Showing posts with label poltik sabah. Show all posts
Showing posts with label poltik sabah. Show all posts

Monday, August 03, 2020

SHAFIE SANGGUP MATI KATAK KERANA PERTAHAN KUASA

HANYA kerana mempertahankan kuasa, Datuk Shafie Apdal sanggup mati katak dijangkiti Covid-19. 

Walaupun bagaimanapun kesanggupan beliau itu memangsakan rakyat yang tidak berdosa, kerana terdedah risiko dijangkiti virus pembunuh Covid-19.

Kira-kira 1.2juta rakyat Sabah tidak termasuk anak-anak kecil dan di bawah umur 21 tahun terancam jangkitan covid-19, kerana dipaksa keluar mengundi sempena PRN-15 Sabah.

Malang sungguh sistem demokrasi negara kita, tiada aras jumlah undi yang membolehkan sesebuah parti menang dalam pilihan raya, kerana jikapun sebahagian besar rakyat boikot pengundian, akan tetapi jika 2-3 orang penyokong Warisan dan PH mengundi, maka parti mereka dikira pemenang.

Kerana sebahagian besar rakyat Sabah tidak sudi lagi Warisan kembali menjadi kerajaan negeri, maka terpaksa berkorban untuk menyelamatkan negeri dan rakyatnya daripada kerakusan Shafie dan kawan-kawan.

Sejak Shafie menerajui Kerajaan Sabah, ekonomi jatuh teruk, pengangguran bertambah-tambah, tambahan lagi, kerajaan tiada hala tuju yang jelas, selain hanya tahu membelanjakan wang negeri warisan daripada kerajaan lalu, untuk projek-projek yang tidak memberi manafaatkan kepada rakyat secara umum, akan tetapi hanya untuk para kontraktor kroni beliau dan pemimpin Warisan.

Apa yang malang lagi, bantuan COVID-19 kepada rakyat yang diumumkan sebanyak RM670juta, tidak sampai kepada rakyat.

Atas sebab penipuan kerajaan Shafie tersebut, maka telah mendorong 13 ADUN penyokong kerajaan Warisan Plus untuk berpaling tadah dan mahu membentuk kerajaan yang bertanggungjawab, namun Shafie dengan bantuan TYT Sabah membubarkan DUN untuk membuka jalan kepada pilihan raya, di kala rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang teruk.

Jika kos pilihan raya digunakan membantu rakyat yang terjejas teruk impak PKP Covid-19, maka ianya memberi nilai tambah kepada wang rakyat yang digunakan. Malangnya, Shafie dan TYT Sabah tidak memikirkan itu semua, melainkan mahu mempertahankan kedudukan.

Hakikatnya rakyat Sabah sudah lama menginginkan kerajaan warisan ditumbangkan menerusi pilihan raya, namun kerana wabak Covid-19, maka hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan. Pun demikian, kerana doa rakyat tersebut, maka akhirnya PRN ke-15 Sabah menjelang juga.

Rakyat Sabah akan membuat keputusan pada PRN ini, untuk menguburkan Warisan dan sekutunya di Sabah.

Thursday, July 30, 2020

JIKA SHAFIE UMUM BUBAR DUN-APA IMPLIKASI?

DATUK Shafie Apdal mempunyai tag suka melanggar undang-undang, dan tidak patuh kepada Perlembagaan.

Memang benar, Presiden Warisan itu berada di Istana selama 3 jam, dan berjaya berjumpa TYT-Tun Juhar Mahiruddin pada malam rabu, ekoran sidang akhbar Tan Sri Musa Aman pada pukul 6.00 petang di kediaman beliau, bahawa gabungan baharu yang beliau ketuai siap sedia menubuhkan kerajaan negeri, kerana telah memperolehi majoriti mudah daripada 65 kerusi DUN Sabah.

Ekoran pertemuan tersebut, pejabat beliau mengeluarkan jemputan media, bahawa satu sidang khas (hari ini) di aras 26 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) jam 10 pagi.

Tidak pasti, apa butiran sidang media tersebut, namun berasaskan sifat Shafie, penulis menjangkakan, beliau akan mengumumkan pembubaran DUN, walaupun tidak mendapat kebenaran daripada TYT.

Penulis difahamkan, pihak Shafie berusaha keras menghalang TYT Sabah berjumpa Tan Sri Musa untuk menyerahkan surat akuan daripada para ADUN yang menyokong beliau sejak semalam, apabila laluan ke Istana dijaga dengan ketat selepas Shafie meninggalkan perkarangan istana negeri pada jam 11 semalam.

Jika Shafie mengumumkan bubar DUN, tanpa kebenaran TYT, apa kah pihak SPR mengambil kira? Rupanya, Shafie mahu mengekalkan kedudukan, tanpa memikirkan implikasi undang-undang. Walaupun apapun, sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya, kerana di pihak TSMA, siap sedia bergerak ke Istana.

Saturday, July 18, 2020

CARA SHAFIE- BOHONG DULU- BARU MINTA MAAF

Datuk Shafie Apdal mempergunakan kebolehan beliau dalam berpidato, untuk menyakinkan pendengar atau rakyat berkaitan pembohongan, seolah-olah pembohongan tersebut adalah perkara betul.

Sebaik sahaja beliau menubuhkan Parti Warisan Sabah, beliau menjelajah ke pelosok Sabah menyebarkan perkara-perkara bohong, dan menabur janji-janji bulan dan bintang, kepada penonton dan rakyat.

Akibat pembohongan dan janji-janji manis, maka Warisan menang 21 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen pada PRU-14 lalu. Parti sekutu Warisan pula menyapu bersih kawasan DUN dan Parlimen majoriti kaum cina.

Kerana kolaborasi pembohongan antara Warisan-DAP-PKR-Amanah, maka parti-parti itu menang 29 kerusi DUN dan 14 kerusi parlimen.

Kini, setelah menghampiri 2 tahun, rakyat menyedari pembohongan Datuk Shafie bersama-sama pemimpin Warisan, akan tetapi, beliau masih meneruskan kerja-kerja bohong sehingga kini, misalnya beliau mendakwa ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh TSMY, sedangkan dakwaan itu bukan sahaja tidak betul tetapi tidak wujud. 

Pembohongan Shafie terserlah lagi, apabila menyampaikan geran-geran tanah pada tanah adat Sabah (NCR), yang mengaku sebagai tindak pantas kerajaan Warisan, sedangkan pengukuran tanah2 adat Sabah sudah dimulai pada tahun 2011, era kerajaan Bn.

Shafie juga berbohong berkaitan simpanan kewangan Sabah, akan tetapi kemudian mengakuinya bahawa beliau tersalah baca laporan, kerana fakta sebenar, Sabah mempunyai simpanan kewangan kukuh peninggalan kerajaan BN, iaitu RM3.4bilion pada jun 2018.

Shafie didapati berbohong lagi semasa agihan Pakej Bantuan Covid-19, kononnya pakej tersebut untuk rakyat Sabah yang terjejas teruk, tetapi sebaliknya, data yang mereka gunakan adalah data berkaitan rakyat yang tidak terjejas, manakala rakyat memerlukan terlepas pandang.

Pembohongan untuk tujuan merai sokongan dan undi, tidak akan ke mana-mana, sebab itu, sokongan kepada kerajaan Warisan, semakin hari semakin merudum, dan hanya menunggu pilihan raya untuk ditolak rakyat. Bukti rakyat Sabah menolak, adalah menerusi PRK Kimanis, DUN Bongawan yang dimenangi pada PRU-14, pengundi DUN tersebut mengundi calon BN semula.

Tuesday, October 22, 2019

KERANA SABAHAN UNTUK MALAYSIA

KERANA konsep Sabahan untuk Malaysia, maka berdiri lah Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 1994. Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia maka Lebuhraya Pan Borneo terwujud. Kerana konsep itu, maka berbagai peluang untuk Sabahan, bukan sahaja jawatan-jawatan menteri persekutuan, juga anak watan Sabah dilantik menjadi duta, CEO agensi Persekutuan, Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), pengarah, Ketua Hakim, dan banyak lagi, jika disenaraikan.

Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, Datuk Shafie Apdal menimba ilmu di Persekutuan sejak tahun 1995, sehinggakan menerajui sebuah kementerian yang cukup besar peruntukan KKLW. 

Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia yang diperopori bermula tahun 1994-2018, maka kemajuan dan pembangunan Sabah dari hari ke sehari terus bertambah, termasuk pembinaan jalan-jalan bertingkat yang didanai Kerajaan Persekutuan. 

Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, maka komitmen Kerajaan Persekutuan menurunkan kemiskinan Sabah daripada 38% tahun 1990, menurun kepada 2.9% pada tahun 2016, dan jika Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah tidak terhenti, kadar itu bakal menurun ke paras 2% tahun 2019, namun kerana konsep Sabahan untuk Malaysia bertukar kepada konsep Sabahan untuk Sabah, nampaknya kadar kemiskinan akan kembali kepada rekod sebelum ini, kerana rakyat kekurangan peluang mendapatkan pendapatan, kerana perekonomian negeri bukan sahaja lembab tetapi menjunam dengan teruk sekali. Bayangkan pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2017 adalah 8%, bagi tahun 2018, selepas kerajaan yang berkonsepkan Sabahan untuk Sabah, kadar pertimbuhan ekonomi menurun kepada 1.5%. 

Tiada yang dibanggakan dengan pertambahan sekali ganda geran tahunan Sabah daripada RM26.7juta kepada RM53.4juta, kerana jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan dana Persekutuan yang diluncurkan ke Sabah sebelum ini, yang berjumlah puluhan bilion, sehinggakan dana RM1.5bilion tidak sampai ke sasaran, kerana karenah pemimpin tertentu, yang kini membawa konsep Sabahan untuk Sabah dan Sabah kita punya. 

Sebelum ini, kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, dana untuk pembaikan sekolah-sekalah daif berjumlah RM1bilion, jalur lebar menerusi Kementerian Multimedia dan Komunikasi berjumlah RM2bilion, kerana konsep Sabahan untuk Malaysia dinyahkan, maka dana besar itu, tidak kedengaran lagi, malah projek-projek yang didanai Persekutuan yang mana sebelumnya diurus oleh kerajaan negeri diambil alih semula oleh Persekutuan. 

Berasaskan pengalaman lalu, Pengerusi PPBM Sabah tidak salah menilai, bahawa untuk pembangunan dan kemajuan Sabah daripada sekarang dan seterusnya perlu berlandaskan kepada konsep Sabahan untuk Malaysia, kerana wakil rakyat terlama itu, tahu betul sejarah pembangunan dan kemajuan Sabah, sejak merdeka lagi. 

Hajiji telah melalui, sebuah pemerintahan tahun 90-an yang berkonsepkan Sabahan untuk Sabah, yang mana impaknya, Sabah hampir muflis, malah gaji kakitangan kerajaan pun dibayar menerusi pinjaman. Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, yang mana ADUN Sulaman itu sebahagian daripadanya telah menyaksikan sendiri, bagaimana ampuhnya konsep itu, kerana berlandaskan konsep itu, maka Kerajaan Persekutuan meluncurkan dana yang cukup besar. 

Berselindung dengan konsep Sabahan untuk Sabah, hanya bermotifkan politik jangka pendek untuk mendapatkan kuasa bagi pemimpin tertentu, akan tetapi dalam jangka panjang memudaratkan rakyat Sabah secara umumnya.

Kerana para pemimpin seperti Hajiji dan para pemimpin PPBM (bersatu) Sabah sedar, bahawa hanya menerusi konsep Sabahan untuk Malaysia sahaja, rakyat Sabah bukan sahaja berpeluang di peringkat yang lebih luas, juga akan mengwujudkan persaingan yang lebih luas, kerana tidak hanya berlegar-legar dalam kolam, akan tetapi lautan!!!. Mereka yang berkonsepkan sempit seperti Sabahan untuk Sabah, hanya menjadikan rakyat Sabah lemah dan jumud!!!.

Monday, April 15, 2019

KEPUTUSAN PRK SANDAKAN BUKAN PENANDA ARAS POLITIK SABAH

AWAL-AWAL lagi Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Bung Moktar Radin telah menyatakan tidak akan meletakan calon pada PRK Sandakan, sebaliknya akan menyokong mana-mana parti pembangkang, kecuali Parti LDP.

Bagi rakyat Sabah, memang sudah tahu, apapun KEPUTUSAN PRK Sandakan bukanlah penanda ARAS politik Sabah.

Apa yang boleh dilihat pada KEPUTUSAN PRK itu, adalah kecenderungan pengundi 43% bumiputera.

