Thursday, January 10, 2019

PPBM KE SABAH: SHAFIE PERLU BERFIKIRAN KE DEPAN

Sepatutnya Datuk Shafie Apdal teruja, apabila ada cadangan PPBM parti yang diterajui Tun Dr Mahathir mengembangkan sayapnya ke Sabah. 

Namun, dalam dua kesempatan seminggu ini, Presiden Parti Warisan Sabah itu, seolah-olah menganggap, parti yang dinaungi selain Tun Dr Mahathir, juga oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Mukriz Tun Mahathir itu, merupakan pesaing kepada parti berlambangkan perahu layar itu.

Kalau mengikut laporan media, yang memetik kenyataan beliau, di Kiulu dan Kota Belud, menggambarkan, kehadiran PPBM akan menganggu gugat kerajaan Parti warisan Sabah bersama DAP, PKR dan UPKO. Jika benar seperti mana yang dilapor, maka Shafie perlu memikirkan semula kenyataan itu, kerana ianya berimplkasi, bahawa parti yang diterajui Perdana Menteri ke-7 itu, lebih banyak membawa keburukkan berbanding kebaikkan. 

Namun pada kesempatan yang sama, beliau mengalu-alukan mantan-mantan pemimpin Umno yang kini tidak berparti “bersatu” pada parti yang sedang memerintah negeri, mungkin beliau merujuk kepada parti beliau, meskipun secara langsung tidak menyebutnya. 

Melihat kepada niat tersembunyi Shafie itu, membawa erti, agar mereka yang tidak berparti itu, perlu berketuakan beliau, bukan pihak lain. 

Kenyataan Presiden PWS itu mahu agar mereka itu berketuakan beliau, diperkuat melalui pengakuan tidak langsung, bahawa beliau berpengalaman hampir 30 tahun di Peringkat Nasional dengan berbagai kapasiti, maka biarlah beliau mengurus negeri sendiri.

Melihat pengakuan tidak langsung Shafie itu, hasrat beliau mahu mestabilkan politik Sabah akan terbantut, sedangkan matalamat utama para pemimpin yang tidak berparti itu, adalah untuk menstabilkan politik Sabah dengan menyertai PPBM.

Apa yang diperlukan sekarang, Shafie perlu memikirkan semula tindakan beliau itu, kerana tindakan itu mencerminkan beliau "mabuk kuasa" bukan bermatlamat untuk pengwujudan kestabilan politik. Selain itu, beliau tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk menyertai parti beliau, asas seseorang menyertai sesebuah parti berpaksi pada dasar sesebuah parti.

Pengalaman Sabah semasa kerajaan lalu, kestabilan politik terwujud kerana adanya kerjasama antara berbagai parti, yang mempunyai kekuatan seimbang, bukannya menerusi sebuah parti yang dominan.

No comments:

Blog Archive