Sunday, July 05, 2020

KEMENANGAN CALON BN KERANA FAKTOR MN

HAKIKAT perlu diterima, kemenangan calon BN 6 kali berturut-turut kerana faktor Muafakat Nasional(MN). 

Bermula di Cameron Highlands yang berlanjutan ke Kimanis (kemenangan hat trick) sejak wujudnya kerjasama dalam MN. Kerjasama itu, diperluas lagi menerusi Perikatan Nasional (PN) di PRK Dun Chini. 

Mengapa rakyat menyokong MN? Atas sebab rakyat, nampak, ketamakan para pemimpin dalam muafakat itu, dilumatkan, dibuang jauh-jauh, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. 

Ketamakan, sudah berlabuh pada PRU-14 lalu, walaupun di kalangan Umno sendiri, masih ada unsur itu, seperti mana kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu. 

Di peringkat pimpinan Umno, nampaknya faktor ketamakan, dibuang ke tepi, dibuang jauh-jauh, apabila membuat keputusan bersama PAS bersetuju menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin untuk kekal sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15. 

Ada pihak mempolitikkan, bahawa dengan menamakan TSMY sebagai calon PM, kononnya Umno khasnya ketandusan pemimpin yang boleh dicalonkan sebagai Perdana Menteri. 

Dalam MN, ketandusan pemimpin tidak berbangkit, kerana keutamaan adalah rakyat. Rakyat telah menerima TSMY sebagai Perdana Menteri. Kerana itu lah keputusan rakyat, maka semua pihak perlu akur. Para pemimpin dalam MN, mengikut arus atau kehendak rakyat. Kerana rakyat lah yang menentukan, parti mana diberi mandat semasa pilihanraya. 

MN atau PN, bukan PH atau PH Plus, yang bergaduh, siapa Perdana Menteri. Rakyat muak dan bosan dengan perebutan jawatan. Atas sebab itu, MN atau PN, jangan sama sekali terjebak dengan kaedah tersebut. 

Penulis menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas- Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa MN tidak tamak merebut jawatan, walaupun tidak ketandusan calon yang berkelayakan. 

Para pemimpin UMNO khasnya, perlu menggunapakai, tidak tamak dalam merebut jawatan, kerana itu lah aspirasi rakyat.

No comments:

Blog Archive