PARTI-PARTI politik yang dijangka mengambil bahagian sudah menyusun berbagai program langsung ke peringkat akar umbi, untuk mendekati seramai mungkin rakyat, khususnya para pengundi.
PRN-17 yang bakal diadakan tahun ini, boleh awal boleh tidak, tetapi yang pasti selepas Oktober 2025.
Pada PRN tersebut, sebanyak 73 kerusi diperebutkan, dan mana-mana parti mendapat 37/73, boleh membentuk kerajaan.
Keadaan selepas keputusan diumumkan, tidak lagi seperti mana lalu-lalu, majoriti mudah boleh bertukar kepada minoriti, atas sebab, secara individu, calon yang menang menerusi parti tertentu boleh bertukar sokongan.
Pada PRN kali ini, kerana telah berkuatkuasanya Undang-Undang Anti Lompat, maka kebimbangan mana-mana parti terutama ketua atau presiden sesebuah parti tidak lagi timbul. Makna kata, mana-mana pemimpin yang disokong akan kekal, kecuali parti itu mengubah sokongan secara en-blok.
Kesan perubahan senario politik tanah air pasca PRU-14, dan berterusan pada PRU-15, membentuk atau menubuhkan kerajaan perlu kerjasama inter parti atau gabungan antara parti-parti.
Di Sabah, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengantisipasi senario tersebut, atas sebab itu, gabungan tersebut mendepani kecenderungan rakyat.
GRS yang mempunyai 8 komponen, hanya 4 parti menyandang kerusi hasil pilihan raya tahun 2020.
Pada PRN tersebut, parti-parti yang menyandang kerusi akan mempertahankan kerusi masing-masing, manakala parti-parti yang tidak menyandang sebarang kerusi bergantung akan dipertimbangkan mewakili GRS berpandukan pada kekuatan masing-masing di kerusi yang ditandingi.
Berpandukan pada politik Sabah, selain GRS, BN, Warisan, PH dan PN, akan cuba mendapat mandat daripada pengundi.
Para pengundi tentunya mendasarkan pilihan mereka pada parti yang dipimpin pemimpin yang menepati citarasa, dapat menunaikan aspirasi dan harapan mereka, bukan untuk masa singkat akan tetapi masa panjang.
Untuk masa sekarang dan seterusnya, parti yang mendepani aspirasi rakyat adalah GRS menerusi konsep SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah, ditambah dengan penekanan, Rumah Kita, Kita Jaga, untuk mengwujudkan kemakmuraan dan kesejahteraan.
Untuk menjadikan negeri sebagai Rumah kita, Kita Jaga, maka diyakni, majoriti rakyat Sabah menyokong GRS.
Jika berpandukan pada tinjauan rambang, GRS, tiada masalah menang minumum 37/73, ertinya selepas PRN itu nanti, parti yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meneruskan kerajaan yang ada pada hari ini.
No comments:
Post a Comment