Tuesday, April 09, 2019

KERAJAAN GAGAL PINDA PERLEMBAGAAN- SILAP SIAPA?

Setelah berbahas berjam-jam, Rang Undang Undang (RUU) pindaan perlembagaan perkara 1(2) perlembagaan Malaysia yang dibentang oleh PM tidak mendapat 2/3 undi dalam pengundian sebentar tadi.

Saya tidak salahkan PM kerana yang membuat draf RUU ini adalah Menteri Undang-Undang, Datuk VK Liew, yang nyata gagal memahami kehendak sebenar ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam isu pindaan perlembagaan ini. Menteri ini gagal memberi maklumat yang betul kepada PM!

Walaupun Rang Undang-Undang ini satu langkah besar Tun Mahathir yang patut diberi pujian, namun ianya gagal kerana intipatinya tidak mewakili apa yang Sabah dan Sarawak mahukan. Malah ianya akan memberi lebih banyak kesulitan kerana tafsiran kandungannya yang tidak menentu!

Pada pandangan saya, Menteri Undang-Undang patut menasihati PM untuk menerima cadangan ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak (dan beberapa ahli parlimen pembangkang dari semenanjung) untuk membawa RUU ini ke Jawatankuasa Pemilih (Select Committee) parlimen untuk tujuan memperhalusi corak bahasa dan ayat-ayat RUU ini. 

Kekalahan kerajaan PH dalam pengundian ini bermakna Menteri Undang-Undang tidak membuat “kerja rumah” sebelum PM bentangkan RUU ini. Dia tidak peka terhadap sentimen MP-MP.

Sebenarnya Datuk VK Liew tahu bahawa beliau perlukan sokongan MP pembangkang untuk mendapat jumlah 2/3 undi! Kenapa dia tidak mahu berkompromi walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat undi 2/3 dan malukan PM? Sudah beberapa hari ahli-ahli parlimen pembangkang memberi isyarat dan signal kepada Datuk VK Liew untuk berkompromi dan membawa RUU ini ke Select Committee. Tidak ada ruginya kalau dia bersetuju kerana ini adalah RUU yang akan mengubah landskap persekutuan negara kita buat selama-lamanya. Kalaulah dibawa ke Select Committee, semua pihak akan menang dan tentunya PM akan mendapat pujian daripada semua pihak. 

Agreeing to send the bill to Parliamentary Select Committee, as suggested by the opposition, could have and would have saved the Govt from a bungling and embarrasing defeat of this crucial constitutional amendment of Article 1(2).

Abdul Rahman Dahlan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

090419
-end-

1 comment:

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Sebenaqnya, kalau rang Undg2 PENIPU si DAPbangkai BABI HOMO jijik ZIONIS ISrael ni LULUS, Sabah/Sarawak dan LAUT CHINA SELATAN (juga di Semenanjung) yg. amat KAYA dgn. MINYAK/GAS dan THORIUM/URANIUM bawah dasar laut (utk. pembuatan SENJATA NUKLEAR Barat-ISrael sampai ke akhir zaman) - akan jadi ISrael-no 2, melalui PEMISAHAN amat halus Sabah/Sarawak dr. Kerajaan Persekutuan akhirnya, melalui polisi "Equal Partner" ni!!

Kalau Sabah/Sarawak nak juga polisi ni - rakyatnya mesti dikenakan VISA dan PERMIT KERJA spt. rakyat Semenanjung yg. hendak masuk ke sana!! Itu baru adil! Dan FILIPINA akan teruskan menuntut Sabah!!

Tok Terkedu.

Blog Archive