Showing posts with label politik negara. Show all posts
Showing posts with label politik negara. Show all posts

Sunday, July 14, 2019

CAWANGAN PARTI BERASASKAN PDM MEMUDAHKAN PENGURUSAN

Cawangan PPBM berasaskan PDM (Pusat Daerah Mengundi) sebenarnya memudah pengurusan, kerana semasa pilihan raya, yang biasa digunakan adalah PDM.

Menggunapakai PDM mengelak pertindihan arus arahan dan komunikasi, maka ianya mudah untuk mengetahui, jumlah sebenar penyokong.

PPBM Sabah dalam masa terdekat akan memohon kepada ROS untuk membuka 501 cawangan baharu di Sabah, dan semua cawangan itu berasaskan PDM.

Sabah mempunyai 25 kawasan parlimen dan bakal 73 kawasan Dun. 

Parti yang dilancarakan di Sabah pada 6 April, 2019, dan hanya berusia lebih 2 bulan, telah mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Sabah, apabila 25 bahagian secara rasmi ditubuhkan. 

Kini, parti yang dipengerusikan oleh Datuk Hajiji itu, hanya dalam proses pemantapan, kerana barisan organisasi telahpun terbentuk, malah setiap Zon telahpun mempunyai pengerusi masing-masing, termasuk pengerusi-pengerusi biro.

Friday, June 14, 2019

BUANG MASA SIASAT VIDEO SEKS

BUANG masa menyiasat video seks yang memaparkan individu menyerupai Azmin Ali, walaupun pasangannya mengaku. 

Tun Dr Mahathir awal-awal sudah menolak ketulinan rakaman video itu, kerana menurut beliau adalah tindakan bodoh bagi Azmin melakukannya. 

Kenyataan awal Perdana Menteri, adalah isyarat bahawa tidak berbaloi menyiasat sesuatu rakaman palsu. Beliau menekankan lagi, dalam era sekarang video seumpama itu boleh sahaja diada-adakan, malah beliau secara sinis berkata, suatu hari nanti, rakaman seumpama itu memaparkan beliau boleh diwujudkan. 

Di lain pihak pula, Datuk Seri Anwar mahu pihak polis menyiasat rakaman video tersebut. Demikian juga lawan Azmin semasa merebut Timbalan Presiden PKR-Rafizi Ramli. 

Pihak polis dalam persimpangan, mana yang perlu dituruti. Berasaskan kepada senario ini, ada lah diyakini polis akan memilih jalan tengah, win-win, rakaman video itu palsu. Jika demikian apa yang tindakan terhadap Haziq Abdullah Aziz yang beria-ia sangat mengaku beberapa kali melakukan hubungan songsang dengan Azmin? 

Di negara ini, video seumpama ini, hanya tontonan, tidak berimpak terhadap sokongan di peti undi.

Thursday, June 13, 2019

PPBM PERLU PERGIAT TAMBAH AHLI-TUN DR MAHATHIR

TUN DR MAHATHIR menyeru para Ketua Bahagian PPBM mempergiat menambah ahli parti, supaya mempermudahkan aktiviti parti di semua peringkat khususnya akar umbi.

Pengerusi parti itu memberi contoh, pada PRU-14, meskipun parti itu bertanding 52 kawasan parlimen di Semenanjung, akan tetapi hanya menang 13 kerusi. Sebabnya, selain parti masih baru, juga kerana kurangnya keahlian, sehinggakan faktor itu menjadi pengekang untuk menembusi para pengundi.

Di Sabah mempergiat penambahan ahli memang rancak dijalankan, malah Pengerusi Penyalaras PPBM Sabah Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman, yakin pada tahun hadapan, jumlah keahlian parti PPBM Sabah akan mencecah 300ribu.

Di Sabah, parti yang pernah mempunyai keahlian lebih setengah juta adalah Umno Sabah. Namun keahlian parti itu semakin berkurang apabila Parti Warisan Sabah dan PPBM turut sama merancakkan senario politik Sabah.

Pada PRU-14, jelas hampir separuh ahli Umno Sabah telah berpaling tadah, sebab itu, 15 kawasan Dun dan 7 Parlimen yang biasa dimenangi calon parti itu bagi setiap pilihan raya sejak tahun 2004 dimenangi calon-calon Parti Warisan Sabah. Selain itu, kawasan yang ditandingi parti komponen Bn yang mana undi ahli-ahli Umno sangat signifikan juga ditawan parti Warisan Sabah, seperti DUN Tanjong Kapor, Merotai, Tanjung Papat, Karamunting dan Elopura, di peringkat parlimen pula, antara lain parlimen Batu Sapi, Ranau, Tawau, Putatan dan Keningau.

Pada masa sekarang, tidak pasti berapa ramai lagi kah, baki keahlian Umno, kerana Parti Warisan Sabah dan PPBM mengaku masing-masing mempunyai 200ribu ahli. 

Sebelum para ADUN Umno, MP dan senator Umno Sabah serta sebahagian besar ketua-ketua bahagian parti itu keluar beramai-ramai pada 12-12-2018, untuk menjadi bebas, alasan utama mereka, bahawa tidak lagi dapat bertahan dalam parti, kerana sebahagian besar ahli parti telah bertukar perahu.

Sangkaan mereka itu memangpun betul, kerana daripada mana Parti Warisan Sabah dan PPBM mendapat ahli, jika bukan daripada Umno.

Memang di atas kertas, atau dalam rekod, Umno Sabah masih mempunyai lebih 500 ribu ahli, kerana mereka yang menyertai parti lain, tidak mengemukakan surat keluar parti. Hakikat ini lah yang menjadi persoalan, berkaitan status keahlian parti-parti di Sabah, kerana setakat ini, belum ada kaedah "cross check" keahlian antara parti.

Di Sabah, hakikat perlu diterima, bahawa terdapatnya "double memberships" malah "triple memberships".

Kaedah yang boleh digunapakai, apabila tiba pilihan raya, calon parti mana yang mendapat undi banyak atau yang menang dalam pilihan raya.

Untuk PPBM, dalam rangka merekrut keahlian, pastikan, mereka yang memohon menjadi ahli itu, adalah betul-betul penyokong, bukannya hanya di atas kertas, yang bersifat, gergaji serapang mata.

