Sunday, June 28, 2020

SHAFIE CALON PM-9 TINDAKAN KELAKAR ABAD INI

Presiden PRS Tan Sri James Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, dan parti beliau sebahagian daripada GPS yang menyokong kerajaan campuran (PN) pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, jika benar Tun Dr Mahathir dalam keadaan sadar, selepas menamakan Datuk Shafie Apdal sebagai calon PM-9, maka ianya merupakan satu tindakan kelakar abad ini.

Rekod buruk yang terpalit dengan Shafie, semasa menteri KKLW, selama 24 bulan Ketua Menteri, khususnya semasa PKP Covid-19, adalah satu malapetaka kepada negara dan rakyat jika cadangan itu benar-benar menjadi kenyataan.

Pada hakikatnya, tujuan Tun Dr Mahathir menamakan Shafie adalah serampang tiga mata, jika beliau tidak jadi PM, maka Anwar juga tidak, dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga tumbang.

Tun sangat alergi terhadap semua Perdana Menteri di negara ini, tiada PM yang terlepas daripada tindakan beliau sejak merdeka, termasuk lah menumbangkan PM yang beliau sendiri PM.

Jika akan terdapat para MP yang tiba-tiba gila, hilang kewarasan, kemudiannya menyokong Shafie pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada 13 Julai, maka ianya merupakan isyarat kemusnahan kepada negara.

Sebenarnya tujuan Tun adalah memerangkap MP Sarawak, kerana setakat ini PH Plus gagal sama sekali mendapat sokongan GPS Sarawak.

Dalam kedudukan sekarang, GPS adalah "super king maker" dalam politik negara.

2 comments:

Unknown said...

Yang kelakar....yang ketakutan...hilang kuasa

Anonymous said...

Penyokong blok pembangkang mula jadi menyampah terhadap atok.

Yang sudah sedia menyampah pula, bertambah-tambah menyampahnya lagi mereka terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Ada dua aspek yang membuatkan mereka menyampah –

Pertama, tentang Shafie sebagai calon Perdana Menteri dan

Kedua, tindakannya meletakkan anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Selain kerana pencalonan tersebut belum mendapat persetujuan sepenuhnya daripada blok pembangkang, Tun Mahathir dilihat telah melangkaui kedudukannya yang tiada jawatan dalam PH, PH Plus atau PH Minus melalui pengumumannya itu. Atok nak sabotaj sebarang usaha Anwar jadi PM

Rata-rata melihat pencalonan yang dibuat itu tiada kewajaran yang munasabah, melainkan untuk menyakitkan hati Anwar Ibrahim, menyerlahkan hati perutnya yang penuh dendam sehingga tergamak ingin memecah-belahkan PH.

Seolah-olah perasaan yang terpendam dalam hati Tun Mahathir, jika beliau gagal menjadi Perdana Menteri sekali lagi, biar PH juga berpecah dan Anwar akhirnya tidak berpeluang sama sekali menjadi Perdana Menteri.

Hanya sejumlah kecil walatok walatok saja yang sokong atok, terutama pengampu Tun Mahathir saja yang menyokong tindakannya mencalonkan nama Shafie sebagai calon Perdana Menteri itu.

Ini isihati Melayu busuk hati 'Kalau aku tak dapat maka dia pun tak dapat juga, biar sesama tak dapat'

Walaun sekelian lu fikir lah sendiri isi perut atok kau dan walatoknya.

Blog Archive