Menerusi perlantikan tersebut, maka keterkaitan dengan mana-mana fahaman politik terhenti dengan sendirinya atas sebab sebagai TYT, berkedudukan neutral dan merupakan payung kepada semua rakyat.
Sebelum Musa dilantik, gerakan daripada penyokong parti Warisan dan parti tertentu, cuba menimbulkan berbagai persepsi agar perlantikan tidak terealisasi.
Perlantikan TYT, adalah kuasa YDP Agong, berpandukan cadangan daripada Ketua Menteri Sabah yang dipersembahkan Perdana Menteri kepada DYMM YDP Agong.
Hakikatnya, YDP Agong, tidak terikat dengan mana-mana yang dicadangkan. Apabila Agong membuat keputusan, maka yang dilantik tersebut berpandukan merit juga yang terbaik.
Perlantikan Musa sebagai TYT ke-11, tiada unsur politik melainkan seseorang yang paling layak berpandukan pada sumbangan, jasa pada rakyat dan negeri.
Musa sebelum masuki arena politik adalah seorang peniaga yang berjaya. Pengelibatan dalam dunia politik, sama juga latar belakangnya dengan Ketua Menteri Sabah hari ini atas permintaan Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun.
Musa dilantik sebagai Ketua Menteri pada Mac 2003 sehingga Mei 2018. Pada PRN-16 Sabah, tidak mempertahankan kerusi DUN Sibuga, kerana berehat daripada dunia politik.
Selepas bersara, mantan Ketua Menteri terlama Sabah tersebut aktif dalam pendidikan dan kebajikan terutama untuk anak-anak yatim dan tidak bernasib baik.
Bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan mantan Ketua Menteri tersebut, baik dalam dunia perniagaan, politik dan kerajaan, maklum, Musa adalah seorang insan yang “gentleman”, antaranya apa yang dikatakan dikotakan.
Penulis mengucapkan selamat bertugas dan menjadi payung pada negeri dan rakyat agar Sabah Terus Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment