Friday, July 24, 2020

SEGERAKAN PERTUKARAN KERAJAAN NEGERI SABAH

RAKYAT tidak merasa selamat, dalam kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah.

Bukan sahaja keselamatan rakyat terancam di bawah kerajaan Datuk Shafie Apdal, akan tetapi, kemunduran ekonomi akan berlaku, tambahan lagi impak COVID-19.

Kerajaan Sabah, tiada keupayaan membantu rakyat Sabah berhadapan kemelesetan ekonomi, ekoran tiada tindakan penyelesaian yang mengarah kepada pemulihan.

Sekarang ini, kerajaan negeri, hanya sibuk memantau, mengintif, mengawasi pergerakaan Tan Sri Musa Aman, sejak tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan.

Juga tindakan memantau, mengawasi pergerakan para ADUN mereka, sehinggakan kerja-kerja membantu rakyat tidak dapat dilaksanakan, apa lagi memikirkan kaedah pemulihan ekonomi.

Cuba bayangkan, jika kerajaan Shafie diteruskan selama 3 tahun lagi, ekonomi, kemajuan, pembangunan akan merudum dengan teruk sekali, walaupun balak-balak sedang ditebang, duit kerajaan warisan Tan Sri Musa Aman digunakan untuk projek-projek kroni, bukan untuk kepentingan rakyat.

Nampak gayanya, kerajaan Warisan dengan rakus menghabiskan wang kerajaan negeri, untuk projek-projek yang berpaksi pada keuntungan kontraktor, bukan rakyat jelata.

No comments:

Blog Archive