Thursday, July 16, 2020

JANGAN KERANA JAWATAN RAKYAT MENOLAK

PENULIS ingin mengingatkan wakil-wakil rakyat yang ada jawatan, jangan kerana jawatan maka rakyat menolak. 

Penulis bernasib baik kerana dapat mengamati empat keadaan yang berkaitan wakil-wakil rakyat, wakil rakyat biasa-berjawatan-hilang jawatan-berjawatan semula. 

Wakil rakyat biasa, boleh bertahan berpenggal-penggal, malah setiap pilihan raya, apabila bertanding sentiasa menang dengan majoriti selesa. Apabila diberi jawatan, apabila bertanding, majoriti menurun, malah tidak kurang yang kalah. 

Mengapa berlaku demikian? Sebabnya hanya perubahan “lifestyle” wakil rakyat tersebut, yang kurang cepat diadaptasi oleh penyokong atau pengundi yang mengundi mereka. Atau wakil rakyat tersebut terlepas pandang berkaitan pengurusan masa, dan pengurusan komunikasi dengan pengundi dan penyokong. 

Tidak boleh disangkal, bahawa wakil yang diberi jawatan, kurang 30% pengurusan masa mereka diberikan kepada penyokong dan pengundi mereka, manakala bakinya mengurus jawatan dan kehidupan seharian yang telah “berubah” kerana mempunyai “title” YBM (Yang Berhormat Menteri). 

Rekod lampau, perlu diambil iktibar oleh wakil-wakil rakyat yang berjawatan khususnya dalam Perikatan Nasional (PN). Bukan sahaja penulis melihat adanya perubahan yang ketara terhadap wakil-wakil rakyat ini, malah perubahan cara mereka, boleh membawa kekalahan kepada parti yang mereka yang wakili. 

Rakyat atau pengundi sekarang cukup celik dan peka. Mereka boleh membandingkan dengan cepat cara lama wakil rakyat dengan cara baharu, kerana dibantu oleh google menyimpan data. 

Penulis ingatkan, wakil rakyat perlu meneruskan kaedah semulajadi yang ada mereka, sehinggakan mendapat penyokong dan diundi dalam pilihan raya. Jangan ubah cara itu, kerana boleh memakan diri sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Lebai beli merc...bukan c-class, s-class.

Air kelantan 40 tahun lagi baru selesai masalah. Ni la sikap ulama yg sgt bagus

Blog Archive