Latest News

KERAJAAN SABAH-DISEBALIK TINDAKAN TYT SABAH?

DENGAN jelas tindakan TYT Sabah terhadap perlantikan Ketua Menteri antara Tan Sri Musa Aman dan Datuk Shafie Apdal, lebih bersifat pribadi, bukannya berasaskan Perlembagaan negeri.

Musa dipermainkan, bukan sekali tetapi dua kali. 

Kali ke-2 Musa dipermainkan adalah pada 29 Julai, 2020, apabila ADUN Sungai Sibuga tersebut mempunyai sokongan 33 ADUN daripada 65 ADUN Sabah, dan dengan kedudukan itu, Musa layak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Akan tercatit dalam SEJARAH Sabah, Musa adalah pemimpin yang menjadi mangsa TYT, bukan atas nama perlembagaan, melainkan tindakan berpihak TYT kepada pemimpin lain.

MENGAPA Tun Juhar Mahiruddin yang juga TYT Sabah tidak bersikap adil terhadap Tan Sri Musa Aman? Hanya sejarah dapat merungkainya kemudian hari.

Keputusan TYT membubarkan DUN Sabah, kononnya untuk menyelesaikan politik Sabah, adalah tidak tepat, kerana tiada jaminan peristiwa 12 Mei, 2018 dan 29 Julai, 2020 tidak berulang, jika keputusan PRN-15 Sabah berpihak kepada parti yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

TUN Juhar telah bertindak melantik Shafie pada 12 Mei, 2018 kerana mendakwa mempunyai sokongan majoriti DUN Sabah, tetapi TYT itu tidak bertindak sama terhadap Musa, apabila ADUN Sungai Sibuga itu juga mempunyai majoriti mudah daripada 65 ADUN Sabah pada 29 Julai, 2020, sebaliknya beliau memberi kebenaran atas permohonan Shafie membubarkan DUN.

Jelas sungguh, Tun Juhar adalah "sebahagian" daripada kumpulan Shafie, kerana tindakan beliau yang tidak adil, malah tidak memberi pertimbangan yang bebas sebagai TYT Sabah, termasuk menghalang Musa memasuki Istana.

Musa disokong 13 ADUN penyokong Shafie, kerana mereka tidak dapat bertahan lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan Shafie selama 27 bulan yang gagal memerintah negeri. Kelemahan Shafie sebagai pemimpin sangat ketara, khususnya semasa PKP Covid-19. Wabak Covid-19, diambil peluang oleh Shafie menggunakan wang kerajaan negeri untuk projek-projek yang langsung tidak memberi manafaat kepada rakyat yang terjejas kerana PKP.

Ketidak adilan terhadap Musa dan para wakil rakyat yang menyokong beliau, bukan sahaja mendapat simpati daripada rakyat, akan tetapi, akan tetapi peluang rakyat melenyapkan parti Warisan dan sekutunya pada PRN-15 Sabah.

3 Responses to "KERAJAAN SABAH-DISEBALIK TINDAKAN TYT SABAH?"

Unknown said...

Yea kah tak adil

Unknown said...

Siapakah yang adil?

Unknown said...

Adil bagaimana?

Blog Archive