Tuesday, March 19, 2019

POLITIK SABAH: FOKUS TERKINI PELANCARAN PPBM SABAH

Tan Sri Pandikar Bersama Pihak Penganjur
BUKAN sedikit mata, mahu melihat sambutan PELANCARAN PPBM SABAH pada 6 April,2019 di ITCC, Penampang. 

Kehadiran pada masa pelancaran merupakan penanda aras kepada sokongan terhadap kehadiran parti itu di Sabah, kerana sejak pengumuman Pengerusi parti itu pada Februari, bukan sedikit pemimpin yang menerajui kerajaan Sabah sekarang mencuba sedaya upaya, agar pelancaran tidak mendapat sambutan.

Di media sosial, bukan sedikit penyokong Parti Warisan Sabah mengupdate FB masing-masing, malah kumpulan WhatsApp juga mengajak seramai mungkin memulau pelancaran tersebut. 

Lojiknya, memangpun, dikalangan mereka yang tidak memohon menyertai parti itu, tidak akan hadir.

Apa yang menjadi perhatian semasa pelancaran itu, apa kah mereka yang telah mengisi borang penyertaan akan kah hadir semasa pelancaran.

Jika berpandukan kepada borang yang telah disi, mendapatkan kehadiran 100ribu pada masa pelancaran itu bukan susahpun, namun penulis difahamkan penganjur hanya mensasarkan 30ribu kehadiran berasaskan headcount.

Bagi penulis, jika kehadiran seramai 30ribu semasa pelancaran, ianya sudah menunjukkan sambutan luarbiasa, memandangkan keadaan lojistik dan kos bagi mereka yang tinggal jauh.

Pada hari pelancaran, Tun Dr Mahathir akan menyerahkan keahlian pada kumpulan ke-2 para pemimpin bebas termasuk pengumuman menerima secara enblock mereka yang telah membuat permohonan.

Pada hari pelancaran juga akan diumumkan Pengerusi Penaja PPBM Sabah dan kemungkinan juga Barisan Exco. Sama-sama kita tunggu hari pelancaran.

No comments:

Blog Archive