Showing posts with label politik Nasional. Show all posts
Showing posts with label politik Nasional. Show all posts

Wednesday, July 29, 2020

MASIH BERTAHAN KAH KERAJAAN PN?

JIKA reaksi pemimpin UMNO dijadikan UKURAN, berkaitan sabitnya Dato Seri Najib Razak terhadap 7 tuduhan RM42juta wang SRC International, kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin bakal tumbang bila-bila masa.

UMNO adalah parti terbanyak kerusi menyokong kerajaan PN selepas Bersatu.

Pada masa sekarang, PN hanya disokong 113 berbanding PH Plus 109 ahli parlimen.

Jika UMNO menarik sokongan, kerajaan TSMY tumbang.

NAJIB BERSALAH HANYA DI MATA HAKIM DAN LAWAN-TETAPI BUKAN DI MATA RAKYAT MAJORITI

RAKYAT mengikuti dari dekat perbicaraan DS Najib Razak khususnya kes yang menyebabkan beliau disabit kesalahan di mahkamah tinggi semalam.

Selama perbicaraan kes, didedahkan di mahkamah, 99.9% daripada wang yang dimasukan secara "haram" ke akaun beliau digunakan untuk membantu meraka yang memerlukan, tidak digunakan secara peribadi.

Selepas keputusan Hakim Nazlan Ghazali- Peguam Utama Najib-TS Shafee Abdullah berkata, peluang menang di mahkamah lebih tinggi sangat baik dan cerah, kerana hakim Nazlan dalam penghakiman, tidak memberi merit sedikitpun terhadap hujah pembelaan. Menurut Shafee, dalam sidang media selepas penghakiman- walaupun hakim bertindak jujur, tetapi hakim berdepan dengan persepsi dan andaian, sehinggakan beliau "terperangkap" dalam membuat keputusan, sehinggakan beliau tidak dapat mengasingkan antara kes jenayah dan kes sivil.

Menurut Shafee, dalam kes jenayah, ini lah julung kalinya, beliau berdepan dengan keputusan hakim dalam kes jenayah, tidak mengambil kira hujah pembelaan, dalam menentukan penghakiman.

Sebenarnya keputusan di mahkamah tinggi, tidak semestinya juga keputusan di mahkamah lebih tinggi. Contoh di negara kita, kes sodomi II Dato Seri Anwar Ibrahim, di mahkamah tinggi beliau didapati tidak bersalah, manakala di mahkamah lebih tinggi- Rayuan dan Persekutuan, beliau didapati bersalah.

Memang di mata hakim, lawan politik, Najib didapati bersalah, akan tetapi bukan di mata rakyat.

Jika ada pemimpin Umno seperti KJ mengatakan bahawa keputusan bersalah terhadap Najib mempunyai impak terhadap Umno, ada lah kenyataan pra matang, emosi dan menunjukkan ketidak kesenangan terhadap DS Najib. 

PRK DUN Slim-Perak, akan dilihat, benar kah, jatuhnya hukuman terhadap DS Najib mempengaruhi rakyat.

Monday, July 20, 2020

ISU KERAJAAN PN-HANYA MAJORITI DI PARLIEMN

Sebenarnya, kerajaan PN boleh terus memerintah, walaupun hanya mempunyai sokongan tipis daripada ahli parlimen, asalkan yang menyokong kekal/tidak bertukar parti. 

Sebaiknya, sokongan ahli parlimen yang menyokong PN, mengekalkan sokongan sehingga tamat penggal. 

Dalam keadaan negara dan rakyat berhadapan dengan wabak Covid-19, dan impaknya kepada ekonomi negara dan rakyat, adalah tidak sesuai diadakan pilihan raya umum, hanya kerana ada MP yang menyeberang atau menukar sokongan sehingga, Perdana Menteri tiada pilihan melainkan memohon daripada YDP Agong membubarkan parlimen. Lagipun penggal parlimen hanya berbaki kurang 2 tahun lagi, sebelum berakhir pada pertengahan tahun 2023. 

Memang jika dilihat daripada kestabilan politik, memang tidak stabil, kerana PN hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi berbanding lawan. Di lain pihak, lawan sentiasa memberi tekanan, termasuk usul tidak percaya. 

Disedari, kerajaan PN bukan lah kerajaan yang diberi mandat pada PRU-14, melainkan kerajaan ini tertubuh kerana untuk menyelamatkan negara daripada kecelaruan politik, selepas Tun Dr Mahathir menumbangkan kerajaan PH yang beliau terajui pada 24 februari, kerana beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Hakikat perlu diterima rakyat, bahawa yang memilih calon Perdana Menteri adalah ahli-ahli parlimen. Dan seterusnya yang menubuhkan kerajaan adalah Perdana Menteri termasuk menamakan jemaah menteri. 

