Sunday, April 21, 2019

PROJEK LANDASAN KERETA API KK-KUDAT KERANA KEMAHUAN BUKAN KEPERLUAN

HANYA kerana tunai janji POLITIK , maka Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Shafie Apdal mahu juga meneruskan projek tersebut dengan anggaran kos RM5.2bilion.

Tidak dinafikan kereta api merupakan alternatif yang lebih murah berbanding pengangkutan biasa menggunakan lori kargo, tetapi ianya PERLU memenuhi SYARAT - mesti digunakan dengan kapasiti penuh.

Jawapan yang diberikan Datuk Peter Anthony kepada pertanyaan ADUN Sibuga- Tan Sri Musa Aman, berkaitan kedayagunaan landasan kereta api itu, menteri infrastruktur Sabah itu memberi tahu, perkhidmatan kereta api itu akan mengangkut kontena-kontena besar daripada Kudat dan Pitas ke Pelabuahan Sepanggar, selain kereta api itu juga digunakan oleh para pelajar, penduduk, selain mengangkut minyak dan diesel daripada Kota Kinabalu ke Kota Marudu, Kudat dan Pitas.

Memang di atas kertas demikian lah tujuan perkhidmatan kereta api, namun berapa jumlah penumpang yang dimaksudkan? berapa jumlah kargo? apa kah ianya menyokong jumlah pelaburan?

Di Semenanjung, perkhidmatan kereta api di bahagian pantai barat, dapat menyokong jumlah pelaburan, kerana adanya jumlah penumpang yang ramai, adanya jumlah kargo yang banyak.

Memang membina landasan kereta api sesuatu yang mustahak, namun apabila mempertimbangkan daripada segi dayaguna serta menyokong jumlah pelaburan, Sabah belum sampai ke tahap itu, atau belum tiba masanya.

Oleh kerana Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan hanya mahu menunaikan janji, bukan atas sebab keperluan, sehinggakan membelakangkan faktor kepentingan perbandingan dengan projek yang lebih mustahak seperti jaringan bekalan air bersih yang masih jauh daripada mencukupi untuk keperluan penduduk Sabah.

Penulis tidak keterlaluan masih beranggapan, untuk tempoh 10-15 tahun daripada sekarang, keperluan pengangkutan kereta api di Sabah, belum lagi sampai ke tahap keperluan, kereta pertimbangan, belum boleh mencapai ke tahap kapasiti penuh, sehinggakan, tidak "viable" daripada segi pelaburan, malah pembinaannya menjadi penghalang kepada projek kemudahan penduduk yang lebih mustahak.

No comments:

Blog Archive