Tuesday, April 30, 2019

PRK SANDAKAN: UNDI PROTES BERPIHAK PADA CALON PEMBANGKANG

KESILAPAN sedikit PBS, kerana tidak mencalonkan pendatang baru, sehinggakan menjadi penghalang kepada pengundi Sandakan memberikan undi. Namun, bobot protes lebih berat berbanding calon, maka mencerahkan harapan parti pembangkang yang disokong oleh semua parti pembangkang Sabah tersebut,

Rakyat Sabah secara umumnya memprotes cara Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan mentadbir negeri. Contoh paling ketara, apabila kerajaan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal melantik orang luar yang tiada latar belakang pentadbiran, malah diluar sistem pentadbiran negeri menjadi Presiden Majlis perbandaran Sandakan.

Selain itu, Kerajaan Shafie yang secara terang-terangan PRO-PTI, menjadi pendorong protes rakyat, sehinggakan berimpak kepada calon kerajaan.

Pada pengundi kaum cina, kelembaban ekonomi, termasuk menjunamnya harga kelapa sawit sangat berimpak kepada pendapatan mereka, selain ketidak selesanya mereka menjalankan perniagaan kerana kehadiran PTI.

Bagi pengundi bumiptera pula, khususnya para nelayan, kehilangan bantuan sara hidup, selain peningkatan harga barangan keperluan harian, mendorong mereka melakukan protes.

Bagi pengundi biasa, berapa bilion ringgitpun projek mega di bawa ke Sandakan, sukar mempengaruhi mereka, kerana mereka tahu, projek seumpama itu, hanya untuk para kontraktor dan tauke-tauke.

Secara umumnya, rakyat Sabah termasuk juga pengundi Sandakan, sangat terasa berkaitan dengan sara hidup yang semakin meningkat.

Pengundi Sandakan akan memilih pada 11 Mei, 2019 dengan membawa rasa protes mereka di peti undi.

Monday, April 29, 2019

PRK SANDAKAN: APA KAH PENGUNDI KEKALKAN TRADISI-MEMILIH CALON PEMBANGKANG?

PARLIMEN Sandakan mempunyai rekod yang unik, selain pernah dimenangi calon bebas, juga pengundi kawasan itu pada masa lalu cenderung kepada calon pembangkang, walaupun pernah juga dimenangi calon kerajaan pada PRU 1995,1999 dan 2008.

DAP menang 2 PRU terakhir sebagai parti pembangkang. Kali ini, bertanding sebagai parti dalam kerajaan.

Pembangkang menghandalkan kepada calon PBS-Datuk Linda Tsen yang disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun, berasaskan rekod, calon bebas-Chia Siew Yung juga turut mempunyai peluang.

Jika pengundi Sandakan mahu memberi isyarat kepada Kerajaan Negeri pimpinan Parti Warisan Sabah khususnya berkaitan PTI, dan kecelaruan pentadbiran Datuk Shafie Apdal, maka pegundi kawasan tersebut akan memilih calon bukan calon kerajaan.

Apa yang mahu dilihat pada PRK kali ini, sejauh mana pengundi Sandakan khasnya memprotes Kerajaan Warisan yang ditubuhkan secara pintu belakang.

Isu penolakan Pindaan Pelembagaan Persekutuan yang dijadikan isu kempen, tidak banyak impaknya terhadap pengundi kawasan itu, kerana secara umumnya, rakyat Sabah lebih cenderung kepada isu-isu tempatan.

PRK SANDAKAN: REFRENDUM TERHADAP KERAJAAN WARISAN

RAKYAT Sabah melihat PRK Sandakan merupakan refendum kepada Kerajaan Warisan Sabah.

Rakyat Sabah tahu betul, Parti Warisan Sabah tidak menang pada PRU-14, kerana parti itu hanya ada 21 kerusi DUN. Apabila ditambah dengan 6 ADUN DAP dan 2 ADUN PKR, jumlah kerusi 3 parti itu tidak cukup membentuk kerajaan. 

Kerajaan Sabah yang diterajui Warisan, hanya terbentuk pada 12 Mei,2018, apabila 6 ADUN-4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO melompat memberi sokongan kepada Datuk Shafie Apdal.

PRK Sandakan, merupakan refendum rakyat Sabah, apa kah mereka bersetuju dan menerima kerajaan yang dibentuk menerusi pintu belakang.

Memang Parlimen Sandakan telah dimenangi DAP pada 2 PRU terakhir, akan tetapi, pada PRK ini, pengundi kawasan tersebut, perlu menghantar isyarat kepada kerajaan Warisan- bukan bererti kerajaan yang dibentuk membelakangkan pilihan pengundi, ada lah pasport menghalalkan cara.

Komitmen Kerajaan Warisan menghalalkan PATI merupaka satu pengkhiantan kepada rakyat Sabah.

Jika menghalalkan PATI tidak dibendung, suatu hari nanti, rakyat asal Sabah bakal kehilangan suara, seperti mana berlaku di sesetengah kawasan pilihan raya di negeri ini.

Sunday, April 28, 2019

PRK SANDAKAN: PENGUNDI SANDAKAN-PERLU TOLAK CALON PRO PTI

PENGUNDI PRK Sandakan perlu memberi isyarat jelas kepada Kerajaan Sabah yang pro PTI, menerusi penolakkan calon Pro-Kerajaan.

Jika pengundi Parlimen Sandakan tidak bertindak menerusi PRK tersebut, maka menunjukkan mereka juga setuju dengan kerajaan yang Pro-PTI.

Pada 11 Mei, seluruh mata rakyat Sabah melihat keputusan PRK tersebut, kerana PRK ini merupakan julung kali selepas PRU-14.

Pengundi Parlimen Sandakan, perlu menterjemahkan perasaan rakyat Sabah secara umumnya melalui PRK ini, untuk memberi amaran kepada Kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah (PWS) untuk tidak meneruskan tindakan memberi ruang kepada PTI.

Pengundi Sandakan perlu memilih calon yang menyanggah kepada kehadiran PTI, tanpa melihat latar belakang calon tersebut sebelum ini, demi masa depan rakyat dan negeri.

Memenangkan calon PRO kerajaan seolah-olah pengundi Sandakan bersetuju dengan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Shafie Apdal.

Saturday, April 27, 2019

PRK SANDAKAN: HANYA DAP DAN PBS BERSAING!!!

MELIHAT kepada senarai calon pada PRK Sandakan, nampaknya hanya calon DAP dan PBS saling bersaing.

Jika sebelum ini ada anggapan, bahawa PBS boleh memberi tentangan yang hebat terhadap DAP, namun kesilapan parti itu memilih calon, memunahkan harapan.

Nampaknya PBS tidak peka terhadap kecenderungan pengundi masa ini, kerana masih mempertaruhkan calon kitar semula.

Ramai beranggapan sebelum ini, jika PBS mengemukakan calon baharu yang mewakili generasi muda mempunyai potensi melakukan kejutan.

Sebenarnya, terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan pembangkang dan kebanyakan isu itu perlu diperjuangkan di peringkat kebangksaan.

Pengundi Sabah umumnya dan Sandakan khasnya, telah tahu bagai mana kebolehan calon PBS tersebut menyuarakan kepentingan rakyat, kerana calon itu telah menjadi MP selama 2 penggal mewakili Parlimen Batu Sapi. Parlimen Sandakan bersebelahan dengan Parlimen Batu Sapi.

Pada 11 Mei, Parlimen Sandakan yang mempunyai dua kawasan DUN iaitu Tanjong Papat dan Elopura dengan jumlah 40,131 pemilih layak mengundi, termasuk 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. Daripada jumlah pengundi itu, 20, 274 orang adalah wanita, manakala 19,857 lelaki.

Parlimen Sandakan diwakili DAP sejak PRU-13, apabila mendiang Stephen dipilih sebagai Ahli Parlimen Sandakan berjaya mengalahkan calon BN, Datuk Leong Vui Keong dengan majoriti 1,088 undi. Pada PRU14 lepas, mendiang Stephen berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 10,098 undi untuk mengalahkan calon BN Datuk Lim Ming Hoo. 

Walaupun di atas kertas dan persepsi bahawa DAP dengan mudah mempertahankan kawasan tersebut, namun dalam politik semua boleh berlaku. Jika pengundi kawasan itu mengambil kira kemarahan mereka selepas PRU-14, dan seterusnya memberi isyarat kepada kerajaan seperti mana berlaku di PRK Semenyih, dan terakhir di PRK Rantau, tidak mustahil, pengundi kawasan itu akan memilih calon lain, boleh sahaja mereka memilih calon bebas Chia Siew Yung, calon yang mewakili Ngo, khususnya pekebun Kelapa Sawit.

Calon bebas pernah menang pada PRU 2004, apabila mengalahkan calon Bn/Ldp dua penggal pada PRU tersebut.

Friday, April 26, 2019

PRK SANDAKAN: DAP MENANG SEBELUM HARI MENGUNDI

RAMAI penganalisis politik Sabah, jika parti PBS mencalonkan pendatang baru dalam pilihan raya kecil (PRK) Sandakan, parti itu dapat memberi saingan kepada calon DAP- anak bungso mendiang Wong Tein Fatt- Vivian Wong. Namun, kini harapan itu punah, apabila PBS mencalonkan , calon "recycle" parti itu yang tewas di Parlimen Batu Sapi pada PRU-14 lalu-Linda Tsen Thau Lin.

Linda yang merupakan ahli parlimen Batu Sapi 2 penggal, tewas kepada calon parti Warisan Sabah pada PRU-14 lalu apabila Datuk Liew Vui Keong menang dengan majoriti 4,619 undi.

Pemilihan Linda, menjadikan PRK Sandakan anti klimaks, kerana tidak berlaku kejutan seperti mana diharapkan, kerana bukan sahaja pengundi Sandakan khasnya mengharapkan calon yang mengwakili generasi muda malah rakyat Sabah secara umum.

Nampaknya, sebelum hari pengundian, calon DAP akan mempertahankan kawasan tersebut.

LEBUH RAYA PAN BORNEO- TIDAK SEPERTI DIIMPIKAN RAKYAT

PIAWAIAN lebuh Raya Pan Borneo akan kembali seperti mana jalan-jalan raya di Sabah, apabila lebuh raya itu bakal dilaksanakan oleh Jabatan kerja Raya (JKR).

Apabila lebuh raya itu siap kelak, harapan rakyat Sabah seperti mana kualiti Lebuh Raya Utara Selatan di Semenanjung tidak akan tercapai.

JKR tiada kapasiti membina lebuh raya mengikut piawaian lebuh raya seperti yang di laksanakan PLUS, dan lagi JKR Sabah tiada pengalaman membina lebuh raya seumpama itu.

Memang benar, tiada salah mencuba, namun hasil daripada percubaan itu, adalah jalan raya berkualiti rendah. Jalan raya berkualiti rendah, bukan sahaja mempunyai jangka hayat yang singkat, akan tetapi rentan terhadap kemalangan.

Jalan raya berkualiti rendah, selain mengundang kos penyelenggaran yang tinggi, juga tidak selamat untuk dilalui.
Jalan Raya Telupid-Beluran- Pan Borneo-akan seperti ini.

Nampaknya, selepas lebuh raya itu siap, cantik pada permulaannya, akan tetapi dalam masa singkat akan mencontohi jalan-jalan raya di Sabah seperti mana jalan raya Kimanis-Kalabakan, Telupid-Beluran, Kota Belud-Kudat, atau Ranau-Sandakan.

Thursday, April 25, 2019

PRK SANDAKAN: APA KAH ISU PATI SABAH BAKAL PENGARUHI PENGUNDI?

SELAIN isu janji manifesto pilihan raya tidak tertunai, seperti penurunan harga barang, penurunan harga minyak, juga tindak tanduk Presiden Majlis Perbandaran Sandakan yang arrogant, pengundi Sandakan juga akan dipengaruhi tindakan kerajaan terhadap pandatang asing tanpa izin (PATI).

Pada 11 Mei, 2019, seramai 39,349 pengundi berdaftar akan menentukan parti mana mewakili parlimen tersebut, selepas kematian mendiang penyandangnya Wong Tein Fatt daripada DAP pada 28 Mac lalu.

Daripada 39,349 pengundi tersebut, 20,067 adalah kaum cina, manakala bakinya 19,281 pengundi bumiputera dan lain-lain.

Kawasan Parlimen tersebut telah dimenangi parti DAP pada PRU-13 dan PRU-14. Pada PRU-11 kawasan itu diwakili parti bebas, manakala pada PRU-12 diwakili parti Bn/LDP.

Di atas kertas, calon DAP dan parti PBS akan mempunyai peluang 50:50. Pada pilihan raya ini, logo PBS akan menemui pengundi selepas 20 tahun, kerana kali terakhir parti itu menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya adalah pada tahun 1999, kerana selepas itu parti itu menggunakan logo Bn kerana menyertai semula Bn pada tahun 2002.

PBS akan mendapat sokongan daripada parti-parti pembangkang Sabah, seperti Bn (Umno-MCA-MIC), STAR, dan USNO.

Di antara parti pembangkang tersebut, Umno mempunyai ahli teramai di parlimen itu.

Melihat kepada senario politik semasa Sabah, khususnya tindakan Kerajaan Sabah yang mesra PATI, diramalkan akan berlaku swing pengundi khususnya daripada kalangan pengundi cina. Dengan adanya swing tersebut, maka persepsi bahawa undi kaum cina akan memilih calon DAP, dijangka tidak akan nerlaku di PRK tersebut.

Namun, di kalangan pengundi bukan cina, akan berlaku swing kepada calon DAP, khususnya pengundi Parti Warisan Sabah, kerana parti pimpinan Datuk Shafie Apdal itu disukai oleh pengundi bukan rakyat asal Sabah.

Di kawasan parlimen tersebut, khususnya pengundi yang berdaftar di DUN Elopura daripada pengundi bukan kaum cina, dijangka memberi sokongan padu kepada calon DAP.

PBS akan memberikan saingan yang hebat, jika jentera parti itu dapat menembusi pengundi kaum cina, dengan membangkitkan isu berkaitan PATI, penurunan harga kelapa sawit, lembabnya perekonomian, selain kemenangan calon parti itu, boleh menjadi suara rakyat Sandakan di Dewan Rakyat, sebagai semak dan imbang.

Tuesday, April 23, 2019

DATUK RAMLEE MARHABAN SAMAN FITNAH SEORANG BERGELAR BRIGADIER JENERAL

Datuk Ramlee Bersama Peguam Beliau
Dalam Sidang Akhabar Di Pejabat
Beliau- KK Times Square-Selesa.
SATU kejadian pada 11 April di perairan Semporna, tepatnya di Pulau Mataking, di mana seorang bergelar Brigadier General yang juga komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) bermarkas di Kem Kukusan Tawau, telah mengeluarkan kenyataan AKHBAR berunsur fitnah terhadap bekas Adun Bogaya-Datuk Ramlee Marhaban, yang turut disiarkan oleh HARIAN METRO.

Kenyataan akhbar yang bersifat fitnah itu telah merosakkan imej mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah itu.

Bertindak atas laporan fitnah itu, Ramlee memfailkan saman selain kepada Brigadier Jeneral tersebut bersama dua anggotanya yang bernama Majer Nizam dan Sarjen Salleh bin Zakaria, juga menyaman  Harian Metro dan The New Strait Times Press (M) Bhd penerbit kepada Harian Metro.

Ramlee seperti mana dipetik THE STAR pada 12 April, menjelaskan bahawa beliau bukan seperti mana kenyataan khabar komander dan laporan Harian Metro.

Mantan ADUN Bogaya tersebut menyifatkan siaran khabar komender tersebut dan laporan Harian itu berniat jahat, bersifat menghasut, membunuh karier politik beliau di mata masyarakat dan rakyat.

Ramlee turut mengakui kejadian pada 11 April merupakan pertama kali berlaku ke atas beliau, kerana sebagai anak watan Semporna, kawasan di mana beliau ditahan di laut merupakan taman permainan beliau sejak kecil. Lagipun, beliau dan keluarga mempunyai 2 bidang tanah di Pulau Mataking, satu bidang dibangun sebagai kawasan pelancongan dan sebidang lagi sebagai tempat kediaman.

Lawatan beliau ke kawasan itu, merupakan perkara rutin, malah sejak beliau tidak menjadi wakil rakyat, kawasan itu kerap dikunjungi beliau untuk tujuan memancing.

Beliau sedar, kawasan itu merupakan kawasan yang termasuk dalam ESSCOM, sebab itu lah setiap kali beliau melawat kawasan pelancongan yang terletak di Pulau Mataking, beliau memaklumkan pegerakan beliau pada pihak berkuasa.

Pada hari kejadian, sebelum beliau, seorang anak beliau dan 3 anak saudara beliau telah memaklumkan pergerakaan beliau ke laut kepada OCPD Semporna dan Komndar ESSCOM di Pulau Mataking.

Ramlee mengakui pada hari kejadian, memang beliau membawa senjata dan sejumlah peluru untuk menjaga keselamatan beliau dan krew lain, hanya pada masa itu, beliau terlupa membawa kad pengenalan diri dan lesen-lesen senjata beliau. Hanya beliau seorang sahaja yang terlupa membawa pengenalan diri, sedangkan anak beliau dan 3 anak saudara beliau lengkap dengan dokumen pengenalan masing-masing.

Sebenarnya, sebelum siaran akbar tersebut, OCPD Semporna telah membuat kenyataan, bahawa "penahanan" Ramlee hanya salah faham, malah Pasukan yang menahan beliau daripada Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dari 8RRD (para) TIADA tindakan lanjut dan mengklasifikasi "pintasan" di laut tersebut SEBAGAI PEMERIKSAAN BIASA.

Menerusi saman itu Datuk Ramlee meminta mahkamah agar (a) An injunction to restraining the 1st, 2nd and 3rd Defendant and each of them by their servants or agents or otherwise from publishing the said aor any similar libel upon the Plaintiff whether by themselves or agents or servants further defamatory statements against the Plaintiff (b) Damages for libel; (c) Aggravated damages; (d) Costs; (e) Statutory Interest; (e) Any relief deems fit by the court.

Monday, April 22, 2019

PRK SANDAKAN: RAMAI CALON CUBA NASIB

Datuk Yong Teck Lee
PRK Sandakan, boleh membuahkan keputusan mengejut, kerana keadaan itu pernah berlaku pada PRU-2004, apabila calon bertahan daripada Bn/ LDP kalah kepada calon bebas.

Pada PRU-2004 Lau Ngan Siew MP dua penggal kalah kepada calon bebas Chong Hon Min dengan majoriti 1,330 undi. PRU-2004 merupakan pertama kali Datuk Ahmad Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri ke-5 mengetahui PRU. Pada PRU tersebut, menyaksikan kemenangan luarbiasa calon-calon Bn di seluruh negara, apabila menang dengan super majoriti, manakala di Sabah Bn menang 24 kawasan Parlimen daripada 25, di peringkat Dun pula menang 59 daripada 60.

Di atas kertas, memang calon DAP mempunyai kelebihan, memandangkan pada PRU-14, 9 Mei 2018, hanya hampir setahun, calon parti itu mendiang Wong Tien Fatt menang dengan majoriti 10,098 undi apabila mendiang mendapat 19,094 undi berbanding Lim Ming Hoo 8,996 undi yang mewakili Bn/LDP.

Oleh kerana pernah berlaku kejutan di kawasan Parlimen Sandakan, maka ramai calon samada mewakili parti-parti atau bebas akan mencuba nasib.

Menurut khabar-khabar angin, selain DAP, parti-parti yang bakal menyertai, antara lain LDP, SAPP, Gerakan, MCA dan GBS serta bebas.

Bagi LDP bakal mencalon pemangku Presiden parti itu- Datuk Chin Shu Phin, SAPP-Datuk Yong Teck Lee, Gerakan-Datuk Raymond Tan, MCA (akan ditentukan kemudian), GBS-Linda Shen, manakala DAP kemungkinan akan mencalonkan anak mendiang Wong-Vivian Wong.

Sandakan merupakan kawasan majoriti kaum cina. Dua Dun parlimen itu Tanjong Papat dan Elopura sedang diwakili wakil rakyat DAP.

Pemenang pada PRK kali ini akan ditentukan oleh 39,777 pengundi berdaftar. SPR telah menentukan 27 April hari penamaan calon, dan hari pengundian pada 11 Mei.

Kebarangkalian keputusan akan berlaku, jika peratus yang turun mengundi rendah, apabila pengundi yang menetap di luar Sandakan tidak pulang mengundi.

Pengundi Sandakan cukup unik khususnya pengundi yang berdaftar di Dun Elopura, kerana ramai pengundi adalah "pengundi neutralisasi". 

Sebenarnya, tiada yang perlu dilihat daripada keputusan PRK ini, kerana ianya tidak mencerminkan kecenderungan pengundi samada untuk Sabah atau Nasional, tidak sama dengan PRK Rantau, Semenyih mahupun Cameron Highlands.

Sunday, April 21, 2019

KERAJAAN SABAH SEKARANG PERLU CONTOHI PELAN HALATUJU KERAJAAN LALU

PELAN Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Sabah yang diperkenalkan KERAJAAN lalu pada tahun 2003, telah menjana limpahan ekonomi, meningkatkan hasil negeri dan merancakkan pembangunan, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat, dan kini diwarisi kerajaan Sabah yang diterajui Shafie.

Pelan induk atau Agenda Pembangunan Negeri yang dirangka sebaik sahaja Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) menerajui kerajaan negeri itu merangkumi sektor teras yang mempunyai daya saing signifikan iaitu pelancongan, pertanian dan pembuatan serta pembangunan modal insan.

Penulis ingin memetik ucapan Musa semasa melancarkan Halatuju Sabah "Selepas memperkenalkan Halatuju, kita sedar perlu berhenti daripada bergantung sepenuhnya kepada hasil kayu balak sebagai sumber utama ekonomi dan mencari alternatif lain.

Selepas 15 tahun menerusi salah satu ucapan Musa antara lain- 

"Memandangkan Sabah dikurniakan keindahan alam semula jadi dan kaya khazanah budaya, kita jadikan pelancongan antara sektor dalam Halatuju yang hari ini menjana limpahan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan perniagaan di seluruh negeri.

"Sektor perkhidmatan didorong industri pelancongan membuktikan daya tahannya walaupun berdepan pelbagai cabaran. Sepanjang Januari hingga November lalu, seramai 3.3 juta pelancong melawat Sabah, peningkatan 7.8 peratus berbanding tempoh sama tahun 2016," 

"Sabah juga dikurniakan tanah luas dan subur serta iklim sesuai untuk sektor pertanian yang menjadi pemangkin ekonomi dalam menjayakan Halatuju, banyak boleh dimanfaatkan melalui aktiviti pertanian, ternakan dan akuakultur., seperti Pusat Ternakan Bersepadu di Keningau (KILC) ditubuhkan dan menghidupkan semula Desa Cattle di Kundasang yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat luar bandar serta meningkatkan sosioekonomi setempat"

"Sabah juga adalah pengeluar terbesar Minyak Sawit Mentah (CPO). Dari segi pendapatan, cukai jualan CPO penyumbang kedua terbesar kepada tabung negeri dengan purata RM800 juta hingga RM1 bilion.

"Kerajaan juga melaksanakan usaha berterusan membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas untuk pelabur. Ini terbukti dengan pembinaan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah, Projek Amonia dan Urea Sabah (SAMUR) serta lain-lain projek berkaitan.

"Rancangan ekonomi di bawah Halatuju adalah sejajar Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kita gembira program ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada Sabah," 

"Dalam industri minyak dan gas, beliau turut berkongsi kejayaan negeri dalam projek petroleum huluan apabila mendapat 25 peratus ekuiti melalui tiga kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di Sabah"

"Antaranya, konsortium Sapura Kencana Energy Sabah Incorporated, M3nergy Berhad dan Petronas Carigali Sdn Bhd untuk Blok SB330, SB331 dan SB332 di kawasan daratan".

PROJEK LANDASAN KERETA API KK-KUDAT KERANA KEMAHUAN BUKAN KEPERLUAN

HANYA kerana tunai janji POLITIK , maka Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Shafie Apdal mahu juga meneruskan projek tersebut dengan anggaran kos RM5.2bilion.

Tidak dinafikan kereta api merupakan alternatif yang lebih murah berbanding pengangkutan biasa menggunakan lori kargo, tetapi ianya PERLU memenuhi SYARAT - mesti digunakan dengan kapasiti penuh.

Jawapan yang diberikan Datuk Peter Anthony kepada pertanyaan ADUN Sibuga- Tan Sri Musa Aman, berkaitan kedayagunaan landasan kereta api itu, menteri infrastruktur Sabah itu memberi tahu, perkhidmatan kereta api itu akan mengangkut kontena-kontena besar daripada Kudat dan Pitas ke Pelabuahan Sepanggar, selain kereta api itu juga digunakan oleh para pelajar, penduduk, selain mengangkut minyak dan diesel daripada Kota Kinabalu ke Kota Marudu, Kudat dan Pitas.

Memang di atas kertas demikian lah tujuan perkhidmatan kereta api, namun berapa jumlah penumpang yang dimaksudkan? berapa jumlah kargo? apa kah ianya menyokong jumlah pelaburan?

Di Semenanjung, perkhidmatan kereta api di bahagian pantai barat, dapat menyokong jumlah pelaburan, kerana adanya jumlah penumpang yang ramai, adanya jumlah kargo yang banyak.

Memang membina landasan kereta api sesuatu yang mustahak, namun apabila mempertimbangkan daripada segi dayaguna serta menyokong jumlah pelaburan, Sabah belum sampai ke tahap itu, atau belum tiba masanya.

Oleh kerana Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan hanya mahu menunaikan janji, bukan atas sebab keperluan, sehinggakan membelakangkan faktor kepentingan perbandingan dengan projek yang lebih mustahak seperti jaringan bekalan air bersih yang masih jauh daripada mencukupi untuk keperluan penduduk Sabah.

Penulis tidak keterlaluan masih beranggapan, untuk tempoh 10-15 tahun daripada sekarang, keperluan pengangkutan kereta api di Sabah, belum lagi sampai ke tahap keperluan, kereta pertimbangan, belum boleh mencapai ke tahap kapasiti penuh, sehinggakan, tidak "viable" daripada segi pelaburan, malah pembinaannya menjadi penghalang kepada projek kemudahan penduduk yang lebih mustahak.

Saturday, April 20, 2019

KERAJAAN WARISAN BAKAL WUJUDKAN KOLONI BARU PTI

Tahun 70-an Sabah menampung pelarian perang selatan Filipina, di kawasan Prime Land Kota Kinabalu sebagai lokasi penampungan, tidak lama kemudian dapat nama Pasar Pilipin.

Sesuai dengan peredaran masa, sebagai impak kepada tindakan kerajaan itu, maka wujudlah kawasan-kawasan koloni, Pulau Gaya, kemudian merebak di tanah besar Sabah, dan kini koloni ada di mana-mana, malah menjadi akar umbi parti tertentu.

Kerajaan Sabah di bawah Parti Warisan Sabah berdalih untuk selesaikan masalah "pelarian' kini namanya PTI dan bercadang penempatan baru pada sebuah pulau yang jauh daripada daratan.

Oleh kerana cadangan itu adalah inisiatif kerajaan, maka sudah tentu kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, sekolah, klinik dan sebagainya disediakan oleh kerajaan, maknanya duit kerajaan akan digunakan.

Apa yang tidak masuk akal, mengapa Kerajaan Parti Warisan Sabah bersungguh sangat mengwujudkan koloni baru? sedangkan tindakan ini berimpak besar kepada Sabah 10-20 tahun akan datang!!!

Tiada alasan untuk memberikan laluan mudah kepada mereka itu, sebabnya tidak timbul lagi masalah kemanusiaan, kerana tiada perang lagi. Mereka yang datang sebagai PTI itu, bukan pelarian perang, sehinggakan perlu ditampung demi kemanusiaan.

Kerajaan Sabah semasa era Kerajaan Bn yang lalu, telah bertindak MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR pulang semua PTI pelarian ekonomi ke negara asal, walaupun tindakan itu berakibat negatif kepada parti Bn khususnya daripada Umno dan buktinya parti itu kehilangan 15 kerusi Dun dan 7 Parlimen kepada Parti Warisan Sabah pada PRU-14. Apa kah kerana Kerajaan Parti Warisan nampak fakta PRU-14, maka cadangan itu dibuat?

Rakyat Sabah perlu menolak cadangan ini, kerana ianya bakal diwarisi generasi akan datang, seperti mana impak UNHCR di Sinsuran, Kota Kinabalu.

Monday, April 15, 2019

KEPUTUSAN PRK SANDAKAN BUKAN PENANDA ARAS POLITIK SABAH

AWAL-AWAL lagi Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Bung Moktar Radin telah menyatakan tidak akan meletakan calon pada PRK Sandakan, sebaliknya akan menyokong mana-mana parti pembangkang, kecuali Parti LDP.

Bagi rakyat Sabah, memang sudah tahu, apapun KEPUTUSAN PRK Sandakan bukanlah penanda ARAS politik Sabah.

Apa yang boleh dilihat pada KEPUTUSAN PRK itu, adalah kecenderungan pengundi 43% bumiputera.

Parlimen Sandakan adalah kawasan majoriti kaum cina. Melihat kecenderungan kaum itu, termasuk di PRK Rantau, pilihan mereka kekal pada Pakatan Harapan.

Seperti kata Datuk Shafie Apdal, jika hujan di sebelah sana, tidak semestinya hujan di sebelah sini, maknanya, kecenderungan pengundi cina di Semenanjung, tidak semestinya sama dengan kecenderungan pengundi di Sandakan, kerana setiap kawasan mempunyai isunya tersendiri. Demikian juga kecenderungan pengundi bumiputera, tidak semestinya homogen.

Namun, isu-isu yang dihadapi rakyat masa ini, yang disifatkan merentasi kaum, adalah berkaitan kos sara hidup, kelembaban ekonomi, termasuk menjunamnya harga komoditi seperti sawit dan getah. Selain itu, rakyat melihat, bahawa kerajaan yang ada belum memperlihatkan hala tuju khusus bagai mana membela rakyat.

Pada PRK Sandakan, akan terlihat, bagai mana pengundi kawasan itu menzahirkan manifestasi mereka terhadap kerajaan, khususnya pengundi bumiputera.

Jika melihat kepada keputusan PRU-14, di mana calon pembangkang (masa itu) menang dengan majoriti yang cukup besar, membawa erti bahawa pengundi kawasan itu bukan melihat daripada segi pembelaan sesebuah kerajaan atau parti, melainkan berasaskan sentimen, HANYA MAHU UBAH, walaupun mereka TIDAK pasti impak atau akibat kepada PERUBAHAN itu.

Nah.. menerusi PRK Sandakan, akan dapat dilihat, apa kah akan berlaku swing, dan kembali kepada asal. 

Parlimen Sandakan, walaupun selama 2 penggal terakhir dimenangi calon DAP, namun sebelum itu, kawasan itu diwakili calon Bn daripada tahun 1994-2004, 2004-2008 (bebas), 2008-2013 (Bn).

Sunday, April 14, 2019

PRK RANTAU- APA KAH MEWAKILI PERASAAN RAKYAT SECARA UMUM?

KESIMPULAN yang boleh diambil, berpaksikan kepada 3 PRK terakhir, secara umumnya, rakyat negara ini menzahirkan ketidak setujuan mereka terhadap Kerajaan hari ini.

Penulis secara sengaja mengenepikan PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson, kerana PRK itu terlalu awal berlaku, yang mana rakyat secara umunya belum sempat merasai kesan pertukaran kerajaan.

Masa 6 bulan atau lebih, selepas perubahan kerajaan adalah tempoh masa yang dianggap adil untuk rakyat melihat, sedar, dapat merasai sendiri hasil daripada perubahaan kerajaan.

Rakyat di Semenanjung, secara umumnya, telah menunjukkan manifestasi mereka terhadap kerajaan apabila calon kerajaan gagal mempertahankan kawasan sendiri, Dun Semenyih.

Penolakan rakyat itu berterusan di PRK Rantau, kerana bukan sahaja calon kerajaan kalah, malah majoriti kemenangan calon lawan cukup siginifikan.

Jika melihat semula rekod-rekod PRK lampau, biasanya jika berlaku PRK, kalau pun calon kerajaan kalah, akan tetapi kalah dengan majoriti yang kecil. Tetapi biasanya, jika berlaku PRK, calon kerajaan boleh menang, seperti mana PRK Telok Intan sebelum PRU-14, kawasan yang dimenangi pembangkang dengan majoriti yang cukup besar, akan tetapi berjaya dirampas oleh calon kerajaan walaupun dengan majoriti kecil.

Di Semenanjung tidak dapat disangkal, bahawa rakyat di Tanah Melayu itu secara umumnya telah menunjukkan pendirian mereka, khususnya kaum melayu dan islam. 

Apa kah manifestasi rakyat Semenanjung itu berlaku juga di Sabah dan Sarawak? akan di lihat pada PRK Sandakan pada 11 Mei, 2019.

Kawasan Sandakan boleh dikatakan wilayah DAP sejak dahulu kala, walaupun sekali sekala diwakili calon lain seperti calon bebas dan Bn. Sejak kemasukkan Umno ke Sabah pada tahun 1991, 3 kali  kawasan itu dimenangi calon Bn, iaitu pada pada tahun 1995,1999 dan  2008, menerusi calon Bn/LDP.(penulis berterima kasih pada mantan Setiasuaha Politik Kementerian Kewangan Sabah era Bn- Puan Maizatul Akma, kerana memberi input pembetulan fakta).

Melihat rekod kawasan Parlimen Sandakan, dan senario politik negeri Sabah, di atas kertas kawasan itu bakal dimenangi calon DAP, apatah lagi sekarang, DAP merupakan sebahagian daripada Kerajaan, rekod juga menunjukkan bahawa kawasan itu boleh dimenangi calon lain, seperti mana berlaku pada PRU 1995, 1999 dan 2008.

Jika melihat kepada kecenderungan pengundi Semenanjung, apa kah keputusan PRK Sandakan akan berlaku kejutan?

Di Sabah, mata tertumpu di PRK Sandakan, kerana untuk pertama kalinya, para pemimpin PPBM akan menjadi sebahagian jentera PH di Sabah. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) DAP menang dengan majoriti 10,098 undi.

Saturday, April 13, 2019

RUU PINDAAN PERKARA 1 (2) PERLEMBAGAAN- BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

TIADA ungkapan yang lebih sesuai selain BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH, berkaitan tewasnya RUU pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Mencari siapa salah, siapa yang menggagalkan, atau siapa yang paling betul TIDAK lagi relevan, kerana perkara lalu sudahpun berlalu. 

Keadaan di Dewan Rakyat pada 9 April, 2019 tepat 10.25 malam atau 22.25hours, wakil rakyat menyokong 138, berkecuali 59, tidak mengambil bahagian 8 dan tidak hadir 16. Menerusi bilangan yang menyokong, kurang 10 undi, maka dengan sendirinya RUU Pindaan 2019 itu, tidak perlu dibaca kali ke-3, ertinya ditolak atau ditewaskan.

Apa yang perlu sekarang adalah bergerak ke depan. Jangan matikan mengembalikan MA63, kerana jika ianya telah berakhir, maka akan digali kemudian hari, bahawa pembentangan RUU itu bersifat perangkap dan tiada keikhlasan.

Kepada pihak menyediakan deraf pindaan itu, penulis mengerti, ianya dilaksanakan dengan penuh kesadaran, sesuai dengan kemampuan pengetahuan dan ilmu manusia, namun apapun perancangan manusia, Tuhan jua yang menentukan.

Perancangan manusia berkaitan RUU itu, walaupun seramai 46 wakil rakyat membahasnya, malah MP Beluran semasa bangun menyokong RUU itu yang membawa mesej ORI Sabahan, pun demikian, RUU itu tidak berjaya mendapat undi 148, undi 2/3 seperti mana diperlukan.

Apa yang boleh dipelajari atau menjadi tauladan  kepada mana-mana kerajaan jika tidak mempunyai kuasa 2/3 dan memerlukan sokongan daripada pembangkang, perkara pokok yang perlu diambil, adalah situasi MENANG-MENANG. lenyapkan perasaan ego atau sewaktu dengannya, dan perlu bergerak bersama ke arah satu tujuan.

Kepada Menteri Undang-Undang Persekutuan, Datuk Liew Vui Keong, perhalusi lagi apa yang telah berlaku, ambil lah kegagalan pertama itu sebagai langkah pertama untuk berjaya.

Wednesday, April 10, 2019

PUTRAJAYA KENDALI LEBUH RAYA PAN BORNEO SEKTOR SABAH- SATU LAGI KEGAGALAN SHAFIE

TUN Dr Mahathir pada Rabu, dipetik sebagai berkata, penyiapaan Pan Borneo sektor Sabah yang hanya siap 12% setakat Mac,2019, akan diambil alih Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan.

Sebelum ini, semasa kerajaan BN, penyiapan projek tersebut dikendalikan oleh PDP (project Delivery Partner),yang mana fasa pertama telah diberikan pada April, 2016. 

Pan Borneo sektor Sabah berjarak 700km, yang terbahagi kepada 3 laluan; iaitu Sindumin-Tawau, Tamparuli-Ranau dan Kimanis-Keningau

Fasa pertama berkos RM12.86bilion bagi jajaran Sindumin-Berungis-Tuaran-Kudat,Ranau-Tawau. Manakala Fase kedua jajaran Tamparuli-Ranau, dan Fase ketiga Kimanis-Keningau-Tawau kos laluan itu belum ditentukan.

Selepas Kerajaan Sabah bertukar, Kerajaan yang diterajui Datuk Shafie Apdal, bersungguh-sungguh agar Kerajaan Negeri melaksanakan projek itu menerusi JKR Negeri dimana menterinya adalah Datuk Peter Anthony, bekas kontraktor yang menceburkan diri dalam politik menerusi Parti Warisan Sabah.

Tun Dr Mahathir, seorang Perdana Menteri yang mahir melihat ke depan, ibarat kata peribahasa, ikan di airpun, beliau mampu meneka, jantan betina.

Perdana Menteri itu, pasti telah mengambil kira, bagai mana dana KKLW untuk Sabah dibelanjakan masa lalu, yang mana para individu yang terlibat, adalah sebahagian daripada Kerajaan yang bersungguh-sungguh mengambil alih projek Persekutuan itu.

Projek Pan Borneo, bukan sahaja berbentuk hadiah kepada rakyat Sabah, akan tetapi lebuh raya itu mempunyai erti yang sangat signifikan kepada kemajuan Sabah, kerana apabila ianya siap kelak mampu merancakkan aktiviti ekonomi rakyat. Bayangkan jika projek itu gagal disiapkan sesuai dengan standard yang telah digariskan, ianya bakal merugikan rakyat dan negeri.

Tun Dr Mahathir tidak mahu pisang berbuah dua kali, seperti mana yang berlaku pada dana KKLW untuk Sabah yang berjumlah berbilion ringgit, yang tidak sampai kepada sasaran, meskipun wang sudah habis dibelanjakan.

Keputusan Putrajaya untuk melaksanakan Projek Pan Borneo melalui JKR Malaysia, itu bererti Putrajaya meragui keupayaan Kerajaan Sabah menerusi Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah yang diterajui Datuk Peter Anthony.

PRK RANTAU: PEMBUNUHAN KARAKTER TOK MAT-PILIHAN LAWAN

APABILA jentera PH menyedari menyerang kerjasama Umno/Bn-Pas bukan sahaja tidak menyebelahi mereka, akan tetapi memberi impak positif kepada Tok Mat, akhirnya mereka mengubah strategi kempen kepada serangan pribadi.

Menimbulkan semula kriman wang RM10juta, mendakwa Tok Mat mempunyai rumah ala minangkabu di Seremban, merupakan taktik terdesak jentera PH.

PRK Rantau, pada 13 April, akan ditentukan oleh lebih 20ribu pengundi, yang mana 10ribu adalah pengundi melayu dan islam.

Sejak TOK MAT bertanding pada tahun 2004, majoriti kemenangan beliau sentiasa berkurang, atas sebab ada pengundi kaum melayu dan islam menyokong parti lawan.

Apa kah serangan pribadi terhadap Tok Mat berapa peratus lagi kah pengundi kaum melayu dan islam terpengaruh?

Pada PRK Rantau, tidak pasti sejauh mana sokongan Pas, kerana tiada indikasi mengenainya, kerana parti itu tidak bertanding di Dun itu sejak Tok Mat bertanding.

Sandaran Utama Tok Mat adalah pengundi melayu dan islam. Pengundi cina tiada harapan menyokong apa tah lagi keahilan MCA di kawasan itu hanya sekitar 900. Demikian juga kaum india, walaupun kaum itu kelihatan menyenangi Tok Mat, tetapi akhirnya mereka akan juga mengundi PH.

Kemenangan boleh berpihak kepada Tok Mat, jika pengundi melayu dan islam turun mengundi "full force", iaitu, lebih 80% turun mengundi.

Tumpuhan 72 jam terakhir bagi jentera Bn, untuk memastikan kemenangan, adalah head count pengundi kaum melayu dan islam, menerusi perjumpaan bersemuka, termasuk meminta mereka yang ada saudara di luar Rantau untuk kembali mengundi.

Tuesday, April 09, 2019

KERAJAAN GAGAL PINDA PERLEMBAGAAN- SILAP SIAPA?

Setelah berbahas berjam-jam, Rang Undang Undang (RUU) pindaan perlembagaan perkara 1(2) perlembagaan Malaysia yang dibentang oleh PM tidak mendapat 2/3 undi dalam pengundian sebentar tadi.

Saya tidak salahkan PM kerana yang membuat draf RUU ini adalah Menteri Undang-Undang, Datuk VK Liew, yang nyata gagal memahami kehendak sebenar ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam isu pindaan perlembagaan ini. Menteri ini gagal memberi maklumat yang betul kepada PM!

Walaupun Rang Undang-Undang ini satu langkah besar Tun Mahathir yang patut diberi pujian, namun ianya gagal kerana intipatinya tidak mewakili apa yang Sabah dan Sarawak mahukan. Malah ianya akan memberi lebih banyak kesulitan kerana tafsiran kandungannya yang tidak menentu!

Pada pandangan saya, Menteri Undang-Undang patut menasihati PM untuk menerima cadangan ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak (dan beberapa ahli parlimen pembangkang dari semenanjung) untuk membawa RUU ini ke Jawatankuasa Pemilih (Select Committee) parlimen untuk tujuan memperhalusi corak bahasa dan ayat-ayat RUU ini. 

Kekalahan kerajaan PH dalam pengundian ini bermakna Menteri Undang-Undang tidak membuat “kerja rumah” sebelum PM bentangkan RUU ini. Dia tidak peka terhadap sentimen MP-MP.

Sebenarnya Datuk VK Liew tahu bahawa beliau perlukan sokongan MP pembangkang untuk mendapat jumlah 2/3 undi! Kenapa dia tidak mahu berkompromi walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat undi 2/3 dan malukan PM? Sudah beberapa hari ahli-ahli parlimen pembangkang memberi isyarat dan signal kepada Datuk VK Liew untuk berkompromi dan membawa RUU ini ke Select Committee. Tidak ada ruginya kalau dia bersetuju kerana ini adalah RUU yang akan mengubah landskap persekutuan negara kita buat selama-lamanya. Kalaulah dibawa ke Select Committee, semua pihak akan menang dan tentunya PM akan mendapat pujian daripada semua pihak. 

Agreeing to send the bill to Parliamentary Select Committee, as suggested by the opposition, could have and would have saved the Govt from a bungling and embarrasing defeat of this crucial constitutional amendment of Article 1(2).

Abdul Rahman Dahlan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

090419
-end-

APA YANG CUBA DILAKUKAN WARISAN?

TERCERMIN sangat bahawa Datuk Seri Shafie Apdal, TIDAK dapat menerima kemasukan PPBM ke Sabah. Sudah lah beliau tidak hadir semasa perasmian, meskipun dijemput, malah kerusi VVIP telah disediakan oleh penganjur. 

Ketidak gembiraan Shafie, terlihat sungguh di wajahnya, semasa menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir pada 6 April. Melihat wajah Ketua Menteri Sabah daripada beberapa sudut yang ditularkan di media sosial, bukan sahaja muka muncung, malah seolah-olah menahan geram yang amat sangat.

Pada Ahad selepas merasmikan Mesyuarat Agung Parti beliau di Bahagian Semporna, apabila diminta memberi komen berhubungan kemasukan PPBM ke Sabah, beliau dengan jelas menyatakan bahawa kerjasama Warisan dan PPBM hanya diperingkat Pusat.

Melihat ketidak sudian Shafie terhadap kehadiran PPBM ke Sabah, akan mencabar para pemimpin parti itu di Sabah, kerana kemungkinan mereka ini akan hilang sabar, kerana huluran persahabatan (olive branch) tidak bersambut.

Melihat komen-komen penyokong dan pemimpin pertengahan parti itu di laman sosial, mengambarkan betapa tidak senangnya mereka terhadap kehadiran PPBM, malah ada yang terlepas kata, mereka tidak mahu campur tangan parti import, sehinggakan mereka terlupa sedang berpelukan dengan parti import, DAP dan PKR.

Bagi penulis, satu perkara sahaja mengapa Warisan phobia sangat dengan PPBM, atas sebab Warisan dan PPBM berebut ikan daripada kolam yang sama. Warisan mahu merebut ahli-ahli Umno, demikian juga PPBM. 

Sebenarnya, perebutan antara dua parti ini daripada kolam yang sama, akan menguntungkan mereka yang direbut itu, kerana sudah tentunya tawaran yang lebih baik akan diikuti atau disokong. Beruntunglah ahli-ahli Umno, kerana direbut oleh tiga parti yang berpotensi menjadi peneraju kerajaan negeri, termasuk tunjang kerajaan Persekutuan (Umno dan PPBM).

Dalam perebutan ini, sudah tentu, pihak mana yang boleh memberikan tawaran yang lebih baik akan menjadi pilihan. 

Pengalaman politik Sabah, parti tempatan akhirnya akan kecundang seperti mana dialami PBS. Selepas kejatuhan PBS, untuk pertama kalinya kerajaan Sabah tidak bertukar selama 24 tahun, sedangkan sejak merdeka, setiap 9 tahun bertukar kerajaan.

Mengambil pengalaman kerajaan Sabah yang diterajui Umno bertahan selama 24 tahun, seharusnya Shafie, bukan sahaja menyambut huluran persahabatan PPBM, akan tetapi seharusnya beliau menyambut kedatangan parti itu, seperti kata peribahasa, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Shafie kena ingat, politik itu sendiri merupakan seni. Para pemimpin PPBM Sabah yang diterajui Datuk Hajiji Haji Noor merupakan pakar-pakar seni politik. Mereka ini, seperti juga beliau mempunyai kemampuan mempengaruhi rakyat, mempengaruhi pengundi, apa tah lagi, Hajiji merupakan wakil rakyat 7 penggal, malah mempunyai dua kelulusan politik, pertama daripada Universiti Usno dan kedua Universiti Umno.

Sunday, April 07, 2019

KEMASUKKAN PPBM KE SABAH: KERAJAAN WARISAN DISOKONGPUN MASIH TAK SUDI

SESIAPAPUN pasti membuat andaian, ketidak hadiran pemimpin Parti Warisan Sabah ke majlis pelancaran, PPBM Sabah, menunjukkan bahawa kepimpinan parti itu walaupun disokong masih tidak sudi, kerana tidak menghormati jemputan penganjur khususnya kepada Presiden parti itu-Datuk Shafie Apdal, malah kerusi untuk beliau disediakan.

Tun Dr Mahathir semasa pelancaran itu memang menyatakan, bahawa Parti Warisan bukan anggota PH, namun pakatan itu menyokong parti itu memerintah Sabah, malah 5 wakil rakyat parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri persekutuan.

Kehadiran PPBM di Sabah bukan pun meminta apa-apa jawatan, kerana menurut Pengerusi PPBM itu, bahawa parti itu tidak boleh menyuruh atau meminta pihak lain berbuat sesuatu semata-mata untuk memberi tempat kepada para wakil rakyat parti itu.

Tujuan PPBM mengembangkan sayap ke Sabah semata-mata untuk memperkuat kerajaan negeri dan seterusnya kerajaan Persekutuan, kerana kerajaan yang kuat perlu mendapat sokongan semua pihak.

Kehadiran PPBM ke Sabah, menjadikan parti itu ke-2 terbesar selepas Parti Warisan Sabah. 

Kengganan kepimpinan Parti Warisan menerima niat baik PPBM seolah-olah tidak dihargai, dan menerusi tindakan itu, maka rakyat akan melihat, bahawa sokongan PPBM kepada kerajaan yang diterajui parti itu, seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Penulis, tidak dapat membaca, mengapa para pemimpin Parti Warisan, tidak sanggup menyambut huluran tangan para pemimpin PPBM? Apa kah kerana mereka itu takut, akan berlaku lompat parti, sehinggakan mereka kehilangan kerajaan? Jika itu perasaan mereka, maka mereka sebenarnya masih dibayangi, ketika mereka menubuhkan kerajaan, kerana tindakan yang serupa.

Melihat komposisi ADUN Sabah sekarang, Warisan-31, PPBM-9, DAP-6, PBS-5, UPKO-4, PKR-2, STAR-2 dan Umno-1, sedikit sekali kebarangkalian berlakunya lompat parti. Kalaupun berulang kemungkin lompat parti, maka mereka yang bukan sepasukan dengan Warisan, DAP dan PKR yang akan berbuat demikian, namun Warisan, DAP dan PKR masih akan terus menjadi kerajaan, kerana dibantu oleh 6 ADUN lantikan.

Sepatutnya, kerajaan Warisan pimpinan Shafie, jangan takut pada bayang-bayang, sebaliknya perlu menyambut huluran tangan para pemimpin PPBM Sabah, untuk membangun dan memajukan Sabah.

Tugas utama kerajaan, adalah memajukan seluruh kawasan negeri, samada kawasan itu, bukan diwakili oleh parti itu. The Government of the day-must take all.

Saturday, April 06, 2019

PPBM RASMI BERTAPAK DI SABAH

Dalam sejarah perasmian PPBM seluruh negara sejak ditubuhkan pada tahun 2016, perasmian PPBM Sabah adalah yang teramai daripada segi kehadiran, demikian pengakuan Pengerusi dan Presiden parti itu, Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhiyiddin.

Dianggarkan sekitar 30,000 penyokong parti itu membanjiri ITCC, Penampang sejak awal pagi.

Para tetamu, selain 2 mantan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Harrris Salleh dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Presiden STAR-Datuk Dr Jeffery G kitingan, MP bebas Kimanis- Datuk Seri Anifah Aman, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Tan Sri Kasitah Gadam juga turut kelihatan.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Presiden PH, merangkap Timbalan Perdana Menteri- Datuk Seri wan Azizah yang disertai Pengerusi PKR Sabah- Datuk Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Majlis pelacaran PPBM Sabah itu juga dihadiri Timbalan Presiden parti itu Datuk Mukhriz Tun Mahathir, namun para pimimpin Warisan dan DAP Sabah tidak kelihatan.

Pada majlis pelancaran itu, Tun Dr Mahathir mengumumkan Datuk Hajiji Haji Noor sebagai Penyelaras Bersatu Sabah.

