RAKYAT mengikuti dari dekat perbicaraan DS Najib Razak khususnya kes yang menyebabkan beliau disabit kesalahan di mahkamah tinggi semalam.
Selama perbicaraan kes, didedahkan di mahkamah, 99.9% daripada wang yang dimasukan secara "haram" ke akaun beliau digunakan untuk membantu meraka yang memerlukan, tidak digunakan secara peribadi.
Selepas keputusan Hakim Nazlan Ghazali- Peguam Utama Najib-TS Shafee Abdullah berkata, peluang menang di mahkamah lebih tinggi sangat baik dan cerah, kerana hakim Nazlan dalam penghakiman, tidak memberi merit sedikitpun terhadap hujah pembelaan. Menurut Shafee, dalam sidang media selepas penghakiman- walaupun hakim bertindak jujur, tetapi hakim berdepan dengan persepsi dan andaian, sehinggakan beliau "terperangkap" dalam membuat keputusan, sehinggakan beliau tidak dapat mengasingkan antara kes jenayah dan kes sivil.
Menurut Shafee, dalam kes jenayah, ini lah julung kalinya, beliau berdepan dengan keputusan hakim dalam kes jenayah, tidak mengambil kira hujah pembelaan, dalam menentukan penghakiman.
Sebenarnya keputusan di mahkamah tinggi, tidak semestinya juga keputusan di mahkamah lebih tinggi. Contoh di negara kita, kes sodomi II Dato Seri Anwar Ibrahim, di mahkamah tinggi beliau didapati tidak bersalah, manakala di mahkamah lebih tinggi- Rayuan dan Persekutuan, beliau didapati bersalah.
Memang di mata hakim, lawan politik, Najib didapati bersalah, akan tetapi bukan di mata rakyat.
Jika ada pemimpin Umno seperti KJ mengatakan bahawa keputusan bersalah terhadap Najib mempunyai impak terhadap Umno, ada lah kenyataan pra matang, emosi dan menunjukkan ketidak kesenangan terhadap DS Najib.
PRK DUN Slim-Perak, akan dilihat, benar kah, jatuhnya hukuman terhadap DS Najib mempengaruhi rakyat.
4 comments:
Dalam kejuruteraan, PROBABILISTIC2, andaian2 ni lansung TIDAK BOLEH DITERIMA PAKAI! Kalau tidak akan runtuhlah bangunan pencakar2 lagit, menjunamnya kapal terbang atau meletopnya platform2 minyak!
Tak tahu pula ianya boleh diterima pakai didalam mahkamah?
Ketiadaan watak2 utama seperti Nik faizal Dan jho low mencacatkan bukti pendakwaan, tanpa testimony dan soal jawab mereka, benefits of the doubt shd be given to the accused...
Mata buta rakyat
Benda salah tetap sajalah mengaku ianya salah. Benda fakta ikut perundangan yang tersurat.
Samada DSN teraniaya atau dia menganiaya diri sendiri (kerana alpa, mudah dikelentong atau sebagainya) itu adalah kelemahan dirinya jua.
Kuasa menyebabkan dia buta untuk melihat mara bahaya kerana menyangka dia tetap berkuasa sampai bila².
Namun demikian, saya selaku rakyat tetap ada jua memandang jasa²nya dan berlapang dada dengan hukuman yang diterima nya.
Tidak putus rasa sayang kepada saudaranya biarpun saudara adik beradik kita ada membuat kesilapan. Tetap mengunjungnya di penjara.
Itulah jiwa kita sebagai rakyat tetap mendoakan yang terbaik untuknya. Saling memaafkan (bukan seperti seorang tu yang sangat berdendam jiwa kesumatnya).
Semoga Allah mengampuni dosa² kita semua dan amal sedekah jariah di dunia (jika ada walau sekelumit) jua mudah²an menjadi pendinding kita di kubur dan di hari pengadilan Nya.
Semoga DSN diberkati umur dan amalannya.
Sementara itu tak perlulah kita hendak menutup bangkai, mencari cela orang lain pula. Menyalahkan TSMY pun bukan bijak perangai kita.
Saya tetap.memujinya jika dia tidak mencampurkan urusan mahkamah dalam politik.
Orang melayu kena be a gentleman.
Salah tetap salah. Yang baik dan benar didukung dan diikut.
Post a Comment