Sunday, April 14, 2019

PRK RANTAU- APA KAH MEWAKILI PERASAAN RAKYAT SECARA UMUM?

KESIMPULAN yang boleh diambil, berpaksikan kepada 3 PRK terakhir, secara umumnya, rakyat negara ini menzahirkan ketidak setujuan mereka terhadap Kerajaan hari ini.

Penulis secara sengaja mengenepikan PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson, kerana PRK itu terlalu awal berlaku, yang mana rakyat secara umunya belum sempat merasai kesan pertukaran kerajaan.

Masa 6 bulan atau lebih, selepas perubahan kerajaan adalah tempoh masa yang dianggap adil untuk rakyat melihat, sedar, dapat merasai sendiri hasil daripada perubahaan kerajaan.

Rakyat di Semenanjung, secara umumnya, telah menunjukkan manifestasi mereka terhadap kerajaan apabila calon kerajaan gagal mempertahankan kawasan sendiri, Dun Semenyih.

Penolakan rakyat itu berterusan di PRK Rantau, kerana bukan sahaja calon kerajaan kalah, malah majoriti kemenangan calon lawan cukup siginifikan.

Jika melihat semula rekod-rekod PRK lampau, biasanya jika berlaku PRK, kalau pun calon kerajaan kalah, akan tetapi kalah dengan majoriti yang kecil. Tetapi biasanya, jika berlaku PRK, calon kerajaan boleh menang, seperti mana PRK Telok Intan sebelum PRU-14, kawasan yang dimenangi pembangkang dengan majoriti yang cukup besar, akan tetapi berjaya dirampas oleh calon kerajaan walaupun dengan majoriti kecil.

Di Semenanjung tidak dapat disangkal, bahawa rakyat di Tanah Melayu itu secara umumnya telah menunjukkan pendirian mereka, khususnya kaum melayu dan islam. 

Apa kah manifestasi rakyat Semenanjung itu berlaku juga di Sabah dan Sarawak? akan di lihat pada PRK Sandakan pada 11 Mei, 2019.

Kawasan Sandakan boleh dikatakan wilayah DAP sejak dahulu kala, walaupun sekali sekala diwakili calon lain seperti calon bebas dan Bn. Sejak kemasukkan Umno ke Sabah pada tahun 1991, 3 kali  kawasan itu dimenangi calon Bn, iaitu pada pada tahun 1995,1999 dan  2008, menerusi calon Bn/LDP.(penulis berterima kasih pada mantan Setiasuaha Politik Kementerian Kewangan Sabah era Bn- Puan Maizatul Akma, kerana memberi input pembetulan fakta).

Melihat rekod kawasan Parlimen Sandakan, dan senario politik negeri Sabah, di atas kertas kawasan itu bakal dimenangi calon DAP, apatah lagi sekarang, DAP merupakan sebahagian daripada Kerajaan, rekod juga menunjukkan bahawa kawasan itu boleh dimenangi calon lain, seperti mana berlaku pada PRU 1995, 1999 dan 2008.

Jika melihat kepada kecenderungan pengundi Semenanjung, apa kah keputusan PRK Sandakan akan berlaku kejutan?

Di Sabah, mata tertumpu di PRK Sandakan, kerana untuk pertama kalinya, para pemimpin PPBM akan menjadi sebahagian jentera PH di Sabah. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) DAP menang dengan majoriti 10,098 undi.

Saturday, April 13, 2019

RUU PINDAAN PERKARA 1 (2) PERLEMBAGAAN- BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

TIADA ungkapan yang lebih sesuai selain BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH, berkaitan tewasnya RUU pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Mencari siapa salah, siapa yang menggagalkan, atau siapa yang paling betul TIDAK lagi relevan, kerana perkara lalu sudahpun berlalu. 

Keadaan di Dewan Rakyat pada 9 April, 2019 tepat 10.25 malam atau 22.25hours, wakil rakyat menyokong 138, berkecuali 59, tidak mengambil bahagian 8 dan tidak hadir 16. Menerusi bilangan yang menyokong, kurang 10 undi, maka dengan sendirinya RUU Pindaan 2019 itu, tidak perlu dibaca kali ke-3, ertinya ditolak atau ditewaskan.

Apa yang perlu sekarang adalah bergerak ke depan. Jangan matikan mengembalikan MA63, kerana jika ianya telah berakhir, maka akan digali kemudian hari, bahawa pembentangan RUU itu bersifat perangkap dan tiada keikhlasan.

Kepada pihak menyediakan deraf pindaan itu, penulis mengerti, ianya dilaksanakan dengan penuh kesadaran, sesuai dengan kemampuan pengetahuan dan ilmu manusia, namun apapun perancangan manusia, Tuhan jua yang menentukan.

Perancangan manusia berkaitan RUU itu, walaupun seramai 46 wakil rakyat membahasnya, malah MP Beluran semasa bangun menyokong RUU itu yang membawa mesej ORI Sabahan, pun demikian, RUU itu tidak berjaya mendapat undi 148, undi 2/3 seperti mana diperlukan.

Apa yang boleh dipelajari atau menjadi tauladan  kepada mana-mana kerajaan jika tidak mempunyai kuasa 2/3 dan memerlukan sokongan daripada pembangkang, perkara pokok yang perlu diambil, adalah situasi MENANG-MENANG. lenyapkan perasaan ego atau sewaktu dengannya, dan perlu bergerak bersama ke arah satu tujuan.

Kepada Menteri Undang-Undang Persekutuan, Datuk Liew Vui Keong, perhalusi lagi apa yang telah berlaku, ambil lah kegagalan pertama itu sebagai langkah pertama untuk berjaya.

Wednesday, April 10, 2019

PRK RANTAU: PEMBUNUHAN KARAKTER TOK MAT-PILIHAN LAWAN

APABILA jentera PH menyedari menyerang kerjasama Umno/Bn-Pas bukan sahaja tidak menyebelahi mereka, akan tetapi memberi impak positif kepada Tok Mat, akhirnya mereka mengubah strategi kempen kepada serangan pribadi.

Menimbulkan semula kriman wang RM10juta, mendakwa Tok Mat mempunyai rumah ala minangkabu di Seremban, merupakan taktik terdesak jentera PH.

PRK Rantau, pada 13 April, akan ditentukan oleh lebih 20ribu pengundi, yang mana 10ribu adalah pengundi melayu dan islam.

