Saturday, August 01, 2020

PRN SABAH: SIAPA LAWAN SHAFIE?

BELUMPUN PRN Sabah bermula, suara-suara parti yang melawan Shafie sudah sumbang, hanya kerana pembahagian kerusi. 

Ketua Bersatu Sabah, menyuarakan keinginan bertanding 45 kerusi, tetapi bersedia berbincang dengan parti-parti yang sealiran melawan Shafie untuk mengumpul kekuatan. 

Kerana kenyataan Datuk Hajiji tersebut, Ketua Penerangan Umno Malayisa, memberi jawapan sinis “jangan mimpi”. Sepatutnya jawapan seperti itu tidak timbul, kerana mengeruhkan lagi keadaan. 

UMNO telahpun menarik diri daripada menyertai Perikatan Nasional, ertinya manarik diri daripada bekerjasama dengan parti-parti yang menyokong PN, kecuali PAS dan komponen BN. 

PN walaupun belum didaftarkan disokong GPS-Sarawak, PBS, STAR dan Bersatu, selain Muafakat Nasional (MN) dan BN.

Berhadapan dengan PRN Sabah- apa kah UMNO menggunakan flatform BN? Jika demikian, maka tidak melibatkan PBS, STAR dan Bersatu. 

BERSATU dan UMNO mempunyai masalah tersendiri, kerana kawasan-kawasan yang bertindih. Di Sabah semua mantan ADUN Bersatu juga merupakan mantan-mantan ADUN UMNO, kerana selepas PRU-14, mereka keluar beramai-ramai untuk menyertai Bersatu. 

Jika UMNO dan BERSATU tidak mencapai kesepakatan dan bertembung satu sama lain, maka anggaplah para pemimpin kedua-dua parti itu menggali lubang sendiri untuk menguburkan parti mereka.

No comments:

Blog Archive