Cuba bayangkan jika kerajaan Warisan pimpinan Shafie berterusan selama 3 tahun lagi, kemusnahan terhadap perekonomian dan hutan Sabah akan bertambah teruk.
Walaupun, Shafie masih memimpin kerajaan sementara selama 60 hari, dan beliau boleh menggunakan wang simpanan negeri dengan meluluskan berbagai projek, akan tetapi, masih ada masa membatalkannya, selepas PRN negeri.
Shafie semalam semasa mengumumkan pembubaran DUN Sabah memberi isyarat, bahawa beliau masih Ketua Menteri sehingga PRN yang diadakan dalam tempoh 60 hari, ertinya selama 60 hari, beliau boleh membelanjakan wang kerajaan negeri.
Dalam pilihan raya nanti, beliau akan mengumumkan berbagai projek di semua daerah atau kawasan, walaupun pengumuman itu nanti hanya janji politik, seperti mana beliau lakukan semasa PRU-14, apabila menjanjikan berbagai janji bulan bintang kepada pengundi, namun selepas 27 bulan, janji-janji itu tidak pernah ditunaikan.
Selama 27 bulan memerintah negeri, ekonomi Sabah menjunam dengan teruk, kadar pengangguran meningkat tidak terkawal.
Apa yang cukup mendukacitakan, semasa PKP Covid-19, wang kerajaan yang dikatakan Pakej Bantuan Covid-19, tidak sampai kepada rakyat, tetapi hanya sampai pada kontraktor pilihan Shafie.
Hakikatnya, tumbangnya kerajaan Warisan, walaupun menggantikannya dengan kerajaan Perikatan Plus pimpian Tan Sri Musa Aman tidak menjadi kenyataan, kerana berjaya dipintas oleh Shafie dengan kerjasama TYT Sabah, rakyat Sabah merasa lega, kerana peluang memberi mandat kepada para pemimpin yang mempunyai visi memajukan dan membangun Sabah terbuka luas.
Pada umumnya perasaan rakyat Sabah merasa gembira kerana pertukaran kerajaan menerusi pilihan raya adalah sebaik-baiknya, pada masa yang sama cukup sedih, kerana terpaksa berhadapan dengan pilihan raya, semasa wabak COVID-19 masih belum reda, malah proses pilihan raya ini boleh mengancam nyawa rakyat.
Pilihan raya tidak dapat dielak, kerana setiap tamat penggal perlu ada pilihan raya, tetapi pemilihan masa pilihan raya cukup tidak sesuai dan tidak tepat, kerana wabak virus Covid-19 masih mengancam negara.
Pada PRN kali ini, lebih 1 juta pengundi berhadapan covid-19, tidak termasuk keluarga mereka.
Shafie dan TYT Sabah, tidak langsung memikirkan bagaimana ancaman COVID-19 terhadap rakyat Sabah semasa memutuskan membubarkan DUN Sabah, hanya semata-mata mempertahankan kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri.
3 comments:
Musa aman yg tak fikir.. Knp tak boleh tunggu prn
Semua Demi duit.. Boleh kata saya layak dilantik sebagai KM
Yang habiskan umno dan bn
Yang melalak katak dipijak rakyat
Post a Comment