Selepas ahli-ahli parlimen daripada MN, GPS, dan parti kecil daripada Sabah menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada 28 Februari, maka YDP Agong dapati bahawa Presiden Bersatu itu diyakini mempunyai sokongan majoriti, maka YDP Agong berkenaan melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 negara. 

Terbukti, ahli-ahli parlimen yang menamakan TSMY dan perkenaan YDP Agong, tidak salah pilih, apabila TSMY diterima rakyat sebagai PM, kerana terbukti keupayaan beliau mengurus negara, termasuk mengurus pandemik Covid-19. 

Dalam senario politik sekarang, kerajaan PN yang diterajui TSMY hakikatnya diterima dan bersesuaian dengan aspirasi rakyat negara ini. Masalahnya yang ada hanya dalam soal majoriti sokongan di parlimen, itu sahaja isunya!!!.

Thursday, July 16, 2020

JANGAN KERANA JAWATAN RAKYAT MENOLAK

PENULIS ingin mengingatkan wakil-wakil rakyat yang ada jawatan, jangan kerana jawatan maka rakyat menolak. 

Penulis bernasib baik kerana dapat mengamati empat keadaan yang berkaitan wakil-wakil rakyat, wakil rakyat biasa-berjawatan-hilang jawatan-berjawatan semula. 

Wakil rakyat biasa, boleh bertahan berpenggal-penggal, malah setiap pilihan raya, apabila bertanding sentiasa menang dengan majoriti selesa. Apabila diberi jawatan, apabila bertanding, majoriti menurun, malah tidak kurang yang kalah. 

Mengapa berlaku demikian? Sebabnya hanya perubahan “lifestyle” wakil rakyat tersebut, yang kurang cepat diadaptasi oleh penyokong atau pengundi yang mengundi mereka. Atau wakil rakyat tersebut terlepas pandang berkaitan pengurusan masa, dan pengurusan komunikasi dengan pengundi dan penyokong. 

Tidak boleh disangkal, bahawa wakil yang diberi jawatan, kurang 30% pengurusan masa mereka diberikan kepada penyokong dan pengundi mereka, manakala bakinya mengurus jawatan dan kehidupan seharian yang telah “berubah” kerana mempunyai “title” YBM (Yang Berhormat Menteri). 

Rekod lampau, perlu diambil iktibar oleh wakil-wakil rakyat yang berjawatan khususnya dalam Perikatan Nasional (PN). Bukan sahaja penulis melihat adanya perubahan yang ketara terhadap wakil-wakil rakyat ini, malah perubahan cara mereka, boleh membawa kekalahan kepada parti yang mereka yang wakili. 

Rakyat atau pengundi sekarang cukup celik dan peka. Mereka boleh membandingkan dengan cepat cara lama wakil rakyat dengan cara baharu, kerana dibantu oleh google menyimpan data. 

Penulis ingatkan, wakil rakyat perlu meneruskan kaedah semulajadi yang ada mereka, sehinggakan mendapat penyokong dan diundi dalam pilihan raya. Jangan ubah cara itu, kerana boleh memakan diri sendiri.

Tuesday, July 14, 2020

DALAM UMNO KAMI IKUT TUNJUK AJAR TUN-BUNG MOKTAR

ALASAN Tun Dr Mahathir meletakan jawatan pada 24 Februari, walaupun mendapat sokongan daripada Umno, Pas, dan GPS kerana tidak dapat menerima bekerjasama dengan Umno. 

Menurut Tun, Umno sekarang tidak sama dengan Umno tahun 1946, kerana parti itu telah "dirampas" pemimpin tertentu. 

Menjawab dakwaan itu di parlimen semasa membahas usul penyingkiran speaker, Datuk Bung Moktar MP Kinabatangan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, berkata bahawa dalam Umno, hanya berpandukan satu "ajaran" bagaimana mengurus parti, iaitu "ajaran" Tun. Mendengar hujah Bung tersebut, Tun kelihatan terkesan dan tidak meneruskan hujah.

Tun M yang juga MP Bebas Langkawi tidak menyokong usul penyingkiran Speaker, dan undi beliau sebahagian daripada 109 yang menolak usul yang dibawa Tan Sri Muhiyiddin Yassin tersebut.

Tun berusaha kembali ke Putrajaya, semasa penggal ini, menerusi berbagai cara termasuk menggunakan proksi menerusi budak suruhan beliau Datuk Shafie Apdal. Tun bersama Shafie mempunyai 18 ahli parlimen, manakala PH yang dipimpin Anwar 91.

Semalam semasa undi belah bahagi penyingkiran speaker PH Plus kekal dengan sokongan 109. Para pemimpin gagasan baru itu, meramalkan, bahawa mereka boleh mendapat 3 MP yang menyokong PN untuk menjayakan USUL TIDAK PERCAYA, malah penasihat akbar Tun, Datuk A Kadir Jasin, menulis, kononnya ada 2MP Bersatu daripada Sabah akan menyokong beliau.

