Monday, August 03, 2020

SHAFIE SANGGUP MATI KATAK KERANA PERTAHAN KUASA

HANYA kerana mempertahankan kuasa, Datuk Shafie Apdal sanggup mati katak dijangkiti Covid-19. 

Walaupun bagaimanapun kesanggupan beliau itu memangsakan rakyat yang tidak berdosa, kerana terdedah risiko dijangkiti virus pembunuh Covid-19.

Kira-kira 1.2juta rakyat Sabah tidak termasuk anak-anak kecil dan di bawah umur 21 tahun terancam jangkitan covid-19, kerana dipaksa keluar mengundi sempena PRN-15 Sabah.

Malang sungguh sistem demokrasi negara kita, tiada aras jumlah undi yang membolehkan sesebuah parti menang dalam pilihan raya, kerana jikapun sebahagian besar rakyat boikot pengundian, akan tetapi jika 2-3 orang penyokong Warisan dan PH mengundi, maka parti mereka dikira pemenang.

Kerana sebahagian besar rakyat Sabah tidak sudi lagi Warisan kembali menjadi kerajaan negeri, maka terpaksa berkorban untuk menyelamatkan negeri dan rakyatnya daripada kerakusan Shafie dan kawan-kawan.

Sejak Shafie menerajui Kerajaan Sabah, ekonomi jatuh teruk, pengangguran bertambah-tambah, tambahan lagi, kerajaan tiada hala tuju yang jelas, selain hanya tahu membelanjakan wang negeri warisan daripada kerajaan lalu, untuk projek-projek yang tidak memberi manafaatkan kepada rakyat secara umum, akan tetapi hanya untuk para kontraktor kroni beliau dan pemimpin Warisan.

Apa yang malang lagi, bantuan COVID-19 kepada rakyat yang diumumkan sebanyak RM670juta, tidak sampai kepada rakyat.

Atas sebab penipuan kerajaan Shafie tersebut, maka telah mendorong 13 ADUN penyokong kerajaan Warisan Plus untuk berpaling tadah dan mahu membentuk kerajaan yang bertanggungjawab, namun Shafie dengan bantuan TYT Sabah membubarkan DUN untuk membuka jalan kepada pilihan raya, di kala rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang teruk.

Jika kos pilihan raya digunakan membantu rakyat yang terjejas teruk impak PKP Covid-19, maka ianya memberi nilai tambah kepada wang rakyat yang digunakan. Malangnya, Shafie dan TYT Sabah tidak memikirkan itu semua, melainkan mahu mempertahankan kedudukan.

Hakikatnya rakyat Sabah sudah lama menginginkan kerajaan warisan ditumbangkan menerusi pilihan raya, namun kerana wabak Covid-19, maka hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan. Pun demikian, kerana doa rakyat tersebut, maka akhirnya PRN ke-15 Sabah menjelang juga.

Rakyat Sabah akan membuat keputusan pada PRN ini, untuk menguburkan Warisan dan sekutunya di Sabah.

4 comments:

Unknown said...

Knp salahkan shafie.. Salahkan lah org yg nak kuasa drp pintu belakang

Unknown said...

Kalau pro ph nak pertahankan mandat rakyat.. Gila kuasa.. Yg nak rampas kuasa drp pintu belakang oklah pula ye

suka suka said...

Lompat katak fail

hilmi said...

Yg nak berkuasa tanpa melalui PRU tak salah pula? Apa fungsi PRU jika tengah2 penggal boleh naik kjaan tanpa melalui mandat rakyat?

Blog Archive