Sejak TOK MAT bertanding pada tahun 2004, majoriti kemenangan beliau sentiasa berkurang, atas sebab ada pengundi kaum melayu dan islam menyokong parti lawan.

Apa kah serangan pribadi terhadap Tok Mat berapa peratus lagi kah pengundi kaum melayu dan islam terpengaruh?

Pada PRK Rantau, tidak pasti sejauh mana sokongan Pas, kerana tiada indikasi mengenainya, kerana parti itu tidak bertanding di Dun itu sejak Tok Mat bertanding.

Sandaran Utama Tok Mat adalah pengundi melayu dan islam. Pengundi cina tiada harapan menyokong apa tah lagi keahilan MCA di kawasan itu hanya sekitar 900. Demikian juga kaum india, walaupun kaum itu kelihatan menyenangi Tok Mat, tetapi akhirnya mereka akan juga mengundi PH.

Kemenangan boleh berpihak kepada Tok Mat, jika pengundi melayu dan islam turun mengundi "full force", iaitu, lebih 80% turun mengundi.

Tumpuhan 72 jam terakhir bagi jentera Bn, untuk memastikan kemenangan, adalah head count pengundi kaum melayu dan islam, menerusi perjumpaan bersemuka, termasuk meminta mereka yang ada saudara di luar Rantau untuk kembali mengundi.

Tuesday, April 09, 2019

KERAJAAN GAGAL PINDA PERLEMBAGAAN- SILAP SIAPA?

Setelah berbahas berjam-jam, Rang Undang Undang (RUU) pindaan perlembagaan perkara 1(2) perlembagaan Malaysia yang dibentang oleh PM tidak mendapat 2/3 undi dalam pengundian sebentar tadi.

Saya tidak salahkan PM kerana yang membuat draf RUU ini adalah Menteri Undang-Undang, Datuk VK Liew, yang nyata gagal memahami kehendak sebenar ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam isu pindaan perlembagaan ini. Menteri ini gagal memberi maklumat yang betul kepada PM!

Walaupun Rang Undang-Undang ini satu langkah besar Tun Mahathir yang patut diberi pujian, namun ianya gagal kerana intipatinya tidak mewakili apa yang Sabah dan Sarawak mahukan. Malah ianya akan memberi lebih banyak kesulitan kerana tafsiran kandungannya yang tidak menentu!

Pada pandangan saya, Menteri Undang-Undang patut menasihati PM untuk menerima cadangan ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak (dan beberapa ahli parlimen pembangkang dari semenanjung) untuk membawa RUU ini ke Jawatankuasa Pemilih (Select Committee) parlimen untuk tujuan memperhalusi corak bahasa dan ayat-ayat RUU ini. 

Kekalahan kerajaan PH dalam pengundian ini bermakna Menteri Undang-Undang tidak membuat “kerja rumah” sebelum PM bentangkan RUU ini. Dia tidak peka terhadap sentimen MP-MP.

Sebenarnya Datuk VK Liew tahu bahawa beliau perlukan sokongan MP pembangkang untuk mendapat jumlah 2/3 undi! Kenapa dia tidak mahu berkompromi walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat undi 2/3 dan malukan PM? Sudah beberapa hari ahli-ahli parlimen pembangkang memberi isyarat dan signal kepada Datuk VK Liew untuk berkompromi dan membawa RUU ini ke Select Committee. Tidak ada ruginya kalau dia bersetuju kerana ini adalah RUU yang akan mengubah landskap persekutuan negara kita buat selama-lamanya. Kalaulah dibawa ke Select Committee, semua pihak akan menang dan tentunya PM akan mendapat pujian daripada semua pihak. 

Agreeing to send the bill to Parliamentary Select Committee, as suggested by the opposition, could have and would have saved the Govt from a bungling and embarrasing defeat of this crucial constitutional amendment of Article 1(2).

Abdul Rahman Dahlan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

090419
-end-

Saturday, April 06, 2019

DUA CARA JATUHKAN PERDANA MENTERI

Kaedah pertama adalah menerusi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri semasa sidang Dewan Rakyat; kaedah kedua Desakan untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan oleh parti yang dipimpin Perdana Menteri itu sendiri, seperti yang pernah berlaku ke atas Abdullah Ahmad Badawi.

Melihat keadaan sekarang, jika ada pihak yang mempunyai niat memaksa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, sudah tentu daripada PKR, kerana isyarat itu dilakukan sendiri Nurul Izzah, menerusi protes apabila meletakan semua jawatan samada berkaitan parti atau kerajaan, walaupun membuat U-Turn sebagai anggota PAC.

Jika kaedah pertama dilaksanakan, apa kah pihak yang mengusulkan bakal mendapat 112 sokongan, jumlah minimum yang diperlukan? 

PH bersama Parti Warisan Sabah dan UPKO mempunyai 139 kerusi parlimen. Daripada 139 itu, 26 kerusi adalah daripada parti Tun Dr Mahathir. Jika undi tidak percaya dilaksanakan, adalah diyakni 26 kerusi Bersatu akan menolak usul itu, katakan lah yang menyokong adalah bakinya. Baki itu berjumlah 113, dan ianya mencukupi memaksa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan.

Jika ada pihak yang mahu memaksa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, maka akan memilih undi tidak percaya, kerana ianya lebih cepat dan efektif berbanding cara ke-2.

Masih ada 5 hari lagi baki persidangan untuk sesi kali ini. Ertinya undi tidak percaya itu perlu dilakukan antara 8-11 April, 2019. 

Jika benar lah ada gerakan menjatuhkan Tun Dr Mahathir, apapun tidakan beliau termasuk menarik balik tandatangan terhadap STATUT ROM, tidak akan memberi kesan kepada gerakan tersebut.

Tetapi penulis tidak yakin, adanya gerakan seumpama itu, kerana berasaskan senario sekarang, meskipun di atas kertas, pihak mengusul itu boleh mendapat undi 113, tetapi secara praktikalnya ianya tidak akan berlaku.

Senario lain pula, jumlah kerusi yang membangkang kerajaan sekarang adalah 83, jika ditambah 26 akan berjumlah 109, dan hanya memerlukan sokongan 3 MP untuk mengagalkan usul tidak percaya itu. 

Walaupun apa yang bakal berlaku, lebih baik menunggu kejadian itu, kerana politik itu sendiri merupakan seni yang penuh dengan misteri.

