FAKTA yang tidak boleh disanggah oleh sesiapapun, kesan pertukaran kerajaan di Sabah seperti salin baju di masa lalu, telah membantutkan kemajuan dan pembangunan negeri. Kesan terbantutnya kemajuan dan pembangunan, maka rakyat yang menerima padahnya.
Kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hanya mengambi alih kerajaan pada September 2020.
Berasaskan pencapaian dan prestasi kerajaan, tidak nampak sebarang sebab mengapa Ketua Menteri dan kerajaan perlu diganti.
Apa kah pemimpin nasional dalam BN dan PH serta Warisan tergior dengan rezab kewangan negeri yang ditingkatkan kepada RM8.6bilion, kerana semasa mengambil alih kerajaan amaun hanya RM2.95bilion.
Apa kah juga mereka minat dengan kutipan hasil negeri yang meningkat ke paras RM7bilion, dan akan berterusan maka kewangan negeri terus kukuh.
Juga, apa kah mereka minat, bahawa kemudahan asas seperti bekalan air akan selesai pada tahun 2030, apabila Empangan HidroElektrik Ulu Padas siap, kerana empangan tersebut membekalkan 6,000 juta liter air sehari dan menjana 185MW tenaga elektrik.
Melihat daripada segi tadbir urus, cara kepimpinan kerajaan yang “down to earth” “walk the talk”, mengutamakan membela rakyat, seperti penyediaan rumah percuma kepada rakyat miskin yang tidak berumah, menyalurkan bantuan tunai kepada 100,000 keluarga miskin yang terkesan kerana kenaikan kos sara hidup, meningkatkan peruntukan untuk tujuan pembangunan modal insan seperti biasiswa, seperti bantuan-bantuan lain, tiada sebab, kerajaan perlu ditukar.
Berkaitan sokongan dengan Kerajaan Persekutuan, pemimpin negeri tidak berbelah bahagi, malah terus menyumbang kepada kestabilan politik negara.
Kepada rakyat Sabah, jangan sesekali mematikan angsa bertelur emas, walaupun pemimpin lain cuba memusnahkannya.
Rakyat Sabah berpengalaman, apabila Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri, konon berbekalkan segunung pengalaman, buktinya, ekonomi negeri hampir musnah. Yakinlah pemimpin yang mengangkat bakul lalu mengangatnya, tidak sama dengan pemimpin yang seperti diam ubi berisi.
Lagi pun, kerajaan yang dipimpin Hajiji, tidak membuat sebarang kesilapan pada rakyat, walaupun ada individu gila yang cuba membunuh karakter beberapa pimpinan kerajaan, meskipun para pemimpin yang hendak dimusnahkan tersebut tidak menyebabkan kerugian satu sen pun pada harta Sabah atau rakyat.
No comments:
Post a Comment