Saturday, January 11, 2025

MENGAPA RAKYAT SABAH PERLU MENYOKONG GRS?

ASAS rakyat memilih parti politik untuk menerajui kerajaan berpandukan pada perjuangan dan kepimpinan parti tersebut.

Di Sabah, kebanyakan parti yang sedang aktif, pada asasnya mempunyai perjuangan yang hampir sama, yang membezakan antara parti-parti tersebut adalah pemimpin.

Rakyat Sabah beruntung, kerana tidak perlu meneka-neka, keupayaan pemimpin, kerana setiap pemimpin mempunyai rekod prestasi dan pencapaian.

Pada masa sekarang, Kerajaan Sabah diterajui Kerajaan GRS-PH Plus yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Kerajaan GRS yang ditubuhkan pada September 2020, adalah kerajaan yang penuh cabaran, kerana telah mewarisi pertumbuhan ekonomi negeri yang teruk, iaitu pertumbuhan negatif 9.5 peratus, keadaan kemudahan asas yang daif dan persekitaran politik yang tidak stabil.

Kerana cabaran tersebut, maka Ketua Menteri memperkenalkan Pelan Pembangunan dan Kemajuan, yang dipanggil Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Menerusi pelan tersebut berbagai strategi jangka pendek dan panjang dilakar, dan hasilnya dapat dilihat pada pencapaian demi pencapaian kerajaan.

Fakta jelas adalah kutipan hasil negeri, nilai perdagangan dan nilai pelaburan.  Kemudiannya rakyat perlu melihat kemana kah hasil tersebut digunakan. Daripadanya rakyat dapat mengetahui, bagaimana tanggungjawab sebuah kerajaan dan para pemimpinnya.

Untuk rekod rakyat, walaupun kerajaan Sabah hari ini mewarisi sebauh kerajaan yang mana perekonomian hampir lumpuh, akan tetapi tahun pertama, dapat memulihkan perekonomian, daripada pertumbuhan negatif kepada positif, 1.1 peratus, dan yang mengembirakan, kutipan hasil merupakan rekod kerana untuk julung kalinya mencecah RM5bilion iaitu RM5.449 bilion.

Selain pertumbuhan ekonomi yang terus membaik, kutipan hasil juga meningkat pada tahun 2022, apabila melepasi angka RM6bilion, iaitu RM6.96 bilion. Pada tahun 2023 pula mencecah RM6.973 bilion dan tahun lalu konsisten mendekati RM7bilion.

Apa yang rakyat perlu perhatikan, apabila kerajaan mempunyai dana, maka disalurkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk, antaranya menarik taraf kemudahan awam, peningkatan peruntukan untuk biasiswa, selain bantuan-bantuan kebajikan dan keagamaan.

Kerjaan negeri memperkenalkan menerusi bajet 2025, bantuan tunai RM300 sebulan  sepanjang tahun kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan kenaikan kos sara hidup. Selain itu, kerajaan juga membayar bonus pada penjawat awam negeri minimum RM3000 setiap kakitangan.

Apa yang paling mengembirakan, dalam tempoh kerajaan hari ini, 11 tuntutan dalam MA63 telah direalisasikan, antaranya kenaikan geran khas Sabah yang sebelum ini hanya RM26.7juta sejak tahun 1974 kepada RM600juta tahun ini.

Ekoran kenaikan geran khas Sabah, maka kerajaan negeri memperkenalkan Rumah Mesra SMJ, untuk rakyat yang terdaftar dalam e-kasih, dan jumlah rumah yang dibina untuk tahun ini adalah 3,000 buah untuk 73 DUN.

Tindakan kerajaan menyediakan rumah untuk golongan miskin, adalah antara strategi untuk mengeluarkan rakyat dalam golongan tersebut.

Matlamat kerajaan GRS selain jelas akan tetapi pasti, dan kerana itu, meneruskan kerajaan Sabah hari ini, adalah kemestian, agar misi kerajaan untuk mengwujudkan kemakmuran dan kesejahteraan terealisasi.

No comments:

Blog Archive