JELAS 15 MP Umno yang menyertai Bersatu dan 7 yang dimenangi pada PRU-14 selain beberapa kawasan ex-PKR adalah kawasan-kawasan tradisi Umno.
Jika Umno tidak berganjak dengan keputusan tersebut, maka ianya isyarat menendang Bersatu, kerana Umno bukan sahaja bertanding di Mersing (punca krisis antara Umno dan Bersatu) juga di parlimen Pagoh, kawasan tradisi Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang juga kawasan tradisi Umno.
Keputusan Umno akan bertanding kawasan tradisi, paling berimpak di Sabah. Para MP dan ADUN Bersatu Sabah yang ada (kecuali Ranau), seluruhnya menang atas tikit UMNO dan bertanding di kawasan tradisi parti.
Kalau lah berlaku, tiada kompromi, apa kah MP atau ADUN Bersatu yang ada (ex-Umno) akan terus bersara dalam politik? Hanya kerana mempertahankan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menyertai pilihanraya? Atau kah di kawasan tersebut dibenarkan berlaku pertembungan antara calon Umno dan Bersatu? Seperti mana antara parti Berjaya dan Parti USNO suatu masa lalu walaupun sama-sama anggota Barisan Nasional.
Tidak dapat dipungkiri, siapapun pemimpin Umno, tentu menyokong keputusan bahawa parti bertanding di kawasan tradisi, khususnya yang dimenangi pada PRU-14 dan PRK pasca PRU-14.
Jika tindakan ini berterusan, maka benar lah sokongan terhadap Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dinoktahkan sehingga parlimen bubar. Selepas itu, masing-masing mencari haluan. Jika itu yang berlaku, maka akan terbukti kenyataan Tun Dr Mahathir, bahawa Bersatu akan kalah teruk pada PRU-15, kerana dikeroyok di semua arah, oleh PH dan BN.
Jika senario ini yang berlaku, maka pihak yang menang di kawasan yang diperebutkan sangat bergantung kepada personaliti calon, termasuk juga di Sabah.
Di Sabah, selain parti, calon juga mempunyai impak besar terhadap sokongan pengundi, walaupun lazimnya pengundi akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan.
Di negara ini, ada dua parti yang boleh membentuk kerajaan samada PH atau MN di Semenanjung dan Persekutuan. Manakala di Sabah samada Warisan Plus atau BN Plus.
Di Sabah menerusi perkembangan terbaharu ini, Warisan merasa sedikit lega, kerana kebarangkalian menang menerusi pertembungan tiga penjuru terbuka luas, dan juga kerana senario ini, besar kemungkinan Sabah akan ikut pilihanraya, jika diadakan PRU-15 mengejut.
No comments:
Post a Comment