Juga pada majlis itu, Tun Dr Mahathir menyerahkan keahlian kepada 7 ADUN Sabah, iaitu Datuk Arifin Arif (Membakut), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Isnin Alisnih (Klias), Datuk Bobby Suan (Nabawan), Datuk Ghulam Bahadar (Kawang) dan Matbali Musah (Lumadan).

Datuk Hajiji sempena pelancaran itu menyerahkan 120,076 borang keahlian kepada Tun Dr Mahathir, dan seterusnya Hajiji pula menerima Surat Kebenaran penjajaan bagi 25 bahagian di Sabah.

Mungkin kesuntukan masa, tidak disempat diumumkan penaja-penaja bahagian di majlis yang amat bersejarah itu.

DUA CARA JATUHKAN PERDANA MENTERI

Kaedah pertama adalah menerusi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri semasa sidang Dewan Rakyat; kaedah kedua Desakan untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan oleh parti yang dipimpin Perdana Menteri itu sendiri, seperti yang pernah berlaku ke atas Abdullah Ahmad Badawi.

Melihat keadaan sekarang, jika ada pihak yang mempunyai niat memaksa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, sudah tentu daripada PKR, kerana isyarat itu dilakukan sendiri Nurul Izzah, menerusi protes apabila meletakan semua jawatan samada berkaitan parti atau kerajaan, walaupun membuat U-Turn sebagai anggota PAC.

Jika kaedah pertama dilaksanakan, apa kah pihak yang mengusulkan bakal mendapat 112 sokongan, jumlah minimum yang diperlukan? 

PH bersama Parti Warisan Sabah dan UPKO mempunyai 139 kerusi parlimen. Daripada 139 itu, 26 kerusi adalah daripada parti Tun Dr Mahathir. Jika undi tidak percaya dilaksanakan, adalah diyakni 26 kerusi Bersatu akan menolak usul itu, katakan lah yang menyokong adalah bakinya. Baki itu berjumlah 113, dan ianya mencukupi memaksa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan.

Jika ada pihak yang mahu memaksa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, maka akan memilih undi tidak percaya, kerana ianya lebih cepat dan efektif berbanding cara ke-2.

Masih ada 5 hari lagi baki persidangan untuk sesi kali ini. Ertinya undi tidak percaya itu perlu dilakukan antara 8-11 April, 2019. 

Jika benar lah ada gerakan menjatuhkan Tun Dr Mahathir, apapun tidakan beliau termasuk menarik balik tandatangan terhadap STATUT ROM, tidak akan memberi kesan kepada gerakan tersebut.

Tetapi penulis tidak yakin, adanya gerakan seumpama itu, kerana berasaskan senario sekarang, meskipun di atas kertas, pihak mengusul itu boleh mendapat undi 113, tetapi secara praktikalnya ianya tidak akan berlaku.

Senario lain pula, jumlah kerusi yang membangkang kerajaan sekarang adalah 83, jika ditambah 26 akan berjumlah 109, dan hanya memerlukan sokongan 3 MP untuk mengagalkan usul tidak percaya itu. 

Walaupun apa yang bakal berlaku, lebih baik menunggu kejadian itu, kerana politik itu sendiri merupakan seni yang penuh dengan misteri.

Friday, April 05, 2019

PPBM BUKAN SEBAHAGIAN KERAJAAN SABAH?

Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah, adalah kerajaan kerjasama antara PWS-PKR-DAP, dan UPKO tidak termasuk PPBM dan Amanah.

Pendirian PPBM hanya menyokong kerajaan yang diterajui Warisan, dan sebagai balasan kepada parti itu kepada sokongan kepada PH, sehingga dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, maka melantik 3 Wakil Rakyat daripada parti itu ke jawatan Menteri Penuh dan 2 sebagai Timbalan Menteri peringkat Persekutuan.

Kerjasama antara PH, parti-parti di dalamnya dengan PWS merupakan kerjasama yang unik, yang belum pernah berlaku lagi di Malaysia sebelum ini.

Sebenarnya kerjasama antara parti yang berlainan ideologi ini dirintis oleh BN Sabah dan STAR selepas PRU-14 lalu, walaupun kerjasama itu hanya dapat bertahan kurang 48 jam.

Menerusi pendirian PPBM itu, maka jelas, kemasukkan PPBM ke Sabah tiada maksud menyertai kerajaan Negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah, kerana sifatnya hanya menyokong.

Jika ada dakwaan kononnya penyertaan mantan-mantan wakil rakyat Umno Sabah ke dalam PPBM, untuk mendapatkan jawatan di peringkat negeri, sebenarnya dakawaan itu hanya persepsi, kerana daripada awal-awal lagi PPBM tiada bentuk kerjasama dengan Parti Warisan seperti mana antara parti itu dengan DAP dan PKR.

Kedudukan PPBM hanya menyokong Parti Warisan Sabah, termasuklah pada PRU-14 lalu.

PPBM Sabah lebih bersifat Persekutuan, berbanding negeri, tetapi agak longgar sifatnya, berbanding hubungan antara Parti Usno dan PBS atau Berjaya dan Usno, yang mana suatu masa lalu, parti-parti itu berlawanan di peringkat negeri, akan tetapi sepasukan di peringkat Persekutuan.

Kehadiran PPBM Sabah, akan bertambah unik lagi senario politik Sabah, kerana jelas sekali, pendirian PPBM selain menyokong Kerajaan PWS akan tetapi, mana-mana pihak yang cuba menjatuhkannya tidak akan mendapat tempat dalam parti itu.

Berasaskan kepada pendirian PPBM ini, maka membuka ruang dan peluang kepada Umno Sabah, bahawa musuh utama parti itu selain Parti Warisan Sabah juga PPBM.

Berasaskan kepada senario ini, jika ada yang mengatakan bahawa kehadiran PPBM akan mengurangkan sokongan terhadap Warisan atau bahasa kasarnya mengancam Warisan adalah tidak tepat, sebaliknya kehadiran PPBM bersama-sama Warisan akan mengancam Umno.

Apa yang pasti, menerusi perkembangan terbaharu ini, PPBM Sabah mempunyai 9 ADUN di Dun Sabah, manakala di Dewan rakyat diwakili 4 MP, di Dewan Negara, 2 senator.

Oleh kerana ADUN PPBM di Dun Sabah, bukan sebahagian daripada Kerajaan Sabah, maka tidak pasti, apa kah mereka ini juga bakal mendapat peruntukan ADUN?, tetapi mereka yang berkedudukan MP adalah pasti mendapat peruntukan parlimen seperti mana ahli parlimen PH yang lain..

Apa yang menjadi tanda tanya, dengan kehadiran PPBM di Sabah, khususnya berhadapan dengan PRU-15, ada lah dari segi pembahagian kerusi. Mungkin pada PRU-15 nanti akan berlaku kerjasama seperti mana PRU-14 lalu, untuk tidak bertembung antara satu sama lain, maka pembahagian kerusi, akan berdasarkan jumlah kerusi yang dimiliki masing-masing. Jika demikian kejadiannya, maka pada PRU-15 akan berulang, di kawasan bumiputera islam akan berlaku pertembungan antara Umno dengan PWS/PPBM/PKR, dan antara GBS berlawan dengan UPKO/PKR/DAP.

Nampaknya PRU-15 semakin meriah... TIDAK SABAR MENUNGGU PRU-15.

PRK SANDAKAN- APA KESAN TERHADAP POLITIK SABAH?

Bandar Sandakan, termasuk dalam Parlimen Sandakan
PRK Sandakan ditetapkan pada 11 Mei, 2019 jika ada pertandingan. Penamaan calon pada 27 April, 2019.

PRK itu terpaksa diadakan kerana kematian penyandang kawasan itu- Mendiang Datuk Wong Tein Fatt daripada parti DAP pada 28 Mac lalu kerana serangan jantung.

Mendiang Wong adalah wakil rakyat kawasan itu selama 2 penggal sejak tahun 2013. Pada PRU tahun 2013, mendiang mengalahkan penyandang kawasan itu Datuk Liew Vui Keong daripada parti LDP sebuah parti komponen Bn Sabah.

Pada PRU lalu, mendiang juga menewaskan calon daripada LDP, dengan peningkatan majoriti lebih 10 kali ganda.

Berasaskan rekod pilihan raya Sabah, Parlimen Sandakan, memang kerap dimenangi Parti DAP, namun kawasan parlimen itu pernah juga dimenangi calon bebas dan calon Barisan Nasional. 

Pada PRU tahun 2004, kawasan itu dimenangi calon bebas, PRU 2008, dimenangi calon BN, PRU 2013 dan 2018 dimenangi calon DAP yang diwakili mendiang Stephen Wong Tein Fatt. 

Pecahan undi parlimen hampir seimbang antara kaum cina dan bumiputera yang berjumlah 40,218 pengundi berdaftar. 