Friday, April 05, 2019

PRK RANTAU- TOKMAT PUNYA PELUANG BESAR PERTAHAN KERUSI

ANGGAPAN Pakatan Harapan, bahawa siapapun calon mereka bakal menang kerana mempertaruhkan undi kaum cina, sebahagian besar undi kaum india, dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi kaum melayu.

PH sangat teruja pada PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson, maka mencalonkan individu yang tidak mengambarkan sebuah negara yang telah merdeka lebih 60 tahun daripada segi penguasaan ilmu, malah penguasaan bahasa kebangsaanpun tersangat rendah, lebih teruk daripada bahasa pasar.

Rakyat secara umum telah sedar, khususnya pengundi muda dan dibuktikan pada PRK Cameron Highlands, Semenyih, bahawa mereka telah menolak calon-calon PH, kerana kesedaran, bahawa kerajaan yang mereka impikan, hanya sebuah kerajaan imajinasi, yang tidak mampu membela mereka. Ikuti Apa Kata Tok Mat.

Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan- Anti Klimaks

Bill pindaan Perlembagaan bagi Perkara 1(2) yang dibaca kali pertama di Parlimen semalam, mendapat kritikan daripada wakil rakyat dan pemimpin pembangkang, khususnya darpada Sabah dan Sarawak.

Melihat kepada kandungan Bill itu, bukan sahaja mengelikan, akan tetapi anti klimaks, jika dihubungkaitkan dengan penceritaan berkaitan MA63, iaitu Perjanjian Pembentukan Malaysia tahun 1963, bukan sahaja telah lama menjadi buah bibir di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak, malah telah diseminarkan, ditulis dalam buku dan dimasukkan dalam manefesto pilihan raya.

Pindaan perlembagaan itu, adalah mengembalikan ke status asal sebelum pindaan tahun 1976. Namun, ianya hanya berupa pindaan atas kertas, kerana tidak membabitkan sebarang perubahan.

Mungkin bill ini sebagai cubaan, apa kah kerajaan yang ada mendapat sokongan 2/3 ahli parlimen; namun cubaan itu tidak mengena, malah mencurigakan semua pihak.

Apa kah Bill tersebut dapat dibaca kali ke-2? kemudiannya Speaker akan menjalankan undi belah bahagi? Sama-sama kita tunggu.

Wednesday, April 03, 2019

IMPAK "FEEL GOOD FACTOR" PADA PRK RANTAU?

Penulis tidak bersetuju bahawa Feel Good Factor mempengaruhi keputusan PRK selepas PRU-14, kerana 3 PRK sebelumnya, PRK Sungai Kandis, PRK Balakong dan PRK Seri Setia dan PRK Port Dickson, dimenangi calon-calon Pakatan Harapan.

Syogianya, jika Feel Good Factor mempunyai impak, maka PH tiada masalah memenangi PRK-PRK seterusnya.

Perkara pokok yang mempengaruhi pengundi pada PRK Cameron Highlands, Semenyih dan bakal beterusan pada PRK Rantau, kerana rakyat atau pengundi telah dapat membandingkan antara PH dan Barisan Nasional (Bn).

Senario sekarang, rakyat atau pengundi khususnya masyarakat melayu dan islam sangat merindui kerajaan Bn.

Pengundi semasa PRU-14, mempunyai harapan tinggi terhadap kerajaan baharu, kerana janji-janji yang ditaburkan, namun selepas hampir setahun, penantian itu tidak kunjung tiba, rakyat terperdaya apabila mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, dikira hujan lebat bakal turun.

Rakyat khususnya daripada golongan pekebun, penoreh, nelayan, peneroka, penjual makanan-minuman, peruncit, pemandu teksi, pendek kata mereka yang termasuk dalam B40, sangat terpukul kerana selain berkurangnya pendapatan, malah terus berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin melambung.

Dasar kerajaan baharu yang tidak mesra rakyat dalam kumpulan B40, malah yang tergolong kantraktor bumiputera, tiada lagi keistimewaan, malah tiada kemampuan lagi bersaing mendapatkan kontrak kerajaan, kerana dasar terbuka kerajaan baharu.

Rakyat dalam kumpulan ini, hanya mengalir air liur mendengar peruntukan berbilion kerajaan, kerana kebanyakan wang itu akan jatuh kepada mereka yang semenangpun berkemampuan, akibat dasar kerajaan, money make money. Dasar kerajaan yang ada, hanya mereka yang mempunyai modal sahaja, boleh bersiang mendapatkan kontrak kerajaan, kerana, atas dasar, sebutharga termurah yang bakal dipilih, atas alasan value for money.

Dasar kerajaan baharu, yang condong kepada orang kaya,  adalah faktor utama, mengapa pengundi tersedar bermula daripada PRK Cameron Highlands, dan kecenderungan ini akan beterusan pada PRK-PRK seterusnya, termasuk di PRK Rantau.

Saturday, March 23, 2019

MENGAPA SOLADIRITI PERDAMAIAN ANJURAN MUHAHID YUSOF RAWA TIADA SAMBUTAN?

MENGAPA soladiriti perdamaian anjuran Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tidak mendapat sambutan? sedangkan acara itu telah diwar-warkan di media massa termasuk di corong-corong radio yang mengetengahkan Muhajid merayu orang ramai untuk ikut serta?

Soladiriti Perdamaian itu yang dimulakan di Kompleks Sogo kemudian berarak ke Dataran Merdeka pada Sabtu, 23 Mac, sempena pembunuhan ganas oleh seorang rakyat Austarlia di 2 Masjid di New Zealand pada 15 Mac ketika umat islam sedang solat jumaat. Kejadian itu mengorbankan 50 jemaah termasuk seorang rakyat Malaysia dan mencderakan 48 jemaah yang lain.

Semalam, semasa solat Jumaat di New Zealand, untuk pertama kalinya siaran Azan di kumandang di TV dan Radio di negara itu untuk menunjukkan soladiriti kepada umat islam, malah semasa masa solat di masjid Christchurch, New Zealand, Perdana Menteri negara itu Jacinda Ardern turut hadir.

