Saturday, July 18, 2020

CARA SHAFIE- BOHONG DULU- BARU MINTA MAAF

Datuk Shafie Apdal mempergunakan kebolehan beliau dalam berpidato, untuk menyakinkan pendengar atau rakyat berkaitan pembohongan, seolah-olah pembohongan tersebut adalah perkara betul.

Sebaik sahaja beliau menubuhkan Parti Warisan Sabah, beliau menjelajah ke pelosok Sabah menyebarkan perkara-perkara bohong, dan menabur janji-janji bulan dan bintang, kepada penonton dan rakyat.

Akibat pembohongan dan janji-janji manis, maka Warisan menang 21 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen pada PRU-14 lalu. Parti sekutu Warisan pula menyapu bersih kawasan DUN dan Parlimen majoriti kaum cina.

Kerana kolaborasi pembohongan antara Warisan-DAP-PKR-Amanah, maka parti-parti itu menang 29 kerusi DUN dan 14 kerusi parlimen.

Kini, setelah menghampiri 2 tahun, rakyat menyedari pembohongan Datuk Shafie bersama-sama pemimpin Warisan, akan tetapi, beliau masih meneruskan kerja-kerja bohong sehingga kini, misalnya beliau mendakwa ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh TSMY, sedangkan dakwaan itu bukan sahaja tidak betul tetapi tidak wujud. 

Pembohongan Shafie terserlah lagi, apabila menyampaikan geran-geran tanah pada tanah adat Sabah (NCR), yang mengaku sebagai tindak pantas kerajaan Warisan, sedangkan pengukuran tanah2 adat Sabah sudah dimulai pada tahun 2011, era kerajaan Bn.

Shafie juga berbohong berkaitan simpanan kewangan Sabah, akan tetapi kemudian mengakuinya bahawa beliau tersalah baca laporan, kerana fakta sebenar, Sabah mempunyai simpanan kewangan kukuh peninggalan kerajaan BN, iaitu RM3.4bilion pada jun 2018.

Shafie didapati berbohong lagi semasa agihan Pakej Bantuan Covid-19, kononnya pakej tersebut untuk rakyat Sabah yang terjejas teruk, tetapi sebaliknya, data yang mereka gunakan adalah data berkaitan rakyat yang tidak terjejas, manakala rakyat memerlukan terlepas pandang.

Pembohongan untuk tujuan merai sokongan dan undi, tidak akan ke mana-mana, sebab itu, sokongan kepada kerajaan Warisan, semakin hari semakin merudum, dan hanya menunggu pilihan raya untuk ditolak rakyat. Bukti rakyat Sabah menolak, adalah menerusi PRK Kimanis, DUN Bongawan yang dimenangi pada PRU-14, pengundi DUN tersebut mengundi calon BN semula.

2 comments:

Anonymous said...

ALL MY BITCHES (DOG) LOVE ME..!!

Nama cucu kesayangan Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah Osama Bakar@ Osman Jailani (oopppss itu pemain sexsapone cerita P.Raaammmlee lah..!!) iaitu Othman Bin Mirzan.

https://troopersantidapclub.blogspot.com/2017/11/syok-betul-cucu-madey-kutty-dengan.html?m=1

Anak cucu nih dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar beliau tidur bersama anjing-anjing kesayangan dengan kapsyen “All my bitches love me” dalam lama instagram yang dikongsikan secara umum.

Hebat sungguh Gaya hidup cucu Melayu Baru ni yang beragama Islam. Menyentuh anjing yang merupakan najis mughallazah kecuali dalam beberapa kondisi tertentu.

Memelihara anjing dan tidur bersama najis berat tersebut bukan kondisi yang dibenarkan dalam Islam.

Oleh itu jangan memanipulasikan agama Islam untuk menghalalkan gaya hidup Melayu Baru bersama anjing-anjing kau..!

Bapanya yang bernama Mirzan pernah dikaitkan dengan pembelian kilang arak San Miguel Corp di Filipina.

Makciknya yang bernama Marina@Gereja Mahathir sering dikaitkan dengan kebebasan seksualiti merdeka Pluralist Libral Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) dan gerakan G25 dan COMANGO

Datuknya pula Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa semua orang salah dan yang menunaikan haji sah melalui 1MDB adalah haram.

Othman Mirzan anak cucu Melayu Baru yang sering memaparkan gaya hidup mewah dalam laman sosial beliau kini memalukan rakyat Malaysia.

Hanya berstatus cucu terkaya melalui rompakan khazanah orang Melayu dan bailout beratus billion. Jangan perasan bagus wahai anakcucu Melayu Baru ini.

Cucu Saudara CEO PNB jual Plaza Damansara kepada kroni Daim pun fake degree jugak ker..!?

Langit kau orengg tak selalu cerah lahh wahai cucu cucu sekelian.!!

Anonymous said...

Mak Lampir ini ada fake degree... masih berniat nak adakan Pilihanraya Tempatan dan diri dia pun tatau mana satu yg persepsi mana satu realiti yang dia duduk skg ni...

Apa apa pun rakyat dah tahu mak lampir , tuan semburit ini punya pendirian...

so next PRU di dapati Ampang Gombak Temerloh calon yg sudah dikenal pasti untuk di simen...!!

Blog Archive