Thursday, July 23, 2020

TUKAR KERAJAAN SABAH-TIADA UNSUR JUAL BELI

DAKWAAN pihak-pihak tertentu dalam Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah, kononnya berlaku tawaran material atau jawatan terhadap para ADUN mereka oleh pihak parti-parti dalam Perikatan Nasional, hanya berupa perang saraf, untuk menggambarkan para ADUN mereka yang menyebarang menyokong Perikatan Nasional atas sebab tawaran, sedangkan, hakikatnya, tindakan menyeberang, adalah untuk menyelematkan negeri dan rakyat, daripada impak buruk pemerintahan Datuk Shafie Apdal, yang tidak berhala tuju.

Mereka yang menyeberang, telah merasakan sendiri selama 2 tahun, sebahagian daripada kerajaan, kawasan-kawasan mereka tidak terbela, malah kemudahan asas untuk pengundi mereka semakin hari semakin daif.

Mereka, sebagai wakil rakyat, sudah tentu, tidak dapat menjawab para pengundi mereka, apabila bertanding semula dalam pilihan raya, maka akibatnya, mereka bakal ditolak. 

Mereka ini semua, membayangkan, berapa banyak kerosakan lagi bakal dialami negeri dan rakyat, jika kerajaan yang diterajui Shafie berlanjutan 3 tahun lagi. Lagipun, pengalaman Sabah semasa menjadi pembangkang kepada kerajaan Persekutuan era 90-an, telah menyebabkan Sabah dan rakyatnya jatuh miskin.

Para wakil rakyat yang menyokong PN, sedar, bahawa pemimpin yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional Sabah, adalah Bapa Pembangunan Moden Sabah, yang mana kadar kemajuan dan pembangunan di era beliau tiada sesiapa yang boleh menyangkal.

Keutamaan para ADUN yang menyokong PN, semata-mata untuk mengelak, rakyat dan negeri daripada kemusnahan daripada segi ekonomi dan kemajuan. Mereka, menyokong, bukan kerana tawaran material, seperti wang ringgit seperti mana digembar gemburkan, melainkan keputusan yang mereka ambil, semata-mata untuk kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyat Sabah.

No comments:

Blog Archive