Monday, July 13, 2020

PRU-15: PN PERLU ELAK 3 PENJURU

Pengalaman BN dan Pas bertembung 3 penjuru pada PRU-14 menguntungkan PH. Kerana pengalaman itu, maka UMNO dan Pas mewujudkan Muafakat Nasional, sebelum hadirnya Bersatu.

Agihan kerusi antara Umno dan Pas, agak mudah diselesaikan, kerana melihat rekod pilihanraya, mana-mana parti yang mempunyai kebarangkalian menang akan dipilih di sesuatu kawasan.

Dengan kemasukan Bersatu, maka formula MN, perlu berubah, jika mengelak 3 penjuru.

Melihat rekod pilihanraya pada PRU-14, jika Umno/Pas atau Bersatu bertembung satu lawan satu dengan PH, maka kelebihan kepada calon parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Kebarangkalian akan berlaku, jika Umno atau Pas mengambil jalan tengah dengan meminjamkan kawasan tradisi mereka kepada Bersatu khususnya bagi 15 MP ex-Umno yang kini bersama TSMY, sudah tentu menerusi satu perjanjian, bahawa kerusi tidak boleh di bawa melompat atau penyokong mana-mana parti di luar PN, selepas PRU.

UMNO atau Pas jangan mudah menghukum kawan, kerana isu pengagihan kerusi. Dalam senario sekarang memerlukan semua pihak berlapang dada, bahawa tidak semestinya yang diinginkan boleh diperolehi. Bertolak ansur untuk satu kemenangan adalah lebih utama.

Parti-parti dalam PN, perlu sedar dan mengingatkan pihak masing-masing, jika berbalah maka DAP yang mengaut keuntungan.

JANGAN HANYUT DENGAN KENYATAAN POLITIK

Bung-dr latiff-
JIKA kawan sama kawan "bercakaran" orang ke tiga jangan masuk campur, kerana 2 kawan itu akan berbaik semula, maka orang ke-3 mendapat imej tidak baik.

Jika 2 kawan itu merupakan pemimpin, maka jika berbaik semula, maka perlu juga pengikut dan penyokong ikut sama.

Jika ada pengikut atau penyokong tidak dapat menerima hakikat, maka mereka yang mengelar diri mereka pengikut atau penyokong, sebenar merupakan pengikut dan penyokong membawa rebah.

Minggu lalu, ramai pemimpin Umno melenting, kerana kenyataan MP Mersing Dato Dr Latiff Ahmad yang mendakwa bahawa UMNO Sabah tidak laku, ekoran keluar beramai-ramainya wakil rakyat, ketua-ketua bahagian daripada parti itu selepas PRU-14. 

MP Mersing itu yang kini MP Bersatu dan menteri KKLW memohon maaf atas kenyataan tersebut.

Kerana kenyataan Latiff tersebut, pemimpin Umno termasuk Presiden membuat kenyataan- bahawa UMNO akan bertanding disemua kawasan tradisi termasuk yang dimenangi pada PRU-14 dan PRK pasca PRU-14. Jika itu menjadi kenyataan, maka isyarat menendang Bersatu, kerana semua kerusi Bersatu, termasuk beberapa kerusi daripada kumpulan Azmin adalah kawasan tradisi UMNO.

Walaupun demikian, semalam, Dr Latiff dan Datuk Bung Moktar berbaik semula...

Sunday, July 12, 2020

MP PENYOKONG TUN BERSAMA MP WARISAN BLOK BEBAS?

MP menyokong Tun Dr Mahathir (6 MP) bersama MP Warisan (9MP) mengistiharkan kedudukan mereka berada pada blok "bebas" di Dewan Rakyat. 

Menerusi kedudukan itu, mereka boleh berunding dengan MP samada daripada PH atau PN untuk mendapatkan cukup jumlah untuk merampas kerajaan daripada Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Kumpulan bebas ini, hanya mensasarkan para MP ke dua belah pihak, untuk menubuhkan gagasan baru.

Berasaskan senario terbaharu, khususnya ketegasan UMNO akan bertanding di kawasan tradisi parti itu termasuk yang dimenangi pada PRU-14, dan PRK pasca PRU-14, sudah tentu termasuk Parlimen Tanjong Piai, yang dimenangi BN menerusi MCA, bukan sahaja menjadi duri dalam daging hubungan antara Umno dan PPBM (bersatu), juga merupakan kenyataan terbuka, bahawa Umno tidak memerlukan parti pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin tersebut.

Ramai sudah nampak, bahawa keputusan Umno menyokong TSMY akan dinoktahkan sehingga parlimen bubar.

Nampaknya Umno sangat yakin menerusi kerjasama dengan parti Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dan kerjasama MN dan BN berbanding kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Perlu diingat, GPS Sarawak adalah penyokong PN bukannya BN atau MN, demikian juga parti-parti di Sabah seperti PBS dan STAR adalah penyokong PN.

