Wednesday, April 03, 2019

IMPAK "FEEL GOOD FACTOR" PADA PRK RANTAU?

Penulis tidak bersetuju bahawa Feel Good Factor mempengaruhi keputusan PRK selepas PRU-14, kerana 3 PRK sebelumnya, PRK Sungai Kandis, PRK Balakong dan PRK Seri Setia dan PRK Port Dickson, dimenangi calon-calon Pakatan Harapan.

Syogianya, jika Feel Good Factor mempunyai impak, maka PH tiada masalah memenangi PRK-PRK seterusnya.

Perkara pokok yang mempengaruhi pengundi pada PRK Cameron Highlands, Semenyih dan bakal beterusan pada PRK Rantau, kerana rakyat atau pengundi telah dapat membandingkan antara PH dan Barisan Nasional (Bn).

Senario sekarang, rakyat atau pengundi khususnya masyarakat melayu dan islam sangat merindui kerajaan Bn.

Pengundi semasa PRU-14, mempunyai harapan tinggi terhadap kerajaan baharu, kerana janji-janji yang ditaburkan, namun selepas hampir setahun, penantian itu tidak kunjung tiba, rakyat terperdaya apabila mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, dikira hujan lebat bakal turun.

Rakyat khususnya daripada golongan pekebun, penoreh, nelayan, peneroka, penjual makanan-minuman, peruncit, pemandu teksi, pendek kata mereka yang termasuk dalam B40, sangat terpukul kerana selain berkurangnya pendapatan, malah terus berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin melambung.

Dasar kerajaan baharu yang tidak mesra rakyat dalam kumpulan B40, malah yang tergolong kantraktor bumiputera, tiada lagi keistimewaan, malah tiada kemampuan lagi bersaing mendapatkan kontrak kerajaan, kerana dasar terbuka kerajaan baharu.

Rakyat dalam kumpulan ini, hanya mengalir air liur mendengar peruntukan berbilion kerajaan, kerana kebanyakan wang itu akan jatuh kepada mereka yang semenangpun berkemampuan, akibat dasar kerajaan, money make money. Dasar kerajaan yang ada, hanya mereka yang mempunyai modal sahaja, boleh bersiang mendapatkan kontrak kerajaan, kerana, atas dasar, sebutharga termurah yang bakal dipilih, atas alasan value for money.

Dasar kerajaan baharu, yang condong kepada orang kaya,  adalah faktor utama, mengapa pengundi tersedar bermula daripada PRK Cameron Highlands, dan kecenderungan ini akan beterusan pada PRK-PRK seterusnya, termasuk di PRK Rantau.

No comments:

Blog Archive