Parlimen Sandakan adalah kawasan majoriti kaum cina. Melihat kecenderungan kaum itu, termasuk di PRK Rantau, pilihan mereka kekal pada Pakatan Harapan.

Seperti kata Datuk Shafie Apdal, jika hujan di sebelah sana, tidak semestinya hujan di sebelah sini, maknanya, kecenderungan pengundi cina di Semenanjung, tidak semestinya sama dengan kecenderungan pengundi di Sandakan, kerana setiap kawasan mempunyai isunya tersendiri. Demikian juga kecenderungan pengundi bumiputera, tidak semestinya homogen.

Namun, isu-isu yang dihadapi rakyat masa ini, yang disifatkan merentasi kaum, adalah berkaitan kos sara hidup, kelembaban ekonomi, termasuk menjunamnya harga komoditi seperti sawit dan getah. Selain itu, rakyat melihat, bahawa kerajaan yang ada belum memperlihatkan hala tuju khusus bagai mana membela rakyat.

Pada PRK Sandakan, akan terlihat, bagai mana pengundi kawasan itu menzahirkan manifestasi mereka terhadap kerajaan, khususnya pengundi bumiputera.

Jika melihat kepada keputusan PRU-14, di mana calon pembangkang (masa itu) menang dengan majoriti yang cukup besar, membawa erti bahawa pengundi kawasan itu bukan melihat daripada segi pembelaan sesebuah kerajaan atau parti, melainkan berasaskan sentimen, HANYA MAHU UBAH, walaupun mereka TIDAK pasti impak atau akibat kepada PERUBAHAN itu.

Nah.. menerusi PRK Sandakan, akan dapat dilihat, apa kah akan berlaku swing, dan kembali kepada asal. 

Parlimen Sandakan, walaupun selama 2 penggal terakhir dimenangi calon DAP, namun sebelum itu, kawasan itu diwakili calon Bn daripada tahun 1994-2004, 2004-2008 (bebas), 2008-2013 (Bn).

Friday, March 22, 2019

APABILA WAKIL RAKYAT DISANGKA TIDAK BERSEDIA SEBAGAI WAKIL RAKYAT

PENGALAMAN penulis melihat wakil rakyat yang tidak bersedia sebagai wakil rakyat, biasanya ditunjukkkan daripada segi perbuatan, dari tidak sombong menjadi sombong, daripada tidak ego menjadi ego, daripada tidak arrogant menjadi arrogant, akan tetapi jarang berlaku meluahkan perasaan itu dikhlayak ramai.

Tindakan ADUN Moyog yang meluahkan perasaan itu dikhlayak ramai, merupakan fenomena baru dalam dunia politik. Kenyataan wakil rakyat itu seperti caption, sebenarnya bukan menggambarkan ketidak sediaan beliau sebagai wakil rakyat, akan tetapi kesedihan beliau, berdepan dengan situasi sebenar yang melanda negeri.

Memang penyokong menagih harapan tinggi daripada wakil rakyat yang mereka sokong dan pilih, tanpa menyadari, bahawa wakil rakyat tiada lampu alladin. 

Wakil rakyat apapun statusnya, tidak mampu menolong banyak, kerana mereka tiada kapasiti untuk itu, namun wakil rakyat boleh menjadi punca mencipta berbagai kaedah untuk menolong penyokong khasnya dan rakyat amnya, menerusi dasar kerajaan yang dibentuk bersama-sama.

Sebagai misalan, sebelum tahun 1994, Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia, mempunyai kadar kemiskinan melebihi 30%, tingginya pengangguran, sehinggakan lebih 400ribu belia-belia Sabah terpaksa keluar untuk mencari pekerajaan di merata tempat, samada di Singapura mahupun Semenanjung, malah ke Australia sebagai pemetik buah apel. 

Apabila kerajaan melihat itu, maka satu HALATUJU dilancarkan. Menerusi HALATUJU itu terkandung kaedah mencipta peluang pekerjaan, kerana halatuju itu mencipta berbagai bentuk perniagaan atau aktiviti ekonomi. 

HALATUJU yang dilancarkan semasa Kerajaan Sabah diterajui Tan Sri Musa Aman, menjadikan sektor pelancongan sebagai motivator kepada penciptaan lapangan pekerajaan dan aktiviti ekonomi, disamping sektor-sektor tradisi seperti sektor pertanian, perikanan dan perminyakan serta industri pemerosesan.

