Tuesday, March 19, 2019

PRK RANTAU PENANDA ARAS POLITIK TANAH AIR

KAWASAN seperti Rantau bakal menentukan hala tuju politik negara. Sebabnya, kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan campuran, (melayu=51%, Cina=18% dan India=28%) akan menjadi penanda aras politik tanah air.

Pihak mana yang menang pada PRK Rantau sebenarnya mewakili masyarkat majemuk negara.

Dalam senario politik sekarang, peluang antara PH dan Bn/Pas adalah seimbang, kerana PH selain menguasai Kerajaan Negeri akan tetapi juga Persekutuan. Di lain pihak pula, calon Bn/Pas adalah Datuk Muhammad Hassan, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, telah wakili kawasan itu berpenggal, dan kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi Bn dan Presiden Umno.

Bn/Pas melihat jika PRK Rantau berpihak kepada dua parti itu, maka menggambarkan rakyat majemuk negara ini, menaruh kepercayaan kepada kerjasama Umno-Pas, yang ramai pihak sebelum ini beranggapan tidak akan berlaku. 

Di lain pihak pula, PH mengharapkan kemenangan, untuk menggambarkan bahawa rakyat berbilang kaum negara, menyokong kerajaan PH.

PRK Rantau, sangat berbeza dengan PRK Cameron Highlands dan Semenyih, kerana dua PRK itu didominasi oleh satu kumpulan rakyat majoriti. Kemenangan Bn/Pas di 2 PRK terakhir itu, menunjukkan keterpaduan kaum melayu/bumiputera dalam menyahut kerjasama 2 parti terbesar kaum melayu tersebut.

Walaupun PRK Rantau dilihat sebagai penanda aras politik tanah air, namun menerusi PRK itu mempunyai erti yang sangat mendalam bagi PH, kerana PH mempunyai misi jelas mahu menebus kekalahan di 2 PRK sebelumnya. PH yang menerajui Kerajaan Persekutuan, tidak sanggup mengalami kekalahan lagi, kerana jika kalah lagi, maka sokongan terhadap pakatan itu bakal merundum.

Pemimpin yang sangat terdesak menerusi PRK ini, tidak lain tidak bukan, adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana calon PH adalah daripada parti beliau. Anwar secara secara tersirat, mahu menunjukkan, bahawa beliau adalah pemimpin yang berwibawa dalam PH, jika calon parti beliau menang kali ini, kerana calon daripada DAP dan PPBM telahpun tewas.

Sepanjang kempen yang akan bermula pada 30 Mac, sehingga pukul 12 malam 12 April, kita akan menyaksikan, Presiden PKR itu seolah-olah calon yang bertanding. Beliau akan mempergunakan semua kemahiran beliau dalam arena poltik, untuk memang.

Kemenangan calon PH pada PRK Rantau membawa erti yang sangat dalam terhadap MP Port Dickson itu, kerana menerusi kemenangan itu akan menjadi katalis kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri, kerana PH menjumpai penawar atau solusi kepada kerjasama Umno-Pas.

Senario politik di Semenanjung, gema atau fenomena kerjasama Umno-Pas bukan sahaja dirasakan diperingkat kepimpinan 2 parti itu, malah telah melebar hingga ke akar umbi.

Ramai pemerhati politik, menganggap jika kerjasama itu terus mantap, 2 parti itu bakal menguasai sekurang-kurangnya 101 kawasan-kawasan yang didiami pengundi kaum melayu daripada 165 kawasan parlimen di Semenanjung.

No comments:

Blog Archive