Sunday, July 12, 2020

MP PENYOKONG TUN BERSAMA MP WARISAN BLOK BEBAS?

MP menyokong Tun Dr Mahathir (6 MP) bersama MP Warisan (9MP) mengistiharkan kedudukan mereka berada pada blok "bebas" di Dewan Rakyat. 

Menerusi kedudukan itu, mereka boleh berunding dengan MP samada daripada PH atau PN untuk mendapatkan cukup jumlah untuk merampas kerajaan daripada Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Kumpulan bebas ini, hanya mensasarkan para MP ke dua belah pihak, untuk menubuhkan gagasan baru.

Berasaskan senario terbaharu, khususnya ketegasan UMNO akan bertanding di kawasan tradisi parti itu termasuk yang dimenangi pada PRU-14, dan PRK pasca PRU-14, sudah tentu termasuk Parlimen Tanjong Piai, yang dimenangi BN menerusi MCA, bukan sahaja menjadi duri dalam daging hubungan antara Umno dan PPBM (bersatu), juga merupakan kenyataan terbuka, bahawa Umno tidak memerlukan parti pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin tersebut.

Ramai sudah nampak, bahawa keputusan Umno menyokong TSMY akan dinoktahkan sehingga parlimen bubar.

Nampaknya Umno sangat yakin menerusi kerjasama dengan parti Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dan kerjasama MN dan BN berbanding kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Perlu diingat, GPS Sarawak adalah penyokong PN bukannya BN atau MN, demikian juga parti-parti di Sabah seperti PBS dan STAR adalah penyokong PN.

Mungkin MN merasakan daripada 165 kawasan di Semenanjung, mereka boleh menang sekurang-kurangnya 112, ertinya mereka boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah, tanpa penyertaan daripada Sabah dan Sarawak.

Kerana anggapan MN sedemikian, maka kumpulan bebas yang diketahui Tun Dr Mahathir, mempergunakan senario tersebut untuk menubuhkan gabungan baharu, yang dikatakan lebih bersifat menyeluruh atau inklusif yang melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Nampaknya politik Malaysia semakin seronok untuk diikuti, dan sudah tentunya semua pihak berusaha mencari formula untuk mengwujudkan parti yang mendapat sokongan majoriti agar kestabilan politik kembali semula.

Rakyat dan negara, sangat tidak bernasib baik, jika kestabilan politik tidak terwujud, kerana boleh menyebabkan pelabur luar negara tidak datang melabur.

1 comment:

Anonymous said...

Hujung nyawa jadi lalang..

prinsip lalang...

Blog Archive