Sunday, July 12, 2020

TANAH ADAT-SHAFIE MEROMPAK DI SIANG BOLONG

Datuk Shafie Apdal, langsung tidak merasa malu mengambil nama atas usaha Kerajaan Sabah era Tan Sri Musa Aman, berkaitan tanah adat di Sabah.

Kerajaan lalu, mengwujudkan PANTAS (Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah mengukur tanah-tanah adat di Sabah). 

Program (PANTAS) yang dilaksanakan sejak 2011 berjaya menyelesaikan kerja pengukuran tanah hak adat anak negeri (NCR) seluas 36,137 hektar sehingga akhir tahun 2017.

Ia membabitkan 21,378 lot tanah di 92 kampung di 16 daerah seluruh negeri dengan kebanyakannya di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Sipitang dan Semporna.

Daerah lain ialah Beluran, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Papar, Kudat, Sandakan, Keningau, Lahad Datu dan Tawau dengan kerja pengukuran dilaksanakan 80 pasukan juru ukur yang dilantik Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU).

PANTAS dibiayai menerusi peruntukan khas untuk tanah NCR daripada kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM20 juta setahun, termasuk untuk pengukuran tanah bagi pengeluaran hak milik secara berkelompok atau Geran Komunal.

"Melalui Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan RM20 juta lagi bagi melaksanakan kerja pemetaan dan pengukuran berkaitan dengan tanah adat di Sabah bagi mempercepatkan pengeluaran geran PANTAS dan Komunal di seluruh negeri tahun  bagi tahun 2018 dan seterusnya.

Pendekatan PANTAS adalah untuk memastikan pengeluaran geran berstatus anak negeri (NT) untuk tanah NCR yang sudah lama diduduki dapat dipercepatkan bagi mengatasi kelewatan dalam proses permohonan biasa sebelum ini.

Program PANTAS adalah inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu NCR yang membelenggu rakyat Pribumi Sabah sejak sekian lama.

Ketika Majlis Penyerahan Geran PANTAS di Kiulu menjenlelang PRU-14 tahun 2018 disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, berkata usaha kerajaan tersebut mendapat sokongan rakyat.

Musa berkata masa itu, geran-geran tanah yang siap diukur akan diserahkan kepada pemohon secara berperingkat. Kerana kejayaan PANTAS tersebut, Shafie cuba mengambil nama, pada majlis penyerahan geran tanah kepada pemohon tanah di Keningau pada 9 Julai, hasil daripada PANTAS, ilham Tan Sri Musa Aman.

Tindakan Shafie ini, sungguh memalukan, kerana mengakui usaha pemimpin lain sebagai usaha beliau. Tindakan Shafie ibarat mencuri disiang bolong!!!

No comments:

Blog Archive