digunapakai oleh TYT, sebaliknya beliau sehaluan dengan Shafie untuk mengadakan pilihan raya, dalam keadaan rakyat masih dicengkam Wabak Covid-19 dan kelembaban ekonomi.

KEMBALI kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang diberi mandat, kena lah konsisten, namun dalam kes Sabah-TYT bertindak "double standard".

Kerana DUN Sabah telah dibubarkan, maka pilihan raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari. Ertinya penderitaan rakyat akan berakhir selepas tempoh itu.

Shafie semasa mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Julai, dengan angkuh berkata, bahawa beliau masih Ketua Menteri selama 60 hari, ertinya, beliau memberi isyarat, rakyat akan tersiksa selama tempoh masa itu.

No comments:

Blog Archive