Sebagai impak kepada HALATUJU itu bukan sedikit lapangan pekerjaan telah diwujudkan, malah perolehan negeri juga turut bertambah. 

Ada lah lumrah, setiap hari berlakunya pertambahan penduduk, maka berlakunya pencari kerja, pendek kata, peluang-peluang pekerajaan baharu perlu dicipta setiap masa disesuaikan dengan permintaan yang baharu. Peluang pekerjaan baharu perlu sentiasa selari dengan permintaan baharu. Namun, apabila peluang pekerjaan baharu terhenti, sementara permintaan untuk itu terus berjalan laju, maka timbullah keluhan ADUN Moyog itu yang juga Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.

Keluhan ADUN Moyog itu semoga membuka mata Kerajaan Negeri yang diterajui Datuk Shafie Apdal, bahawa Kerajaan kena membuat tindakan drastik agar kerajaan negeri dapat menzahirkan dasar-dasar yang boleh membuka peluang-peluang pekerjaan.

Di era Pemerintahan Berjaya, berbagai syarikat berkaitan kerajaan ditubuhkan semata-mata untuk membuka peluang-peluang pekerjaan, demikian juga semasa era Bn yang diterajui Musa, banyak syarikat berkaitan kerajaan ditubuhkan, semata-mata untuk membuka lapangan pekerjaan.

Boleh diisenaraikan projek-projek yang membuka peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah semasa era Musa, misalnya pengwujudan POIC-Lahad Datu, SAMUR-Sipitang, SOGT-Kimanis, Projek Pan Borneo, SICC-Teluk Likas, kompleks beli belah seperti Suria, Imago, Oceanus, Grand Merdeka, Sunlight Prawn Farming dan sebagainya.

Akan tetapi hakikat yang perlu kita terima, pencari kerja sentiasa bertambah, sebab itulah pihak kerajaan perlu beriktihar dengan berbagai dasar untuk membuka peluang-peluang pekerjaan, samada ianya berupa pengwujudan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau dasar-dasar yang membuatkan swasta melabur untuk menopang keperluan pencari kerja.

Penulis berharap menerusi keluhan ADUN Moyog itu akan membuka mata pembuat dasar bukan sahaja di peringkat negeri akan tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Walaupun ramai neitzen membidas keluhan ADUN Moyog itu, penulis percaya, mereka itu hanya menilai yang TERSURAT tanpa menyadari YANG TERSIRAT. Penulis mengucapkan Tahniah kepada YB Jenifer Lasimbang, kerana berani berkata situasi sebenar walaupun PAHIT.

Thursday, March 14, 2019

PPBM SABAH PEMBANGKANG DI SABAH?

KEMASUKAN PPBM ke Sabah berulang lagi, PBS-USNO; BERJAYA-USNO, bersepekat di peringkat Persekutuan tetapi berlawanan di peringkat negeri. Bezanya, PPBM merupakan parti Perdana Menteri dan parti nasional.

Jika PPBM Sabah akan kekal sebagai parti pembangkang di Sabah, maka seolah-olah membangkang PKR dan DAP juga, kerana kerajaan Sabah yang ditunjangi Warisan, adalah kerajaan yang disokong PKR dan DAP.

PPBM Sabah bakal jadi pembangkang, walaupun sebahagian daripada PH, kerana ketidak sediaan Parti Warisan Sabah melibatkan parti itu dalam kerajaan negeri. Lagi pun, di Sabah PPBM kemungkinan besar bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang dianggotai PBS dan STAR.

Gabungan PPBM Sabah dan GBS akan memperkuat Kerajaan Persekutuan, kerana pertambahan kerusi parlimen di Dewan Rakyat.

Jika PPBM dan GBS akan terus menjadi pembangkang di peringkat negeri, maka pada PRU-15, akan berlaku pertembungan antara Warisan-PPBM di 32 kawasan yang biasanya ditandingi Umno. 

Senario di Sabah agak unik, ada kemungkinan Umno Sabah juga akan bersama-sama PPBM Sabah serta GBS menentang Warisan, PKR, DAP dan Amanah di peringkat DUN, akan tetapi akan berkompromi di peringkat Parlimen.

