SEMASA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 sedang dilaksanakan, para pemimpin PHPlus mendesak diadakan sidang parlimen termasuk cadangan persidangan dilanjutkan sekurang-kurangnya 8 hari. Tujuan cadangan supaya mereka ada peluang membahas usul tidak percaya kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Kerana wabak Covid-19, walaupun Sidang Parlimen diadakan,tetapi hanya sehari dengan satu agenda iaitu perasmian oleh YDP Agong, manakala usul tidak percaya ditangguhkan perbahasannya pada sidang yang bermula pada 13 Julai-27 Ogos, 2020.
Pada Isnin, 13 Julai, 2020, agenda pertama mesyuarat parlimen dalam sidang penuh parlimen yang amat dikehendaki para wakil rakyat PHPlus adalah usul jawatan Speaker dan timbalan speaker.
Usul itu perlu undian belah bahagi, ertinya sama juga dengan usul tidak percaya. Jika usul kerajaan menang, maknanya usul tidak percaya gagal, demikian juga sebaliknya.
Para wakil rakyat PHPlus, tidak perlu lagi berlumba-lumba untuk membuat usul tidak percaya, TSMY membuka seluas-luas peluang kepada mereka.
Jika usul pengantian speaker dan timbalan speaker mendapat sokongan majoriti mudah, maka perlulah para MP PHPlus berhenti bercakap berkaitan legitimasi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan TSMY.
No comments:
Post a Comment