Friday, July 24, 2020

SHAFIE APDAL-SANGAT TERTEKAN-MUSA MENERIMA SOKONGAN

Di kalangan pemerhati politik, pemimpin politik, media sosial mahupun media arus perdana sedang membicarakan, bahawa Tan Sri Musa Aman bakal menerajui Kerajaan Sabah menerusi sokongan ADUN-ADUN mesra Perikatan Nasional.

Kesepakatan antara wakil-wakil rakyat pro PN, hanya memerlukan 33 ADUN daripada 65, termasuk ADUN dilantik.

Perubahan Kerajaan Sabah tidak dapat dielak ekoran tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan. 

Sabah yang diterajui Warisan-UPKO-PH adalah kerajaan mesra Pakatan Harapan.

Pihak Datuk Shafie, bukan sahaja bersiap sedia menyerahkan semula kerajaan yang beliau rampas menerusi sokongan 6 ADUN BN pada 12 Mei, 2018, kerana alasan yang diberikan mereka, mahu sebuah kerajaan negeri yang mesra Kerajaan Persekutuan, akan tetapi sangat tertekan, sehingga menceroboh kediaman Musa menggunakan drone, dan memaparkan nama-nama tetamu, kenderaan dan alamat di laman sosial.

Pada senario sekarang, para ADUN yang menyokong Musa, menubuhkan kerajaan, bukan lagi kerajaan negeri yang mesra Kerajaan Persekutuan, tetapi sebahagian daripadanya.

Sabah dan rakyatnya memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk terus membangun. Tanpa peruntukan Persekutuan, Sabah dan rakyatnya akan miskin semula. 

Para ADUN yang menolak Shafie, tidak mahu menjadi sebahagian daripada memudaratkan negeri dan rakyat.

No comments:

Blog Archive