Rupanya, musibah yang dialami umat islam di New Zealand yang cuba diambil peluang oleh pemimpin kerajaan hari ini, gagal mendapat sambutan. Mungkin rakyat tahu, maksud di sebalik himpunan soladiri perdamaian itu, bukan kerana peristiwa pembunuhan di New Zealand, akan tetapi bermatlamat politik.

Melihat kepada sambutan yang mengewakan, maka pemimpin negara ini perlu sedar, menggunakan agama untuk tujuan politik tidak akan mendapat sambutan.

DISEBALIK TINDAKAN TURUN IZZAH ANWAR

DISEMBER,2018 Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan naib presiden, pengerusi PKR Pulau Pinang serta pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia. Semalam pula meletakkan jawatan sebagai anggota PAC, dengan alasan tidak bersetuju Datuk Dr Ronald Kiandee meneruskan jawatan Pengerusi. Sebelum ini beliau dan MP Segambut memprotes keputusan Perdana Menteri kerana mengekalkan Ronald.

Janji PH, apabila parti itu memerintah, Pengerusi PAC hendaklah daripada blok pembangkang. Sebelum ini Ronald adalah MP Beluran daripada Umno, namun keluar daripada parti itu untuk menjadi MP bebas sebelum berpindah menjadi ahli PPBM sebuah parti dalam Kerajaan PH.

Penulis mencuba menganalisis apa sebenarnya disebalik tindakan MP Permatang Pauh itu? Nurul mewakili reformasi, mewakili generasi muda pasca reformasi. Pengundi muda melebihi 30% undi berdaftar negara. Kerana faktor pengundi muda juga lah Bn kehilangan kuasa selepas 60 tahun.

Apa kah menerusi tindakan Nurul itu, beliau mahu generasi yang beliau wakili mngendurkan sokongan terhadap PH? Jika itu lah maksudnya, mengapa? sedangkan parti yang beliau sertai, telah berjuang sejak tahun 1998 untuk menjadikan ayah beliau dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Apa kah beliau terhidu, bahawa perjuangan itu tidak akan menjadi kenyataan? maka adalah memadai ayah beliau dibersihkan daripada semua tuduhan dan kini sudah menjadi Presiden PKR dan seorang ahli Parlimen.

Apa sebenarnya cuba ditonjolkan oleh anak Anwar itu secara individu? kerana dalam arena politik, dalam konteks negara kita, bagai mana hebatnya sosok individu, tanpa peranan baik dalam parti atau pun kerajaan, tidak akan pergi jauh.

Kalau dilihat secara tersurat, tindakan anak Anwar itu, merupakan protes dengan menunjukkan perbuatan merajuk. 

Pada hakikatnya, setuju atau tidak, tindakan Nurul melepaskan semua jawatan pada Disember, 2018 walaupun masih kekal sebagai MP, maka sebagai impaknya, calon PH di 2 PRK terakhir, iaitu Cameron Hinghlands dan Semenyih calon-calon kerajaan telah kalah. Walaupun kekalahan itu diwar-warkan sebagai impak kerjasama antara Umno dan Pas.

Menerusi perkembangan terbaharu, apa kah perletakkan jawatan Nurul sebagai anggota PAC, akan turut sama berimpak pada PRK Rantau 13 April?

Dalam senario politik semasa, kedudukan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir cukup kuat, walaupun belum mempunyai kuasa 2/3 di dewan rakyat, namun parti itu, mendapat sokongan moral daripada GPS Sarawak dan GBS, Sabah ertinya kerajaan PH tiada halangan mengubah perlembangaan kerana bakal disokong 2/3 ahli Dewan Rakyat.

Nurul tahu bahwa kerajaan PH amat kuat, jika dilihat secara tersurat, impak beliau secara individu hanya bersifat seperti melukut di tepi gantang. Dalam senario demikian apa sebenar yang ditunjukkan oleh MP Permatang Pauh itu secara tersirat???

Friday, March 22, 2019

KES SRC: DISEBALIK SEBUTAN SEMULA TUDUHAN TERHADAP DATO SERI NAJIB

MENGAPA berlaku sebutan semula kes SRC membabitkan Dato Seri Najib? Sebabnya terdapatnya fakta undang-undang serius yang boleh menyebabkan tuduhan terhadap mantan Perdana Menteri itu terbatal.

Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan berkata terdapat kemungkinan perbicaraan kes itu diisytiharkan terbatal berikutan terdapat isu-isu baru di hadapan mahkamah dan menegaskan tiada taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan oleh Najib.

Berasaskan kepada perkembangan baru itu, maka pihak pendakwa terpaksa membuat tuduhan semula, dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 3 April sebagai sebutan semula.

Pada 4 Julai 2018, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama dari dana serupa.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 33 hari bermula 12 Feb hingga 28 Feb dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraan kes itu bagaimanapun ianya ditangguhkan kerana terdapatnya isu perundangan yang serius yang membolehkan DS Najib memfailkan penangguhan.

Thursday, March 21, 2019

AKAN TAMAT KAH TINDAKAN LOMPAT PARTI DI NEGARA INI?

AMALAN lompat parti atau bertukar parti tidak akan tamat di negara ini, selagi kebebasan berpersatuan seperti mana terkandung dalam  Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan masih kekal.

Tindakan lompat parti membawa 2 makna- lompat parti menyebabkan sesebuah parti hilang kerajaan, dan lompat parti kerana hijrah yang tidak mempunyai impak kepada parti yang ditinggalkan.

Persoalan utama di negara ini, apabila seseorang wakil rakyat yang dipilih apabila mengosongkan kerusi sebelum tamat tempoh sepenggal dilarang bertanding semula, namun jika undang-undang menghalang ini dimansuhkan, maka mungkin isu lompat parti tidak menjadi persoalan, kerana wakil yang melompat boleh bertanding semula menerusi pilihan raya kecil.

SPR perlu mengubah undang-undang ini, apabila seseorang mengubah parti dengan apa cara pun, sebelum tempoh masa, maka secara automatik kawasan yang diwakili kosong, dan PRK perlu diadakan, dan wakil rakyat yang melompat itu boleh bertanding semula.

Isu lompat parti bergema semula selepas PRU-14, apabila Kerajaan Sabah yang dibentuk pada 10 Mei, 2018 tumbang, ekoran 6 ADUN daripada kerajaan yang menubuhkan kerajaan tersebut berpaling tadah, menyokong parti lawan, kerana mereka ini tidak dilantik pada kedudukan menteri atau pembantu menteri. 