Berasaskan pilihan raya-pilihan raya lalu, hanya sekitar 70 peratus pengundi akan keluar mengundi. Biasanya peratusan kaum cina keluar mengundi lebih tinggi berbanding pengundi bumiputera, sebab itu, mana-mana calon atau parti yang disokong kaum itu, maka akan muncul sebagai pemenang.

Pada PRK kali ini, pengundi kawasan itu akan menentukan parti mana atau calon yang bakal mewakili kawasan parlimen itu, apa kah calon daripada DAP atau parti lain.

Di antara parti yang bakal bertanding di kawasan itu, selain DAP, parti PBS mempunyai potensi yang amat cerah, kerana kemungkin besar, jika parti itu meletakkan calon, maka bakal mendapat sokongan pengundi Bn atau Umno.

Di atas kertas, memang kawasan itu akan dapat dipertahankan oleh parti DAP, namun berasaskan senario politik semasa, pengundi kawasan itu bakal melakukan kejutan.

Apa yang pasti, apapun keputusan PRK itu tidak memberi kesan apa-apa terhadap Kerajaan PH. Mungkin atas asas itu, pengundi kawasan itu akan membuat pertimbangan lain. Politik ada lah seni yang penuh dengan kebarangkalian dan kemungkinan. Sama-sama kita tunggu keputusan pengundi Parlimen Sandakan.

PRK RANTAU- TOKMAT PUNYA PELUANG BESAR PERTAHAN KERUSI

ANGGAPAN Pakatan Harapan, bahawa siapapun calon mereka bakal menang kerana mempertaruhkan undi kaum cina, sebahagian besar undi kaum india, dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi kaum melayu.

PH sangat teruja pada PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson, maka mencalonkan individu yang tidak mengambarkan sebuah negara yang telah merdeka lebih 60 tahun daripada segi penguasaan ilmu, malah penguasaan bahasa kebangsaanpun tersangat rendah, lebih teruk daripada bahasa pasar.

Rakyat secara umum telah sedar, khususnya pengundi muda dan dibuktikan pada PRK Cameron Highlands, Semenyih, bahawa mereka telah menolak calon-calon PH, kerana kesedaran, bahawa kerajaan yang mereka impikan, hanya sebuah kerajaan imajinasi, yang tidak mampu membela mereka. Ikuti Apa Kata Tok Mat.

Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan- Anti Klimaks

Bill pindaan Perlembagaan bagi Perkara 1(2) yang dibaca kali pertama di Parlimen semalam, mendapat kritikan daripada wakil rakyat dan pemimpin pembangkang, khususnya darpada Sabah dan Sarawak.

Melihat kepada kandungan Bill itu, bukan sahaja mengelikan, akan tetapi anti klimaks, jika dihubungkaitkan dengan penceritaan berkaitan MA63, iaitu Perjanjian Pembentukan Malaysia tahun 1963, bukan sahaja telah lama menjadi buah bibir di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak, malah telah diseminarkan, ditulis dalam buku dan dimasukkan dalam manefesto pilihan raya.

Pindaan perlembagaan itu, adalah mengembalikan ke status asal sebelum pindaan tahun 1976. Namun, ianya hanya berupa pindaan atas kertas, kerana tidak membabitkan sebarang perubahan.

Mungkin bill ini sebagai cubaan, apa kah kerajaan yang ada mendapat sokongan 2/3 ahli parlimen; namun cubaan itu tidak mengena, malah mencurigakan semua pihak.

Apa kah Bill tersebut dapat dibaca kali ke-2? kemudiannya Speaker akan menjalankan undi belah bahagi? Sama-sama kita tunggu.

Wednesday, April 03, 2019

IMPAK "FEEL GOOD FACTOR" PADA PRK RANTAU?

Penulis tidak bersetuju bahawa Feel Good Factor mempengaruhi keputusan PRK selepas PRU-14, kerana 3 PRK sebelumnya, PRK Sungai Kandis, PRK Balakong dan PRK Seri Setia dan PRK Port Dickson, dimenangi calon-calon Pakatan Harapan.

Syogianya, jika Feel Good Factor mempunyai impak, maka PH tiada masalah memenangi PRK-PRK seterusnya.

Perkara pokok yang mempengaruhi pengundi pada PRK Cameron Highlands, Semenyih dan bakal beterusan pada PRK Rantau, kerana rakyat atau pengundi telah dapat membandingkan antara PH dan Barisan Nasional (Bn).

Senario sekarang, rakyat atau pengundi khususnya masyarakat melayu dan islam sangat merindui kerajaan Bn.

Pengundi semasa PRU-14, mempunyai harapan tinggi terhadap kerajaan baharu, kerana janji-janji yang ditaburkan, namun selepas hampir setahun, penantian itu tidak kunjung tiba, rakyat terperdaya apabila mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, dikira hujan lebat bakal turun.

Rakyat khususnya daripada golongan pekebun, penoreh, nelayan, peneroka, penjual makanan-minuman, peruncit, pemandu teksi, pendek kata mereka yang termasuk dalam B40, sangat terpukul kerana selain berkurangnya pendapatan, malah terus berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin melambung.

Dasar kerajaan baharu yang tidak mesra rakyat dalam kumpulan B40, malah yang tergolong kantraktor bumiputera, tiada lagi keistimewaan, malah tiada kemampuan lagi bersaing mendapatkan kontrak kerajaan, kerana dasar terbuka kerajaan baharu.

Rakyat dalam kumpulan ini, hanya mengalir air liur mendengar peruntukan berbilion kerajaan, kerana kebanyakan wang itu akan jatuh kepada mereka yang semenangpun berkemampuan, akibat dasar kerajaan, money make money. Dasar kerajaan yang ada, hanya mereka yang mempunyai modal sahaja, boleh bersiang mendapatkan kontrak kerajaan, kerana, atas dasar, sebutharga termurah yang bakal dipilih, atas alasan value for money.

Dasar kerajaan baharu, yang condong kepada orang kaya,  adalah faktor utama, mengapa pengundi tersedar bermula daripada PRK Cameron Highlands, dan kecenderungan ini akan beterusan pada PRK-PRK seterusnya, termasuk di PRK Rantau.

Tuesday, April 02, 2019

PPBM SABAH SIAP SEDIA DILANCAR

SEPERTI dijadualkan, Pelancaran PPBM Sabah di ITCC, Penampang pada Sabtu ini 6 April,2019 berjalan seperti mana disusun atur.

Pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat parti itu di Alam Mesra, Kota Kinabalu, telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan yang dipengerusikan sendiri oleh Pengerusnya- Datuk Hajiji Haji Noor.

Laliman Ahmad, salah seorang ahli Jkuasa tersebut memberitahu penulis, anggaran kehadiran masih 30,000 sepertimana diumumkan sebelum ini.

MOTIF PPBM MASUK SABAH

MOTIF PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah akan lebih jelas menerusi ucapan Perasmian Tun Dr Mahathir pada 6 April,2019.

Memang sepintas lalu, Pengerusi PPBM itu pada 15 Februari semasa mengumumkan keputusan parti itu mengembangkan sayap ke Sabah kerana ramai rakyat Sabah memohon menyertai parti itu termasuklah mantan-mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno.

Pada 6 April akan lebih terang dan pasti, apa kah kehadiran parti itu di Sabah, hanya parti yang bertindak menyokong parti Warisan Sabah dan 3 komponen PH lain, iaitu DAP, PKR dan Amanah?

Jika itulah motif parti itu, maka inya tidak akan berhayat panjang, kerana akhirnya akan ditelan oleh parti-parti yang disokong itu.

Namun, jika parti itu mahu Sabah sebahagian daripada kekuatan, maka ianya memerlukan pemimpin yang kuat. Pemimpin yang kuat merupakan aset sesebuah parti. Pemimpin yang kuat dicerminkan oleh jumlah pengikut dan peminat.

Berasaskan latar belakang penduduk Sabah, biasanya pemimpin yang kuat itu mewakili segmen tertentu rakyat Sabah yang berbilang kaum itu.

Jika PPBM gagal membawa bersama para pemimpin yang mewakili kumpulan besar penduduk Sabah, maka perjalanan parti itu tidak akan ke mana-mana, meskipun parti itu merupakan parti pribumi.

Tun Dr Mahathir, sangat arif berkaitan politik Sabah. Perdana Menteri itu, tahu mana intan mana kaca. 

Seorang pemimpin dan negarawan, seperti Tun Dr Mahathir, tidak akan mengorbankan masa depan dan sokongan kepada parti, kerana rekod-rekod silam. Beliau telah buktikan, bahawa rekod silam, hanya merupakan catitan sejarah, apabila beliau bersama-sama musuh politik beliau berpakat menerusi Pakatan Harapan.

Blog Archive