Mungkin MN merasakan daripada 165 kawasan di Semenanjung, mereka boleh menang sekurang-kurangnya 112, ertinya mereka boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah, tanpa penyertaan daripada Sabah dan Sarawak.

Kerana anggapan MN sedemikian, maka kumpulan bebas yang diketahui Tun Dr Mahathir, mempergunakan senario tersebut untuk menubuhkan gabungan baharu, yang dikatakan lebih bersifat menyeluruh atau inklusif yang melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Nampaknya politik Malaysia semakin seronok untuk diikuti, dan sudah tentunya semua pihak berusaha mencari formula untuk mengwujudkan parti yang mendapat sokongan majoriti agar kestabilan politik kembali semula.

Rakyat dan negara, sangat tidak bernasib baik, jika kestabilan politik tidak terwujud, kerana boleh menyebabkan pelabur luar negara tidak datang melabur.

UMNO BERTANDING KAWASAN TRADISI-ISYARAT TENDANG PPBM

JELAS 15 MP Umno yang menyertai Bersatu dan 7 yang dimenangi pada PRU-14 selain beberapa kawasan ex-PKR adalah kawasan-kawasan tradisi Umno. 

Jika Umno tidak berganjak dengan keputusan tersebut, maka ianya isyarat menendang Bersatu, kerana Umno bukan sahaja bertanding di Mersing (punca krisis antara Umno dan Bersatu) juga di parlimen Pagoh, kawasan tradisi Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang juga kawasan tradisi Umno. 

Keputusan Umno akan bertanding kawasan tradisi, paling berimpak  di Sabah. Para MP dan ADUN Bersatu Sabah yang ada (kecuali Ranau), seluruhnya menang atas tikit UMNO dan bertanding di kawasan tradisi parti. 

Kalau lah berlaku, tiada kompromi, apa kah MP atau ADUN Bersatu yang ada (ex-Umno) akan terus bersara dalam politik? Hanya kerana mempertahankan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menyertai pilihanraya? Atau kah di kawasan tersebut dibenarkan berlaku pertembungan antara calon Umno dan Bersatu? Seperti mana antara parti Berjaya dan Parti USNO suatu masa lalu walaupun sama-sama anggota Barisan Nasional. 

Tidak dapat dipungkiri, siapapun pemimpin Umno, tentu menyokong keputusan bahawa parti bertanding di kawasan tradisi, khususnya yang dimenangi pada PRU-14 dan PRK pasca PRU-14. 

Jika tindakan ini berterusan, maka benar lah sokongan terhadap Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dinoktahkan sehingga parlimen bubar. Selepas itu, masing-masing mencari haluan. Jika itu yang berlaku, maka akan terbukti kenyataan Tun Dr Mahathir, bahawa Bersatu akan kalah teruk pada PRU-15, kerana dikeroyok di semua arah, oleh PH dan BN. 

Jika senario ini yang berlaku, maka pihak yang menang di kawasan yang diperebutkan sangat bergantung kepada personaliti calon, termasuk juga di Sabah. 

Di Sabah, selain parti, calon juga mempunyai impak besar terhadap sokongan pengundi, walaupun lazimnya pengundi akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan. 

Di negara ini, ada dua parti yang boleh membentuk kerajaan samada PH atau MN di Semenanjung dan Persekutuan. Manakala di Sabah samada Warisan Plus atau BN Plus.

Di Sabah menerusi perkembangan terbaharu ini, Warisan merasa sedikit lega, kerana kebarangkalian menang menerusi pertembungan tiga penjuru terbuka luas, dan juga kerana senario ini, besar kemungkinan Sabah akan ikut pilihanraya, jika diadakan PRU-15 mengejut.

Saturday, July 11, 2020

KEKUSUTAN ANTARA UMNO DAN PPBM- PERLU TOKOH VETERAN SEPERTI SALLEH

Datuk Salleh Said adalah seorang tokoh politik yang dihormati baik lawan mahupun kawan.

Dalam kekusutan antara Umno dan Bersatu berkaitan agihan kerusi, peranan Salleh sangat diperlukan.

Kelihatannya, para pemimpin Umno yang ada, masih kekal dengan sikap tiada tolak ansur, apabila menyatakan akan bertanding semua kawasan tradisi khususnya yang dimenangi pada PRU-14 dan PRK pasca PRU-14.

Ketegasan dalam politik memang diperlukan, tetapi perlu melihat situasi dan kondisi. Jangan kerana tegas, akan berlaku menang sorak akan tetapi kampong tergadai.

Dalam senario politik hari ini, para pemimpin parti kena akur dengan aspirasi rakyat. 

Terbukti selepas PH tumbang, majoriti rakyat menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dan kebetulan beliau adalah daripada parti Bersatu.

Memang betul, 5 PRK dimenangi calon BN yang disokong MN, sebelum PH tumbang, dan kemudian satu PRK dimenangi calon BN yang disokong MN dan PN.