6 ADUN Bn itu dijanjikan kedudukan apabila menyeberang atau melompat, namun apabila mereka bertindak demikian, hanya seorang dilantik ke jawatan  Menteri dan seorang pembantu Menteri, manakala yang lain dibiarkan melopong, namun kata peribahasa, nasi sudah menjadi bubur, mereka tiada jalan pulang lagi.

Ekoran insiden lompat parti 6 ADUN Bn pada 11 Mei,2018 gema lompat parti yang menyebabkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1994, kembali melakar drama politik Sabah.

Walaupun BN Sabah sudah mengumumkan membentuk kerajaan dan mengangkat sumpah Ketua Menteri, selepas mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan STAR, lewat malam 10 Mei,2018.

ADUN BN lompat parti

Bezanya kali ini ADUN BN melompat parti kepada WARISAN. Pada 1994, BN menerima ADUN PBS yang melompat hingga memaksa Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengundur diri sebagai Ketua Menteri dan menyerahkan kuasa kepada BN.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 1994, PBS kembali membentuk kerajaan selepas mendapat majoriti mudah 25 kerusi daripada 48 kerusi DUN ketika itu, manakala baki 23 kerusi dikuasai BN.

Bagaimanapun, kerajaan PBS ketika itu hanya bertahan dua minggu selepas sebahagian besar wakil rakyatnya melompat menyertai BN dengan dimulai oleh tiga pemimpinnya iaitu Datuk Lajim Ukin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Zaini Mat Isa (ADUN dilantik).

Tindakan mereka kemudian diikuti pemimpin lain termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Bernard Dompok dan Setiausaha Agung, Tan Sri Joseph Kurup yang masing-masing menubuhkan UPKO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), selain adik Pairin sendiri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Selepas insiden lompat-melompat itu, PBS akhirnya hanya mempunyai tiga wakil rakyat, iaitu Pairin, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Datu Amirkahar Datu Mustapha sekali gus memaksa Pairin melepaskan jawatan Ketua Menteri pada 17 Mac 1994.

Selain drama lompat-melompat parti, satu lagi situasi hampir sama turut berlaku selepas PRU-14, iaitu proses angkat sumpah Ketua Menteri di Istana Negeri yang terpaksa ditangguhkan hingga lewat malam.

Selepas mengumpul 31 ADUN untuk membentuk majoriti mudah, Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman datang menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, petang 10 Mei, bagaimanapun, konvoi Musa terpaksa berpatah balik ke kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya kira-kira sejam kemudian sebelum sekali lagi ke Istana Negeri pada kira-kira jam 8 malam, namun proses angkat sumpah hanya dapat dijalankan pada kira-kira jam 11 malam.

Pada 1994, Pairin terpaksa menunggu hampir 36 jam di luar Istana Negeri kerana tidak dibenarkan memasuki kawasan istana sebelum dapat mengangkat sumpah.

Wednesday, March 20, 2019

TAHUN-TAHUN MENDATANG- AKAN BERAPA JUTA KAH PENDUDUK SABAH?

TIADA pemerintahan di Sabah sebelum ini, terdapatnya banyak sangat berlaku kebakaran di rumah-rumah yang didiami pendatang asing. 

Sehingga ke hari ini sebanyak 16 kebakaran koloni PTI, dan ironinya, tiada yang membabitkan kemalangan jiwa, malah barangan yang ada nilai diselamatkan, kecuali dokumen pengenalan diri.

Pada awal kemerdekaan, penduduk Sabah kurang 700ribu, malah tahun 1970 berjumlah 631ribu. Jika berpandukan pada pertumbuhan penduduk normal 2.2% setahun, penduduk Sabah pada tahun 2018 (48 tahun kemudian) seharusnya hanya berjumlah 1.754juta, dan jika berasaskan kepada pertumbuhan nasional (1.4%), maka penduduk Sabah berjumlah 1.212juta pada tahun 2018, namun kini penduduk Sabah berjumlah 3.9juta yang mewakili hampir 4% pertumbuhan setahun, bersamaan dengan pertumbuhan penduduk tertinggi dunia, 3.83% yang berlaku di Selatan Sudan.

Jika pertumbuhan penduduk Sabah seperti mana kadar sekarang dan ditambah dengan kehadiran PTI, penduduk Sabah 10 tahun akan datang akan berjumlah 5.9juta jiwa. Persoalanya, daripada sekian ramai penduduk Sabah, berapa peratus kah penduduk asal? dan berapa banyak lagi kawasan persempadan pilihan raya bakal dimenangi penduduk asal? tepuk dada tanya selera.

Tuesday, March 19, 2019

PRK RANTAU PENANDA ARAS POLITIK TANAH AIR

KAWASAN seperti Rantau bakal menentukan hala tuju politik negara. Sebabnya, kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan campuran, (melayu=51%, Cina=18% dan India=28%) akan menjadi penanda aras politik tanah air.

Pihak mana yang menang pada PRK Rantau sebenarnya mewakili masyarkat majemuk negara.

Dalam senario politik sekarang, peluang antara PH dan Bn/Pas adalah seimbang, kerana PH selain menguasai Kerajaan Negeri akan tetapi juga Persekutuan. Di lain pihak pula, calon Bn/Pas adalah Datuk Muhammad Hassan, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, telah wakili kawasan itu berpenggal, dan kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi Bn dan Presiden Umno.

Bn/Pas melihat jika PRK Rantau berpihak kepada dua parti itu, maka menggambarkan rakyat majemuk negara ini, menaruh kepercayaan kepada kerjasama Umno-Pas, yang ramai pihak sebelum ini beranggapan tidak akan berlaku. 

Di lain pihak pula, PH mengharapkan kemenangan, untuk menggambarkan bahawa rakyat berbilang kaum negara, menyokong kerajaan PH.

PRK Rantau, sangat berbeza dengan PRK Cameron Highlands dan Semenyih, kerana dua PRK itu didominasi oleh satu kumpulan rakyat majoriti. Kemenangan Bn/Pas di 2 PRK terakhir itu, menunjukkan keterpaduan kaum melayu/bumiputera dalam menyahut kerjasama 2 parti terbesar kaum melayu tersebut.