Keputusan sekarang di tangan Shafie, jika beliau mahu mengwujudkan kerajaan negeri yang kuat seperti mana yang dilakukan oleh Bn pada tahun 2002 yang menerima semula PBS sebagai rakan dalam kerajaan, maka kestabilan politik Sabah akan terwujud untuk masa yang panjang. Namun jika Presiden Warisan itu mahu mengekalkan ssemak dan imbang, maka membiarkan PPBM menjadi pembangkang di peringkat negeri.

Memang daripada segi kerusi DUN, PPBM hanya mempunyai 8 kerusi berbanding PWS-30; akan tetapi pada pilihan raya, kerusi-kerusi yang dimiliki parti itu akan tergugat. Sejarah politik Sabah sangat jelas, parti yang dianggap sebagai parti teraju di Peringkat Persekutuan bakal disokong pengundi.

Pemimpin Warisan kena sedar, parti mereka menang 21 kerusi pada PRU-14, kerana ramai pengundi Sabah percaya, PH bakal menumbangkan kerajaan BN. Mereka mengundi PWS, kerana mereka menganggap parti itu sebahagian daripada PPBM yang bakal menerajui kerajaan Persekutuan. Lagipun, pada PRU-14, PPBM bertanding lebih banyak kerusi di Semenanjung berbanding PKR dan DAP. Atas pengertian itu, rakyat Sabah masa itu menganggap, PPBM bakal menerajui Kerajaan Persekutuan.

Masa ini, tiada keraguan lagi bahawa PPBM akan mengembangkan sayapnya ke Sabah, dan dilancar pada 6 April,2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu yang dilancarkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Malah 6 wakil rakyat Sabah 2 ADUN dan 4 MP telah diterima masuk, dan telah dijadualkan menerima kad keahlian mereka pada pukul 5 petang (Hari Khamis), namun acara itu terpaksa ditangguhkan pada Jumaat (jam 4 petang), atas sebab Tun Dr Mahathir perlu meninjau musibah keracunan kimia di Pasir Gudang, Johor.

Pada hari pelancaran, semua wakil rakyat bebas dan 21 mantan-mantan Ketua bahagian Umno akan menerima kad keahlian masing-masing daripada Tun Dr Mahathir.

Dengan kemasukkan PPBM ke Sabah, maka rakyat Sabah bakal mempunyai parti alternatif, memilih parti yang merupakan parti teraju di Persekutuan, atau parti tempatan, yang hanya berlegar-legar di Sabah.

PPBM membuka keahlian kepada semua etnik Sabah yang termasuk dalam kategori pribumi, makna kata, tidak timbul lagi isu seperti mana di depani Umno, kerana ada yang mempolitikkan perkataan melayu dalam parti itu. 

Saturday, March 09, 2019

PPBM PARTI ALTERNATIF BAGI RAKYAT SABAH

KEHADIRAN PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ke Sabah yang akan dilancar pada 6 April,2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ke-7 Malaysia bakal menjadi parti alternatif bagi rakyat Sabah.

Kemasukkan parti itu ke Sabah hanya menerima mereka yang tidak berparti, selain daripada ahli parti bukan Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan.

Jumlah keanggotaan sesebuah parti walaupun tidak semestinya diterjemahkan semasa pilihan raya, setidak-tidaknya menjadi petunjuk sokongan rakyat kepada parti itu.

Di atas kertas, PPBM tidak bersaing dengan PWS kerana PH berkolaborasi dengan parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal tersebut. PPBM adalah 4 parti dalam PH.

Kehadiran PPBM ke Sabah akan terasa di DUN Sabah selepas PRU-14, kerana 8 ADUN bebas- mantan wakil rakyat Umno akan menyertai parti itu.

Pada masa sekarang daripada 60 ADUN Sabah, PWS mempunyai 30 ADUN, tambahan 9 ADUN daripada mantan-mantan wakil rakyat Umno dan UPKO.

Oleh kerana PPBM berkolaborasi dengan PWS memerintah Sabah, maka kolaborasi itu mengwujudkan super majority di DUN Sabah. Super majority itu membolehkan mengubah Perlembagaan Negeri.

Perlembagaan Negeri perlu diubah disesuai dengan pindahan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang bakal dibentangkan pada Sidang Dewan Rakyat sesi Mac-April, 2019.