Mungkin kerana keasyikan, maka ada beberapa pemimpin UMNO kembali kepada cara lama, sedangkan senario politik sudah berubah.

Dalam situasi politik telah berubah ini, penulis nampak, peranan pemimpin seperti Salleh sangat diperlukan.

Friday, July 10, 2020

PRU-15: PENGUNDI MELAYU PENENTU PARTI YANG DIBERI MANDAT

PADA PRU-14, swing pengundi melayu pada PH, kerana kehadiran PPBM maka menyebabkan BN kehilangan kuasa.

Di negara ini, kalau diamati, sejak 5 PRU lalu, pengundi kaum melayu adalah cerminan kepada pencapaian sesebuah parti, kerana hanya pengundi melayu sahaja trend menyokong yang berubah-ubah, tidak seperti pengundi kaum lain yang konsisten menyokong parti seperti DAP.

Pada PRU-15 pengundi melayu diatas kertas akan kompak dalam muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) kerana UMNO, PAS dan PPBM sepasukan. 

Hubungan antara Umno-PAS-PPBM hanya berlegar-legar kepada pengagihan kerusi. Jika isu utama itu dapat diselesaikan, kecuali kuasa Tuhan Yang MahaEsa sahaja yang menghalang kemenangan calon-calon daripada 3 parti tersebut.

Masalah antara UMNO-PAS, daripada segi pengagihan kerusi, agak mudah diselesaikan, kerana adanya benckmark, pada setiap kawasan, kerana 2 parti itu bertembung pada PRU-14. Kerana pertembungan tersebut, maka terlahir pada semua kawasan, parti mana yang mempunyai kebarangkalian untuk menang.

Berbeza dengan PPBM, kerana parti itu bersama dengan PH semasa PRU-14, namun dapat juga dilihat pencapaian calon-calon antara 3 parti itu di kawasan-kawasan yang ditandangi PPBM.

Jelas, pada PRU-14, PPBM hanya menang 13 kerusi daripada 52 kerusi parlimen yang ditandingi. Makna kata, kawasan tersebut selamat untuk PPBM, demikian juga 11 kawasan parlimen yang diwakili Dato Azmin Ali, maka selamat bagi kumpulan beliau untuk dipilih sebagai calon.

Apa yang menjadi persoalan adalah kedudukan MP Umno yang berpindah, seperti MP Mersing-Dato Dr Latiff Ahmad, yang menang atas tikit Umno/Bn tetapi menyertai PPBM selepas PRU-14. Mungkin, jika tidak timbul kenyataan beliau yang menghina UMNO, ada lagi budibicara, tetapi kerana kenyataan yang menyinggung seluruh ahli Umno, maka UMNO akan bertanding di Mersing.

Sementara kawasan-kawasan mantan MP dan DUN Umno yang berpindah ke PPBM, yang berkerjasama sepasukan dengan Umno tanpa membuat sebarang kenyataan negatif, berkemungkinan dilaksanakan kaedah menang-menang.

Dalam senario sekarang, UMNO-PAS-PPBM, kena ikut aspirasi rakyat, bukannya sebaliknya. Aspirasi rakyat adalah menyokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Memang diakui fenomena BOSSKU@ Najib Razak adalah komplimen kepada BN/MN/PN dan apabila digabung dengan TSMY, maka menyebabkan swing tinggi pengundi melayu kepada PN.

Penulis yakin, secara rasionalnya, pemimpin-pemimpin 3 parti tersebut bukan sahaja berkompromi akan tetapi bertolak ansur demi mencapai sebuah kemenangan, termasuk juga di Sabah.

Wednesday, July 08, 2020

PERUNTUKAN PERSEKUTUAN UNTUK SABAH

BERMULA pada 1 Mac, Kerajaan Sabah tidak lagi memberi peruntukan ADUN kepada ADUN Bersatu, sebaliknya mereka menjadi penyelaras kepada peruntukan parlimen daripada persekutuan.

Peruntukan parlimen 25 parlimen Sabah akan diselaraskan oleh wakil-wakil rakyat parti-parti PN Sabah termasuk kawasan yang diwakili Warisan-UPKO-PH.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan 1 Persekutuan, Datuk Abdul Rahim Bakri, memberi taklimat kepada Ketua Bersatu Sabah-Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman.

Rahim yang juga MP Kudat dan Ketua Bahagian Bersatu Kudat, hadir mesyuarat Bersatu yang diadakan di Pejabat Bersatu, Kingfisher, Kota Kinabalu.

Peruntukan Persekutuan akan terus disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPNS).

Penyelerasan peruntukan persekutuan memerlukan sedikit masa untuk sampai kepada kelompok sasar, memandangkan Kerajaan Persekutuan baru sahaja bertukar, kemudiannya terhalang dengan wabak Covid-19.

Minggu lalu, Pengarah JPPNS telahpun dilantik untuk mempermudah pengurusan peruntukan Persekutuan ke Sabah.