Walaupun PRK Rantau dilihat sebagai penanda aras politik tanah air, namun menerusi PRK itu mempunyai erti yang sangat mendalam bagi PH, kerana PH mempunyai misi jelas mahu menebus kekalahan di 2 PRK sebelumnya. PH yang menerajui Kerajaan Persekutuan, tidak sanggup mengalami kekalahan lagi, kerana jika kalah lagi, maka sokongan terhadap pakatan itu bakal merundum.

Pemimpin yang sangat terdesak menerusi PRK ini, tidak lain tidak bukan, adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana calon PH adalah daripada parti beliau. Anwar secara secara tersirat, mahu menunjukkan, bahawa beliau adalah pemimpin yang berwibawa dalam PH, jika calon parti beliau menang kali ini, kerana calon daripada DAP dan PPBM telahpun tewas.

Sepanjang kempen yang akan bermula pada 30 Mac, sehingga pukul 12 malam 12 April, kita akan menyaksikan, Presiden PKR itu seolah-olah calon yang bertanding. Beliau akan mempergunakan semua kemahiran beliau dalam arena poltik, untuk memang.

Kemenangan calon PH pada PRK Rantau membawa erti yang sangat dalam terhadap MP Port Dickson itu, kerana menerusi kemenangan itu akan menjadi katalis kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri, kerana PH menjumpai penawar atau solusi kepada kerjasama Umno-Pas.

Senario politik di Semenanjung, gema atau fenomena kerjasama Umno-Pas bukan sahaja dirasakan diperingkat kepimpinan 2 parti itu, malah telah melebar hingga ke akar umbi.

Ramai pemerhati politik, menganggap jika kerjasama itu terus mantap, 2 parti itu bakal menguasai sekurang-kurangnya 101 kawasan-kawasan yang didiami pengundi kaum melayu daripada 165 kawasan parlimen di Semenanjung.

Tuesday, March 12, 2019

MANTRA SALAHKAN NAJIB-TIADA BISA LAGI

MANTRA salahkan Dato Seri Najib Razak sudah tidak berbisa lagi. Mereka yang masih menganggap mantra itu berbisa sebenarnya dalam keadaan ilusi.

Di kalangan pengundi melayu, mantra menggunakan Najib dianggap sebagai agenda politik, meskipun mantan Perdana Menteri itu menghadapi berbagai tuduhan di mahkamah berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Rakyat majoriti sangat terkesan akibat hala tuju kerajaan yang tidak menentu, selain pendekatan yang tidak merakyat.

Hujah menyalahkan gaji kakitangan awam sebagai punca peningkatan sara hidup, adalah salah satu hujah yang menambah ketidak yakinan rakyat kepada kerajaan. Apa tah lagi rancangan kerajaan mengurangkan jumlah kakitangan awam secara berperingkat.

Rakyat tertanya-tanya, mengapa kah kerajaan dahulu dengan jumlah kakitangan yang sama, ekonomi negara terus meningkat, kadar defisit negara berkurangan, pelabur asing datang melabur, indeks bursa saham Kuala Lumpur boleh mencecah di atas 1800 mata.

Sebelum PRU-14, para pemimpin kerajaan hari ini begitu bersemangat sekali berdegar-degar menyalahkan GST sebagai punca kenaikan harga barang dan seterusnya peningkatan sara hidup. Pada masa itu mereka berhujah dengan lantang sekali, GST akan ditukar semula kepada SST, dan seterusnya akan menurunkan harga barang, namun selepas 9 bulan pelaksanaan SST, harga barangan bukan sahaja terus meningkat, malah kenaikkan lebih tinggi berbanding semasa "regim GST".

Rakyat majoriti, khususnya mereka yang berada dalam kumpulan B40 sangat terasa impaknya, kerana apa yang mereka harapkan, hanya tinggal harapan.

Dalam keadaan sekarang, apapun tindakan kerajaan, adalah sukar sudah untuk rakyat terima, kerana mereka dapat membandingkan apa yang mereka dapat atau rasakan antara dua kerajaan.

Walaupun belum ada kajian bagai mana penerimaan rakyat terhadap kerajaan yang ada, namun secara kasarnya dapat dilihat menerusi dua PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Kerajaan PH masih segar dengan kemenangan, namun ditolak pada 2 PRK terakhir. 4 PRK sebelumnya, rakyat masih memberi peluang berbulan madu, namun selepas itu, mereka tersedar, bahawa mereka hanya dijadikan sebagai batu loncatan mengubah kerajaan, dan kerajaan yang mereka ubah, bagaikan penukul milik mereka , menukul kepala sendiri.

Perasaan rakyat, khususnya kaum melayu, tidak terbendung lagi, apatah lagi menyaksikan bagai mana pelakuan kerajaan hari ini terhadap kaum melayu di Pulau Pinang, dalam isu PPR Taman Manggis yang terpaksa berteduh di Bangunan KOMTAR, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Perasaan kaum melayu bakal diterjemakan menerusi perpaduan antara Umno dan Pas, kerana hanya menerusi 2 parti itu, kaum melayu bakal terbela di tanah airnya sendiri.

BERPADUNYA UMNO-PAS: BUKAN PUNCA RAKYAT BERPECAH

HAKIKAT yang sebenarnya, rakyat yang menyokong Umno-Pas adalah kaum melayu. 

Peratusan kaum melayu yang menyokong 2 parti itu tidak kurang 70% seperti mana digambarkan menerusi PRU-2008, 2013 dan 2014.

Bezanya, pada 3 PRU itu, melayu tidak berpadu menyokong secara gabungan Umno-Pas, tetapi berasingan. Dalam keadaan sokongan kaum melayu sedemikian, tiada pihak yang mengatakan senario merupakan punca rakyat berpecah, menjauhkan kaum melayu dengan kaum lain. 

Kini timbul dakwaan, apabila Umno-Pas berpadu menerusi PERPADUAN UMMMAH, maka berbagai tuduhan terhadap keterpaduan itu sebagai faktor perpecahnya rakyat Malaysia.

Sepatutnya dalam dunia demokrasi, jika sesuatu kaum berpadu untuk mencapai matlamat yang sama, ianya sebahagian dalam dunia demokrasi. 

