Sunday, August 02, 2020

PRN SABAH: HANYA PARTI YANG MESRA KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG BOLEH KEKAL

RAKYAT Sabah jangan lupa sejarah, setiap kerajaan negeri yang tidak mesra kerajaan Persekutuan, pasti tumbang, samada menerusi peti undi atau tindakan wakil rakyat meninggalkan parti.

Tiada jaminan, parti yang membangkang Persekutuan, betapapun banyaknya majoriti kerusi, pasti akan tumbang jua.

Pengalaman politik Sabah, memperpanjang catitan sejarah, apabila sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti 2/3 tumbang hanya dalam tempoh 3 bulan, kerana tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Andian beberapa pengamat politik, bahawa menerusi majoriti besar bagi parti-parti yang menang dalam PRn-15 Sabah akan mengarah kepada kestabilan politik negeri, tidak semestinya benar, jika parti yang menang itu tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, parti yang sehaluan dengan Persekutuan, walaupun hanya mempunyai majoriti mudah, akan kekal, seperti mana berlaku pada tahun 1994, walaupun BN Sabah pada asalnya hanya berkelebihan 2 kerusi akan tetapi kekal sehingga 10 Mei, 2018. Sebabnya, kerana kerajaan negeri sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan. Demikian juga, apabila kerajaan negeri tidak sehaluan dengan Persekutuan tumbang bukan sekali dalam sepenggal akan tetapi 2 kali.

Pendek kata, menerusi PRN Sabah, rakyat Sabah perlu memilih parti yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan, untuk mengelak perubahan kerajaan ditengah penggal, juga untuk menjamin kestabilan politik, dan sudah tentunya memperlancar pembelaan kepada rakyat, memajukan dan membangun negeri berjalan tanpa gangguan.

Rakyat Sabah perlu mengambil pelajaran semasa diperintah Kerajaan Warisan yang diterajui Shafie, yang mana sebuah kerajaan yang tidak berhala tuju, selain itu, Shafie mengurus negeri seperti mengurus sebuah syarikat sendirian berhad.

1 comment:

Unknown said...

Sabahan tahu memilih
Dato shafie pejuang sejati

Blog Archive