Sunday, July 05, 2020

KEMENANGAN CALON BN KERANA FAKTOR MN

HAKIKAT perlu diterima, kemenangan calon BN 6 kali berturut-turut kerana faktor Muafakat Nasional(MN). 

Bermula di Cameron Highlands yang berlanjutan ke Kimanis (kemenangan hat trick) sejak wujudnya kerjasama dalam MN. Kerjasama itu, diperluas lagi menerusi Perikatan Nasional (PN) di PRK Dun Chini. 

Mengapa rakyat menyokong MN? Atas sebab rakyat, nampak, ketamakan para pemimpin dalam muafakat itu, dilumatkan, dibuang jauh-jauh, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. 

Ketamakan, sudah berlabuh pada PRU-14 lalu, walaupun di kalangan Umno sendiri, masih ada unsur itu, seperti mana kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu. 

Di peringkat pimpinan Umno, nampaknya faktor ketamakan, dibuang ke tepi, dibuang jauh-jauh, apabila membuat keputusan bersama PAS bersetuju menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin untuk kekal sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15. 

Ada pihak mempolitikkan, bahawa dengan menamakan TSMY sebagai calon PM, kononnya Umno khasnya ketandusan pemimpin yang boleh dicalonkan sebagai Perdana Menteri. 

Dalam MN, ketandusan pemimpin tidak berbangkit, kerana keutamaan adalah rakyat. Rakyat telah menerima TSMY sebagai Perdana Menteri. Kerana itu lah keputusan rakyat, maka semua pihak perlu akur. Para pemimpin dalam MN, mengikut arus atau kehendak rakyat. Kerana rakyat lah yang menentukan, parti mana diberi mandat semasa pilihanraya. 

MN atau PN, bukan PH atau PH Plus, yang bergaduh, siapa Perdana Menteri. Rakyat muak dan bosan dengan perebutan jawatan. Atas sebab itu, MN atau PN, jangan sama sekali terjebak dengan kaedah tersebut. 

Penulis menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas- Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa MN tidak tamak merebut jawatan, walaupun tidak ketandusan calon yang berkelayakan. 

Para pemimpin UMNO khasnya, perlu menggunapakai, tidak tamak dalam merebut jawatan, kerana itu lah aspirasi rakyat.

Friday, July 03, 2020

SALLEH SERTAI UMNO-RAMAI PEMIMPIN SAMBUT BAIK

SEMENTARA ramai pemimpin menyambut baik penyertaan Datuk Salleh Said dalam UMNO, AJK Bahagian Kota Belud, yang diketuai Fadli Juanas membangkang, malah mendakwa kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Bung Moktar Radin sebagai pendapat peribadi.

Salleh adalah mantan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, yang menyertai sebahagian besar dan wakil rakyat Umno keluar berjemaah pada 12-12-2018.

Walaupun Salleh pernah memohon sebagai ahli PKR, namun permohoan beliau tidak sempat diproses, kerana beliau sendiri menangguhkan permohonan dan seterusnya membatalkannya.

Pada Mei, 2020, Salleh mengemukakan borang permohoan keahlian ke dalam parti UMNO menerusi Datuk Bung Moktar Radin.

Di peringkat akar umbi, menyambut penyertaan mantan Menteri Komunikasi dan Muttimedia itu ke dalam parti, kerana dapat memperkuat parti, untuk terus diterima dalam politik tanah air.

Thursday, July 02, 2020

PERTIMBANGKAN PRU-15 MENGEJUT

KERAJAAN Sabah pada Tahun 2016, ada ura-ura mengadakan PRN lebih awal, selepas PRN Sarawak. Walaupun, masa itu, pembuburan DUN Sabah hampir pasti, akan tetapi, tidak menjadi kenyataan, kerana pemimpin Pusat tidak bersetuju.

Jika PRN Sabah diadakan pada tahun 2016, Kerajaan Sabah sekarang masih kekal di bawah kerajaan BN, seperti mana Sarawak, walaupun semua parti BN di negeri itu membentuk gabungan baharu- Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), ekoran kekalahan BN pada PRU-14.

Pengalaman Sabah jangan berulang. 

Untuk mengelak, pengalaman Sabah itu jangan berulang, maka disarankan agar diadakan PRU-15 mengejut.

AMBIL peluang pada populariti Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan bercelarunya pembangkang. 

PRU-15 lagi cepat lagi baik, untuk mengwujudkan kerajaan yang stabil. 

Kerana kesuntukan masa, kemungkinan Logo Perikatan Nasional tidak dapat digunakan, sebaliknya, semua parti perlu bersetuju dengan logo yang dikenali rakyat. 

Logo –logo parti yang dikenali rakyat yang merupakan pendokong Kerajaan Tan Sri Muhiyiddin adalah BN dan PAS di Semenanjung, manakala di Sabah selain BN, juga logo parti masing-masing. Manakala di Sarawak, walaupun GPS telah wujud, tetapi logo BN merupakan logo yang sekian lama digunakan di negeri tersebut setiap pilihanraya. 