Pindahan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan akan mengembalikan Status Sabah dan Sarawak sesuai dengan MA63. Apabila perkara itu dipindah, Sabah dan Sarawak tidak lagi sama statusnya dengan negeri-negeri di Semenanjung, melainkan berstatus equal partner Semenanjung-Sabah-Sarawak.

Perubahan status Sabah, akan mempengaruhi hala tuju Sabah, namun perubahan itu akan terletak kepada para pemimpin negeri, pendekatan yang bakal mereka gunakan.

Pilihan rakyat Sabah, boleh mengarah kepada Sabah centric atau Nasional Centric.

Dalam keadaan dunia bersifat tanpa sempadan, pilihan lokal centric banyak sekali kelemahannya berbanding nasional centric. Dua kedaan ini lah yang bakal diharungi para pemimpin PPBM atau parti bukan lokal memberi tahu rakyat tentang manafaat yang mereka bakal perolehi.

Saturday, January 26, 2019

SEJARAH POLITIK SABAH: PARTI TEMPATAN GAGAL STABILKAN POLITIK

Sejak era Usno sampai lah ke era PBS, politik Sabah terus bergolak. Semasa era itu, Sabah mencatit perubahan kerajaan setiap 9 tahun. Kerana pergolakan itu, maka Sabah mencatit Ketua Menteri teramai dalam negara.

Pemerintahan terlama Sabah, apabila kerajaan negeri diterjaui Umno bermula tahun 1994, sehinggalah kehilangan kuasa pada tahun 2018. 

Kecuali Usno, semua parti tempatan yang pernah menerintah Sabah sebelum era Umno adalah parti berbilang kaum. Kini, era pemerintahan kembali kepada parti berbilang kaum. Kalau menurut sejarah politik Sabah, parti yang memerintah berasaskan berbilang kaum hanya bertahan 9 tahun atau dua penggal. Apa kah pada era ini, politik Sabah tidak akan mencontohi sejarah poitik Sabah?

Sejarah jujur perlu diakui, dalam era parti tempatan, bukan sahaja kestabilan politik tidak terwujud, akan tetapi kemajuan dan pembangunan Sabah sangat lembab.

Kalau ada yang mengatakan, bahawa menerusi pemerintahan parti tempatan, maka kemajuan & pembangunan Sabah akan bertambah maju, tidak betul jika melihat kepada sejarah politik Sabah.

Sejarah tidak akan berbohong. Sejarah tidak boleh dinafikan. Bagai manapun tindakan mengubah sejarah, tidak akan sukses, kerana yang mengubah sejarah itu, akan tetap menggunakan sumber yang sama.

Kemajuan & pembangunan negeri dan rakyatnya perlu mendapat sokongan pihak persekutuan daripada segi dana. Tanpa dana itu, maka kemajuan dan pembangunan sukar dilaksanakan dengan berkesan.

Kerajaan yang berasaskan parti tempatan, hanya boleh berkokok meminta itu ini daripada persekutuan, semasa era sehingga tahun 1994, namun tidak pernah terealisasi. Berbeza semasa Sabah diperintah parti kebangsaan, peruntukan untuk Sabah berlipat ganda, sehinggakan negeri mampu memperbaiki keadaan kewangan, mampu mencatit bajet tahunan yang terus meningkat.

Thursday, January 10, 2019

PPBM KE SABAH: SHAFIE PERLU BERFIKIRAN KE DEPAN

Sepatutnya Datuk Shafie Apdal teruja, apabila ada cadangan PPBM parti yang diterajui Tun Dr Mahathir mengembangkan sayapnya ke Sabah. 

Namun, dalam dua kesempatan seminggu ini, Presiden Parti Warisan Sabah itu, seolah-olah menganggap, parti yang dinaungi selain Tun Dr Mahathir, juga oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Mukriz Tun Mahathir itu, merupakan pesaing kepada parti berlambangkan perahu layar itu.

Kalau mengikut laporan media, yang memetik kenyataan beliau, di Kiulu dan Kota Belud, menggambarkan, kehadiran PPBM akan menganggu gugat kerajaan Parti warisan Sabah bersama DAP, PKR dan UPKO. Jika benar seperti mana yang dilapor, maka Shafie perlu memikirkan semula kenyataan itu, kerana ianya berimplkasi, bahawa parti yang diterajui Perdana Menteri ke-7 itu, lebih banyak membawa keburukkan berbanding kebaikkan. 