Di Negara ini, seperti mana fakta menerusi 3 PRU lalu, kaum cina dan india tidak kurang 80% bulat menyokong parti yang berkolaborasi dengan DAP di kawasan-kawasan yang ditandingi parti-parti itu, malah mencapai 90% bagi calon parti itu, namun mereka tidak mendakwa bahawa senario itu bukan memecahkan rakyat Malaysia atau menjauhkan kaum cina dan india dengan kaum lain, melainkan ianya adalah tuntutan demokrasi.

Mengapa, jika Umno-Pas berpadu hanya bermula pada PRK Cameron Highlands dan diteruskan di PRK Semenyih seterusnya di PRK Rantau selain akan berlakunya KERAJAAN PERPADUAN UMMMAH bagi Kelantan, Pahang, Perlis, Terenggangu, dan mungkin di Perak dan Kedah dikatakan memecahkan rakyat, memisahkan kaum melayu dengan kaum lain?

Hakikat sebenarnya penentangan terhadap keterpaduan Umno-Pas adalah berkaitan kerbarangkalian menang dalam pilihan raya. Di Semenanjung, sebagai impak keterpaduan Umno-Pas, daripada 165 kawasan Parlimen, Umno-Pas boleh menawan tidak kurang 101 kawasan Parlimen. Jumlah itu tidak termasuk kawasan yang bakal dimenangi MCA atau MIC. Jumlah kerusi 101 hanya memerlukan tambahan 11 kerusi daripada 57 kerusi Sabah dan Sarawak untuk menubuhak Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Mereka yang begitu gerun kepada perpaduan Ummah, sambil membuat berbagai dakwaan negatif untuk menakut-nakutkan rakyat termasuk perpecahan rakyat, sebenarnya bertujuan politik, kerana mereka itu, sedar, bahawa mereka tidak akan menang dalam pilihan raya.

Kaum melayu, seperti mana kata Timbalan Presiden Umno- Datuk Mohammad Hassan, tidak boleh lagi menoleh ke belakang, tiada cara lain lagi, kaum melayu perlu mengorak ke depan, jika mahu menjadi Tuan Rumah di Rumah sendiri.

Monday, March 11, 2019

"EQUAL PARTNER" SABAH-SARAWAK-SEMENANJUNG- MALAYSIA BAKAL BERPECAH?

PENGERTIAN "equal partner" antara Sabah-Sarawak-Semenanjung, jika tidak diperhalusi dengan betul, akan membawa lebih banyak keburukan kepada negara, malah boleh menyebabkan negara berpecah.

Ambil contoh, Bajet Negara. Bajet tahun 2019 berjumlah RM280bilion. Jika menggunakan pendekatan "equal partner" maka, jumlah bajet itu perlu dibahagi 3. Jika tidak demikian, maka pengrtian "equal partner" itu tidak mencapai matlamat.

Demikian juga jumlah kawasan parlimen. Apa kah maksud "equal parner" membawa pengertian bahawa Sabah-Sarawak-Semenanjung mempunyai jumlah kawasan parlimen yang sama? Pada masa ini, jumlah kawasan parlimen adalah 222- 165 di Semenanjung, 31 Sarawak dan 26 bagi Sabah termasuk WP Labuan. Jika menurut takrifan "equal partner" maka jumlah kawasan parlimen perlu lah sama banyak.

Apa yang cuba ditonjolkan menerusi "equal partner" itu? sedangkan perkara pokok, adalah mengelak pertindihan kuasa antara Persekutuan dan Sabah serta Sarawak.

Perkara pokok dalam MA63 adalah berkaitan imigresion, sumber tanah, sempadan (termasuk continental shelf) dan hasil bumi. Bagi menghormati MA63, maka 4 perkara ini lah yang perlu dilihat, agar tidak berlaku pertindihan kuasa.

Mengubah Seksyen 1(2) Perlembagaan tidak membawa apa-apa erti, malah di masa depan lebih banyak membawa keburukan. Keburukan yang pasti adalah berkaitan bajet atau peruntukan. Tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat Sabah dan Sarawak akan bercakap mengenainya, apabila mereka kembali kepada pengertian "equal partner". Demikian juga komposisi kabinet persekutuan, jika menggunapakai "equal parner" maka komposisi kabinet juga perlu sama, belum lagi bercakap berkaitan duta-duta ke negara asing, komposisi mereka yang dilantik pada jawatan-jawatan awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Isu yang paling dekat kepada rakyat Sabah dan Sarawak adalah berkaitan cukai petrolium. Pada masa ini Persekutuan mengenakan 38% cukai petrolium kepada Petronas dan pada masa yang sama, Petronas hanya membayar 5% kepada Sabah dan Sarawak. Sarawak telah menlaksanakan tambahan 5%, ertinya negeri itu bakal mendapat 10%, sementara Sabah belum lagi membuat keputusan berkaitan cukai petrolium, kerana bajet Sabah bagi tahun 2019, masih pada kadar 5%.

Melihat kepada komposisi penduduk antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, pendekatan "equal partner" boleh menimbulkan kecemburuan khususnya bagi rakyat Semenanjung. Jika lah kerajaan menggunakan pendekatan "equal partner" sanggup kah rakyat Semenanjung hanya menerima RM93bilion bagi Bajet tahun 2019? kerana bajet untuk Sarawak akan menjadi RM93bilion daripada RM4bilion, manakala Sabah juga menerima RM93bilion daripada RM5bilion?

Jika rakyat Semenanjung tidak bersedia menerima jumlah bajet tersebut? apa makna "equal partner"

Bagi penulis, apa yang sepatutnya dilaksanakan, adalah PENURUNAN KUASA kepada Sabah dan Sarawak sepenuhnya berkaitan 4 isu pertama yang penulis sebutkan-iaitu kuasa imigresion, sumber tanah, sempadan dan Hasil bumi bagi Sabah dan Sarawak hendaklah sepenuhnya ditangan kerajaan Sabah dan Sarawak. Menerusi kuasa-kuasa ini, maka tidak akan timbul perbalahan atau cemburu antara 3 wilayah, kerana masing-masing mengatur diri masing-masing. Apabila kaedah ini dilaksanakan, maka Persekutuan Malaysia menentapkan sumbangan Semenanjung, Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan, supaya persekutuan dapat mengurus soal-soal pendidikan, kesihatan, pertahanan, duta-duta ke negara asing dan sebagainya. Bagi penulis, perakara PENURUNAN KUASA LAH yang paling mustahak, bukannya retorik "equal partner". Fikir-Fikirkan lah.

Blog Archive