Semua parti yang mendokong PN, boleh memertimbangkan LOGO BN, hanya menerusi manifesto, dijelaskan, bahawa BN mewakili PN. 

Bermula daripada sekarang, semua parti-parti penyokong PN, perlu bersetuju jumlah kerusi dan kawasan-kawasan yang ditandingi. Tindakan menang-menang perlu dijadikan pendekatan. 

Anggap semua parti adalah abang adik-adik abang. Pastikan keseimbangan, supaya dapat menang sebanyak mungkin kerusi. 

Pendekatan dalam PN cukup sempurna, kerana parti yang jumlah kerusi sedikit boleh menduduki kerusi Perdana Menteri. Teruskan cara ini, jangan lagi bernostalgia masa lalu. Masa lalu itu telah dinoktahkan pada PRU-14.

PM-TSMY KEKAL PILIHAN RAKYAT


KAJIAN panggilan telepon secara acak pengundi berdaftar Sabah antara 25-30 jun, 2020 mendapati daripada semua peringkat umur, memilih Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar menduduki tempat ke-2 dan Shafie ke-3 daripada semua peringkat umur.

Pemilihan peringkat umur antara 21-65, atas sebab mewakili sebahagian besar pengundi berdaftar.

Jika diadakan PRU-15, dan 2185 responden mewakili segmen pengundi negara ini, maka parti yang berpihak kepada TSMY akan menang pilihanraya.


Jikapun Anwar dan Shafie bergabung, pilihan pengundi kekal pada TSMY di semua peringkat umur.

Paling ketara peringkat umur yang memilih TSMY adalah 36-45. Mungkin penyebabnya ekoran kejayaan kerajaan PN mengawal wabak COVID-19, selain pakej stimuli ekonomi negara.

Kumpulan yang sangat terkesan akibat PKP, termasuk kehilangan kerja, pemotongan gaji serta cuti tanpa gaji (21-35) kekal yakin kepada kepimpinan TSMY.

Kumpulan pengundi yang mempunyai kedudukan mapan (46-65) tidak terkecuali, kekal memilih TSMY sebagai Perdana Menteri.

Melihat kepada data mentah ini, adalah penyebab mengapa PH Plus enggan jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat sebaliknya mereka memperjudikan nasib mereka ke Putrajaya kepada 222 ahli parlimen.

Nota: Data adalah daripada sumber mentah kajian seorang calon sarjana sains politik yang sedang mempersiapkan tesis. Ulasan dalam blog ini tidak mencerminkan pandangan atau rumusan mahasiswa tersebut.

Tuesday, June 30, 2020

PRK CHINI- JIKA CALON BN MENANG BESAR-PETANDA KERJAAN PN KEKAL

Pada PRU-14 calon Bn untuk DUN Chini mendapat undi 10,027 dengan majoriti 4,622 atau 46.1%. 

Oleh kerana masih PKPP, kemungkinan jumlah pengundi yang keluar menurun. Tetapi apa yang mahu dilihat, adalah jumlah majoriti kemenangan calon Bn daripada segi peratus.

Jika peratusan majoriti lebih baik daripada 46.1%, bermakna, MN dan PN diterima rakyat dan menolak PH (walaupun PH tidak bertanding, tetapi Tun dan PH menyokong salah seorang calon bebas secara terang).

Sejak tertubuhnya kerajaan PN pada 1 Mac, 2020, Tun dan PH tidak henti-henti bergerak menumbangkan kerajaan.

Pada persidangan Parlimen akan datang, Tun sendiri akan mengemukakan usul tidak percaya kepada TSMY, dengan alternatif menggantikan Pengerusi/Presiden Bersatu (PPBM) tersebut dengan Presiden Warisan (Datuk Shafie Apdal).

Tun lupa, bahawa selagi TSMY tidak letak jawatan, jikapun keputusan di Dewan Rakyat menolak beliau, tidak memastikan PH Plus akan menubuhkan kerajaan, kerana TSMY boleh sahaja menasihat YDP Agong membubarkan Parlimen, bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Jika PRK Dun Chini, dimenangi calon Bn dengan peratusan majoriti yang lebih baik, itu lah petanda, USUL TIDAK PERCAYA kepada TSMY akan gagal.

Monday, June 29, 2020

PENULIS HANTU MEMFITNAH SPRM

BLOG PRO PETER ANTHONY  (www.hubnetizen.com) bukan sahaja memfitnah SPRM tetapi juga mengaitkan Kementerian Dalam Negeri terutama pihak PDRM.

Kes jenayah rasuah dan penipuan Datuk Peter Anthony, ada lah kes semasa Naib Presiden Parti Warisan itu masih sebagai kontraktor, bukannya kes selepas menyertai politik.

