PENDAPATAN Garis Kemiskinan (PGK) disemak kepada RM2,208 berdasarkan pengiraan yang dibuat mengikut metodologi pada 2019, demikian menurut Jabatan Perangkaan.
Sebelum ini, PGK dikira berdasarkan metodologi pada 2005 yang menjadikan penanda aras kemiskinan pada RM980 berdasarkan keperluan asas untuk isi rumah hidup sihat dan aktif.
Di Sabah jelas, ramai rakyat berada dalam kategori miskin. Perkara itu dibuktikan menerusi Bantuan Prihatian Nasional semasa wabak Covid-19 yang mana hampir 800 ribu penermia bantuan tersebut di Sabah.
Rakyat Sabah seramai 2.9 juta, jika menurut asas tahun 2005, pada tahun 2016, 2.9 peratus dalam kategori miskin.
Pada tahun 2016, di Sabah bagi isi rumah yang berpendapatan RM1154 (Miskin Bandar), RM1215 (Miskin Luar Bandar), RM684 (Miskin Tegar Bandar) dan RM791 (Miskin Tegar Luar Bandar).
Antara tahun 2016 sehingga tahun 2019, aktiviti ekonomi yang menambah pendapatan rakyat, adalah projek-projek yang berkaitan kerajaan seperti MESEJ (Mini Sejahtera), kilang baja Sipitang, POIC Lahad Datu dan SOGT Kimanis, selain sektor perkhidmatan seperti pembinaan SICC.
Kini, Sabah berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu, selepas bertukar kerajaan, kerana sejak 2 tahun lalu, tiada aktiviti ekonomi yang boleh membantu rakyat mendapat tambahan pendapatan, baik di bandar mahupun luar bandar.
Kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Shafie Apdal, hanya bertindak mengumumkan demi pengumuman projek-projek mega yang berpaksi kepada pembangunan kapital intensif, bukan tenaga kerja intensif, walaupun demikian, TIADA satu pun yang menjadi kenyataan sehingga kini.
Datuk Salleh dalam catatan blog beliau DISINI menulis seperti berikut:
1. Pengumuman kerajaan semalam tentang garis kemiskinan negara yang dinilai semula dan dinaikkan dari RM980 kepada RM2,208 sudah lama dinantikan dan ia juga amat bersesuaian dengan situasi hari ini di mana impak ekonomi akibat wabak Covid-19 amat dirasai oleh semua.
2. Inilah yang rakyat mahu dengar, iaitu hal-hal yang merangkumi kepentingan serta kebajikan hidup mereka.
3. Apa yang penting bagi rakyat adalah kehidupan dan mata pencarian hidup mereka. Dengan kenaikan garis kemiskinan negara, kadar kemiskinan telah meningkat dari 0.4% atau 24,700 isi rumah pada 2016 kepada 5.6% atau 405,441 isi rumah hari ini.
4. Ini bermakna kadar kemiskinan telah naik berganda-ganda dan cabaran kepada kerajaan hari ini ialah bagaimana untuk menangani kemiskinan menerusi pelaksanaan program pembaharuan sosial dan ekonomi yang komprehensif.
5. Kerajaan juga tidak harus melupakan warga-warga asing yang turut merasai impak kemiskinan namun tidak termasuk dalam indeks kemiskinan negara secara rasmi.
6. Mereka ini adalah golongan yang terpinggir yang hidup sengsara dalam kemiskinan namun tidak dikira dalam statistik 5.6% atau 405,441 isi rumah tersebut. Sabah adalah antara negeri yang didiami oleh ramai golongan ini.
7. Kemiskinan, atau ketiadaan tindakan untuk menanganinya, adalah satu bentuk ketidakadilan sosial. Ia boleh dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia kerana membina asas kehidupan berkualiti adalah keutamaan pertama bagi mana-mana kerajaan atau masyarakat.
8. Sangat tidak bermoral juga bila mana-mana negeri yang paling kaya dengan sumber minyak dan gas asli adalah juga negeri-negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang paling tinggi. Ini menjadi bertambah buruk apabila kadar kemiskinan di kawasan luar bandar tahun lepas adalah 12.4% lebih tinggi daripada 3.8% yang direkodkan di kawasan-kawasan bandar.
1 comment:
ESOK HARI YG DITUNGGU SUDAH TIBA
SEMUA MATA TERTUMPU PADA SI RENTA
KITA TENGOK KAN BERPRINSIP KATANYA
HUJUNG NYAWA PRINSIP LALANG DI BAWA
ADA UNTUNG BATU IA TENGGELAM
TENGOKKAN SAJA SI LALANG HARAMJADAH
AKHIR NYAWA PRINSIP LALANG DIAMALKAN
TEPOK POP CORN SUPE RING JGN LUPALAH.!
DONG ZONG & DAP KEMPEN KASIH SAYANG
SAYANG PATI ROHINGYA DI MULAKAN
MULAKAN LAH KEMPEN DI PULAU PINANG
BARU REAL INI BUKAN WAYANG BANGANG
ESOK KERA MONYET BERSAHUT SAHUTAN
BARU KELUAR ZOO COVIT19 MASUK DEWAN
HAAH TEPOK POP CORN SUDAH DISEDIAKAN
PERTUNJUKKAN SARKAS RAKYAT SAKSIKAN
HAAHH TEPOKKK..!!!
FORMULA KASIH SAYANG = BMF + CHAMPION ASNAF
Post a Comment