Monday, July 06, 2020

PEMBANGUNAN & KEMAJUAN LUAR BANDAR- KEUTAMAAN WAKIL RAKYAT BERSATU SABAH

WALAUPUN wakil rakyat Bersatu Sabah pembangkang kepada Kerajaan Negeri, akan tetapi pembangunan & kemajuan negeri khususnya di kawasan luar bandar, mendapat tumpuhan dan perhatian mereka.

Datuk Hajiji bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat Bersatu (Datuk Nizam dan Datuk Ariffin) telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri KKLW Persekutuan Dato Dr Latiff Ahmad di Kota Kinabalu pada Isnin (6 Julai,2020).

Kementerian KKLW, adalah sebuah kementerian yang mendapat perhatian media massa dan rakyat, khususnya semasa disandangkan Datuk Shafie Apdal antara tahun 2009-2016, kerana kehilangan dana RM1.5bilion untuk kemudahan asas luar bandar Sabah, kerana projek-projek diberikan kepada syarikat-syarikat kroni beliau, yang mana projek-projek itu, bukan sahaja menjadi gajah putih, tidak berfungsi, malah tidak mengikut keutamaan.

Sabah memerlukan peruntukan daripada Persekutuan khususnya menerusi KKLW untuk pembinaan kemudahan asas seperti Jalanraya luar bandar (JRLB), Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BABLB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Tahniah kepada para wakil rakyat Bersatu, kerana memikirkan rakyat, berbanding kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Datuk Shafie Apdal, yang asyik-asyik mengumumkan projek-projek mega berbilion ringgit, sejak tahun 2018, namun sehingga kini, tiada satupun yang menjadi kenyataan. Kerana "gangguan emosi" Shafie terhadap projek-projek berbilion, sehinggakan beliau mendapat gelaran BAPA PENGUMUMAN SABAH.

1 comment:

Anonymous said...

Khianat untuk kuasa dan kaya

Blog Archive