Kes tersebut tidak dapat diselesaikan kerana Peguam yang terlibat penipuan tersebut telah menyembunyikan diri sebaik sahaja kes itu disiasat SPRM. 

Pada 29 April, 2020, semasa PKP Covid-19, peguam yang melarikan diri itu, tiba-tiba muncul, maka SPRM terus bertindak, menyelesaikan kes tersebut dengan mendakwa Peter dan peguam tersebut ke mahkamah.

Dakwaan penulis hantu tersebut, keterkaitan Tan Sri Musa Aman, ada lah dakwaan bodoh, kerana tiada cara Musa mempengaruhi SPRM atau PDRM, kerana tiada sedikitpun kelojikan mengenai dakwaan tersebut.

Dakwaan mengenai tekanan kepada kerajaan Warisan, adalah dakwaan karut, kerana jikapun kerajaan Warisan tumbang, bukan kerana tekanan, akan tetapi tindakan para ADUN yang menyokong perikatan Nasional, mengikut langkah kerajaan Johor, Melaka, Perak dan Kedah.

LOJIKNYA JIKA TUN BOLEH MENGUMPUL SOKONGAN PADA SHAFIE, MENGAPA TIDAK PADA ANWAR?

MENURUT Tun, beliau boleh mengumpulkan sokongan MP yang mencukupi jika Datuk Shafie Apdal dicalonkan sebagai PM-9, tetapi tidak boleh berbuat sama jika pada Dato Seri Anwar Ibrahim. Kerana alasan tersebut, maka Anwar cukup dengan kedudukan TPM1 bersama Dato Muhkriz Mahathir (TPM2). 

Bagi perkiraan Tun, menerusi kombinasi Shafie-Anwar-Mukhriz, maka boleh mendapat sokongan yang diperlukan bagi menumbangkan kerajaan campuran Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Di atas kertas, semua MP PH Plus tidak mempunyai jumlah yang cukup, kecuali mendapat sokongan GPS Sarawak.

GPS Sarawak sudah daripada awal-awal lagi menolak cadangan Tun tersebut, walaupun menamakan seorang pemimpin Borneo sebagai calon PM, kerana tindakan tersebut hanya perangkap menghalalkan cara PM4/7/7i tersebut.

GPS daripada mula lagi semasa menyokong TSMY, akan mempertahankan sokongan tersebut sehingga habis penggal atau sehingga PRU-15. Lagipun, telah terbukti, sokongan terhadap TSMY sehingga tertubuhnya kerajaan campuran (PN), penerimaan rakyat cukup tinggi, lebih-lebih lagi kejayaan kerajaan mengawal dan mengurus COVID-19, Stimulus ekonomi yang berorentasi rakyat jelata.

Penulis yakin, para MP yang menyokong kerajaan TSMY, tidak akan sanggup menukar pendirian, seperti tikus membaiki labu, kerana telah menyaksikan bagai mana kerajaan PH selama 22 bulan, pengurusan kewangan, ekonomi yang sangat bercelaru, lintang pukang, sehinggakan rakyat benci. Kebencian rakyat itu telah terbukti menerusi 5 PRK terakhir, di mana calon-calon PH kalah teruk.

Penulis berpandangan, tiada MP yang waras bakal menyokong cadangan terbaharu Tun tersebut, termasuk juga para MP PKR.

Sunday, June 28, 2020

SHAFIE CALON PM-9 TINDAKAN KELAKAR ABAD INI

Presiden PRS Tan Sri James Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, dan parti beliau sebahagian daripada GPS yang menyokong kerajaan campuran (PN) pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, jika benar Tun Dr Mahathir dalam keadaan sadar, selepas menamakan Datuk Shafie Apdal sebagai calon PM-9, maka ianya merupakan satu tindakan kelakar abad ini.

Rekod buruk yang terpalit dengan Shafie, semasa menteri KKLW, selama 24 bulan Ketua Menteri, khususnya semasa PKP Covid-19, adalah satu malapetaka kepada negara dan rakyat jika cadangan itu benar-benar menjadi kenyataan.

Pada hakikatnya, tujuan Tun Dr Mahathir menamakan Shafie adalah serampang tiga mata, jika beliau tidak jadi PM, maka Anwar juga tidak, dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga tumbang.

Tun sangat alergi terhadap semua Perdana Menteri di negara ini, tiada PM yang terlepas daripada tindakan beliau sejak merdeka, termasuk lah menumbangkan PM yang beliau sendiri PM.

Jika akan terdapat para MP yang tiba-tiba gila, hilang kewarasan, kemudiannya menyokong Shafie pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada 13 Julai, maka ianya merupakan isyarat kemusnahan kepada negara.

Sebenarnya tujuan Tun adalah memerangkap MP Sarawak, kerana setakat ini PH Plus gagal sama sekali mendapat sokongan GPS Sarawak.

Dalam kedudukan sekarang, GPS adalah "super king maker" dalam politik negara.

Blog Archive