Sunday, June 28, 2020

SHAFIE CALON PM-9: DISAMBUT BANJIR LUARBIASA DI SABAH

ALAM pun berduka, apa tah lagi rakyat Sabah, apa tah lagi rakyat Sarawak, apa tah lagi rakyat Semenanjung. 

Bukan itu sahaja, parti politik pun seperti DAP, PKR dan Amanah bagaikan disambar halilintar, apabila Tun Dr Mahathir menamakan Datuk Shafie Apdal sebagai calon PM-9.

Alam memberi isyarat, kemusnahan kepada negara dan rakyat, jika ada MP yang sedang menyokong kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin tiba-tiba jadi gila, hilang akal, lalu menyokong Shafie.

Bagi sebahagian rakyat Sabah, Shafie adalah seorang Ketua Menteri yang pernah wujud, sebagai Ketua Menteri yang gagal mentadibir dan mengurus negeri. Kemampuan beliau, hanya untuk mengurus kepentingan diri dan kroni beliau.

Contoh sangat ketara, dikala, kakitangan Yayasan Sabah diberhentikan kerja, dipotong gaji 50%, tetapi pada masa yang sama rumah kediaman rasmi Pengarah Yayasan Sabah direnovasi dengan kos RM10juta.

Sebelum itu, sebaik sahaja Shafie menduduki jawatan Ketua Menteri pada Mei, 2018 kerana bantuan Istana dan ADUN lompat, rumah kediaman Ketua Menteri-Sri Gaya juga direnovasi dengan kos jutaan ringgit.

Seperkara lagi, satu kejadian yang pelik rumah Shafie yang turut dihadiri para ADUN lompat pada 11 Mei, 2018, sepatutnya menjadi lokasi sejarah, kerana di rumah itu beliau mendapat sokongan menjadi Ketua Menteri, tetapi di "ground zero"kan, lalu dibangun bungalo mewah dan bertambah satu lot (Shafie membeli lot jiran-lalu dirobohkan serentak).

Untuk makluman rakyat negara ini, itu sahaja kemampuan Shafie, belum lagi melibatkan kehilangan RM1.5bilion peruntukan KKLW ke Sabah tahun 2009-2016, kes RISDA dan Jabatan Air Sabah.

1 comment:

Anonymous said...

Masih tak nyanyuk?

Atok rancang tumbangkan kerajaan, tetapi bila majority tak nak dengar cakap Atok lalu dia ambil boboi jadi TPM dia merajuk letak jawatan dan rujuk kepada DSAI.

Atok tak cukup SD DSAI melebihi dia SD dia sakit hati buat PC kata DSAI rakyat tak suka, dsai tak layak jadi pm, dsai gila-gila nak jadi pm , DSAI itu DSAI ini.

Deyyy tamby berapa punya mental atok ni laaahh..!!

Tetapi waktu yg sama atok mengacau PH walaupun atok sendiri yang isytihar keluar ph.

Setelah bermacam macam dia cakap kpd DSAI tetapi masih dia mencari dsai untuk berkerjasama.

Alooo brother hang pi jerit kat telinga atok tu hang teriak kuat kuat kat telinga atok
"Saya Ulangggg..!!" kasi suis mental dia onn balik..!!

Dia makin sakit hati apabila orang-orangnya sendiri menolak serta mengkhianati dia. Jika dilihat dia sekarang bermusuh hampir dengan semua orang. Dan dia serta walatoknya tidak sama sekali melihatnya sebagai kifarah tetapi tanpa rasa malu mereka mengatakan atok mereka hebat mencatur, walaupun Tak Ada parti dan paling minority. Malunya lahhhhh��.

Saya ulangggg...!!

Blog Archive