RAKYAT Sabah jangan sama sekali terjebak mempercayai, bahawa ADUN-ADUN Warisan-DAP yang mendedahkan kononnya ditawarkan wang ringgit untuk berpaling tadah, sebenarnya hanya gimik politik, untuk mengambil perhatian, bahawa mereka adalah sasaran pemimpin Perikatan Nasional Sabah untuk mendapat sokongan.
ADUN penyokong Datuk Shafie yang tampil ke hadapan termasuk membuat laporan polis, yang mengatakan mereka didekati "agen" pemimpin PN Sabah pada hakikatnya TIDAK termasuk dalam senarai panjang yang menyuarakan sokongan terhadap Kerajaan PN.
ADUN Gum-Gum, Elopura, Moyog, Kapayan dan Sindumin adalah antara ADUN yang "glamour" perhatian, kerana menyedari pengundi yang mengundi mereka pada PRU-14 semakin mual dan marah kerana tindak tanduk mereka, tidak serupa bikin, bunyi saja nyaring, tetapi seperti tin kosong.
Ternampak sangat, bagai mana menipunya mereka itu, apabila mendakwa ditawarkan antara RM32-RM50juta untuk berpaling tadah, seolah-olah mereka itu sangat bernilai, sedangkan gaji menteri dan pembantu menteripun, mereka tidak sanggup mengeluarkan sesenpun untuk membantu mereka yang memerlukan.
Jangan lah berlagak seperti burung unta, menyorok kepala kecil ke dalam pasir, tetapi badan besar terlondeh!!!.
Melihat tindak tanduk para ADUN yang masih menyokong Shafie, nampaknya, mereka menyedari, bahawa kerajaan mereka semakin mendekati keruntuhan, hanya masa yang menentukan.
1 comment:
Kembalikan kestabilan&ekonomi negara pasca COVID-19. Rakyat Muak PH Plus.
Wajah wajah yang memualkan rakyat Malaysia diarena politik Malaysia seperti Tun, Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Rakyat sudah jemu, muak dan jelek dengan pemimpin ini.
Politik baharu rakyat robohkan masa depan PH
BERBAGAI perkhabaran kita dengar kebelakangan ini yang ternyata menggambarkan masa depan semakin kelam dan kusut buat pihak pembangkang khasnya Pakatan Harapan (PH) Plus.
Setelah hilang kuasa di Putrajaya secara mengejut dan lolos penguasaan di empat negeri lain iaitu Johor, Melaka, Perak dan Kedah mereka ternyata gagal menampan impaknya yang timpa-menimpa itu dan kini masing-masing parti bergelut mempertahankan kubu masing-masing yang retak menunggu belah.
Post a Comment