Wednesday, July 08, 2020

PERUNTUKAN PERSEKUTUAN UNTUK SABAH

BERMULA pada 1 Mac, Kerajaan Sabah tidak lagi memberi peruntukan ADUN kepada ADUN Bersatu, sebaliknya mereka menjadi penyelaras kepada peruntukan parlimen daripada persekutuan.

Peruntukan parlimen 25 parlimen Sabah akan diselaraskan oleh wakil-wakil rakyat parti-parti PN Sabah termasuk kawasan yang diwakili Warisan-UPKO-PH.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan 1 Persekutuan, Datuk Abdul Rahim Bakri, memberi taklimat kepada Ketua Bersatu Sabah-Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman.

Rahim yang juga MP Kudat dan Ketua Bahagian Bersatu Kudat, hadir mesyuarat Bersatu yang diadakan di Pejabat Bersatu, Kingfisher, Kota Kinabalu.

Peruntukan Persekutuan akan terus disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPNS).

Penyelerasan peruntukan persekutuan memerlukan sedikit masa untuk sampai kepada kelompok sasar, memandangkan Kerajaan Persekutuan baru sahaja bertukar, kemudiannya terhalang dengan wabak Covid-19.

Minggu lalu, Pengarah JPPNS telahpun dilantik untuk mempermudah pengurusan peruntukan Persekutuan ke Sabah.

No comments:

Blog Archive