Namun pada kesempatan yang sama, beliau mengalu-alukan mantan-mantan pemimpin Umno yang kini tidak berparti “bersatu” pada parti yang sedang memerintah negeri, mungkin beliau merujuk kepada parti beliau, meskipun secara langsung tidak menyebutnya. 

Melihat kepada niat tersembunyi Shafie itu, membawa erti, agar mereka yang tidak berparti itu, perlu berketuakan beliau, bukan pihak lain. 

Kenyataan Presiden PWS itu mahu agar mereka itu berketuakan beliau, diperkuat melalui pengakuan tidak langsung, bahawa beliau berpengalaman hampir 30 tahun di Peringkat Nasional dengan berbagai kapasiti, maka biarlah beliau mengurus negeri sendiri.

Melihat pengakuan tidak langsung Shafie itu, hasrat beliau mahu mestabilkan politik Sabah akan terbantut, sedangkan matalamat utama para pemimpin yang tidak berparti itu, adalah untuk menstabilkan politik Sabah dengan menyertai PPBM.

Apa yang diperlukan sekarang, Shafie perlu memikirkan semula tindakan beliau itu, kerana tindakan itu mencerminkan beliau "mabuk kuasa" bukan bermatlamat untuk pengwujudan kestabilan politik. Selain itu, beliau tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk menyertai parti beliau, asas seseorang menyertai sesebuah parti berpaksi pada dasar sesebuah parti.

Pengalaman Sabah semasa kerajaan lalu, kestabilan politik terwujud kerana adanya kerjasama antara berbagai parti, yang mempunyai kekuatan seimbang, bukannya menerusi sebuah parti yang dominan.

Monday, January 07, 2019

POLITIK SABAH: SATU KEBANGKITAN

Jika mengimbas kembali sejarah politik Sabah, dan dihubungkan dengan politik hari ini, tiada parti yang pernah diberi mandat oleh rakyat, melainkan parti itu diketuai oleh pemimpin yang ada karisma, ada ketokohan, ada karakter sebagai pemimpin.

Hakikat perlu diterima bahawa Parti Warisan Sabah (PWS) walaupun tidak sampai 2 tahun kewujudannya, mampu bersaing dengan Umno, kerana parti itu dipimpin oleh pimpinan yang ada ketokohan. Demikian juga Pakatan Harapan, walaupun hanya dipimpin Tun Dr Mahathir setahun lebih sedikit, namun mampu menumbangkan Barisan Nasional.

Tun Dr Mahathir, mempunyai rekod pernah kalah dalam pilihan raya, mempunyai rekod kalah dalam pemilihan parti, pemilihan G7, di bahagian yang beliau pimpin lebih 22 tahun. Namun, kerana ketokohan beliau, maka bangkit semula sehingga dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Di Sabah, buat masa ini, kalau menurut penulis, masih ada pemimpin yang mempunyai ketokohan, yang boleh membawa kebangkitan, namun sayangnya pemimpin itu bertindak "low profile" selepas PRU-14.

Sayang sekali, dalam senario politik hari ini, tokoh-tokoh sedemikian masih bertindak "low profile", selain itu, ada kumpulan pemimpin tidak nampak, bahawa mereka itu, boleh membawa kebangkitan.

Kebangkitan sesebuah parti politik, perlu digerakan, menerusi tindakan, bukan sekadar, sibuk bergambar, sibuk mengeluarkan kenyataan, tetapi gerakan di akar umbi selain tindakan-tindakan yang yang berasaskan kepada aspirasi rakyat.

Kebangkitan, boleh dilihat bagai mana seseorang tokoh menggerakan massa, di peringkat akar umbi.

Penulis, tidak bermaksud menyebut nama tokoh-tokoh itu, kerana rakyat negeri ini, sudah boleh meneka siapa mereka itu. Penulis tertunggu-tunggu, akan bila kah mereka bergerak semula, bagi menyahut, aspirasi rakyat.

Penulis mengharapkan, tokoh-tokoh yang dimaksudkan, selepas "bermusafir' akan membuat keputusan, bagi mengetuai kebangkitan. Sama-sama kita tunggu.

Blog Archive